You are on page 1of 53

Kaset Program Garuda Api

Bab pertama
Psikologi pencapaian unggul

Mengapa ada orang lebih berjaya dari orang lain, mempunyai pendapatan yang
lebih lumayan mempunyai kerja yang lebih baik , perhubungan manusia yang
harmoni, kesihatan badan yang terjamin, sentiasa riang gembira; rupanya,
mereka mempunyai hidup yang lebih berkualiti.

Saya dapati kejayaan adalah suatu yang boleh diramalkan. Hari ini, anda boleh
merancang hidup yang lebih berjaya untuk diri anda. Asalkan anda dapat
lakukan dua perkara berikut. Pertama , buat keputusan untuk berjaya, berusaha
kuat untuk mencapai matlamat hidup. Kedua, belajar cara paling berkesan untuk
mencapai tahap kejayaan yang diidamkan. Apakah dia kejayaan ? Kita dapati
haiwan mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencari makan demi
kelangsungan hidup. Sebaliknya, manusia mempunyai kecenderungan untuk
mengejar kejayaan. Dalam lubuk sanubari setiap insan , tersiratnya kuasa
mendorong diri sendiri untuk berjaya. Terdapat tujuh syarat yang menjadi
ramuan kejayaan seseorang .

Pertama , jiwa raga yang tenang. Jiwa yang tenang bermaksud anda
mempunyai hati yang selesa, lapang dan penuh kepuasan. Anda bebaskan diri
dari ketakutan. Bebaskan diri dari ketegangan emosi. Bebaskan diri dari rasa
bersalah dan berdosa.

Syarat kedua untuk berjaya ialah kesihatan dan kecergasan badan. Kecergasan
adalah daya hidup yang dicetuskan oleh kesihatan badan. Kesihatan pula
bermaksud anda tidak perlu khuatir tentang penyakit. Anda bebaskan diri dari
masalah kesihatan.

Syarat ketiga untuk berjaya ialah perhubungan manusia yang penuh kasih
sayang. Ini bermaksud anda mempunyai keupayaan untuk menyayangi orang
lain; juga boleh disayangi oleh orang lain. Kami dapat bergaul dengan semua
orang di sekitar kita dengan mengekalkan persahabatan yang abadi daan penuh
keprihatinan.

Syarat keempat kejayaan ialah kebebasan kewangan. Ia bermaksud anda


mempunyai wang mencukupi dan tidak lagi perlu khuatir tentang wang.
Disebabkan wang amat penting kepada kita, maka kita perlu belajar cara
bagaimana berkorban sesuatu untuk memperolehinya.

Syarat kelima kejayaan ialah mempunyai matlamat hidup yang berharga dan
impian. Matlamat hidup memberi makna dan tujuan kepada hidup kita. Matlamat
hidup dan impian anda hendaklah sejajar dengan nilai hidup anda.

Syarat keenam kejayaan ialah memahami diri secara mendalam. Anda perlu
mengenal siapakah diri anda. Tahu mengapa ana terus lakukan apa yang anda

TOP (HRD) Training Consultant 1


Kaset Program Garuda Api

lakukan sekarang. Mengetahui niat dan hajat diri anda dan apakah sebab yang
mendorong anda bertindak sedemikian.

Syarat ketujuh kejayaan ialah keupayaan anda merealisasikan diri yang sebenar.
Anda boleh mencapai matlamat hidup yang anda hendakkan kerana anda
mempunyai matlamat hidup yang bernilai tinggi serta impian yang positif. Anda
mempunyai kasih sayang yang sejati dengan semua orang. Anda mengenal diri
secara mendalam. Ini semuamenyumbang kepada badan yang sihat dan cergas.
Akhirnya, anda akan memiliki ketenangan fikiran.

Tugas pertama untuk berjaya ialah mempunyai kefahaman tinggi. Apakah cara
paling berkesan untuk menyiapkan sesuatu perkara. Seterusnya, anda perlu
mencurahkan usaha yang gigih. Korbankan masa dan tenaga anda untuk
melaksanakannya. Hanya jika anda mencurahkan usaha yang berterusan buat
suatu tempoh masa tertentu, anda akan dapati semua kefahaman dan ilmu yang
telah dibelajari dapat membuahkan hasil kejayaan yang diidamkan.

Adalkan anda meneruskan langkah kejayaan yang disarankan oleh kami, anda
pasti mempunyai kejayaan yang cerah dan menarik.

Bab kedua
Tujuh Rukun Minda
Kami semua adalah makhluk yang berorientasikan minda. Minda menjadikan diri
kita seorang yang istimewa . Alam sejajat beredar mengikut rukun semulajadi.
Minda kita pula beroperasi mengikut rukun minda. Jika tabiat hidup anda sejajar
dengan rukun minda, pasti anda akan berjaya. Sebaliknya, hidup anda akan
penuh dengan konflik dan masalah.

Bab ini akan memperkenalkan beberapa rukun minda. Semua rukun ini perlu
anda faham dan kenali.
Rukun pertama dikenali sebagai Rukun Kawalan. Rukun ini memberitahu jika
kita merasa baik dan berhadapan dengan diri sendiri secara positif , anda akan
mula merasa keupayaan diri untuk mengawal diri sendiri. Sebaliknya, jika anda
rasakan diriaa tidak baik, bersikap negatif dengan diri sendiri ; anda akan mula
kehilangan kuasa untuk mengawal diri sendiri. Kawalan diri terbahagi kepada
kawalan dalaman dan luaran. Kawalan dalaman bermaksud anda boleh
bertanggungjawab terhadap hidup sendiri. Kawalan luar pula bermaksud anda
izinkan persekitaran mengawal hidup anda. Kawalan diri bermula dari pemikiran.
Pemikiran anda mengawal perasaan anda . Perasaan anda mengawal tindakan
anda dan tindakan anda mengawal samada anda akan berjaya.

Kedua , rukun hajat. Rukun ini memberitahu kita jika seseorang gagal
merancang, beliau juga merancang untuk gagal. Seseorang tidak gembira ,
sakit dan resah, tidak dapat mengecapi hidup yang dihendakki kerana diri nya
hidup berasaskan rukun hajat.

TOP (HRD) Training Consultant 2


Kaset Program Garuda Api

Ketiga, rukun tindakan dan tindakbalas . Rukun ini menyatakan setiap peristiwa
yang berlaku dalam hidup mesti mempunyai sebab yang tertentu. Setiap
perkara dalam alam sejagat mempunyai sebab yang tertentu. Tidak ada suatu
hal yang berlaku secara semulajadi. Dalam hidup kita, minda kita adalah punca
dan persekitaran adalah akibat. Untuk mengubah corak persekitaran, kita
hendaklah mengubah corak pemikiran tentang persekitaran tersebut. Hanya
satu perkara yang boleh anda kawal, iaitu pemikiran anda. Jika anda pandukan
apa yang anda hajatkan dan hadapinya dengan positif, persekitaran anda akan
terpengaruh. Setiap akibat yang anda hendakkan akan berbuah mengikut rukun
tindakan dan tindakbalas.

Rukun keempat ialah rukun keyakinan. Rukun ini menyatakan apa sahaja yang
anda rasa dan percaya apa sahaja akan akhirnya menjadi kenyataan. Anda
perlu masukkan perasaan dalam peristiwa yang anda percayai, hal ini akan
semakin menjadi benar. Keyakinan dan kepercayaan membina dunia kita. Jiwa
raga kita terus berhajat untuk berharmoni dan kita selalunya melihat persekitaran
dan menjelaskan setiap kejadian megikut corak minda dalaman sendiri. Kita
membina pusat buta sendiri. Kita tidak nampak peluang dan kita anggap
kononnya peluang tidak wujud. Hanya kalau kita mengubah keyakinan kita, apa
yang anda hadapi akan berubah. Tambahan lagi, setiap kita mempunyai naluri
had diri. Kita rasa diri mempunyai beberapa arena hidup yang terhalang dan
tersekat. Diri merasa keupayaan terhad. Sebenarnya , had-had ini hanya wujud
dalam pemikiran kita. Maka, untuk membolehkan diri anda berjaya , anda perlu
membuka had diri sendiri.

Rukun keempat ialah Rukun Jangkaan. Apa yang anda fikir dan percaya, ia akan
menjadi. Apa yang anda hendakkan bukan semestinya apa yang anda mahu ,
tapi adalah apa yang anda jangkaan. Selagi anda memberi jangkaan yang
positif dan percaya semua akan beralan dengan baik dan lancar, anda pasti
akan berjaya melakukannya tanpa sebarang masalah dan penghalang.
Sebaliknya, jika anda jangkakan penghalang dan masalah, semua masalah
pasti akan berlaku. Semua individu yang berjaya mempunyai sikap yang penuh
keyakinan, mereka yakin perkara yang baik pasti akan berlaku. Sikap jangkaan
diri yang positif ini juga dikenali sebagai tabiat juara. Sebelum sesuatu
berlangsung, dirinya sudah percaya belau akan menang dan terus kekalkan
persepsi ini dalam minda. Selagi anda jangkakan secara positif , anda tetap
akan perolehinya biarpun maklumat yang anda miliki adalah salah. Dalam hidup
kita , ibu bapa mempunyai jangkaan terhadap kita, majikan mempunyai jangkaan
terhadap kita, kita juga mempunyai jangkaan terhadap orang lain , terhadap
jodoh hidup, rakan sepejuangan dan diri sendiri. Kesemua ini mempunyai
pengauh terhadap kegembiraan hidup. Jika anda mempunyai persepsi diri yang
positif dan tinggi, maka cakapkan dengan diri sendiri “saya percaya hari ini
sesuatu yang baik akan berlaku dalam hidup saya.”. Ulangi pesanan ini berkali-
kali setiap pagi. Latihan ini akan mempengaruhi keseluruhan sikap diri agar
hidup seharian anda penuh dengan keyakinan dan jangkaan positif.

TOP (HRD) Training Consultant 3


Kaset Program Garuda Api

Rukun keenam ialah rukun penarikan. Ia menjelaskan bahawa setiap orang


diibaratkan sebagai sebagai seketul magnet. Ia akan menarik semua peristiwa
dan orang kepada hidup anda . Selagi anda menumpukan pemikiran
pengesahan diri sesuatu yang anda hendakkan, juhi dari peristiwa yang anda
tidak hendakkan.

Rukun ketujuh iaah tindakan keirasa. Rukun ini menjelaskan dunia anda ,
prestasi anda sebenarnya adalah gambaran dunia dalaman anda. Apa yang ada
dalam diri anda akan ditonjolkan oleh dunia luar. Untuk mengubah dunia luar,
anda perlulah terlebih dahulu mengubah dunia dalaman. Untuk membolehkan
dunia luar anda berjaya , anda mestilah mengejar kejayaan dari dalaman.
Ramai orang yang tidak berjaya terus berusaha kuat untuk megubah prestasi
luar , sebaliknya dunia dalam penuh kkonflik danbercelaru. Bila anda mengubah
fikiran anda , semua persekitaran akan berubah. Anda akan menarik orang,
peristiwa , peluang dan persekitaran kepada hidup anda . Tukar pemikiran anda
, dan anda akan mengubah corak hidup anda.

Bab 3
Kunci Potensi Diri
Kajian menunjukkan orang yang berbeza pendapatan sebanyak sepuluh kali
hanya mempunyai perbezaan kecerdasan akal sebanyak dua kali setengah
sahaja. Ini kerana potensi manusia adalah berkaitan bakat semulajadi seperti
kepintaran, keupayaan dan keperibadian. Ditambah dengan pendidikan dan
asuhan selepas lahir seperti pengalaman, ilmu dan kemahiran. Kedua-dua
faktor tadi bila didarap dengan sikap diri akan menentukan tahap potensi
seseorang. Bakat semulajadi biasanya ditetapkan waktu dilahirkan. Kualiti
asuhan memerlukan masa. Bila kita mengubah sikap diri, potensi kita juga akan
digandaakan. Sikap kita adalah hasil dari jangkaan kita terhadap akibat yang
bakl dikecapi. Setiap jangkaan akan menentukan sikap kita. Jangkaan
seseorang berasal dari keyakinan dirinya. Sikap kita adalah corak pemikiran
dalaman yang ditonjolkan ke arah luar. Setiap orang mempunyai corak minda
yang terkumpul dalam konsep diri masing-masing. Jika konsep diri seseorang
positif dan penuh kepastian, potensi seseorang akan ditonjolkan dengan
sepenuhnya. Sebaliknya, prestasi dan produktiviti kerja akan terjejas. Konsep
diri adalah berasaskan keyakinan diri terhadap tahap corak pemikiran yang
difikirkan benar tentang diri sendiri. Apa sahaja yang ada percaya akan akhirnya
menjadi kenyataan. Zon konsep diri ini juga dikenali sebagai zon keselesaan.
Konsep diri dibentuk oleh tiga faktor utama. Pertama , impian diri. Apa yang
anda hendak menjadi. Model yang bakal anda kecapi kelak. Kedua, imej diri.
Imej diri ialah suatu cermin dalaman. Ia adalah cara anda memandang pada diri
sendiri setiap hari. Apakah tahap prestasi yang anda yakin. Ketiga , nilai diri.
Nilai diri ialaah tahap anda suka pengesahan diri diri sendiri. Ia menentukan
prestasi dan keberkesanan kerja. Konsep diri ialah corak minda yang paling
fleksibel. Anda boleh membentuk nilai diri dengan terus berulangkali
menyatakan “Saya suka diri sendiri” . Seseorang tidak akan dapat menyuai
orang lain lebih dari menyukai dirinya sendiri. Tahap nilai diri anda adalah

TOP (HRD) Training Consultant 4


Kaset Program Garuda Api

bergantung kepada kualiti perhubungan manusia dengan orang lain.


Sebenarnya, anda tidak akan dapat jangkakan penghormataan dan sayang dari
orang lain lebih dari tahap diri anda suka dan hormat diri sendiri. Tahap anda
menghormati diri sendiri akan menentukan cara orang lain melayan pada anda.
Saat seseorang dilahirkan diibaratkan sekeping kertas. Anda mempunyai
potensi yang sepenuhnya. Ia tidak dihadkan oleh konsep diri. Hari ini, perasaan
, sikap dan nilai diri adalah hasil dari pembelajaran sejak kecil. Jika ibu bapa
memberi kasih sayang yang sejati dan berlebihan kepada seorang anak sebelum
usia mereka mencapai lima tahun, anaknya akan mebina nilai diri yang kukuh.
Sebaliknya, mereka akan mempunyai masalah keperibadian akhibat dari konsep
diri yang lemah. Pada peringkat usia kecil, anak tidak mempunyai sebarang rasa
takut. Mereka sentiasa tonjolkan sikap “Saya boleh”. Selain itu, mereka
mempunyai daya initiatif yang tinggi. Mereka akan cakap , buat dan tonjolkan
perasaan sebagaimana yang mereka hendakkan. Mereka tidak dipengaruhi atau
dikongkong oleh apa faktor sekalipun. Mereka tunjukkan niat yang tinggi untuk
bertindak. Pada peringkat kanak-kanak, ibu bapa sering berikan kritikan yang
melukakan. Anak akan membentuk dua bentuk model pemikiran yang negatif.
Pertama , pemikiran yang bersifat kongkongan. Bila anak terus diberitahu,
“jangan”, “Lari dulu”, “budak jangan kacau”, model pemikiran ini akan terbentuk.
Mereka akan bebelajar perasaan “saya tidak boleh”. Dalam zaman kedewasaan,
mereka akan membentuk perasaan takut kepada kegagalan.
Corak pemikiran kedua dipanggil model pemikiran paksaan. Bila kita beritahu
anak, “Bagus kamu ikut cara ini, kalau tidak , dan susuli dengan sebab dan
akibat yang negatif.” “Jika anda tidak diam, jaga kau”. Kasih sayang ibu bapa
menjadi suatu yang bersyarat. Ini menjadikan anak takut kepada bantahan dan
tolakan atau dipulaukan. Ini menjadikan anak hanya kisah dengan perasaan
orang lain dan gagal memahami apa yang dirinya mahu.
Kedua-dua bentuk perasaan diatas adalah hasil dari kritikan yang melukakan. Ia
juga pembunuh keperibadian yang terbesar dalam hidup seseorang.
Disebabkan kedua-dua bentuk corak pemikiran ini terbentuksejak kita kecil, kita
juga boleh belajar cara utuk mengubahnya. Kami boleh mengatasi rasa
ketakutan yang menyebabkan diri kita mengundur dan mengalah. Kami juga
boleh atasi perasaan takut bantahan yang hanya hendak memuaskan keperluan
orang lain dan melalaikan keperluan emosi dan kemahuan sendiri. Bila kita
berjaya mengubah kedua-dua model pemikiran negatif tersebut, kita akan
membentuk nilai diri yang baru. Disebabkan anda sayang dengan diri sendiri,
tahap ketakutan kepada bantahan dan tolakan orang lain akan menurun. Jika
anda terus ebrkata, “Saya sayang diri sendiri , saya sayang diri sendiri , saya
sayang diri sendiri.” , tahap nilai diri akan meningkat dan tahap ketakutan akan
menurun. Jadi,bagaimana kita meguruskan kritikan yang negatif? Pertama ,
sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang positif dan membina dan
jangan sekali-kali melakukan perkara yang negatif atau membinasakan. Bila
anda berkomunikasi dengan orang lain, sentiasa bermula dengan pujian. Kedua
, usaha sedaya upaya melindung nilai diri orang lain. ketiga, uruskan hal dan
jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa. Bincangkan sikap dan akibat darinya ,
tidak membincangkan kualiti seseorang. Keempat, tumpukan pada matlamat

TOP (HRD) Training Consultant 5


Kaset Program Garuda Api

dan perkembangan yang dihendakki. Apa yang akan berlaku kelak dan tidak
membincang apa yang telah berlalu. Tidak ada sesiapa yang boleh mengawal
peristiwa lalu. Kritikan anda rungutan tentang peristiwa lalu hanya membawa
tekanan yang besar. Ini bermaksud, syarat mengejar kejayaan adalah pada
sikap mentaliti yang positif. Minda positif adalah berasas pada jangkaan
kejayaan diri sendiri. Jangkaan positif adalah berasaskan keyakinan dan konsep
diri anda. Konsep diri akan mengesahkan nilai diri. Maka , untuk meningkatkan
diri anda sebagai seorang yang bernilai tinggi, terus pesanan diri “Saya sayang
diri saya, saya sayang diri saya, saya sayang diri saya.”

