You are on page 1of 6

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

2013

REFLEKSI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

NAMA NO. K/P

: AMEELIA NAZIRAH BINTI MOHD SHAFIEE : 9101908-08-5888

Pada 12 Mac 2013 bersamaan dengan hari Selasa, seramai 19 orang pelatih guru tahun 3 Pengajian Melayu Semester 5 Ambilan Januari 2011 bersama dengan pensyarah pembimbing bagi subjek PJM 3112 iaitu encik Syed Ameer Ali bin Rahaman, telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Dato Kramat Jalan Perak, Pulau Pinang. Tujuan utama pelaksanaan pertandingan ini dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan kursus pengurusan dan pentadbiram Pendidikan Jasmani dan Sukan PJM3112. Pelaksanaan permainan tradisional ini juga dapat membantu dalam memberikan satu gambaran dan sudut perspektif baru kepada pelatih guru dalam membangkitkan warisan tradisi nenek moyang kepada pelajar-pelajar yang hidup dalam zaman yang berbeza dari aspek cara hidup dan sosibudaya. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat melatih dan memberi pendedahan awal kepada pelajar guru mengenai pengurusan dan pengelolaan sesuatu pertandingan. Pendedahan ini dapat membantu pelajarpelajar guru dalam mempersiapkan diri dalam memikul tanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani dan sukan di sekolah pada masa akan datang. Sepanjang melaksanakan tugasan pengurusan lawatan ini, saya mendapati ianya bukanlah sesuatu yang senang untuk dilaksanakan. Pelbagai perkara telah diambil kira terutamanya dalam penetapan tempat dan tarikh pertandingan agar tidak bertindih dengan aktiviti yang telah terkandung dalam takwim institut. Pembentukkan jawatan kuasa lawatan bagi sedit sebanyak membantu dalam pengurusan yang lebih sistematik dan efisyen kerana masing-masing memainkan peranan mereka dan kesannya kerja yang telah dirancang bergerak seperti yang dikehendaki. Alhamdulillah, saya berasa bersyukur kerana kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan memberikan

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

2013

komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pertandingan ini dengan begitu baik dan lancar sekali. Pengalaman melaksanakan pertandingan ini telah membuka peluang saya untuk memantapkan diri saya bukan sahaja dari aspek pengurusan semata-mata, malah ianya juga telah berjaya membantu saya dalam meningkatkan kemahiran komunikasi saya. Hal ini boleh dijelaskan apabila saya sendiri dikehendaki melakukan interaksi bukan sahaja dalam kalangan rakan-rakan, sebaliknya ia juga telah membuka peluang kepada saya untuk membuat interaksi dengan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Dato Kramat apabila melaksanakan pertandingan permainan tradisional tersebut. Sebagai contoh adalah ketika saya menjadi AJK dalam menjaga stesyen permainan ikat kaki, saya dikehendaki menerangkan peraturan permainan kepada murid-murid dan bagi saya penerangan yang diberikan hendakah ringkas dan mudah difahami oleh murid-murid. Saya juga melakukan komunikasi dua hala dengan membuka peluang kepada murid-murid untuk bertanyakan soalan sekiranya tidak faham tentang peraturan yang telah dijelaskan. Keadaan tersebut telah membuatkan saya berfikir bahawa komunikasi adalah satu kemahiran yang sangat penting kepada guru, terutmanya dalam menyampaikan atau menerangkan sesuatu agar ilmu yang ingin disampaikan kepada murid dapat memberi kesan kepada murid-murid. Sepanjang melaksanakan projek ini, tidak kiralah sama ada sebelum, semasa dan selepas pertandingan permainan tradisional, saya mendapati tugasan yang telah diberikan ini telah membantu dalam mengeratkan ikatan ukhwah dalam kalangan pelajar guru Tahun 3 Pengajian Melayu. Hal ini kerana, semasa sesi perbincangan dijalankan dalam kalangan kami, masing-masing berkongsi pendapat dan idea dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Perbincangan yang dijalankankan bukan sahaja membantu dalam menjayakan projek ini dengan begitu lancar, sebaliknya ia juga mengukuhkan hubungan antara kami. Kerjasama erat dalam satu organisasi pasti akan menjamin kecemerlangan dalam pelaksanaan dan Alhamdulillah segala berkat usaha dan kerjasama yang ditonjolkan serta komitmen yang tinggi dalam kalangan ahli jawatan kuasa telah