Bab 4
Kuasa Minda Separa Sedar
Minda Sedar dan Minda Separa Sedar mempunyai peranan yang berbeza.
Minda Sedar mempunyai tiga kualiti asas. Ia memberikan persepsi yang asasi.
Ia adalah hasil dari model pemikiran yang bersifat penilaian. I auga mempunyai
kuasa pengesan yang tinggi. Minda Sedar mempunyai empat peranan utama.
Pertama, Minda Sedar mengesahkan maklumat yang diterima oleh sistem deria
badan. Kedua , Minda Sedar membandingkan maklumat yang diterima. Ketiga ,
Minda Sedar menganaslisis keadaan semasa dan akhir seklai, Minda Sedar
membuat keputusan.
Minda Sedar hanya boleh beroperasi pada satu keadaan pemikiran setiap ketika.
Ia hanya boleh mempunyai satu bentuk perasaan.
Minda Separa Sedar ialah suatu bank data yang besar. Tugasnya ialah untuk
mengumpul dan mencari maklumat . Minda Sedar ialah pusat memberi arahan
dan Minda Separa Sedar ialahpusat menerima arahan. Minda Separa Sedar
tidak mempunyai kuasa pemikiran, ia hanya mempunyai kuasa mengingat.
Maka, semua data ingtan seseorang disimpan oleh Minda Separa Sedar. Begitu
juga, Minda Sedar tidak mempunyai daya ingatan. Minda Sedar hanya boleh
berdikir. Minda Sedar hanya boleh mempunyai satu bentuk pemikiran pada
setiap ketika. Minda Separa Sedar boleh menyimpan mengumpul berjuta-juta
maklumat. Minda Sedar bagaikan seorang pekebun bunga. Beliau menanam
benih di taman Minda Separa Sedar . Biarpun apa benih yang disemai, Minda
Separa Sedar tetap mencambahkannya.
Konsep diri merupaakn suatu reaksi semulajadi Minda Separa Sedar. Konsep
diri meliputi semua pengalaman dan cara anda mereaksi terhadap setiap
peristiwa lalu. Bila suatu peristiwa baru wujud, Minda Separa Sedar akan
mengesan corak peristiwa lalu yang seiras dan membuatkan anda bertindak
mengikut cara anda yang lalu. Jika anda tidak mempunyai pengalaman yang
sejajar, diri anda tidak akan mempunyai idea yang hakiki untuk
melaksanakannya. Rukun operasi Minda Separa Sedar menyatakan apa sahaja
bentuk benih yang anda semaikan , ia akan berbuah dengan cepat dan menjadi
kenyataan dalam hidup seharian anda.
Rukun penumpuan menyatakan apa sahaja yang anda fokuskan dalam
pemikiran anda, kuasa pemikiran tersebut akan bertambah. Jika anda izinkan
Minda Sedar menjelma dalam bentuk Minda Separa Sedar, tindakan anda akan

TOP (HRD) Training Consultant 6


Kaset Program Garuda Api

tercetus pada suatu haluan yang nyata. Hidup anda akan menarik semua
peristiwa, individu dan persekitaran yang sejajar dengan pemikiran anda.
Rukun penggantian berasaskan hakikat bahawa minda kita hanya beroperasi
mengikut satu ragam pemikiran setiap masa. Jika anda hendak hapuskan suatu
bentuk pemikiran, maka anda hendaklah menggantkannya dengan suatu
pemikiran yang anda hajatkan. Tumpukan pada harapan anda dan ketakutan
anda akan hilang. Anda akan peruntukkan masa yang minima untuk memikirkan
peristiwa yang anda tidak suka. Individu yang berjaya sentiasa memikirkan
gambaran berjaya, individu yang gagal pula sentiasa memikirkan kesempitan,
takut dan kegagalan.
Jika anda boleh gunakan semua rukun minda ini untuk mencorakkan gambaran
positif , ia akan memastikan kejayaan anda.

Bab 5

Program Garuda Api


Mengolah nasib hidup anda

Kunci terpenting dalam usaha mengejar kecemerlangan diri ialah memupuk nilai
diri dan mengukuhkan tanggungjawab diri. Tanggungjawab juga membawa
maksud anda sebagai jurutera hidup sendiri. Anda perlu bertanggungjawab atas
segala-gala yg berlaku dalam hidup. Jika anda rasa tidak puas hati dengan
sesuatu yang berlaku dalam hidup , adalah menjadi tanggungjawab untuk
mengubahkannya.
Dalam perjalanan hidup kita, tanggungjawab menjadi semakin besar mengikut
usia anda. Pada waktu seseorang mencapai usia kedewasaan, dirinya
hendaklah mengatur dan mengurus hidup sendiri. Tidak ada sesiapa yang boleh
mengelakkan diri darinya. Maka, anda hendaklah sering mengingatkan diri,
“kalau hal jadi sedemikian, itu adalah tanggungjawab saya.” Jika anda tidak rela
melakukan sesuatu untuk membetulkan sesuatu hal, janganlah anda merungut.
Terima sahajalah semua apa yang telah terjadi. Waktu kita masih seorang bayi,
kita bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk kelangsungan hidup. Itu

TOP (HRD) Training Consultant 7


Kaset Program Garuda Api

bermaksud , kita hidup menurut model balasan bersyarat. Tetapi, bila seseorang
mencapai usia kedewasaan, kami mungkin masih meneruskan sikap menolak
setiap perkara dengan sesuatu alasan dan mengharapkan orang lain sahaja. Bila
seseorang sudah kerja, kita masih berharap orang lain akan menjaga dan
membantu kita. Kami masih berpendapat orang lain patut bertanggungjawab
terhadap apa sahaja yang terjadi dalam hidup.
Kerajaan patut bertanggungjawab terhadap kemajuan diri anda. Juga jodoh
hidup perlu menjaga anda. Majikan perlu menjaga diri kita. Kita bermaksud
seseorang cuba mencari alasan untuk terus melarikan diri dari tanggungjawab.
Terus mencari jalan untuk menjadikan orang lain atau persekitaran yang
mengakibatkan sesuatu kejadian.
Sebenarnya, tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk memilih samada dirinya
hendak bertanggungjawab terhadap sesuatu kejadian yang melanda hidupnya.
Khususnya, bila anda telah menjangkaui usia lapan bela tahun, anda tidak
mempunyai kuasa untuk memilih tanggungjawab hidup mengikut kesukaan diri.
Jika anda berhajat hendak menggunakan sepenuhnya potensi diri, hendak
menjadi orang yang anda idamkan; anda hendaklah bertanggungjawab sepenuh.
Berjanji dan memikul tanggungjawab sepenuhnya. Dalam bahasa Inggeris,
perkataan tanggungjawab terdiri dari dua perkataan berasingan iaitu “Reaksi”
dan “Keupayaan”. Jika seseorang boleh berhadapan dan reaksi dengan
berkesan atas setiap cabaran hidup, ia juga menandakan tahap perkembangan
diri yang pantas. Dalam arena politik, jika kita mahu kerajaan menaruh bakti
untuk kita dan menjaga kita, ini juga bermaksud kita melepaskan kawalan diri
kepada kerajaan. Dalam semua kes kehakiman, suatu petanda lumrah pada
semua pesalah ialah mereka tidak rela bertanggungjawab terhadap kesalahan
diri sendiri. Begitu juga dalam arena perubatan, kebanyakan penyakit fizikal
adalah berpunca dari masalah mental. Tapi, kita mengharapkan doktor
bertanggungjawab untuk mengubati dan menyembuhkan penyakit kita. Jadi,
untuk membolehkan anda mengecapi sesuatu perubahan, anda hendaklah
menerima setiap tanggungjawab yang menimpa hidup anda.Jika hal menjadi
begini, ia adalah tanggungjawab saya. Jika hal menjadi sedemikian, ia adalah
tanggungjawab anda.

Bab 6
Menghapuskan perasaan negatif
Setiap perasaan negatif akan menjatuhkan seseorang dan menghalang
kematangan hidup. Jika diri anda tidak dapat menikmati keriangan dan kepuasan
hidup, ini kerana perasaan negatif sedang mengganggu anda.
Langkah pertama menghapuskan perasaan negatif ialah dengan mendirikan
rasa tanggungjawab yang sepenuhnya. Semakin anda bertanggungjawab
terhadap setiap keputusan , semakin anda dapat mengolah hidup sendiri. Anda
menjadi semakin dinamik, semakin gembira dan memiliki kebebasan sebenar. Ini
bermaksud, tanggungjawab diri, kawalan hidup dan kebebasan diri mempunyai
kaitan yang rapat sekali.
Tidak bertanggungjawab akan mengakibatkan rasa kehilangan kawalan dalam
hidup. Ia juga akan meruntuhkan hidup seseorang akibat dari kehilangan

TOP (HRD) Training Consultant 8


Kaset Program Garuda Api

kawalan. Ia menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri untuk memulihkan


hidup yang normal dan bebas. Pakar psikologi berpendapat, tahap penyakit
mental berkait rapat dengan tahap seseorang melarikan diri dari tanggungjawab.
Sepohon pokok perasaan negatif menghasilkan berbagai buah negatif seperti
keraguan, hasad dengki, cemburu, kemarahan dan rasa bersalah. Ini merupakan
perasaan negatif yang penting dan mengganggu hidup seseorang. Kesemua
perasaan negatif ini akan menjadikan seseorang marah. Jika perasaan negatif ini
diluahkan dalam bentuk dalaman, ia akan menyebabkan seseorang jatuh sakit;
sebaliknya, jika perasaan negatif ini diluahkan secara luaran, ia akan menjadikan
orang lain marah.
Pokok perasaan negatif mempunyai dua sistem akar. Akar ini terus menyerap
kesuburan tanah dan membesarkan pokok ini sehingga ia berbunga dan
berbuah. Sistem akar pertama ialah membuat andaian dan menyalahkan orang
lain. Ini bermaksud , apa yang saya sebutkan mesti betul. Sistem akar kedua
ialah serangan diri. Ini bermaksud setiap apa yang berlaku di luar adalah untuk
menjatuhkan dan merosakkan diri anda. Bila kita terus menjadikan persepsi diri
sebagai sebab persekitaran sedang menyerangan diri, kita akan terus
terkongkong oleh perasaan negatif ini dan gagal melihat hakikat sebenar
kejadian tersebut. Sebenarnya, seseorang tidak akan terus mengabadikan
perasaan negatif ini dalam hidup kecuali kalau dirinya masih terus mengesahkan
kewujudan serangan ini dan terus menjelaskan kepada orang lain tentang
perasaan anda.
Untuk menghapuskan perasaan negatif , anda hendaklah terlebih dahulu tidak
menyalahkan orang lain. Jangan mengizinkan diri dikongkong oleh perasaan
mengandaikan orang lain bersalah. Jangan mengiktirafkan kesalahan
seseorang. Seterusnya, amalkan sikap anti serangan diri. Kita hendaklah
merdeka dari semua kejadian dan persekitaran. Kita hendaklah berkata, biarpun
masalahini terjadi, tapi saya bukan masalah. Biarpun ada kesusahan, tapi
kesusahan ini bukan pada diri saya.
Perasaan negatif adalah berpunca pada dalaman seseorang dari persekitaran
luar . Perasaan negatif terbentuk akibat reaksi seseorang terhadap kejadian
luaran. Anda sentiasa mempunyai hak untuk memilih kualiti hidup anda. Andalah
yang memilih untuk marah , resah atau mengkritik. Anda boleh menebang pokok
perasaan negatif dengan menghentikan rungutan.
Gunakan Rukun penggantian untuk menghapuskan perasaan negatif dengan
berkata , “sayalah yang bertanggungjawab” Seseorang yang sering merungut
hanya menoleh pada kejadian lalu byg tidak dapat diubah. Seseorang yang
bertanggungjawab sentiasa melihat ke depan untuk menjangka sesuatu yang
akan berlaku. Bila seseorang yang berjiwa tanggungjawab berhadapan dengan
masalah, dirinya akan bertanya, “Apa yang patut kita buat sekarang?”
Sebaliknya, seseorang yang suka merungut akan berkata, “Siapakah yang
melakukannya?” Ini bermaksud, rungutan tidak membawa sebarang manfaat
untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa dirinya.
Sebenarnya, seseorang bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai perasaan
negatif. Perasaan ini terbentuk dan menambahn beransur-ansur dalam proses
perkembangan hidupnya dengan memerhatikan orang lain dan setiap kejadian

TOP (HRD) Training Consultant 9


Kaset Program Garuda Api

yang menimpa dirinya. Kita mempertikaikan nasib hidup yang malang waktu
kecil, kita mempertikaikan sikap majikan dan ahli keluarga yang kurang prihatin
terhadap diri sendiri. Kita terus menggunakan perasaan negatif ini untuk
mendirikan corak perhubungan manusia. Tetapi, jika anda enggan
mempertikaikannya. Perasaan negatif akan dihapuskan.
Sebenarnya, setiap orang mempunyai pengalaman pahit yang tersendiri.
Mereka terus mencintai dan mengekalkan pengalaman ini dalam memori.
Mereka telah banyak berkorban untuk pengalaman pahit ini untuk suatu tempoh
masa yang panjang. Mereka tidak rela melepaskan perasaan pengalaman ini.
Jika anda hendak menolong orang sedemikian, apakah yang patut anda
katakan? Anda hendaklah berkata, “Ya, saya faham maksud anda. Saya sedia
berbincang dengan anda. Tapi, anda hendaklah bertanggungjawab terhadap
hidup sendiri. Jika anda sedia bertanggungjawab sepenuhmya, apakah yang
patut anda lakukan?” Kemungkinan rakan anda akan berubah akibat percakapan
anda. Sebenarnya, rakan bermasalah hendak mencari anda ialah untuk
meluahkan semua kesusahannya pada diri anda. Sebenarnya, dirinya akan
menggunakan masa perbincangan anda berdua untuk mengatur strategi dan
pendirian dirinya. Ini juga bermaksud dia akan mengatur penyelesaian maslah
dirinya sendiri. Mereka tidak perlukan apa-apa cadangan dari anda.
Faktor terakhir adalah suatu yang penting sekali. Setiap orang mempunyai
sesuatu perasaan yang sukar dilupakan. Perasaan negatif ini telah banyak
menyakitkan kita dan terus kita milikinya. Perasaan negatif ialah menyalah dan
menuduh orang lain. Kita masih menyalahkan seseorang atau sesuatu perkara
yang telah melukakan diri kita sebelum ini. Jangan salahkan diri dengan
perasaan sedemikian, kerana setiap orang mempunyai kecenderungan merindui
kesakitan lalu. Kami suka menutup diri dengan guni yang mengisi perasaan
negatif. Kita berpendapat kononnya perasaan negatif ini adalah suatu petanda
keprihatinan dan simpati diri terhadap sesuatu yang telah berlaku. Tapi, kunci
mengejar kejayaan ialah Rukun Penggantian, halau semua perasaan negatif dari
jiwa anda.
Setiap kali anda berhapdapan dengan perkara yang memberi tekanan dan
masalah dalam hidup, anda perlu berkata , “Saya seorang yang
bertanggungjawab, saya perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Saya suka diri
sendiri. Saya seorang yang bertanggungjawab. Selain dari diri saya, tidak ada
sebarang hal lain yang boleh mengganggu perasaan jiwa raga saya. Saya boleh
bertanggungjawab.”
Ya, saya oercaya – anda boleh memikul tanggungjawab sepenuhnya.

Bab 7
Kuasa Melegakan Diri
Jika anda tidak menguruskan perasaan negatif , maka kegembiraan, kesihatan ,
rasa kemesraan dan potensi diri tidak akan terbongkar. Minda separa sedar
manusia tidak mempunyai sebarang ruang untuk menyimpan perasaan negatif,
ini bermaksud perasaan negatif boleh dihapuskan dari diri anda. Akibat dari
kritikan yang melukakan sejak waktu kecil, seseorang telah membentuk model
pemikiran yang bersifat tertekan dan bersifat paksaan. Kritikan yang melukakan

TOP (HRD) Training Consultant 10


Kaset Program Garuda Api

akan menjatuhkan keyakinan diri. Ia menyebabkan seseorang gagal memikul


tanggungjawab diri. Ia juga merosakkan harga dan maruah diri. Jika ibu bapa
anda pernah berkata , “Anda tidak pernah dapat melakukan sesuatu dengan
baik.” Bila anda besar, amat sukar untuk meminta diri anda melakukan sesuatu
dengan baik.
Faktor kedua yang menyebabkan kita terjerumus dalam kancah perasaan negatif
ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian sejati. Kekurangan kasih sayang
dan gagal menikmati kasih sayang merupakan sebab mengapa seseorang tidak
gembira pada waktu kedewasaannya, ketiadaan kasih sayang juga akan
melumpuhkan jiwa raga seseorang. Untuk membolehkan anak merasai kasih
sayang yang sejati, ibu bapa hendaklah mempunyai nilai kendiri yang sempurna.
Selalunya, seseorang ibu bapa yang menjadi mangsa ibu bapanya akan
menurunkan model asuhan kepada generasi berikut. Kita hendaklah
menghentikan urutan perasaan negatif sedemikian. Untuk membolehkan anak
mempunyai perasaan dirinya disayangi, ada tiga syarat yang perlu diamalkan.
Pertama : Ibu bapa hendaklah sayangi diri sendiri. Jika anda tidak menyayangi
diri sendiri , anda tidak akan mempunyai kasih sayang yang berlebihan untuk
orang lain.
Kedua, ibu bapa hendaklah sayang satu sama lain. Bila salah seorang berpisah
atau bercerai, anak akan merasa kononnya ibu bapa berbuat demikian kerana
dirinya bersalah.
Ketiga, anak hendaklah merasa dirinya disayangi. Dalam hal ini, ibu bapa
hendaklah menyayangi anaknya. Satu-satunya cara untuk menunjukkan kasih
sayang anda ialah dengan memperuntukkan masa yang banyak untuk
berkomunikasi dengan anak.
Jika proses perkembangan hidup anda tidak mempunyai ketiga-tiga perkara
tersebut, maka ini bermaksud anda dibesarkan dalam situasi yang bersifat
kritikan negatif. Ia juga bermakna anda hidup dalam suasana yang membawa
perasaan bersalah. Rasa bersalah membawa maksud dirinya tidak lagi
mempunyai apa-apa nilai.
Bila diri seseorang terus dikritik oleh orang yang penting dalam hidupnya, ini juga
bermaksud dirinya tidak lagi mempunyai kasih sayang yang sejati, perasaan ini
akan terbentuk. Kami rasa nilai diri amat rendah atau sama sekali tidak bernilai.
Ini merupakan punca masalah perhubungan manusia. Ia juga merupakan faktor
penyakit mental.
Perasaan bersalah akan menimbulkan rasa dan pendapat kononnya “saya tidak
sempurna, saya mempunyai banyak kelemahan, saya tidak baik.” Sebaliknya,
nilai diri bermaksud, “saya suka diri saya, saya suka diri saya” Bila seseorang
dibesarkan dalam suasana kritikan negatif dan ketiadaan kasih sayang , mereka
bukan sahaja tidak suka dengan diri sendiri , mereka tidak akan merasa
sebarang nilai, yang penting sekali, hati mereka tidak terus penuh dengan hasad
dengki.
Perasaan bersalah berpunca dari tiga bentuk perasaan negatif, Ibu bapa yang
negatif , pengaruh yang negatif dan agama yang negatif. Perasaan bersalah
sering digunakan oleh orang ramai untuk sesuatu tujuan kerana setiap individu
mempunyai sisa-sisa perasaan ini dalam jiwa masing-masing. Cara

TOP (HRD) Training Consultant 11


Kaset Program Garuda Api

menggunakan perasaan bersalah amat senang sekali. Hanya dengan


memandang dengan mata dan berkata beberapa patah perkataan, seseorang
akan dengan mudahnya mencapai tujuan dan hasratnya. Bagaimana anda tahu
adanya perasaan bersalah dalam hidup anda ?
Pertama: Adakah anda rasa diri tidak sebaik orang lain. Anda rasa diri tidak
padan dengan sesuatu layanan dan ganjaran yang lumayan.
Kedua : Kritikan diri yang negatif. Terus menolak diri sendiri, membantah diri dan
gagal menerima diri sendiri.
Ketiga: perasaan bersalah amat mudah disokong orang lain. Sebenarnya, dunia
ini mempunyai dua jenis insan, iaitu insan yang melepaskan perasaan bersalah
dan insan yang menerima perasaan bersalah. Kedua-dua kelompok manusia ini
terus menyerang satu sama lain.
Keempat : Anda sering menggunakan perasaan bersalah untuk menegur orang
lain.
Kelima : Corak komunikasi mangsa yang bersifat “saya tidak boleh”. Setiap kali
anda hendak melakukan sesuatu, minda separa sedar akan memberitahu anda
“anda tidak boleh”. Terdapat dua jenis corak percakapan mangsa perasaan
bersalah , iaitu “saya akan cuba”. Makna percakapan ini membawa makna
dirinya berkemungkinan gagal . Ia juga bermaksud, dirinya menyediakan
landasan melarikan drii dari tanggungjawab terhadap kesalahan yang bakal
terjadi. Percakapan ini juga bermaksud, jika benarnya diri gagal, jangan pula
anda menuduh saya. Jika seseorang menggunakan ayat “saya akan mencuba”,
beliau sudah memberi alasan untuk gagal sebelum pun dirinya memulakan
sesuatu tindakan. Satu lagi corak percakapan mangsa perasaan bersalah ialah ,
“saya berharap”. Harap Menggambarkan suatu impian atau matlamat. Tetapi
sekadar mengharap tidak membawa daya untuk bertindak dan mencapainya.
Setiap kali kita berkata, “Saya berharap”, dirinya juga menanam rasa tidak yakin
dalam minda separa sedar untuk menyiapkan tugasan tersebut. Berhati-hatilah
dengan corak percakapan mangsa yang sedemikian.
Setiap individu yang membesar dalam suasana yang membawa perasaan
bersalah akan membentuk lima ciri berikut:
Pertama : Bila diri mereka rasa tidak sebaik orang lain , mereka juga rasa tidak
berhak untuk menikmati dan menerima peluang dan pengalaman kejayaan.
Kedua : Perasaan bersalah akan terus mengheret diri seseorang ke bawah dan
terus mengkritik diri sendiri dengan cara yang negatif.
Ketiga : Mereka bukan sahaja marah dan merungut diri sendiri , mereka juga
menggunakan cara yang sama untuk melayan orang lain.
Keempat: Mereka mudah menjadi mangsa perasaan bersalah
Kelima: mereka akan menggunakan corak percakapan mangsa perasaan
bersalah.
Jadi , Bagaimana kita boleh melepaskan perasaan bersalah ini?
Pertama : Hapuskan semua corak percakapan yang mengkutuk dan mengkritik
diri secara negatif
Kedua : Jangan izinkan perasaan bersalah mendokong dan mempengaruhi
hidup anda

TOP (HRD) Training Consultant 12


Kaset Program Garuda Api

Ketiga : Jangan sekali gunakan perasaan bersalah untuk menegur dan marah
orang lain
Keempat : Mesti ada keberanian untuk memaafkan orang lain dan tidak lagi
mempertikaikan kecelakaan diri.
Kelima : Seterusnya, anda perlu keberanian untuk memaafkan empat kategori
manusia lain, iaitu maafkan ibu bapa anda, maafkan sesiapa yang pernah
melukakan anda dengan apa cara sekalipun, maafkan diri sendiri . dan minta
maafkan dari sesiapa yang pernah anda lukakan.
Kami hendaklah memupuk kualiti diri untuk memaafkan setiap orang yang anda
kenali.

Bab 8
Menangkis kekhuatiran
Pakar psikologi memberitahu kita, pemikiran yang negatif adalah suatu yang
dibentuk oleh minda diri sendiri. Ia memberi berbagai tekanan dan ketakutan
dalam hidup. Bila seseorang terus menumpukan pemikirannya pada semua
perasaan negatif ini, ia akan menjadi suatu yang benar dan menjadi suatu
kenyataan dalam hidup seharian.
Tambahan lagi, kekhuatiran adalah suatu bentuk ketakutan yang diakibatkan dari
jiwa yang penuh keraguan. Dalam kajian yang dilakukan, hampir 45% dari
kekhuatiran seseorang adalah berkaitan dengan sesuatu hal yang tidak pernah
berlaku, 30% adalah khuatir tentang sesuatu hal yang telah berlalu dan tidak
boleh diubah lagi. 12% dari kekhuatiran adalah berkaitan dengan kesihatan diri.
10% adalah khuatir tentang hal yang remeh temeh. Hanya 8% adalah hal yang
penting dan perlu diberi perhatian serius. Dari 8% hal yang penting ini, separuh
darinya adalah siluar dari kawalan diri seseorang, kerana ia perlu ditangani dan
diuruskan oleh orang lain. Secara keseluruhannya, didapati 96% dari
kekhuatiran adalah suatu yang kurang penting dan tidak pernah berlaku. Amatlah
tidak wajar untuk kita membuang masa dan tenaga untuk hal-hal sedemikian.
Jadi, bagaimana kita boleh menangkis rasa kekhuatiran ?
Pertama : Memikul satu hari setiap ketika. Jangan kisah apa yang akan berlaku
paa hari esok. Berikan penumpuan pada apa yang dilakukan sekarang dan buat
dengan sehabis baik.
Kedua : Fahami asal-usul dan gambaran sebenar sesuatu kejadian. Bila anda
mengenal keadaan sebenar sesuatu kejadian, rasa khuatir akan hilang.
Ketiga : Kita kenalinya sebagai pengkis keresahan. Ia meliputi empat langkah.
Pertama : Jika fikiran anda masih mempunyai sebarang hal yang merisaukan,
tuliskan dengan jelas pada sehelai kertas. Kedua , anda hendaklah memahami
keadaan paling teruk. Tanya diri anda, “Apakah keadaan yang paling teruk
dalam hal ini.” Bila kita mengenal keadaan yang paling teruk, kita dapati
kesemua kerisauan dan keresahan akan hilang. Ketiga : Jika keadaan paling
teruk berlaku, sedia menyahutnya dan belajar menyesuaikan diri dengannya.
Keempat : Segera bertindak untuk memperbaiki keadaan yang paling teruk agar
dapat menurunkan risiko ke tahap terendah.
Akhir sekali, ubat penawar kerisauan ialah dengan melakukan tindakan yang
bermakna. Bila anda melakukan sesuatu tindakan bermakna, ia akan

TOP (HRD) Training Consultant 13


Kaset Program Garuda Api

menghapuskan kekhuatiran anda. Gunakan Rukun Penggantian, jalankan


tindakan yang bermakna. Gunakan Rukun Penumpuan, jangan izinkan diri anda
terus tertumpu pada hal yang merisaukan. Gunakan Rukun Jangkaan dan Rukun
Tarikan, jadikan semua hal yang anda jangkakan masuk ke dalam hidup anda.
Lepaskan semua pemikiran yang tidak benar, terima hakikat paling teruk, ambil
tindakan yang paling praktikal dan berpatutan, gunakan sikap yang membina
untuk mengganti perasaan khuatir – inilah semua kunci menghapuskan
kekhuatiran.

Bab 9
Menanam kualiti kejayaan dalam minda anda
Pakar psikologi William James berkata, anda hanya perlu mengubah sikap
mental dalaman , anda akan dapat mengubah corak kehidupan di luar secara
hakiki. Ini bermakna , jika anda terus kekalkan minda pada tahap tertentu, anda
akan membentuk suatu kuasa pemikiran yang dinamik. Ia akan menarik individu
, perkara dan persekitaran yang sesuai ke dalam hidup anda. Jika anda
menjadikan setiap kejadian di sekitar anda sebagai suatu kebenaran dan
menerimanya tanpa sebarang persoalan, kesemua perkara ini akan menjadi
konsep diri anda. Ini juga bermaksud, konsep diri akan menentukan jenis perkara
yang akan berlaku dalam hidup anda; maka demi mencetuskan beberapa
perubahan hidup, anda perlulah terdahulu mengubah konsep diri anda.
Konsep psikologi perubahan menyatakan setiap individu sentiasa dalam
perubahan dan perkembangan yang berterusan. Konsep diri dan kepercayaan
anda juga sentiasa berubah. Setiap fasa perkembangan hidup, kita terus
mengubah konsep diri, kepercayaan diri dan imej diri. Jika anda hendak
mencapai perkembangan hidup yang pesat, anda perlulah mempunyai suatu
matlamat yang nyata dan jelas serta mempunyai kemahuan yang berkobar-kobar
untuk mencapainya. Setiap kali anda melakukan perubahan mental, anda sering
berhadapan dengan dua penghalang. Pertama , penyakit seragam. Ini
bermaksud, seseorang akan terus melihat sesuatu dari perspektif yang sama.
Dirinya sukakan perkara yang membiasakan dan menyebabkan kurang fleksibiliti
mental. Kedua, penyakit mental kaku. Ini bermaksud pemikiran seseorang
bersifat kaku dan degil. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan seseorang terus
kekal dalam zon keselesaan peribadi. Maka, amatlah penting untuk kita
melarikan diri dari kongkongan zon keselesaan. Ini kerana Ia akan menjadikan
kerja anda bersifat kaku, tidak bermatlamat hidup danm enggan melakukan
sebarang perubahan dalam hidup.
Dua kuasa utama wujud dalam hidup anda, ia mengawal setiap perkara yang
berlaku dalam hidup anda. Pertama , kuasa kasih sayang. Kuasa ini
menggerakkan setiap individu untuk memerolehi kasih sayang atau tuntutan
emosi kerana ketiadaan kasih sayang. Kedua, kuasa bayangan. Kuasa ini
merujuk kepada setiap gerak-geri minda sedar, sesuatu yang anda dengar,
nampak, rasai, terhidu atau sesuatu peristiwa yang anda terserempak dalam
hidup. Semua pengalaman ini akan membentuk suatu pengaruh dalam hidup
anda dan membentuk sikap diri anda. Ini juga bermaksud setiap perkara
mempunyai pengaruhnya yang tersendiri.

TOP (HRD) Training Consultant 14


Kaset Program Garuda Api

Rukun tabiat pula memberitahu kita, corak mental anda akan terus berkekalan
pada suatu corak yang terdahulu. Hanya kalau diri anda membuat keputusan
untuk mengubah sesuatu perkara dalam hidup, tabiat lama akan mula tercabar.
Untuk menemuui kejayaan, anda perlukan tabiat kejayaan. Selagi anda memiliki
semua kejayaan ini, anda akan berjaya. Kedua , Rukun emosi. Setiap
keputusan dalam hidup mempunyai kaitan dengan emosi anda pada ketika itu.
Jika emosi dominan anda pada waktu itu adalah ketakutan, maka ketakutan
akan mendokong tindakan anda. Jika emosi anda adalah suatu kemahuan yang
berkobar-kobar, maka ia juga akan mendokong tindakan anda. Jika anda terus
mengekalkan diri dalam corak mental yang berkemahuan tinggi, ketakutan anda
akan beransur hilang.
Ketiga, Rukun Penonjolan. Setiap perkara yang meninggalkan memori dominan
dalam minda akan terus berlaku dalam hidup anda. Jika anda cuba mencoretkan
sesuatu memori yang bersifat dominan biar dengan apa cara sekalipun akan
akhirnyamenjadi kenyataan dalam hidup seharian. Anda gunakan konsep diri
sendiri untuk melayan setiap perkara. Anda tidak semestinya percaya apa yang
anda lihat, tapi anda pasti akan lihat apa yang anda percaya sebagai benar. Jika
anda percaya peluang wujud dalam hidup , anda pasti akan terjumpa peluang
tersebut.
Keempat , Rukun Penukuran. Ini bermaksud jika anda telah mencapai tahap
kejayaan tertentu, anda pasti akan membentuk suatu perasaan dominan.
Dengan erti kata lain, suasana yang bersifat hakiki akan membentuk perasaan
dominan. Jika anda berjaya mencorakkan corak mental dominan, perasaan ini
akan menggerakkan Rukun Penarikan dan Rukun Keirasan. Ini seterusnya akan
membawa orang,peristiwa atau peluang ke dalam hidup untuk membentuk
suasana yang hakiki.
Kelima , Rukun amalan atau Rukun Ulangan. Ia bermaksud, jika anda terus
ulangi sesuatu perkara, ia kaan menjadi tabiat. Biar apa yang anda hendakkan
dalam hidup, anda boleh gunakan bayangan berulangan untuk menjadikan ia
suatu kenyataan. Ulangi perbuatan ini untuk 21 hari, ia akan akhirnya menjadi
suatu tabiat bari hidup anda.
Rancangan puasa PMA menghendakkan diri anda menumpukan pemikiran pada
sesuatu perkara yang anda hendakkan , jauhi dari perkara yang anda tidak
mahu. Ini menumpukan mental anda pada sikap positif yang anda corakkan
sendiri. Anda akan akhirnya menjadi seorang yang positif. Anda akan dapati
setiap perkara mula berubah dalam hidup. Perhubungan manusia anda , kerjaya
anda , kesihatan anda dan setiap perkara lain akan turut berubah.
Seterusnya, anda perlu melakukan empat perkara . Pertama , anda perlu
mempunyai hajat yang berkobar-kobar. Hanya jika anda hajatkan sesuatu
dengan kemahuan yang berkobar-kobar, baru anda dapat memperolehinya.
Kedua, membuat keputusan. Anda perlulah membuat keputusan untuk
melaksanakan setiap tindakan yang perlu anda lakukan untuk mencapai hasrat
anda. Ketiga , kecekalan yang tidak berbelah bahagi untuk meneruskan
rancangan anda biarpun apa yang orang lain katakan. Akhir sekali, disiplin diri.
Anda perlulah rela melakukan setiap perkara yang perlu anda lakukan.

TOP (HRD) Training Consultant 15


Kaset Program Garuda Api

Setiap perkara dalam hidup mempunyai dua kesan, samada ia mendekati atau
menjauhi anda dari matlamat hidup anda. Ini kerana setiap perkara mempunyai
pengaruhnya yang tersendiri. Selagi anda mengamalkan rancangan puasa PMA
selama 21 hari, anda pasti akan menemui perubahan yang dinamik dalam hidup,
ia menjangkaui perubahan yang anda fikirkan.

Bab 10
Cara mengubah Konsep Diri
Kami pernah belajar, perubahan konsep diri merupakan pendekatan Pertama
dalam usaha mengubah corak hidup anda. Terdapat tiga komponen yang
membentuk konsep diri , iaitu impian diri, imej diri dan nilai diri. Impian diri
merujuk pada orang yang anda hasratkan hendak menjadi, ia merupakan dasar
keperibadian diri anda. Ia menentukan corak pemikiran, sikap dan percakapan
seharian. Imej diri pula merujuk pada cara anda melayan dan melihat diri
sendiri. Jika anda mengaitkan imej diri dengan impian hidup , anda pasti
mempunyai nilai diri yang lebih tinggi. Sebaliknya, jika anda rasa diri anda tidak
boleh mencapai imej diri yang dihasratkan, nilai diri anda menjadi amat rendah.
Maka, amatlah penting untuk anda membuat penetapan apakah corak imej diri
yang anda hendakkan. Untuk mencapai imej diri sebagaimana yang anda
impiankan, anda perlukan konsep diri yang bersesuaian. Anda perlu tahu apa
yang anda hendakkan secara berkobar-kobar dan seterusnya anda akan
mengubah corak pemikiran anda. Ini seterusnya akan membaharui diri anda.
Kedua, mula bayangkan diri anda sebagai orang yang anda impiankan.
Bayangkan diri anda sebagai seorang yang peramah dan mempunyai
kesabaran. Ukirkan diri anda yang sempurna. Rukun penonjolan bermaksud
setiap corak pemikiran yang dominan akan akhirnya menonjol sebagai suatu
kenyataan hidup. Jika anda terus amalkan pemikiran sedemikian, anda akan
dapati diri menjadi seorang yang dinamik dan baru.
Ketiga, amalkan imaginasi. Jadikan semua pemikiran dalam hati sebagai suatu
gambaran berturut. Anda boleh mengubahsuai dan mencorakkan minda separa
sedar sendiri. Setiap kali anda menggambarkan turutan pemikiran anda dalam
bentuk imaginasi, anda menumpukan minda pada sesuatu yang anda hasratkan.
Bila anda menutup mata dan bayangkan sesuatu yang hasrta hendak menjadi,
minda separa sedar tidak akan menolak atau menilai gambaran mana yang
sebenar berlaku dalam hidup dan gambaran mana hanya suatu hajat hati.
Imaginasi membantu anda membentuk gambaran minda yang bersiri untuk
membantu perubahan mentaliti.
Keempat , pengesahan diri. Gunakan kata-kata dinamik dan berkuasa untuk
mencorakkan minda separa sedar. Pengesahan diri perlu gunakan ayat yang
bersifat peribadi , bersifat sekarang dan bersifat positif untuk mengaitkan diri
anda dan kepercayaan anda. Pertama , Sifat peribadi. Ini bermaksud setiap
kata-kata pengesahan hendaklah menggunakan perkataan “saya”. Bila anda
katakan “saya suka diri saya”, ayat ini akan terus masuk ke dalam minda separa
sedar anda. Seterusnya, kata-kata pengesahan perlu bersifat positif. Ini kerana
minda separa sedar akan menapis ayat-ayat yang negatif dan hanya
menyalurkan ayat yang positif. Bila anda katakan, saya bertanggungjawab, anda

TOP (HRD) Training Consultant 16


Kaset Program Garuda Api

pasti akan merasa kesan ayat ini dalam minda separa sedar. Anda juga akan
merasa kesan perasaan dari sebutan tadi. Ketiga , bersifat sekarang. Luahkan
kata-kata pengesahan yang bersifat sekarang kerana minda separa sedar hanya
sedia menerima ayat yang bersifat sekarang. Anda boleh gunakan kad kecil
untuk mencatatkan semua kata-kata pengesahan dan baca berulang-kali setiap
hari.
Akhirnya, waktu anda praktiskan kata-kata pengesahan , pastikan tindakan dan
percakapan anda sejajar dengan kata-kata pengesahan tersebut. Apa yang
anda lakukan hendaklah seiras dengan apa yang anda sebutkan secara
peribadi.
Kelima , pendekatan suara. Gunakan suara yang kuat untuk menyebut kata-kata
pengesahan. Anda boleh sebutkan dengan nada biasa. Tetapi , jika anda boleh
sebutkanb dengan suara yang kuat dan penuh semangat, pasti kuasa
pengesahan diri akan meningkat pada tahap 80%. Anda boleh praktiskan ini di
depan cermin dan anda boleh nampak imej diri sendiri. Gabungan gambaran
wajah diri depan cermin, suara dan semangat pasti akan memaksa pengesahan
diri masuk dalam minda separa sedar.
Keenam, pendekatan andaian. Andaikan sesuatu perasaan dan emosi yang
dihendakkan. Semua perasaan dan emosi yang bersifat palsu akan mendorong
anda menghidupkan sebagai kenyataan melalui tindakan seharian anda.
Sebelum anda bertindak, andakan anda sudah memiliki perasaan yang tersebut.
Tindakan ini pasti akan membawa emosi yang berkobar-kobar dan menghasilkan
perasaan yang sebenar. Anda boleh jadikan tindakan anda sebagai pencetus
perasaan anda. Kita sebutkan keadaan ini sebagai suatu yang berpura-pura.
Perbuatan palsukan diri sebagai seorang yang mulia, yang berani, mempunyai
keyakinan – terus berpura-pura sehingga anda memilikinya.
Keempat pendekatan ini , iaitu imaginasi, pengesahan diri , pendekatan suara
dan pendekatan andaian merupakan syarat asas mengubah keperibadian diri.
Imaginasi menghendakkan anda menayangkan gambaran imej diri yang
dihasratkan terus tercoret pada layar minda anda sehingga minda separa sedar
menerimanya berdasarkan pengalaman sebenar.
Pengesahan diri pula menghendakkan anda menggunakan ayat yang dinamik
dan positif untuk bercakap dengan diri sendiri. Jangan sekali anda katakan, saya
ragui, saya takut, saya sedih. Anda perlu berkata, saya boleh buat, saya
percaya dapat melakukannya. Ini pasti akan meningkatkan kepercayaan diri dan
nilai diri.
Pendekatan suara, sebutkan dengan suara yang kuat. Pasti apa yang anda
sebut mempunyai kaitan dengan tindakan seharian.
Pendekatan andaian. Berpura-pura anda sudah berjaya mencapai apa yang
dihasratkan. Berpura-pura anda menjadi orang berjaya yang anda hasrtakan.
Terus berpura-pura sehingga anda memilikinya.
Ingat , ini adalah suatu rukun yang hakiki dan tidak akan berubah; diibaratkan
matahari yang terbit dan mucul setiap hari.