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

2013

menjadikan perjalanan projek ini dilaksanakan dengan begitu lancar sekali ketika dilaksanakan di sekolah Kebangsaan Dato Kramat. Keadaan ini jelas memperlihatkan kepentingan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam ahli jawatan kuasa sesuatu organisasi sebenarnya memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu matlamat yang dirancang bersama, terutamanya dalam organisasi sekolah. Pengalaman melaksanakan projek ini juga banyak mengajar saya erti kesabaran dalam melaksanakan tugasan, terutamanya berkenaan dengan pengurusan yang mana ia memerlukan kemahiran dan kebijaksanaan untuk berurusan dengan pihak-pihak luar yang berkaitan. Hasil kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Dato Keramat dan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah memberikan peluang kepada saya bersama-sama dengan rakan-rakan untuk memenuhi tuntutan tugasan di samping membina hubungan dua erat antara organisasi sekolah dan pihak institut. Penerimaan pihak sekolah dengan sambutan yang baik dan terbuka di samping kerjasama yang diberikan oleh mereka sama ada dalam kalangan guru-guru mahupun murid telah menjadikan hasil usaha saya dan rakan-rakan tampak menyerlah. Pelaksanaan pertandingan ini sebenarnya merupakan satu pendedahan yang bukan sahaja memberi keuntungan kepada pihak saya dan rakan-rakan, malah sebenarnya ianya juga satu pendedahan kepada murid-murid di SKDK dalam mengenali permainan yang telah diwarisi oleh datuk nenek moyang mereka. Hal ini kerana ada dalam kalangan pelajar itu sendiri tidak pernah bermain permainan tradisional, maka dengan melaksanakan pertandingan ini, sedikit sebanyak ianya memberi pendedahan kepada murid-murid di SKDK dalam memberikan mereka pengalaman untuk bermain permainan tradisional dalam setiap stesyen yang telah disediakan. Pelaksanaan permainan ini bukan sahaja dapat menghidupkan semula permainan tinggalan nenek moyang, malah ianya satu tradisi yang harus sentiasa dikekalkan agar permainan ini tidak lapuk ditelan zaman agar nilai-nilai permainan ini akan sentiasa terpelihara dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Disebalik kekuatan yang dirasai, terselit juga cabaran yang telah dihadapi oleh saya dan rakan-rakan sepanjang melaksanakan pengurusan dan pengelolaan

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

2013

permainan tradisional. Masalah utama yang dihadapi adalah berkenaan dengan pemilihan tempat yang sesuai yang mana majoriti dalam kalangan rakan-rakan saya mempunyai kecenderungan untuk memilih kawasan institut sebagai lokasi untuk melaksanakan projek ini. Hal ini kerana bagi pandangan saya dengan melaksanakan permainan tradisonal di institut, saya percaya ianya dapat menjimatkan masa, kurang menggunakan masa untuk berhubung dengan pihak luar dan kerja akan menjadi lebih mudah kerana saya dan rakan-rakan sendiri mempunyai komitmen yang lain yang perlu diuruskan. Namun begitu, oleh kerana terdapat beberapa permasalahan yang telah dihadapi, sesi mesyuarat telah memutuskan untuk melaksanakan projek permainan tradisional ini di luar kawasan institut, iaitu di sebuah sekolah. Keputusan yang telah diambil ini agak mengecewakan namun saya perlu akur. Sesi mesyuarat yang seterusnya telah dijalankan bagi mengenal pasti tempat yang sesuai untuk melaksanakan projek permainan tradisional ini dan akhirnya lokasi yang dipilih adalah sekolah kebangsaan Dato Keramat. Walaupun pada mulanya saya berasa agak tertekan kerana pengurusan untuk berhubung dengan pihak luar bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, namun saya percaya setiap kesusahan yang dihadapi merupakan satu peluang untuk mempelajari perkara baharu dalam kehidupan. Sebagai seorang bakal guru, saya sendiri perlu sedar bahawa setiap kesusahan itu perlu difikir daripada sudut yang lebih positif agar sesuatu yang dirancangan dan dilaksanakan dapat dilakukan dengan lebih baik dan efektif. Hal ini kerana saya percaya persepsi negatif merupakan penghalang kepada tindakkan yang lebih baik. Oleh kerana pengurusan projek pertandingan permainan tradisional ini memerlukan pihak kami berhubung dan mendapat pengesahan dengan pihak pentadbir, ianya telah mengambil masa yang agak lama bagi mendapatkan pengesahan. Keadaan ini memberi kesan kepada pihak saya dan rakan-rakan dalam menyelesaikan tugasan dan menyebabkan pihak kami sering kali melakukan penangguhan kerana mempunyai masalah untuk memilih tarikh yang sesuai. Bagi saya, walaupun pada hakikatnya ianya telah banyak membuang masa, namun tindakkan bijak dalam kalangan ahli jawatankuasa adalah mereka sentiasa melakukan perancangan