Bab 12
Perisian lembut minda

TOP (HRD) Training Consultant 17


Kaset Program Garuda Api

Kita telah difahamkan aset terpenting dalam hidup ialah masa. Kita juga telah
difahamkan jika seseorang dapat mengubah dunia dalamannya, dia juga boleh
mengubah dunia luarannya. Dalam bab ini, kita akan belajar empat pendekatan
merangka sistem hidup sebagai cara untuk mengubah corak minda secara abadi
dan berkekalan. Pendekatan-pendekatan ini dikenal sebagai perisian lembut
minda.
Pendekatan pertama ialah strategi rancangan fizikal. Ia berdasarkan semua
pengalaman deria, baik didengar, dilihat atau dirasai. Kesemua deria ini
mengumpul maklumat dalam minda separa sedar. Jika seseorang
menyepadukan strategi dan rukun minda sebagaimana yang telah dibincangkan
dalam bab-bab sebelum ini, maklumat-maklumat yang diterima oleh deria badan
akan masuk ke minda separa sedar dengan lebih cepat dan bertahan untuk
masa yang panjang. Pendekatan rancangan fizikal menghendakkan anda
menulis matlamat utama anda setiap pagi dengan ayat yang positif. Seterusnya,
pejamkan mata dan bayangkan matlamat anda. Bayangkan suasana dan
perasaan anda bila anda mencapai matlamat tersebut. Seterusnya, rasakan
kegembiraan dan kepuasan yang bakal dikecapi. Bayangkan seolah-olahaa telah
memiliki semua apa yang anda hajatkan. Fikirkan perasaan yang
menyeronokkan bahawa ia telah berlaku. Matlamat ini telah bersedia untuk akan
menjadi milik anda kelak. Akhirnya, gunakan rukun kelegaan. Legakan diri dan
jangan menaruh sebarang niat atau hajat. Semua fikiran tadi akan mudah
diserap oleh minda separa sedar anda.
Pendekatan kedua ialah rancangan perancangan pantas. Teknik ini digunakan
untuk aktiviti yang bersifat sekali sahaja dalam hidup dan aktiviti sedemikian
tidak akan berulang lagi dalam hidup. Strategi ini akan merangka dan
mencorakkan konsep diri dan minda separa sedar dalam amsa yang singkat. Ia
akan memotivasikan anda secara mental dan fizikal. Ia akan mengingatkan anda
tentang ttg tindakan dan percakapan yang sesuai pada setiap ketika. Corakkan
imej turutan aktiviti dan akibat yang dihasratkan dalam minda. Contohnya, anda
hendak mengendalikan suatu seminar. Anda perlu salurkan gambaran waktu
seminar tamat, peserta berdiri dan memberi tepukan yang gemuruh untuk anda.
Seterusnya, gunakan pengesahan diri untuk menguatkan keyakinan tentang
gambarn tersebut. Gunakan kata-kata pengesahan yang singkat dan berkuasa.
Kata-kata ini akan mempengaruhi perasaan anda. Ini bermaksud , anda akan
merasai emosi waktu anda menyiapkan aktiviti tersebut. Selepas itu, legakan diri
dan tidak memberi sebarang perhatian kepada perkara tersebut seolah-olah ia
telah siap dilangsungkan sebagaimana yang telah anda rancangkan. Waktu
anda melegakan diri, minda separa sedar anda mula beroperasi. Teknik ini
adalah ramalan minda sebagaimana yang telah kita bincangkan sebelum ini.
Teknik ini menghendakkan anda mengimbas semua pengalaman kejayaan lalu
sebelum anda berhadapan dengan sesuatu perkara atau tugasan yang penting.
Tumpukan pemikiran pada aspek kecemerlangan diri dengan merenung semua
kejayaan lalu bersama dengan perasaan kepuasan dan gembira. Gabungkan
semua pengalaman lalu pada peristiwa yang bakal datang. Cara mencorakkan
minda separa sedar sebegini dengan kembali pada pengalaman lalu yang
membawa tindakan, percakapan dan prestasi yang seiras. Cara ini akan

TOP (HRD) Training Consultant 18


Kaset Program Garuda Api

membawa kesan kejayaan yang sama. Individu yang berjaya dan individu yang
gagal hanya berbeza dalam corak pemikirannya. Bila berhadapan dengan
sesuatu tugasan, individu yang gagal hanya memikirkan pengalaman lalu yang
mendukacitakan. Individu yang berjaya pula mendorng diri untuk mengulangi
pengalaman kejayaan lalu. Individu berjaya akan menggunakan rukun
penggantian bagi menanam pemikiran yang berunsur kejayaan dan enggan
menerima sebarang bentuk pemikiran negatif.
Pendekatan ketiga ialah teknik perancangan piawaian. Iaitu menggunakan kad
kecil untuk mengesahkan matlamat diri. Pertama, tuliskan sepuluh ke lima belas
matlamat. Carikan masa bersendirian tanpa diganggu oleh sesiapa sekurang-
kurangnya sekali atau dua kali sehari untuk menulis matlamat anda dalam kad
tersebut. Gunakan ayat yang dinamik dan positif waktu menulis. Tuliskan
matlamat anda dengan tulisan yang besar. Izinkan minda separa sedar anda
melihat semua matlamat ini dengan jelas. Kemudian, bacakan matlamat anda
dengan suara yang lantang secara berulangan dengan mata menutup.
Langkah seterusnya ialah menukar semua akibat yang dihasrtakan dalam bentuk
gambaran minda. Lihat rezeki yang bakal datang hasil dari usaha gigih anda.
Izinkan diri anda gunakan perasaan yang tenang untuk menumpukan perhatian
pada suasana yang dihajatkan. Ini membolehkan anda menumpukan perasaan
sepenuhnya pada akibat yang anda hajatkan. Minda separa sedar akan lebih
cepat menjadikan matlamat tersebut sebagai suatu yang penting dan mendorong
anda menyiapkannya.
Pendekatan terakhir ialah strategi jaguh sukan. Pendekatan ini memberitahu kita
cara untuk mengecapi kejayaan dalam bidang sukan ialah dengan mendapat
tunjukajar dari pakar dan orang yang berpengalaman. Anda akan dapat
maklumat bagaimana kejayaan jaguh sukan sebelum ini. Setiap malam sebelum
anda tidur, duduk dalam keadaan selesa dan bernafas secara panjang sambil
membayangkan diri anda melakukan turutan prestasi yang cemerlang dalam
sesuatu pertandingan. Gunakan dua cara untuk melakukan bayangan tersebut.
Pertama , jika anda bayangkan diri anda sedang meluncur ais, bayangkan diri
anda terjun dari atas bukit dan mencecah tiang-tiang bendera. Anda dapat
melihat betapa megah dan hebatnya diri sendiri. Kemudian , tukarkan sudut
pemandangan kepada persekitaran dan suasana yang anda lihat sepanjang
peluncuran tadi. Sebenarnya, semua jaguh sukan olimpik menggunakan strategi
minda ini untuk terus melatih dirinya. Pakar psikologi mendapati setiap gambaran
minda yang dicorakkan akan menggerakkan badan , baik tangan, kaki , otot dan
saraf. Semua bahagian badan ini akan digunakan waktu kita menjalankan
aktiviti meluncur yang sebenar. Apa sahaja bidang yang anda ceburi, baik dalam
bidang sukan, berpidato atau bidang lain; anda boleh gunakan strategi
pengesahan diri jaguh sukan untuk meningkatkan kesan pembelajaran anda.
Rahsianya terlantas pada beberapa aspek berikut : iaitu berulang, bersifat
gambaran, legakan diri dan matlamat yang jelas. Terus praktis sehingga minda
separa sedar menerima sebagai suatu yang benar, ia akan menjadi kenyataan
dalam hidup. Jika anda genggamnya dengan kukuh, ia akan memberi kesan
pada hidup anda.

TOP (HRD) Training Consultant 19


Kaset Program Garuda Api

Bab 13
Teknik pembelajaran pantas
Kita telah difahamkan kebanyakan manusia hanya menggunakan sepuluh
peratus dari potensi sebenar dirinya. Ahli Sains mendapati Thomas Edison
hanya menggunakan tidak sampai lima belas peratus dari potensi minda dalam
hayatnya. Potensi minda yang tersembunyi adalah suatu turutan idea atau
pemikiran. Ia adalah daya yang menggerakkan sel-sel otak. Bagaimana
caranya untuk meningkatkan kusa otak besar dan meningkatkan kesan
pembelajaran anda adalah dirangkupi dalam tajuk pembelajaran pantas.
Pertama, kecerdasan bukan digambarkan oleh tahap kepintaran. Kecerdasan
ialah hasil dari perbezaan pemikiran dan tindakan seseorang. Kecerdasan
adalah hasil dari usaha yang bertubi-tubi. Kederdasan boleh ditingkatkan
dengan cara latihan berbagai cara.
Selain itu, kecerdasan juga dikaitkan dengan konsep diri. Anda mungkin fikirkan
diri anda lebih pintar dari apa yang anda jangkakan. Sebenarnya, daya
pembelajaran anda boleh dilatih dan ditingkatkan. Anda boleh belajar cara
bagaimana anda belajar. Anda boleh belajar cara menguasai semua apa yang
anda hendak belajar. Semakin banyak anda belajar, semakin tinggi daya
pembelajaran anda.
Ketiga, pembelajaran juga berkait rapat dengan usia hayat seseorang. Semakin
panjang masa anda peruntukkan untuk tujuan pembelajaran, semakin ceria dan
tenang hidup anda. Anda menjadi semakin cergas dan semakin sihat. Jadi,
untuk meningkatkan daya pembelajaran, anda hendaklah belajar cara
pembelajaran yang betul.
Pakar psikologi Bulgaria, Welchou Rouf mengusulkan daya pembelajaran agung;
juga disebut sebagai daya pembelajaran pantas. Ia memperkenalkan cara
menerima kuantiti maklumat yang besar dalam masa yang singkat. Beliau
mendapati otak besar manusia terdiri dari dua bahagian semi-sfera. Kedua-dua
bahagian otak ini mempunyai peranan yang berbeza. Seseorang yang
mempunyai daya pembelajaran besar dapat menggunakan kedua-dua bahagian
otak dengan berkesan. Kedua-dua bahagian ini diseimbangkan oleh unsur
kelabu. Pada masa yang sama, kedua-dua hemi-sphera ini mempunyai peranan
pemikiran yang berbeza. Otak kiri sangat pentingkan perkataan dan struktur
ayat. Maka ia akan berfikir dengan turutan percakapan. Otak sebelah kanan
pula pentingkan gambar dan seni. Maka, ia perlukan lukisan untuk mencetuskan
daya pemikiran maksima. Otak kiri bersifat analisis dan otak kanan pula bersifat
menyeluruh. Otak kiri sangat mementingkan realistik dan kenyataan, hasil
pemikiran memberi kesan yang praktikal. Otak kanan pula mementingkan
persepsi semasa. Persepsi adalah sidokong oleh emosi dan perasaan. Otak kiri
hanya uruskan hal yang bersifat hakiki, suatu yang boleh dikira, dirasa dan
dikesan. Otak kanan pula cenderung pada pemikiran yang abstrak , ia
bertanggungjawab terhadapbidang seni, sains dan ideologi falsafah. Kedua-dua
otak ini hendaklah diselaras dengan berkesn untuk meningkatkan kuasa minda
seseorang .
Bila seseorang mengoperasikan otaknya dalam frekunsi minda yang berbeza,
kesan pembelajaran juga berbeza. Otak besar beroperasi dalam empat tahap

TOP (HRD) Training Consultant 20


Kaset Program Garuda Api

frekunsi. Tahap pertama dikenal sebagai beta, ia beroperasi pada kadar frekunsi
14 kitar sekolah sesaat. Ia adalah tahap minda seseorang pada waktu biasa.
Bila emosi menjadi tegang dan cergas, kadar minda akan meningkatkan. Tahap
ini merupakan pembelajaran yang paling lemah. Tahap minda kedua dipanggil
alfa, ia beroperasi pada kadar 8 ke 13 kitar sesaat. Peringkat ini wujud pada
saat anda melegakan diri. Seterusnya dipanggil Seta. Tahap minda seta
beroperasi pada kadar lima ke tujuh kitar sesaat. Ia wujud pada saat kita hendak
melelapkan mata untuk tidur. Tahap frekunsi minda yang terakhir dipanggil delta.
Ia beroperasi pada kadar 0.5 ke 4 kitar sesaat. Tahap minda di bawah o.5 kitar
sesaat tidak lagi menampung nyawa seseorang. Benna Rof berpendapat,
peringkat minda antara alfa dan beta amatlah sesuai untuk pembelajaran. Beliau
juga menggunakan musik untuk membantu seseorang masuk zon alfa dan seta.
Musik juga membolehkan otak kiri dan otak kanan berfungsi serentak dan
meningkatkan keberkesanan seseorang belajar. Cara pembelajaran ini telah
diuji pada sekumpulan pelajar yang mengambil kursusnya. Beliau menggunakan
teknik musik untuk membantu semua peserta kursus mengingat 98% dari kuliah
pertamanya setelah 6 minggu berlalu. Malah setelah enam bulan, ujian
menunjukkan mereka masih mengingati 69% dari isi kandungan kuliahnya.
Kajian juga menunjukkan kadar pembelajaran otak besar adalah bersifat infinitif.
Bagaimana boleh meningkatkan kadar pembelajaran anda? pertama , tetapkan
skop pembelajaran yang anda hendakkan. Amat sukar untuk anda belajar
sesuatu yang anda tidak minati. Mengesahkan tajuk yang anda belajar amatlah
penting. Kedua , anda perlu mempunyai hajat belajar yang besar. Anda perlu
mempunyai kemahuan untuk mengetahui sesuatu mata pelajaran. Jika anda
belajar kerana permintaan orang lain , amat sukar untuk anda menguasainya.
Ketiga , amatlah digalakkan anda belajar sambil mendengar musik klasik,
betoven atau suara ombak. Ini kerana musik-musik ini meningkatkan kadar
operasi otak besar. keempat , lakukan ulangkaji pada jangka masa yang
berkala. Ulangkaji yang dilakukan secara berkala akan meningkatkan kadar
ingatan seseorang . kelima, semakin banyak masa yang anda peruntukkan untuk
mengulangkaji, semakin banyak yang anda perolehi. Untuk anda belajar cara
memperlajari sesuatu, anda perlukan latihan yang praktikal dan berterusan
dengan hati yang bersungguh-sungguh. Keenam, sentiasa memperbaharui
memperbagaikan cara pembelajaran dan merasa sesuatu dengan cara yang
berlainan. Setiap pedekatan yang berbeza akan meningkatkan kadar
pembelajaran. Anda perlu dedahkan diri dengan cabaran dan tekanan yang
berbeza. Ketujuh, fahami kadar penumpuan minda diri sendiri. Jangan
peruntukkan masa yang terlalu panjang untuk membaca atau belajar sesuatu.
Bahagikan masa secara berperingkat . Ini akan memperbanyakkan kaedah
ulangkaji seterusnya meningkatkan kadar pembelajaran. Anda mestilah ingat,
apa yang anda muatkan dalam minda anda akan mempengaruhi masa depan
anda. Bila anda amalkan semua apa yang telah anda belajar, anda akan dapat
mengubah peristiwa di sekitar anda. Jika anda hendak dapat keuntungan yang
lebih besar, anda juga perlu belajar dengan lebih banyak. Jika anda hendakkan
kegembiraan dan kebahagiaan, anda juga perlu tingatkan pembelajaran. Jika
anda tidak mahu pendamkan potensi diri, anda perlu belajar dengan banyak.

TOP (HRD) Training Consultant 21


Kaset Program Garuda Api

Baca buku yang berkaitan setiap ketika. Anda juga perlu menguasai cara belajar
yang berkesan. Sampai suatu ketika, anda akan terkejut dengan kuasa potensi
minda yang diterokai oleh diri anda sendiri.

Bab 14
Gunaakan musik untuk melegakan diri sendiri
Rouf menggunakan kuasa pengesahan diri untuk meningkatkan kadar
pembelajaran. Cara ini dikenal sebagai Teknik pembelajaran Minda Separa
Sedar. Kita boleh gunakan cara pembelajran ini untuk memprogramkan semula
Minda Separa Sedar kita. Ia akan menolong kit amembina sistem kepercayaan
baru, keyakinan dan keberanian. Jika kita memikirkan sesuatu uidea atau
konsep dalam masa minda anda bertenang dan berehat, kita akan dapat
menerima idea atau konsep tersebut secara menyeluruh serta bertindak
mengikut apa yang difikirkan. Dengan erti kata lain, proses pembelajaran
perlulah lega dan tiada ketegangan sama sekali. Jika anda berhajat hendak
menjadi lebih bersemangat, lebih berjaya dan lebih tekun; anda mestilah mula
memprogramkan semula corak minda anda. Ini akan membantu anda
mempersepadukan konsep diri dan keyakinan anda dengan persekitaran dan
kejadian luar. Bagaimana hendak mencapai jiwa raga yang lega tanpa tekanan?
Salah satu cara ialah dengan memikir secara meditasi. Izinkan diri pejamkan
mata anda dan tarik nafas dengan panjang. Legakan diri dan turunkan frekunsi
minda ke tahap alfa. Sebenarnya, meditasi ialah suatu proses pemikiran yang
bersistem. Pemikiran bermeditasi adalah suatu kegiatan yang amat bermanfaat
kepada kesihatan. Ia membolehkan badan anda berehat secara menyeluruh,
mengubahsuai keperibadian anda, menjadikan diri anda lebih matang dan
meningkatkan keyakinan. Ia juga meningkatkan kadar penghadaman.
Berpandukan proses pemikiran bermeditasi, anda akan menguasai potensi diri
yang lebih besar. Berpandukan rakaman pengesahan diri ialah suatu proses
melegakan diri dengan menggunakan musik secara beransur-ansur. Rakamkan
matlamat hidup anda bersama musik. Dengar kaset rakaman ini berulangkali
dengan jiwa yang tenang. Matlamat anda akan diserap bersama musik ke dalam
Minda Separa Sedar.
Dalam usaha merakam matlamat hidup anda dengan kaset, anda perlu
mengambil berat beberapa perkara berikut:
Pertama :Ia adalah satu cara melegakan diri dengan menggunakan musik.
Legakan setiap bahagian otot badan mengikut turutan sebagaimana yang
diarahkan.
Kedua : Sikap minda heterogenik. Anggapkan seseorang sedang bercakap
dengan diri sendiri. Suara rakaman anda hendaklah menggunakan perkataan
“anda”. Contohnya, anda boleh rakamkan “anda sayang pengesahan diri diri
anda.”
Ketiga: Teknik rakaman pengesahan diri ini amatkah penting kepada kesihatan
diri. Ia menjadikan mental seseorang ceria dan gembira. Ia lebih baik dari tidur
atau baringkan diri.
Keempat, anda perlu dengar dua kali sehari. Sebaik-baiknya masa perut
kosong. Sekali pada waktu pagi sebelum bersarapan dan sekali lagi waktu

TOP (HRD) Training Consultant 22


Kaset Program Garuda Api

sebelum makan malam di rumah. Kelima , Anda hendaklah mencari musik yang
melenakan dan menyegarkan. Anda boleh gunakan musik klasikal, musik
ombak dan sebagainya. Tapi, jangan gunakan musik yang berlagu. Keenam
anda hendak lah duduk dengan tegak , pejamkan mata dan letakkan kedua-dua
tangan di atas paha dan bukakan paha sedikit. Tarik nafas yang panjang dan
tumpukan perhatian sepenuhnya pada kandungan kaset. Kelapan , jangan ada
gangguan persekitaran waktu mendengar kaset. Semua gangguan ini akan
menyekat minda dari memasuki tahap alfa. Jangan mendengar kaset selepas
makan atau minum. Kelapan , amalkan tabiat mendengar kaset rakaman
berulang kali secara berdisiplin. Kebanyakan orang gagal dalam aspek ini dan
tidak berkeupayaan melakukann secara berterusan. Sudah pasti, kesannya juga
tidak dicapai. Kesembilan , anda boleh rakamkan antara sepuluh ke lima belas
matlamat hidup dalam kaset anda. Setiap matlamat hidup hendaklah disebut
dengan ayat pengesahan diri yang positif dan bersifat sekarang. Ke sepuluh ,
setiap ayat hendaklah dimulakan dengan kata-kata, “memang benar, saya
setuju” atau anda boleh berkata, “Ya, adalah benar”. Ini akan menguatkan kesan
pengesahan diri dalam Minda Separa Sedar. Ke sebelas , ulangi proses ini
berterusan dengan kaset rakaman matlamat hidup anda sendiri. Gunakan teknik
rakaman pengesahan diri dan bertindak sejajar dengannya. Apa sahaja matlamat
hidup yang anda hajatkan , anda boleh mencapainya. Dengan menggunakan
teknik rakaman pengesahan diri ini, anda akan dapati perubahan hidup dalam
masa yang singkat sekali. Produktiviti meningkat , kesihatan semakin baik dan
perasaan anda akan berubah. Dengan kaset rakaman mengesahkan setiap
matlamat hidup , Setiap satu akan dicapai. Memang , ia tidak berkesan kepada
saya, tetapi ia berkesan kepada anda.

Bab 15
Lima syarat membina matlamat hidup

Dalam Program Garuda Api , berbagai rukun telah anda mahiri. Ini termasuk
rukun penarikan, rukun keirasan, rukun keyakinan dan sebagainya. Cara terbaik
untuk menggunakan semua rukun ini ialah dengan menetapkan satu matlamat
hidup. Matlamat membolehkan anda mempersepadukan diri anda dengan
semua rukun sejagat dn membolehkan rukun-rukun ini membantu anda
mencapai kejayaan. Kajian pada individu yang berbeza tidak lari dari keupayaan
dirinya membentuk matlamat hidup. Sayang sekali, kita dapati tidak sampai 5%
orang yang membentuk matlamat hidup. Ada orang menyatakan, individu yang
tidak mempunyai matlamat hidup akan tetap bekerja untuk individu yang
mempunyai matlamat hidup. Maka, keupayaan membina matlamat hidup serta
keupayaan mengatur strategi tindakan adalah teknik yang terpenting dalam
menentukan keupayaan seseorang untuk berjaya. Jika anda belajar cara
mengatasi matlamat hidup untuk setiap masalah yang dihadapi, ia akan
mecetuskan komponen penjana matlamat hidup. Komponen ini akan memimpin
anda menuju ke matlamat hidup anda. Ia juga memimpin matlamat hidup
bergerak menuju anda. Ia menjadi suatu penggerak yang memastikan diri anda
mencapai matlamat hidup anda. Setiap insan mempunyai suatu komponen

TOP (HRD) Training Consultant 23


Kaset Program Garuda Api

kegagalan yang dipanggil zon keselesaan. Kebanyakan orang gagal


menghidupkan potensi dirinya kerana mereka terkongkong oleh komponen
kegagalan. Bila anda membentuk matlamat hidup , anda mencetuskan daya
perjuangan yang positif. Matlamat hidup yang nyata membolehkan anda
membebaskan diri dari kongkongan zon keselesaan. Mengapakah seseorang
tidak membentukka matlamat hidupnya? Ini kerana dirinya tidak tahu pentingnya
matlamat hidup. Tidak ada seseorang yang mengajar kita tentang matlamat
hidup waktu kecil dan kita tidak tahu mengapa perlu mendirikan matlamat hidup.
Kedua , ramai orang tidak tahu cara mendirikan matlamat hidup. Ilmu mendirikan
matlamat hidup tidak pernah diperkenalkan oleh sistem pendidikan sekular di
sekolah. Pelajar juga tidak diajar cara bagaimana hendak mencapai matlamat
hidup mereka.
Ketiga, kerana takut dibantah oleh orang lain. Jika kita tidak mendirikan matlamat
hidup, kita tidak akan dikritik oleh orang lain. Kami akan mengenepikan rasa
takut gagal mencapai matlamat.
Keempat , kerana takut diri akan gagal. Kebanyakan orang dewasa gagal
kerana diri mereka mempunyai ketakutan tentang gagal. Mereka rasa, “saya
tidak boleh”, “Saya akan membuang masa dan duit”, Setiap kali peluang
kejayaan datang, juga akan timbul kemungkinan untuk gagal. Sebenarnya,
semakin banyak kegagalan ,semakin banyak anda manfaat dan belajar darinya.
Ini juga bermaksud semakin mudah untuk anda mencapai prestasi yang anda
hajatkan.
Lima syarat penetapan matlamat hidup.
Pertama : seseorang hendaklah mempunyai kesedaran bahawa perubahan
merupakan syarat penting dalam hidup. Perubahan adalah satu peringkat
dalam pembangunan dan perkembangan diri. Seseorang yang enggan
membangun juga enggan mengubah dirinya. Sememangnya, perubahan
sentiasa menakutkan. Ini dikenal sebagai situasi keutuhan diri. Seseorang terus
cenderung untuk melindung zon keselesaan dirinya. Tetapi , bila perubahan
dijalankan berlandaskan matlamat hidup yang nyata, rasa ketakutan tidak akan
wujud. Bila kita dapat mengawal perubahan hidup, kita akan rasa yakin untuk
mengawal hala tuju hidup. Ini adalah kunci kejayaan kita. Kunci kedua ialah
mengesan aspek kecemerlangan. Ini kerana setiap orang mempunyai
keistimewaan tersendiri dan membolehkan anda mencapai kejayaan luarbiasa.
Anda boleh mengesan aspek kecemerlangan berdasarkan tiga pendekatan
berikut. Pertama , perhatian anda , Apakah perkara yang paling menarik
perhatian anda ?
Kedua, minat anda ? Apakah bidang yang paling menarik minat anda ?
Ketiga , penerapan anda ? Bidang apa yang paling mudah anda fahami ?
Ketiga-tiga perkara di atas merupakan faktor yang paling penting dalam usaha
mengenal kekuatan dan kecenderungan anda.
Seterusnya, anda perlu mengenal lombong intan hidup anda. Setiap peluang
sering tersirat di sebalik kerja yang berat. Anda perlu mencurahkan tenaga dan
usaha yang gigih untuk mengesan lombong tersebut. Sekarang, lihatlah pada
bawah tapak kaki anda dan kesan lombong intan anda. Anda akan temui bakat
keunikan sebagai bidang kecemerlangan anda.

TOP (HRD) Training Consultant 24


Kaset Program Garuda Api

Keempat , kekalkan matlamat hidup yang seimbang. Terdapat tiga haluan yang
seimbang. Yang pertama , anda perlu matlamat peribadi dan matlamat keluarga.
Ini merupakan jawapan kepada semua kemuskilan hidup. Ia menjelaskan sebab
anda hendak hidup. Kedua, anda perlu matlamat hidup kerjaya. Ini adalah
matlamat mencari wang, cara mana dapat meningkatkan produktiviti kerja.
Ketiga , anda perlu matlamat pembangunan diri untuk bersiap sedia dengan
masa depan yang lebih mencabar. Ia adalah suatu peralatan matlamat hidup.
Kelima , mahu membentuk misi hidup yang nyata. Terlebih dahulu, pilih satu
matlamat hidup yang paling penting pada anda. Matlamat hidup ini perlulah
suatu yang dapat anda kawal. Ia mestilah jelas dan dapat dilihat, dapat dicapai
dan diperolehi. Akhir sekali, anda perlu matlamat hidup jangka panjang dan
matlamat hidup jangka pendek. Jangka pendek merujuk pada tempoh 90 hari
manakala jangka panjang mengambil masa dua ke tiga tahun. Misi hidup anda
perlulah dua ke tiga tahun. Kemudian , bahagikan misi anda kepada beberapa
peringkat mengikut julat tiga bulan setiap peringkat.
Seterusnya, anda perlu menjawa tujuh soalan berikut demi membantu anda
membentuk dan memastikan matlamat hidup diri sendiri.
Soalan yang pertama : Sebutkan lima perkara yang paling bernilai dalam hidup
anda
Sila tuliskan lima perkara tersebut mengikut turutan keutamaan. Ini kerana nilai
diri anda hanya akan tercetus bila matlamat hidup anda sejajar dengan nilai diri
anda. orang yang berjaya sentiasa tahu nilai diri mereka dan mereka sentiasa
bertanya , “Apakah nilai hidup saya.”
“apa yang saya percaya”. Ini penting untuk menyelaraskan kuasa luar dengan
kuasa dalaman.

Soalan kedua , tuliskan tiga matlamat hidup yang paling penting dalam
hidup.Anda diminta menulisnya dalam tempoh 30 saat. Dalam masa yang
terhad ini, Minda Separa Sedar akan mengeluarkan tiga perkara yang kini
melanda diri anda sebagai perkara yang penting. Ini adalah satu soalan yang
sangat membawa perangsang. Tanyakanlah soalan ini kepada rakan-rakan anda
yang lain untuk membantu mereka mengenal diri sendiri.

Soalan ketiga, jika doktor anda memberitahu anda hanya ada lagi sisa hidup 60
hari sahaja. Bagaimana cara anda hendak menghabiskan 60 hari ini? Apakah
yang anda hendak lakukan? Soalan ini akan membawa diri anda kembali ke nilai
diri yang paling asasi. Ia akan memberitahu anda nilai hidup yang sebenar.
Bandingkan cara hidup anda sekarang dengan corak hidup hidup 60 hari
tersebut. Ingat, anda tidak akan tahu bilakah 60 hari yang terakhir.

Soalan keempat , Jika anda berjaya mendapat loteri 100 juta. Bagaimanakah
anda hendak mengubah cara hidup anda ? Apakah cara anda mengerjakan
tugasan anda ? Juga tanya jika anda mempunyai masa dan kekayaan yang
secukupnya, apakah cara anda mengurus hidup sendiri? Yang penting , anda
perlu tetapkan satu matlamat, aturkan perancangan, mengorak langkah dan
terus maju ke depan. Mungkin anda tidak akan mencapai matlamat hidup

TOP (HRD) Training Consultant 25


Kaset Program Garuda Api

secepat seorang jutawan, tapi yang pastinya, anda akan mencapainya. Soalan
ini membantu anda membebaskan diri anda dari kongkongan minda sendiri.

Soalan kelima , apakah perkara yang anda hendak buat tetapi anda takut
melakukannya. Tuliskan semua perkara yang anda fikirkan pada sekping kertas.
Soalan ini memberitahu anda penghalang utama yang menyekat kemajuan dan
potensi diri anda. Apakah had keyakinan diri anda.

Soalan keenam , apakah aktiviti hidup yang membuatkan anda merasa diri
sebagai seorang yang penting dan berharga. Ini adalah cara mengesan aspek
kecemerlangan diri sendiri. Ini kerana , hanya kalau anda merasa kerja anda
penting, anda boleh mengecapi kecemerlangan.

Soalan ketujuh , jika anda tahu anda tidak akan kalah, apakah impian teragung
yang anda hendak laksanakan? Yang penting sekali, anda perlu tahu
sejauhmanakah anda hajatkan impian ini menjadi kenyataan. Adakah anda sudi
berkorban untuk mencapainya. Selagi anda mempunyai hajat yang tinggi dan
sudi berkorban untuk mencapainya, anda pasti akan berjaya.

Tujuan kita menanya soalan tadi ialah untuk membolehkan anda mengesan
matlamat hidup hidup diri sendiri dengan jelas dan nyata. Saya cadangkan anda
menanya semua soalan ini setiap hari sehingga anda dapat menjawab dengan
jelas dan penuh keyakinan.

Bab 16
Dua belas langkah menetapkan matlamat hidup
Corak pemikiran yang bersifat penerokaan ialah dengan mengamalkan cara
yang praktikal dan terbukti berkesan oleh orang lain. Terus amalkan cara-cara
tersebut sehingga anda memahami sepenuhnya. Lepas itu, anda boleh
mengubahsuai pendekatan-pendekatan ini berasaskan keperluan anda. Bab ini
memperkenalkan dua belas langkah penetapan matlamat hidup yang terbukti
berkesan.
Langkah pertama dalam penetapan matlamat ialah memupuk kemahuan yang
berkobar-kobar. Semakin besar kemahuan anda , semakin anda hendak
mencapai sesuatu perkara, semakin tinggi kebrangkalian anda mencapai
matlamat tersebut. Kemahuan yang berkobar-kobar menyemarakkan kekuatan
untuk anda terus mara ke depan, mengatasi sebarang bentuk masalah, resahan
, kegagalan dan penghalang. Kemahuan ini hendaklah berbentuk peribadi.
Setiap kali kita terfikir tentang menetap matlamat hidup , tidak kira apa matlamat
sekalipun; ia perlulah milik anda. Ia boleh memotivasikan diri anda dan bukan
menjadi ikutan hajat orang lain. Anda perlulah jujur dengan diri sendiri. Tanya diri
anda , apakah yang anda hajatkan. Tetapkan matlamat hidup diri anda sendiri.