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

2013

awal, iaitu merancangan dan memilih terlebih dahulu aktiviti permainan tradisional yang ingin dilaksanakan. Jenis-jenis permainan telah dipilih di samping menetapkan peraturan permainan bagi setiap AJK yang menjaga stesyen mereka. Kelemahan yang dialami semasa melakukan aktiviti permainan tradisional ini pula ialah semasa persiapan tempat, saya sebagai ketua bagi stesyen permainan ikat kaki, masalah yang saya hadapi adalah dalam penetapan masa dan lokasi kawasan bagi permainan ini. Hal ini kerana saya sendiri tidak dapat membayangkan lokasi permainan pada awalnya kerana berkemungkinan permainan ini akan diadakan di lokasi yang bersimen atau mungkin di padang. Penentuan lokasi ini menjadikan saya sukar untuk menentukan alatan yang sesuai untuk membuat garisan atau penanda sama ada mahu menggunakan tepung atau pita pelekat putih. Bukan itu sahaja, saya juga terpaksa membuat beberapa kali perubahan dalam perancangan permainan apabila mendapat kritikan daripada pensyarah pembimbing dan perubahan di saat-saat akhir semasa hari program permainan tradisional dilaksanakan. Masalah menjadi semakin rumit apabila bahan yang dirancang seperti tepung untuk digunakan bagi membuat garisan hampir habis kerana terdapat beberapa stesyen lain juga turut menggunakan tepung. Masalah-masalah ini saya cuba atasi dengan banyak membuat beberapa perancangan sekiranya berlaku sesuatu yang diluar kawalan. Antaranya adalah saya telah berbincang dengan ahli jawatan kuasa peralatan untuk menyediakan tepung dan pita pelekat putih untuk membuat garisan di atas padang. Bagi masalah masa dan giliran pelajar pula, saya mengambil pendapat pensyarah dan mengubah mengikut logik masa yang dikehendaki oleh pelajar untuk membuat pusingan secara bergilir-gilir. Bagi masalah berikutnya, yang mana saya baharu sahaja dimaklumkan bahawa hanya satu kumpulan bagi setiap stesyen, maka saya terus membuat keputusan secara ad-hoc untuk membuat perubahan dalam stesyen, terutamanya daripada dua kolum garisan kepada satu kolum garisan bagi murid-murid untuk berlari dalam permainan tersebut. Secara kesimpulannya, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan, sama ada sebelum, semasa,

PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

2013

mahupun lepas pertandingan permainan tradisional. Pelaksanaan pengurusan dan pengelolaan pertandingan ini telah mengajar saya perihal pengurusan yang perlu dilakukan oleh ahli jawatan kuasa dalam penghasilan kertas kerja, mesyuarat antara ahli jawatan kuasa, minit mensyuarat dan lain-lain lagi. Kesemua pendedahan ini merupakan satu kelebihan kepada saya dan pelajar guru yang lain dalam menghadapi cabaran sebagai guru ketika menjawat dalam posisi sebagai guru tetap pada masa akan datang. Tidak dinafikan juga ilmu yang telah diperolehi semasa melaksanakan pertandingan tersebut. Pelaksanaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah membantu saya dalam mendapatkan gambaran sebenar nilai pengurusan apabila menjadi guru, iaitu situasi penguruskan sesuatu semasa belajar adalah berbeza semasa bekerja dan perkara itulah yang perlu saya fahami iaitu situasi sebenar alam pekerjaan semasa menjadi guru pada masa akan datang. Oleh itu saya mengharapkan segala yang telah saya pelajari daripada pengurusan pertandingan ini sedikit sebanyak membantu saya dalam menguruskan sesuatu aktiviti dengan lebih baik pada masa akan datang.

You might also like