Kedua , membina keyakinan diri. Setiap kejadian dunia uar adalah suatu
bayangan dunia dalaman anda, dan dunia dalaman anda adalah terbina oleh
hal-hal yang anda yakin. Satu lagi ialah kepercayaan, ini bermaksud hal yang

TOP (HRD) Training Consultant 26


Kaset Program Garuda Api

paling anda yakin dalam jiwa raga anda. Ia juga disebut cekal, anda perlu
memastikan diri anda boleh mencapai matlamat hidup anda. Anda perlu percaya
secara menyeluruh tentang keupayaan anda untuk memerolehinya. Adalah baik
jika anda boleh menetapkan satu matlamat hidup yang kecil , capainya dan terus
mengejar matlamat hidup ke tahap yang lebih besar. Dengan ini , anda akan
percaya untuk mencapai matlamat hidup yang telah anda tetapkan. Langkah
ketiga, tuliskan matlamat hidup anda. Gunkan pen dan kertas kosong. Hanya
jika anda tuliskan matlamat hidup anda , anda dapat corakkan rancangan secara
teliti dan terperinci. Bila matlamat hidup ini menjadi jelas, ia akan menjadi suatu
gambaran yang menyeluruh di depan anda. Minda Separa Sedar anda akan
mula terjaga dan berkata, “wow, nampaknya ini suatu yang benar.” Anda tidak
akan lari dari janji untuk mengejar matlamat hidup tersebut. Kerana anda
hendak mengejar kejayaan, maka tiada ruang untuk pilihan anda. Anda
hendaklah menuliskan matlamat hidup anda dan gambarkan secara menyeluruh
di depan anda Janji seratus peratus untuk dapat mencapai matlamat tersebut.
Langkah keempat, tanya diri anda satu soalan, “Mengapa anda hendak
melakukannya?” Soalan ini membawa dua tujuan, yang pertama , “ia
memastikan matlamat hidup ini sebagai matlamat hidup anda. kedua , soalan ini
akan menguatkan azam anda untuk mengecapi matlamat hidup anda. Semakin
banyak sebab di sebalik tindakan anda , azam untuk mencapai matlamat hidup
menjadi semakin kuat, keupayaan anda juga akan meningkat. Langkah ke lima,
fahami dan analisis kedudukan anda sekarang. Bila anda tahu cara memulakan
tindakan anda, maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah. Untuk
mengetahui kedudukan anda sekarang, kaji kekuatan dan kelemahan diri dan
seterusnya senaraikan bidang yang perlu anda pelajari. Satu dari kelemahan
orang dalam membina matlamat hidup ialah terlalu gopoh mengatur strategi
tindakan tanpa menilai terlebih dahulu landasan yang mereka miliki.
Langkah keenam ialah mendirikan tarikh pencapaian yang dihasratkan. Matlamat
hidup yang tidak mempunyai tarikh akhir tidak dikenali sebagai suatu matlamat.
Selain itu, anda perlu mendirikan tarikh pencapaian mini. Ini bermaksud jika
anda membentuk matlamat tahunan, anda juga perlu mendirikan dua belas
matlamat bulanan, dua matlamat setengah tahun dan empat matlamat suku
tahun. Anda juga perlu mendirikan sistem penghargaan diri untuk menguatkan
kemahuan dan mencetuskan kesungguhan yang berkobar-kobar.
Langkah ketujuh ialah mengenalpasti semua penghalang yang membantutkan
perkembangan anda. Makna kejayaan juga berlandaskan penghalang. Tidak
ada kejayaan yang tidak terbina oleh penghalang. Dalam masa anda berjuang
menuju matlamat anda, setiap penghalang yang anda temui adalah untuk
membantu diri anda mencapai matlamat anda. Maka, amatlah penting untuk
mengenal dan menyenaraikan semua penghalang dan kemudian aturkannya
mengikut keutamaan. Penghalang yang terpenting hendaklah diselesaikan
dahulu dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana penghalang yang terbesar
merupakan batu besar yang bakal menghalang perjalanan anda.
Langkah kelapan ialah mengenalpasti ilmu dan kepakaran yang perlu anda
miliki. Kita hidup dalam dunia yang berlandaskan ilmu pengetahuna. Tidak kita
apa matlamat hidup yang anda hajatkan, anda pasti memerlukan banyak ilmu

TOP (HRD) Training Consultant 27


Kaset Program Garuda Api

pengetahuan untuk mendokong perlaksanaannya. Anda perlu terus memajukan


diri dengan membaca buku, mengikut seminar dan menerap lebih ilmu
pengetahun untuk mencapai matlamat anda. Terlebih dahulu, anda perlu tahu
bidang ilmu yang anda hendakkan. Seterusnya, aturkan bidang ilmu yang perlu
dicari mengikut keutamaan. Tambahan lagi, anda perlu mengunakan teknik
bertanya untuk mencapai kejayaan anda. Sentiasa bertanya pada orang lain
merupakan pendekatan penting dalam kejayaan anda.
Langkah kesembilan , tanya diri anda siapakah pelanggan anda. Anda dan saya
mempunyai pelanggan yang tersendiri. Kita semua hidup dalam dunia mengejar
kepuasan pelanggan. Setiap orang yang boleh membantu anda mencapai
matlamat hidup anda adalah pelanggan anda. Rukun balasan dan Rukun
Menyemai menyatakan hasil menuai sentiasa lebih tinggi dari apa yang anda
semaikan. Jika anda berusaha dengan gigih untuk menyemai, hasil anda pasti
akan lebih lumayan dari apa yang anda semai. Selain itu, Rukun balasan juga
menyatakan , tidak kira siapa pelanggan anda , hasil yang anda kecapi adalah
sejajar dengan tahap perkhidmatan yang anda berikan. Jika anda hendak
meningkatkan pulangan , anda juga perlu meningkatkan nilai perkhidmatan
anda. Rukun balasan juga menjelaskan , selagi anda berusaha meningkatkan
kualiti perkhidmatan anda, ganjaran anda tetap meningkat. Seterusnya, rukun
gandaan meminta anda sentiasa melakukan lebih dari apa yang diperlukan,
sentiasa berjalan lebih dari yang diminta.
Langkah ke sepuluh , tetapkan satu rancangan susulan dan sentiasa
memperbaharui rancangan ini. Setiap individu yang berjaya adalah individu yang
merancang. Merancang adalah bermaksud anda mendirikan jadual tindakan
yang meliputi semua aspek matlamat hidup anda. Kemudian , susunkan setiap
tindakan yang dirancang mengikut keutamaan. Manakah yang perlu anda
lakukan dahulu, manakah yang terpenting dan manakah yang kedua penting.
Masa anda melaksanakan rancangan anda, anda juga perlu memperbaharui
rancangan tersebut mengikut keperluan semasa.
Langkah ke sebelas ialah menjadikan matlamat hidup sebagai suatu gambaran
minda. Teknik gambaran ini jauh lebih penting dari semua langkah sebelum ini.
Teknik ini meminta anda menjadikan matlamat hidup sebagai suatu turutan
bersiri dalam minda dan bayangkan akibat yang bakal dikecapi. Lihat diri anda
pada tahap anda telah berjaya. Terus bayangkan siri gambaran ini dalam layar
minda anda. Terus lakukan bayangan ini sehingga minda anda menerima
kenyataan tersebut. Terus lakukan dengan bersungguh-sungguh bagi
mendirikan imej minda yang nyata. Anda juga perlu ulangi proses yang sama
pada setiap ketika untuk mengingatkan anda telah mencapai matlamat tersebut.
Imej ini pasti akan melekat dengan kuat dalam Minda Separa Sedar.
Langkah ke dua belas, gunakan kecekalan yang kukuh menyusuri matlamat
anda sehingga berjaya. Kejayaan anda berlandaskan keupayaan anda
meneruskan perjuangan anda lebih lama dari orang lain. Bila setiap perkara di
sekitar anda telah kecundang, satu pilihan yang perlu anda tegakkan ialah
meneruskan usaha dan tidak mengalah, ini bermaksud kecekalan membuahkan
hasil yang dihasrtkan. President Britain, Winston Churchil diminta
menyampaikan suatu ceramah yang pendek dalam suatu persidangan universti.

TOP (HRD) Training Consultant 28


Kaset Program Garuda Api

Beliau diminta menjelaskan sebab dan cara beliau berjaya. Dalam ucapannya,
beliau hanya menggunakan enam perkataan untuk menggambarkan sebab
kejayaan dirinya, iaitu, “jangan, jangan sekali anda melepaskan tangan”
Akhirnya, sikap kecekalan merupakan syarat yang patut dimiliki oleh sesiapa
yang mahu berjaya. Ini kerana kecekalan merupakan garis pengukur keyakinan
diri sendiri. Setiap kali anda meneruskan perjuangan dalam masa berhadapan
dengan cabaran dan masalah, keyakinan untuk berjaya akan meningkat. Ini
perlu diteruskan sehingga anda tidak lagi mempunyai sebanrang penghalang
dan mencapai matlamat yang anda hajatkan.

Bab 17
Strategi Pengurusan Masa
Setiap individu yang berjaya mempunyai strategi pengurusan masa yang
berkesan. Setiap individu yang gagal tidak mempunyai kualiti ini. Bab ini akan
membincangkan tujuh kunci kejayaan dalam pengurusan masa. Jika anda boleh
terus menyemai kesedaran ini dalam hidup anda , anda akan meningkatkan
produktiviti dan tidak lagi risau tentang masa yang terhad. Kunci pertama ialah
mempunyai matlamat yang jelas dan nyata. Jika matlamat tidak nyata,
seseorang tidak akan sedar bahawa dirinya sedang membazir masa. Setiap
matlamat hendaklah digambarkan dengan menggunakan struktur yang praktikal.
Kunci kedua ialah strategi kertas dan pen. Setiap apa yang anda hendak
lakukan perlulah ditulis pada sekeping kertas. Setiap minit yang anda gunakan
akan mengurangkan lima ke lima belas minit perjuangan anda. Seseorang yang
tidak merancang terlebih dahulu akan mendekatkan dirinya dengan kegagalan.
Kunci ketiga ialah mendirikan senarai rujukan. Setiap individu yang berjaya
adalah bisa menggunakan senarai rujukan. Setiap aktiviti wajib mingguan dan
bulanan telah disenaraikan dalam senarai rujukan mengikut keutamaan masing-
masing. Pada masa yang sama, anda menggunakan kertas putih untuk
merenung dan menguatkan pemikiran anda.
Kunci keempat ialah menyusun semua perkara dalam jadual tindakan mengikut
keutamaan. Sebenarnya, anda tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk
membuat semua perkara dengan baik. Selagi anda telah menentukan mana
aspek yang penting , anda pasti akan dapat menyelesaikannya dengan
berkesan.
Kunci kelima ialah kuasa mengfokus. Lakukan perkara pertama dan tidak kisah
dengan perkara lain. Terus lakukan perkara yang paling penting sehingga ia
tercapai. Terus menumpukan pada perkara yang induk dan berikan fokus
seratus peratus. Cekal menyusuli perkara tersebut sehingga berjaya. Ini
merupakan daya kejayaan yang paling penting.
Kunci keenam ialah mengatasi sikap menangguh. Sikap menangguh iaalh
pencuri hidup. Anda boleh gunakan pengesahan diri untuk mengatasi sikap
menangguh. Ayat yang paling berkesan ialah , “Lakukan sekarang” “Buat
sekarang”. Seseorang perlu mempunyai rasa cemas dan irama tindakan yang
pantas. Rasa sedemikian amat penting untuk kejayaan seseorang.
Kunci ketujuh ialah kekalkan keseimbangan dalam hidup. Pastikan anda
memperuntukkan masa yang mencukupi untuk bergauldg orang yang anda

TOP (HRD) Training Consultant 29


Kaset Program Garuda Api

kasihi. Pastikan anda memperuntukkan masa untuk memikirkan makna dan


harga hidup. Anda perlu tahu mengapa anda terus buat apa yang anda lakukan
sekarang? Untuk mengekalkan keseimbangan hidup, anda perlu mempunyai
kawalan masa yang baik dan turutan keutamaan yang kemas. Dengan ini, apa
yang anda hajatkan dan hendak lakukan pasti akan tercapai.

Program Garuda Api 3

Bab 18
Menggandakan Kuasa Minda anda
Setiap anak adalah seorang genius waktu dilahirkan. Mereka mempunyai kuasa
kreativiti dan kepintaran yang amat tinggi. Sepanjang proses perkembangan
hidupnya, mereka dapati selagi apa yang mereka lakukan menimbulkan rasa
marah pada ibu bapa atau guru. Pasti mereka akan ditegur dan dikecam. Maka ,
mereka mula takut untuk berhadapan hidup dengan kepintaran dan kreativiti
yang mereka miliki. Mereka tidak lagi hidupkan jiwa keinginan untuk meneroka
hidup yang luhur sebagaimana yang ada sejak mereka kecil. Sebenarnya,
kuasa kreativiti mereka masih terpendam dalam jiwa-raga bagaikan air sungai
yang disalur ke dalam takungan air bawah tanah. Ahli Sains mendapati, bila
seseorang menggunakan daya rangsangan untuk mencetuskan dirinya, semua
kuasa kreativiti dan kepintaran akan menjelma semula.
Terlebih dahulu, marilah kita fahami rukun amalan. Rukun ini menjelaskan
bahagian otot badan yang anda tidak gunakan akan lama kelamaan menyusut
dan menjadi lemah. Begitu juga dengan daya kreativiti, jika tidak digunakan
untuk suatu tempoh masa yang lama, ia juga akan mengecut seperti otot yang
kehilangan kuasanya. Sebaliknya, bila anda mula gunakannya dengan aktif,
daya kreativiti anda akan mula menyumbangkan berbagai idea dan pendapat.
Selain daripada itu, kuasa komunikasi dan seni bercakap juga amat penting
kepada kejayaan anda. Kuasa kreativiti dan kepintaran anda adalaj sejajar
dengan kuasa perbendaharaan yang dapat anda gunakan dalam perbualan
seharian. Semakin banyak perkataan yang anda belajar, semakin tinggi kuasa
kreativiti anda.
Rukun kreativiti menyatakan setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda
adalah bermula dari pemikiran. Kejayaan anda adalah sejajar dengan kualiti dan
kuantiti pemikiran anda. Semakin anda aktifkan daya pemikiran anda , semakin
banyak idea yang kreatif dan menarik akan dihasilkan. Pemikrian juga akan
mengeluarkan idea untuk menjadikan hidup anda lebih baik. Jadi, apa dia daya
kreativiti ? Terdapat tiga faktor yang menyumbang pada daya kreativiti
seseorang .
Pertama, pengalaman yang lalu. Jika ibu bapa sentiasa menggalakkan anda
untuk memikir sesuatu perkara, maka anda akan menjadi seorang yang penuh
kreatif dan suka meneroka bidang baru. Kedua, konsep diri . Tidak kira apa yang
dimaklumkan oleh konsep diri, anda pasti akan percaya.
Ketiga, Persekitaran dan suasana hidup . Jika suasana hidup anda memberi
ruang untuk anda meneroka dan sedia menerima idea yang baru, maka anda
akan dapat terus mengeluarkan idea yang baru.

TOP (HRD) Training Consultant 30


Kaset Program Garuda Api

Terdapat dua bentuk sikap yang menjajah minda seseorang . Yang pertama
dikenali sebagai mentaliti mekanikal dan jenis yang kedua dikenali sebagai
mentaliti penyesuaian. Sikap mekanikal selalunya bersidat kurang fleksibiliti,
lebih kaku dan sentiasa berasaskan fakta dan kenyataan. Sebaliknya, mentaliti
penyesuaian pula lebih bersifat fleksibel, sedia menggunakan cara yang
berbeza, suka menanya dan mengeluarkan pendapat yang beranika rupa.
Bentuk sikap yang kedua ini seringnya membawa kejayaan dan kegembiraan
pada seseorang individu.
Jadi, bagaimana anda tahu samada diri anda seorang yang bersifat mekanikal
atau bersikap penyesuaian. Empat soalan berikut akan menolong anda
menganalisi kualiti sikap diri.
Yang pertama , adakah anda dapat mengaku salah dengan mudah. “Saya telah
melakukan suatu kesilapan”. Sikap mentaliti penyesuaian sedia mengaku
bersalah dan terus bertindak untuk mengubah pendekatan bagi mengatasi
masalah yang dihadapi. Sebaliknya, sikap mekanikel merasa amat berat untuk
mengaku salah.
Kedua , Adakah anda boleh katakan, saya telah mengubah pendirian saya?
“Sebelum ini, saya fikir itu adalah suatu idea yang baik, tetapi kini saya telah
mengubah pendirian saya.”
Ketiga , adalah anda boleh meminta bantuan orang lain dengan mudah kerana
anda gagal melakukannya sendiri. Ini kerana anda tidak mempunyai kemampuan
melaksanakannya seorang diri. Anda hendakkan pertolongan orang lain.
Akhirnya, untuk mencetuskan kreativiti, anda hendaklah banyak menanya.
Selagi anda banyak mengeluarkan pertanyaan , anda akan memberi ruang
minda mencari pendekatan baru. “mungkin cara lain akan lebih berkesan”.
“Bolehkah kita menukar cara lain?” “kalau kita gunakan cara baru, apakah akibat
yang bakal kita perolehi.” “Jika kita lakukan lebih” “Jika kita kurangkan aktiviti
kita”"Jika kita terus batalkan kegiatan ini, apa pula jadinya”. Ini semua
merupakan persoalan yang sering ditanya oleh individu yang mempunyai
kreativiti tinggi.
Anda juga boleh meningkatkan kuasa kreativiti dengan menyebut berulangkali
“Saya seorang genius” “Saya mempunyai kuasa kreativiti dan kepintaran yang
amat tinggi, saya seorang yang pintar.” Terus ulangi ayat ini. Bila anda ulangi
sebegitu kerap sehingga Minda Separa Sedar akan berkata, “baiklah, kalau
inilah arahan anda , kalau inilah pendirian yang anda hendak perjuangkan ,
ambillah... inilah suatu idea baru untuk anda,”
Idea baru akan mula tercetus secara automatik dari percakapan anda . Anda
akan terkejut dengan jumlah kreativiti yang terlantas dalam Minda Separa Sedar,
semakin anda meneroka ke dalam, semakin banyak keistimewaan dan keunikan
akan muncul dari telaga minda anda.
Anda hendaklah fahami, selagi anda boleh memanfaatkan sepenuhnya bakat
minda anda , tidak anda suatu yang akan menggagalkan anda. Dengan erti kata
lain, , anda bleh lakukan apa sahaja yang anda hajatkan. Potensi anda tidak
terhad. Selagi anda dapat memancarkan daya kreativiti anda , selagi anda terus
beritahu diri anda - saya adalah seorang yang pintar, saya seorang yang pintar,

TOP (HRD) Training Consultant 31


Kaset Program Garuda Api

saya seorang yang pintar dan anda hanya perlu menunggu saat jawapan yang
bakal menjelma secara sendiri di depan anda .

Bab 19
Mengetuk Pintu Minda Agung
Kajian menunjukkan manusia boleh gunakan kuasa luarbiasa yang wujud dalam
alam sejagat. Kuasa ajaib ini menjangkaui ciri lumrah pada seseorang insan.
Kami namakannya sebagai Minda Agung.
Ia adalah suatu punca segala inspirasi dan motivasi diri. Setiap naluri anda,
setiap hajat , semangat dan inspirasi anda, setiap reaksi semulajdi anda , setiap
cetusan minda yang tidak dijangkakan, malah daya peneroka dan kreativiti ,
setiap idea baru dan pendapat diri anda, semuanya berpunca dari Minda Agung.
Jika anda boleh fahami dan mengesan kuasa Minda Agung ,maka hidup anda
akan tetap berubah. Ini kerana Minda Agung akan membebaskan diri anda dari
kongkongan ilmu, sumber bahan mentah dan persekitaran. Ia menyalurkan
kuasa penyelesaian yang tiada had untuk mengatasi setiap masalah yang
melanda diri anda. Ini seterusnya membantu anda mencapai matlamat hidup
anda.
Apakah ciri Minda Agung ?
Pertama, masa ia bertindak untuk menyelesaikan masalah hidup anda , Minda
Agung akan meneroka semua sumber ilmu dan data yang terkumpul dalam
Minda Separa Sedar anda. Ini bermaksud semua pengalaman yang terlantar
dalam Minda Separa Sedar. Ia juga boleh membezakan maklumat yang benar
dari maklumat yang salah, seterusnya menyalurkan keputusan yang benar untuk
anda.
Ciri yang kedua , Minda Agung menyumbangkan idea yang menjangkaui semua
pengalaman anda yang lalu. Ia memberi pendekatan baru untuk melaksanakan
sesuatu luar dari skop pengalaman anda yang lalu. Anda mungkin tidak
mempunyai kefahaman yang mendalam tentang sesuatu hal, tetapi ia tetap akan
menjelma dan menolong anda.
Ciri yang ketiga, Minda Agung akan berfungsi selama 24 sehari tanpa berhenti.
Jadi sebelum anda menyerah matlamat hidup dan masalah hidup anda kepada
Minda Agung , fahami dan sedar dahulu punca masalah sebenar. Seterusnya,
tepikan masalah anda. Minda Separa Sedar akan terus beroperasi sehingga
menemui jawapan kepada kemuskilan anda.
Ciri keempat, Minda Agung akan terus beroperasi secara automatik untuk
menyelesai sebarang kemuskilan. Sebelum anda mencapai matlamat hidup
yang anda hajatkan, anda tidak perlu melihat atau mengesan dengan terperinci
matlamat hidup tersebut. Selagi anda berani mengorak langkah pertama , dan
kemudian menyelesaikan secara peringkat masalah yang bakal datang. Selagi
anda telah bermula, Minda Agung akan memberi jawapan untuk menyusuri
langkah seterusnya.
Ciri kelima, Minda Agung mempunyai kuasa mengejar matlamat hidup yang
tersendiri. Selagi anda mempunyai hajat untuk mencapai sesuatu matlamat,
Minda Agung akan menjelma dan menonjolkan kuasanya. Minda Agung akan
memberi anda kekuatan dan semangat serta keperibadian untuk menuju kepada

TOP (HRD) Training Consultant 32


Kaset Program Garuda Api

matlamat hidup anda. Tapi, anda mestilah mempunyai matlamat hidup yang
nayat serta keinginan yang berkobar-kobar untuk mencapainya.
Ciri keenam , Minda Agung dapat bertindakbalas dengan positif pada
pengesahan diri yang jelas dan dinamik. Bila ditambah dengan emosi diri yang
bersemangat, setiap ayat pengesahan diri akan menjadi suatu kuasa yang amat
dominan dan bersifat menjajah. Seterusnya, kata-kata pengesahan diri ini akan
disalurkan dengan segera ke dalam Minda Separa Sedar. Semua ini akan
berganding dengan Minda Agung untuk menciptakan keajaiban dalam hidup.
Selain dari itu, keputusan diri yang kuat dan jiwa perjuangan yang bersungguh-
sungguh , disepadukan dengan janji untuk melibatkan diri secara sepenuhnya;
anda akan menggiatkan kuasa Minda Agung yang seterusnya membantu anda
menegcapi hajat anda.
Ciri ketujuh , hanya kalau anda menggunakan dan percaya sepenuhnya kuasa
Minda Agung , baru ia mengembang. Sebaliknya, , bila anda tidak perlukannya,
ia akan hilang. Maka, semakin anda gunakan, semakin anda percaya dengan
keajabannya, maka semakin ia mengembang dengan cepat. Hidup manusia
penuh dengan cabaran. Hanya kalau anda boleh mendapati sumber kekuatan
ini, hidup anda akan terus kecundang dan penuh dengan perasaan kesal
(wunai)
Ciir kelapan , jika anda mempunyai harapan yang positif terhadap setiap apa
yang anda hajatkan, Minda Agung akan memainkan peranan yang amat besar
sekali. Maka, jadikanlah anda seorang yang kegila-gilaan untuk yang terbaik,
sentiasa menjangkakan setiap kejadian yang berlaku dalam hidup anda adalah
suatu yang terbaik. Minda Agung akan menarik orang dan peristiwa kepada
hidup anda.
Ciri kesembilan pula menyatakan, jika anda menumpukan sepenuh perhatian
pada sesuatu masalah dan tidak kisah sama seklai dengan apa yang terjadi,
Minda Agung akan memainan peranan yang besar. Tapi, dalam kedua-dua
keadaan ini, Minda Agung tidak dapat mengeluarkan kuasanya. Jadi, untuk
anda menghidupkan kuasa Minda Agung, anda hendaklah mendefinasikan
masalah dengan bersungguh-sungguh dan seterusnya mengumpulkan maklumat
yang sebanyak mungkin untuk tujuan penyelidikan.
Ketiga, berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Akhirnya, serahkan masalah kepada Minda Agung dan anda hanya tumpukan
pada hal lain yang tidak berkaitan.
Ciri ke sepuluh , Minda Agung akan memberi jawapan yang sesuai mengikut
keadaan dan masa yang berseuaian. Anda akan dapati jawapan yang anda
hajatkan akan timbul pada masa yang paling sesuai. Tetapi, anda perlu
mengambil tindakan yang segera. Ini kerana jawapan Minda Agung mempunyai
had masa tersendiri. Jika anda tidak menggunakannya, ia akan hilang. Ini
bermaksud, anda hendaklah percaya dengan kuasa Minda Agung dan terus
bertindak.
Ciri ke sebelas , Minda Agung akan menyumbangkan semua pengalaman yang
diperlukan oleh anda untuk berjaya. Malah, ia membawa pengalaman yang
berbagai bentuk. Tidak kira apa sahaja bidang yang anda ceburi, anda akan
mengetahui pengalaman dan kepakaran tertentu yang dapat memimpin anda

TOP (HRD) Training Consultant 33


Kaset Program Garuda Api

untuk mencapai matlamat hidup yang dihajatkan. Bila anda mempunyai


matlamat hidup yang nyata dan berusaha dengan kuat, anda akan dapati
matlamat hidup anda membawa diri anda melakukan berbagai perkara yang
amat berlainan di tempat dan persekitaran yang berbeza.
Akhirnya, teknik sepuluh minit terakhir akan membolehkan anda melihat suatu
kejadian di saat-saat penamat.
Ciri ke dua belas , Minda Agung akan menentukan kualiti percakapan dan
tindakan anda serta akibatnya. Kuasa Minda Agung diibaratkan sebagai sebuah
mesin yang terus berfikir. Ia bertujuan menyelaraskan percakapan anda dengan
konsep diri anda serta misi hidup anda. Selagi anda berikan berikan petunjuk
dan arahan yang jelas, ia akan terus mencetuskan percakapan dan
menghasilkan akibat yang anda hajatkan.
Dengan kata lain , seseorang yang akan menemui jawapan secara luar jangka
pada saat dia perlukan jawapan dan sentiasa dapat cari apa sahaja yang anda
hendakkan.
Pada ketika lain, dua perkara yang tidak seiras berlaku serentak pada suatu
masa yang seterusnya membantu anda mencapai matlamat hidup anda.
Minda Agung memainkan kuasa yang amat tinggi dalam alam sejagat. Setiap
perkara dalam dunia akan bertindak megikut arahan dan kemahuan anda dan
membentuk urutan makna yang tersendiri.
Ciri ke tiga belas, Minda Agung mempunyai kuasa ruang tersendiri, ini
bermaksud jika anda menetapkan kuasa Minda Agung terlebih dahulu, ia akan
tetap berkesan kepada anda. Anda boleh gunakan minda agung waktu pagi atau
waktu mencari tapak perhentian kereta.
Rukun operasi Minda Agung menyatakan Minda Agung mengetuai dan
memimpin aktiviti hidup kita. Apa sahaja yang anda rancangkan, apa sekalipun
matlamat hidup anda, apa sahaja idea yang anda hendakkan akan tetap
disalurkan oleh Minda Agung ke dalam aliran hidup seharian. Cara terbaik untuk
mencetuskan kuasa Minda Agung ialah dengan mengamalkan teknik
rangsangan Minda Agung.
Gunakan teknik bersendirian untuk mencetuskan kuasa Minda Agung. Duduk
berseorangan dalam masa dua puluh ke tiga puluh minit sambil mendengar
setiap suara kecil hati anda. Anda akan dapat setelah beberapa lama, hati anda
menjadi semakin tenang dan selesa seperti air yang jernih. Pada waktu ini,
berbagai idea dan pendapat akan mula muncul. Masa ini, jika anda terus tulis
atau bertindak mengikut apa yang terfikir, anda akan dapati semua masalah
akan hilang.
Seterusnya, gunakan teknik berfantasi. Fikirkan secara dan berimpian dan
merenung kosong, dekati alam semulajadi, musik klasik, proses menenang diri,
meditasi dan berfikir, kaset motivasi diri akan juga mencetuskan Minda Agung
anda.
Jawapan Minda Agung mempunyai tiga sumber.
Pertama, sumber intusi , iaitu suatu perasaan yang kuat dari dalam yang
menjelma secara kuat. Anda akan rasa , inilah jawapannya.
Kedua , peristiwa yang tidak terjangka. Sesiapa yang anda jumpa , maklumat
yang anda perlukan adalah jawapan yang anda hendakkan.

TOP (HRD) Training Consultant 34


Kaset Program Garuda Api

Ketiga, sesuatu yang berlaku dengan tiba-tiba tanpa dirancang sama sekali

Bagaimana anda boleh tahu jika sesuatu yang berlaku adalah suatu kuasa
Minda Agung. Caranya amat mudah.
Bila jawapan itu muncul, ia adalah suatu yang lengkap dan dapat menyelesaikan
semua masalah secara lengkap.
Kedua , Anda akan merasa ceria dan riang, dengan jawapan yang diperolehi.
Amat nyata, ia adalah jawapan yang paling sesuai sekali.
Ketiga , Bila anda dapat jawapan dari Minda Agung, anda akan mempunyai
kegembiraan dan keriangan hati. Nilai diri meningkat dan semangat anda
semakin kuat.
Rukun operasi Minda Agung menentukan setiap tindak-tanduk anda. Ia adalah
suatu kuasa yang mengelolakan nasib hidup seseorang. Setiap rancangan ,
matlamat hidup dan idea yang terus diabadikan dalam pemikiran, ia akan diserap
pleh Minda Agung dan sidalurkan ke dalam hidup seharian. Inilah punca
kejayaan orang yang agung dalam dunia.
Paling menarik sekali, anda jug ammep kuasa untuk mengecapi kejayaan yang
anda hajatkan dengan prinsip dan pendekatan yang sama. Selagi anda tetapkan
matlamat hidup anda dengan jelas dan fahami apa yang anda benar-benar
hendaki, terus memikirkan matlamat hidup dan tidak mengizinkan fikiran anda
lari dari hajat anda , matlamat hidup anda pasti akan menjadi kenyataan.

Bab 20
Menyelesaikan Masalah Dengan Kreativiti Minda
Dalam dunia ini, ramai individu yang lulusan universiti tidak mempunyai kerja,
tetapi ramai juga individu yang tidak lulus sekolah menengah menjadi seorang
usahawan yang berjaya. Ini kerana kepintaran dan kepandaian seseorang
adalah ditentukan oleh tindakan dan bukan akademik. Saya dapati, ada empat
syarat yang penting untuk seseorang menjadi seorang genius.
Kunci pertama ialah mempunyai matlamat yang nyata dan jelas. Ramai orang
gagal kerana mereka tidak tahu haluan sebenar yang hendak dituju. Selain itu,
seseorang hendakalh tahu punca masalah yang sebenar dan dapat
membezakan setiap masalah yang terlantar antara diri anda sekarang dengan
matlamat hidup anda.
Tambahan lagi, seseorang juga hendaklah mempunyai kefahaman yang jelas
tentang akibat yang beliau hajatkan.
Kedua, daya mengfokus. Setiap orang yang dikenal genius akan menumpukan
perhatian pada perkara yang paling penting dalam hidupnya. Semakin tinggi
penumpuan anda, semakin dapat anda salurkan kepintaran dan kepandaian
anda pada masalah anda dan membolehkan anda mencapai matlamat hidup
anda .
Ketiga, kekalkan jiwa raga yang luas dan terbuka. Individu yang berjaya
mempunyai hati yang terbuka. Mereka sedia mencuba apa cara sekalipun untuk
menyelesaikan masalah. Mereka tidak akan terpikat oleh andaian dan keraguan
diri. Sebaliknya, mereka akan menanya :mengapa , Mereka juga akan bertanya,
“adakah mana-mana telah salah dan kami tidak sedar?”

TOP (HRD) Training Consultant 35


Kaset Program Garuda Api

Kunci keempat seorang genius ialah mereka mempunyai suatu sistem


penyelesaian masalah serta mengatur cara pemikiran yang teratur.

Terdapat tiga cara pemikiran kreativiti yang boleh anda gunakan untuk anda
gunakan daya penumpuan minda bagi mengatasi masalah hidup anda, dan ini
akan menolong anda mencapai matlamat hidup tanpa sebarang penghalang.
Cara yang pertama ialah seni cetusan minda. Ia juga disebut teknik pemikiran 20
idea. Gunakan sehelai kertas dan sebatang pen, tuliskan semua matlamat
utama hidup anda dalam bentuk pertanyaan. Minta diri anda mencari dua puluh
jawapan terhadap persoalan tadi. Seterusnya, pilih satu jawapan dan terus
bertindak padanya. Latih diri anda melakukan aktiviti ini setiap hari . Hanya
dengan cara ini, anda dapat mengawal kuasa Minda Separa Sedar dan Minda
Agung.
Seni pemikiran kreativiti yang kedua ialah cara pemikiran bersistem. Ia meliputi
sepuluh langkah.
Yang pertama, hajatkan dgpenuh keyakinan. Buka ruang hati anda dan
tenangkan kekusutan otak, cergaskan kuasa Minda Agung dan gunakan
perasaan lapang untuk menyelesaikan masalah. Dengan ini, kreativiti akan akan
tercetus dan membongkarkan potensi anda.
Kedua, gunakan percakapan yang menyakinkan. Contohnya, masalah adalah
suatu perkataan yang negatif dan akan menjadikan seseorang cemas dan risau.
Perkataan “Suasana” adalah lebih sesuai kerana ia tidak bersifat negatif atau
positif. Cabaran adalah perkataan lain yang lebih baik. Paling sesuai , kalau
anda gunakan perkataan peluang.
Ini bermaksud,anda boleh dapat kebaikan dari peluang. Kajian kami dapati,
setiap masalah, suasana, cabaran juga tersirat suatu peluang. Setiap kali kita
berhadapan dengan masalah dan kegagalan, ia memberitahu kita hendaklah
mengubah strategi dan haluan.
Langkah ketiga , Definasikan dengan jelas setiap matlamat hidup dan masalah di
atas kertas. Sambil memikir , sambil menulis. Setiap individu yang berjaya
menggunakan kertas putih dan pen untuk berfikir. Sebaliknya, individu yang
gagal tidak akan melakukan ini. Ciri kejayaan mestilah nyata, sebaliknya, ciri
yang gagal adalah kekaburan (aimei).
Langkah keempat , tanya apakah kemungkinan yang wujud disebalik setiap
masalah. Anda akan dapati , setiap kemuskilan yang telah diberi definasi jelas
akan dapat diselesaikan dengan baik, malah mencapai hampir 95%
kesempurnaan. Dengan mengenalpasti punca di sebalik setiap masalah akan
seterusnya menyumbang pada 25% dari penyelesaian.
Langkah kelima , anda mesti tanya, “apakah kemungkinan jawapan yang boleh
saya cari”. Seterusnya, anda mencari jawapan kedua yang juga sesuai untuk
kemuskilan yang sedang membelenggukan anda. Pemikiran dan percakapan
anda hendaklah disekitar jwp yang anda hajatkan. Jangan membiarkan diri kita
terjerumus dalam kancah mengkhuatiri masalah tersebut, sebaliknya, anda
hendaklah menjadikan niat mencari jawapan sebagai pendorong. Anda
hendaklah menanya, “ Apakah langkah seterusnya?” Terus lihat ke depan, dan
mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

TOP (HRD) Training Consultant 36


Kaset Program Garuda Api

Langkah keenam, buat keputusan. Membuat satu keputusan sentiasa lebih baik
dari tiada keputusan. Setiap keputusan yang anda buat sering dapat
menyelesaikan 80% dari kemuskilan anda. Keraguan dan menangguh jawapan
adalah suatu punca kegagalan. Keputusan yang hakiki adalah jauh lebih penting
dari bukti dan hakikat. Semakin anda membuat keputusan dan bertindakbalas
dengan positif, semakin anda dapat membuat keputusan yang lebih baik.
Semakinkurang anda membuat keputusan, semakin kuranglah tindakbalas , dan
semakin kurang anda belajar dari pengalaman anda.
Langkah ketujuh , mengatur tanggungjawab yang sejajar. Sentiasa
mengenalpasti sesiapa yang patut bertanggungjawab sesuatu masalah.
Tugaskan orang yang spesifik untuk mengendalikan sesuatu perkara.
Langkah kelapan , tetapkan tarikh akhir. Jelas dengan nyata tarikh penamat.
Langkah kesembilan , terus bertindak. Setiap permulaan yang baik adalah
separuh dari kejayaan. 20% dari setiap tugasan permulaan kerja menentukan
tahap kejayaan 80% dari keseluruhan tugasan tersebut.
Langkah Ke sepuluh , sentiasa memeriksan perkembangan dan menilai prestasi
anda sejajar dengan apa yang anda hajatkan. Satu dari pendekatan dalaman
usaha mengejar kejayaan ialah sentiasa memeriksa, mengawal , menyelia dan
menyelaras setiap matlamat yang anda hendak capai. Mengagih tugasan adalah
suatu pendekatan kepimpinan , tetapi jangan lepasan kawalan terhadap prestasi
yang anda hajatkan.
Cara ketiga membina pemikiran kreatif ialah dengan membentuk kuasa minda
induk. Sekumpulan orang yang hendak menyelesaikan masalah yang sama
berkumpul sama. Bilangan orang hendaklah dalam lingkungan 4 ke 7 orang.
Seterusnya, tetapkan skop tajuk perbincangan yang hendak dibentangkan.
Semakin jelas kita mendefinasikan sesuatu masalah , jawapan yang diperolehi
semakin tepat , semakin berkesan dan semakin praktikal. Ketiga, masa yang
diperuntukkan untuk mencari penyelesaian hendaklah dihadkan antara 15 ke 45
minit. Tiga puluh minit adalah paling baik sekali. Keempat, sentiasa positif
terhadap setiap jawapan. Jangan terus menilai dan membincangkan suatu
jawapan bila ia diutarakan. Bahagikan masa kepada sessi mencari idea dan
sessi penilaian idea. Kelima, pemimpin kumpulan minda induk hendaklah
berperanan untuk merangsang pemikiran ahli pasukan dan bukan menyokong
atau menolak mana-mana pendirian. Keenam , catatkan semua jawapan secara
lengkap. Kita akan dapati ada aspek perbincangan yang begitu spontan dan
ringkas sehingga tiada sesiapa yang sedar dengannya. Ramai yang hanya
sedari aspek perbincangan sebagai penting bila masuk sessi penilaian.
Ingat, kepintaran dan kepandaian adalah berlandaskan tindakan anda. Anda
hendaklah faham dan ketahui dengan nyata “apa yang anda hendakka”.
Seterusnya, tumpukan sepenuh perhatian dan tenaga pada masalah , matlamat
dan keputusan yang hajatkan. Gunakan minda yang fleksibel dan terbuka untuk
mengesan semua kemungkinan. Gunakan seni penyelesaian yang bersistem
untuk menyelesaikan masalah.

Bab 21
Mempunyai hidup yang cergas

TOP (HRD) Training Consultant 37


Kaset Program Garuda Api

Adakah anda berhajat hendak belajar teknik untuk menyemarakkan kecergasan


dalam hidup anda pada setiap ketika? Dalam bab ini, saya akan berkongsi
dengan anda tujuh faktor yang menyumbang pada kesihatan badan anda untuk
membolehkan anda mengekalkan kecergasan yang tinggi. Tapi, waktu anda
mengamalkan semua faktor kesihatan tersebut, anda juga perlu mematuhi lima
perkara berikut:
Pertama : menanam harapan yang tinggi
Kedua : Sentiasa mendefinasi dengan jelas apa yang anda hajatkan
Ketiga : Sentiasa mengekalkan tabiat kesihatan badan dan mental
Keempat : menaruh kecekalan untuk meneruskan aktiviti tersebut
Kelima: disiplin diri. Meminta diri untuk bertindak mengikut peringkat tanpa gagal
Orang yang berjaya mempunyai kesihatan mental dan fizikal. Orang yang gagal
sering dibelenggu oleh cara hidup diri anda tabiat yang tidak sihat.
Mengikut kajian, jasad badan setiap orang boleh berfungsi untuk tempoh seratus
ke seratus dua puluh tahun. Tetapi, statistik menunjukkan kebanyakan orang
dalam dunia mencapai purata usia 79.9 tahun. Lebih kurang 50% dari populasi
dunia gagal mencapai usia ini. Maka, anda boleh menentapkan satu matlamat
untuk hidup sekurang-kurangnya lapan puluh tahun.
Badan kita diibaratkan sebuah mesin yang istimewa. Ia boleh menghasilkan
tenaga yang mencukupi secara automatik. Pada masa yang sama, badan kita
sentiasa menjuruskan ke arah kesihatan. Ia mempunyai tabii semulajdi untuk
menyembuh dan mencetuskan kecergasan. Tetapi, cara operasi dan cara
penyeliaan badan yang tidak baik akan menyebabkan badan seseorang
mencapai tahap mudarat sebelumpun ia sampai ke tahap masa yang
diperuntukkan.
Untuk membolehkan diri anda mempunyai kesihatan yang tinggi, anda boleh
lakukan beberapa perkara berikut :
Pertama : kekalakan berat badan yang bersesuaian. Jka berat badan anda
terlalu tinggi, beban jantung menjadi lebih besar. Begitu juga dengan keperluan
organ dan otot juga meningkat. Tambahan lagi, gemuk akan menjadikan
seseorang cepat berputus asa dan penat. Untuk mencapai berat badan yang
anda hajatkan, gunakan kuasa bayangan dan pengesahan diri . Buat keputusan
dan mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Terus imaginasi dan sahkan berat
badan yang anda hajatkan. Terus lakukan begini sehingga anda berkeupayaan
menukar konsep diri anda sendiri.
Kedua, Minum dan makan yang memadai. Makanan anda hendaklah sentiasa
berubah dan memperbagaikannya. Tambahkan makanan yang berprotein tinggi
seperi kacang panjang, ikan dan daging merah. Elakkan daging yang berlemak
tinggi. Makanan hendaklah meliputi 15% protein.
Ketiga, makan karbohidrat bergentian seperti buah-buahan, sayur dan gandum.
Ia membekalkan tenaga asas yang diperlukan oleh badan. Selain itu, paras
lemak dalam makanan janganlah lebih dari 10%. Anda juga perlu minum air yang
banyak. Setiap hari , kita perlukan 4 gelas air yang berisi 400cc masing-masing.
Seseorang hendaklah makan secara sedikit tetapi khasiat janganlah sedikit.
Ketiga , gabungan sayuran dan lauk yang sesuai. Ada orang yang berpendapat
70% dari makanan hendaklah tdr dari sayuran dan buah-buahan. Tetapi , ada

TOP (HRD) Training Consultant 38


Kaset Program Garuda Api

juga yang berpendapat sarapan pagi hanya boleh makan buah sahaja, makanan
tengahari dan malam pula barulah makan proten dan sayuran. Sebenarnya,
setiap orang mempunyai komponen badan yang berbeza. Anda mempunyai
tahap metabolisme badan yang tersendiri dan keperluan khas terhadap
makanan. Maka, lebih baik anda sendiri mengesan dan mengenal gabungan
yang paling sesuai untuk diri anda.
Jika anda boleh turunkan beban sistem penghadaman , anda pasti akan
mempunyai kekuatan yang lebih besar untuk menjalankan aktiviti harian anda.
Dalam makanan seharian kita, cuba kurangkan dan elakkan tigabentuk racun
putih, iaitu tepung, gula dan garam.
Keempat, berhenti menghisap rokok dan minum arak secara berlebihan. Dalam
semua tabiat hisup, menghisap rokok adalah suatu yang paling menjahanamkan
kesihatan dan patut dielakkan sama sekali. Begitu juga dengan ketagihan rokok.
Menghentikan tabiat merokok adalah suatu yang menyukarkan tetapi, anda
boleh melatih diri secara bersungguh-sungguh. Minum yang yang sederhana
bermaksud anda hanya minum segelas kecil setiap hari.
Kelima, senaman yang bersesuaian. Sukan aeronik akan meningkatkan tahap
oksigen otak , meningkatkan kuasa otak dan juga meningkatkan tahap pemikiran
dan tahap kepintaran anda. Ia menjadikan anda seorang yang cergas dan
penuh bertenaga. Berenang, berbasikal, larian dan berjalan kaki adalah jenis
senaman yang sesuai. Tanamkan tabiat bersukan selama 20 minit setiap hari.
Kekalkan denutan jantung yang cergas sekurang-kurangnya 20 minit. Fahami
rahsia sukan aerobik; iaitu masa mestilah panjang, gerakan mestilah pantas ,
jarak mestilah jauh.
Keenam, rehat yang mencukupi, ramai orang berpendapat seseorang
hendaklah tidur sekurang-kurangnya 7 ke 8 jam setiap malam. Ada juga
berpendapat , masa tidur perlu dikurangkan. Tapi, setiap orang mempunyai daya
metabolisme dan pembaharian sel yang berbeza. Anda hendaklah
menyesuaikan diri anda dengan masa tidur yang diperlukan setiap malam
mengikut keperluan anda sendiri. Anda juga boleh gunakan teknik pengesahan
diri dan cara memprogramkan Minda Separa Sedar untuk memendekkan masa
tidur anda.
Ketujuh , pastikan anda memberi vitamin semulajdi dan galian tambahan yang
diperlukan oleh badan. Sebenarnya , amat sukar untuk setiap orang
memperolehi tahap vitamin dan galian yang mencukupi dari lauk dan juadah
harian. Ramai orang kekurangan tenaga dan kecergasan kerana mereka
kekurangan vitamin yang tertentu dalam hidup. Maka ingat, anda mestilah
memberi bekalan tambahan vitamin dan galian tambahan untuk badan. Ini
adalah amat penting untuk kesihatan badan anda.
Dengan kata lain untuk anda memiliki kecergasan badan, pertama, anda
mestilah mempunyai hajat yang berkobar-kobar bahawa inilah suatu yang anda
hendakkan dalam hidup. Kedua, tetapkan apa yang hendakkan dengan jelas.
Anda juga hendaklah mempunyai rancangan yang teratur dan berkesan.
Gunakan teknik pengesahan diri dan menulis semua rancangan anda. ketiga,
buat keputusan untuk melaksanakan semua rancangan anda . Ambil tindakan

TOP (HRD) Training Consultant 39


Kaset Program Garuda Api

yang berpatutan dan tidak menangguh. Keempat Buat keputusan untuk


meneruskan usaha secara cekal biar apa sahaja yang menghalang.
Gunakan rukun penggantian dan amalkan tabiat baru yang baik. Akhirnya,
amalkan disiplin diri yang ketat dan terima semua kesakitan waktu berdisiplin. Ini
kerana hasilnya pasti masnis dan menguntungkan anda.

Bab 22.
Memahami kaitan minda dan badan
Semua pakar peubatan setuju bahawa 80% dari penyakit moden kini adalah
berpunca dari Faktor minda. Bab ini akan membincangkan pengaruh minda
terhadap kesihatan fizikal seseorang. Emosi yang tegang dan bertekanan
merupakan akibat yang ditonjol keluar dari rasa ketidakpuasan diri kita terhadap
hidup sendiri. Dengan erti kata lain, ketegangan dan tekanan adalah suatu
petanda yang membahayakan. Petanda-petanda ini memberitahu kita adanya
sesuatu perkara yang sedang melukakan hati kita. Dalam Sains perubatan
keimunan, kita dapat emosi yang negatif, ketegangan, kerisauan , tekanan,
kemarahan serta keresahan akan menurunkan tahap imunisasi badan.
Sebaliknya, seseorang yang positif, riang , gembira , bersemangat dan
mempunyai nilai diri yang tinggi akan membentuk kuasa imunisasi yang tinggi.
Punca utama ketegangan dan kerisauan adalah dari dalam jiwa seseorang dan
bukan berpunca dari luaran. Ini bermaksud, tidak ada suatu yang dikatakan
tekanan luaran. Tetapi, hanya ada reaksi peribadi terhadap sesuatu kejadian
yang dianggap sebagai tekanan berus gigi dirinya. Setiap perasaan tekanan dan
kerisauan adalah suatu persepsi diri kita terhadap setiap kejadian persekitaran
dan bukan berpunca dari kejadian yang berlaku di sekitar anda.
Sebenarnya, adalah tiga faktor yang menyebabkan ketegangan pada seseorang
insan. Yang pertama, menyesal atas sesuatu yang telah terjadi. Kita terlalu
menyesal dengan sesuatu yang telah berlalu. Sebenarnya, kita tidak tahu apa
yang patut dilakukan sekarang dan leka dengan hakikat sebenar kejadian
tersebut. Malah, kita hanya risau dengan sesuatu yang bakal berlaku. Setiap
persepsi diri anda tentang apa yang sedang berlaku, apa yang telah berlaku dan
apa yang akan berlaku akan terus menyuburkan ketegangan dan tekanan emosi
seseorang. Semua ini adalah berpunca dari dalaman seseorang dan anda
mempunyai hak untuk menentukan samada anda hendak dipengaruhi atau tidak.
Setiap ketegangan emosi dan corak tekanan minda mempunyai kaitan rapat
dengan kecergasan dan tahap tenaga badan.
Terdapat tiga punca kekuatan badan seseorang ,yang pertama : ia datang dari
makanan yang kita makan, cara makan dan cara gabungan khasiat makanan
Faktor kedua ialah udara. Tahap oksigen yang dibawa ke dalam badan dan cara
kita bernafas.
Faktor yang ketiga ialah persepsi minda. Iaitu cara kita reaksi dengan setiap
kejadian. Contohnya, sesuatu kejadian yang mungkin boleh memotivasikan
seseorang dan sebaliknya, kepada orang lain , kejadian itu amat
melukakannya. Setiap persepsi diri kita terhadap kejadian yang berlaku di
sekitar kita boleh menyebabkan tahap tenaga badan naik atau turun. Badan kita

TOP (HRD) Training Consultant 40


Kaset Program Garuda Api

bagaikan sebuah kilang letrik yang menjana kuasa untuk badan. Ia akan
menghasilkan berbagai bentuk tenaga.
Tenaga yang dijana oleh makanan biasanya akan kehabisan setelah sehari
suntuk kita bekerja. Ini bermaksud , tenaga yang dihasilkan pada hari ini akan
habis digunakan oleg badan dalam aktiviti seharian. Jika tenaga badan tidak
habis digunakan oleh badan, ia akan menjelma menjadi tahap tenaga yang lebih
tinggi – iaitu mendokong kekuatan emosi seseorang . Daripada 100 joule
kekuatan fizikal yang belum dihabiskan hanya dapat menjana 100 joule tenaga
emosi. Tenaga emosi meliputi kecergasan emosi, rasa kesungguhan, semangat,
nilai kendiri dan kegembiraan. Jika tenaga emosi tidak habis digunakan pada
tahap emosi, ia akan dijelma kepada tahap tenaga yang lebih tinggi iaitu tenaga
mental. Setiap 100 joule tenaga emosi boleh menghasilkan 10 joule tenaga
mental- iaitu tenaga yang digunakan untuk berfikir. Jika tenaga mental ini tidak
digunakan, ia akan terus menjelma kepada bentuk tenaga kerohanian, iaitu
tenaga penerokaan.
Biarpun kenyataan di atas belum terbukti secara saintifik, tetapi kita semua boleh
mengesan kebenaran ini dari pengalaman dan persepsi seharian. Kita pernah
merasa kepenatan badan setelah sehari suntuk kita bekerja dan tidak lagi rasa
hendak melakukan apa sahaja. Ini kerana anda telah membazir tenaga anda
pada tahap badan. Sebaliknya, ramai juga orang yang tidak membazirkan
tenaganya di peringkat fizikal. Tenaga lebihan ini akan terus menjelman menjadi
suatu tenaga emosi. Tenaga emosi sering ditonjolkan dalam perhubungan
manusia seseorang. Jika emosi kita bersikap positif , seperti riang dan mesra,
gembira dan bersemangat tinggi, tahap penggunaan tenaga emosi adalah
sangat kecil. Tenaga lebihan akan bertukar menjadi tenaga mental. Jika mental
kita bersikap dinamik dan penuh bercabaran, kita akan mempunyai lebihan
tenaga mental yang akhir menjelma kpd paras tenaga yang lebih tinggi, iaitu
tenaga kerohanian. Tenaga kerohanian merupakan punca tenaga kreatif. Ia
akan membina idea baru, memberi inspirasi dan menjana jiwa yang berkobar-
kobar, semangat berinitiatif. Malang sekali, ramai orang membazir tenaga
mereka di tahap emosi seperti kerisauan, takut , ketegangan emosi, tekanan,
keresahan dan kemarahan. Maka, tidak berapa banyak tenaga yang dapat
disimpan dan dijana menjana tenaga kerohanian. Dengan erti kata lain, tidak
ada tenaga yang sampai ke tahap kerohanian. Dan mereka akhirnya gagal
mencapai hidup yang lebih baik dan mencapai kemewahan tinggi.
Untuk anda memiliki kecergasan badan, ketenangan jiwa, perhubungan manusia
yang mesra – anda mestilah berhenti menyebarkan emosi negatif dalam
pergaulan anda. Ini adalah landasan kemajuan hidup seseorang . Ini kerana,
dengan tidak menonjolkan perasaan negatif , anda telah menghapuskan emosi
negatif.
Mengapa seseorang gagal , ini kerana mereka memperuntukkan masa yang
agak banyak menonjolkan emosi negatif. Mereka telah membentuk rasa
bersalah sejak kecil, merasa diri tidak sebaik orang lain, tidak menghormati diri
sendiri dan takut kepada kegagalan , takut dibantah orang lain. Ini bermaksud,
semua bentuk pemikiran negatif adalah sejenis penyakit mental. Sebaliknya,
pemikiran yang positif adalah menandakan kesihatan mental.

TOP (HRD) Training Consultant 41


Kaset Program Garuda Api

Daripada setiap apa yang kami lakukan, cakap dan fikirkan, 95% adalah
dipengaruh oleh kejadian persekitaran. Maka, sentiasa memilih siapa yang anda
bergaul. Jika anda hendakkan hidup anda lebih positif dan dinamik, gembira,
sempurna dan bersemangat tinggi, maka anda hendaklah terlebih dahulu
mengkikis semua perasaan negatif dan tinggalkan semua orang yang negatif.
Tinggalkan semua buku negatif, majalah negatif dan rancangan TV negatif. Ini
membolehkan setiap pemikiran dan hajat ditumpukan pada harapan dan impian
yang hendak dicapai. Ini merupakan cara terbaik untuk mencapai kesihatan
mental dan kesihatan fizikal. Ia seterusnya menyumbang kepada kejayaan dan
kegembiraan hidup seseorang.

Bab 23
Menghapuskan tekanan dan ketegangan emosi
Kesihatan mental seseorang sering dikaitkan dengan rasa ceria, rasa positif dan
gembira. Apakah situasi yang akan menjadikan seseorang negatif? Menurut
rukun tindakan dan tindakbalas , setiap akibat mesti mempunyai puncanya. Jika
diri anda meraa tegang dan sentiasa bertekanan, rasa negatif ; ini bagaikan
badan yang sedang sakit. Ia mesti mempunyai punca yang tertentu dan pasti
dapat dikesan.
Bab ini memberikan enam cara menilai ketegangan diri dan membantu anda
mengenal punca ketegangan dan tekanan hidup. Seterusnya, anda boleh
menangkis semua punca tersebut.
Pertama, seseorang yang mudah merasa tegang kerana dirinya kurang makna
hidup dan matlamat hidup. Untuk mengecapi kegembiraan, seseorang
hendaklah mempunyai misi hidup, mesti merasa hidupnya bermakna.
Seseorang yang ketiadaan matlamat dan makna hidup akan menyebabkan
dirinya tiada haluan hidup. Kita semua adalah mempunyai mekanisma mengejar
impian hidup. Hanya jika maju ke arah matlamat hidup yang diimpiankan,
barulah seseorang akan merasa gembira.
Kedua, punca yang menyebabkan seseorang bertekanan dan rasa tegang ialah
kerja yang tidak disiapkan sepenuhnya. Ini bermaksud kita melepaskan tangan
tugasan yang dimandatkan dan tidak hanya melengkapkan sebahagian darinya.
Jiwa kita akan merasa tidak tenang. Setiap orang pasti mempunyai hajat untuk
melengkapkan kerja yang tergantung. Sebalik, jika kita terus menangguh dan
gagal melaksanakannya, ketegangan emosi akan timbul. Sikap menangguh
bukan sahaja melambatkan kemajuan seseorang , ia juga merupakan faktor
utama tekanan hidup. Setiap kali anda menyiapkan sesuatu kerja, baik mencuci
pinggan mangkuk, mengemas bilik atau menyiapkan sesuatu lapuran, nilai
kendiri akan meningkat. Ini kerana kerja yang beres akan membuatkan anda
rasa berjaya, anda seorang juara. Sebaliknya, jika kerja anda hanya siap
separuh, anda akan rasa diri anda gagal dan tiada kawalan terhadap
hidup.Terdapat dua keadaan yang menyumbang pada kerja yang tidak siap.
Contoh pertama, seseorang yang putus cinta dan tidak dapat melepaskan
perasaan tersebut. Kedua, bila seseorang menganggur, dibuang kerja atau
sendiri meminta berhenti kerja dan seterusnya gagal mendapat kerja baru.

TOP (HRD) Training Consultant 42


Kaset Program Garuda Api

Untuk mengatasi rasa perhubungan manusia yang masih tersangkut lepas putus
cinta, anda perlu tahu apa yang anda hajat hendak dapat dari orang yang telah
berpisah dengan anda. Kalau anda tidak mempunyai sebarang tuntutan,
perpisahan ini tidaklah mempengaruhi emosi anda. Dalam keadaan ini, anda
tidak menuntut apa-apa, baik kasih sayang, penghormatan atau kewangannya ;
maka dirinya yang telah meninggalkan anda tidak akan mengawal emosi anda
lagi.
Seterusnya, anda perlu tuliskan sepucuk surat kepadanya. Dalam surat ini, anda
perlu menyatakan tiga perkara.pertama, anda berita hunya bahawa akan
bertanggungjawab 100% atas segala apa yang telah berlaku dalam
perhubungan kita. Tapi, anda minta menamatkan perhubungan ini. Kedua, anda
memaafkan sepenuhnya setiap perkara yang pernah dilakukan olehnya atau
perkara yang pernah melukakan anda. ketiga, anda doakan agarnya dirinya
bahagia dan gembira selalu. Kirimkan surat tersebut dan anda akan dapati
hidup anda berubah terus pada saat tersebut.
Ketiga, sebab yang memberi tekanan kepada kita ialah takut gagal. Kita semua
sedar dengan keadaan ini. Jika kita perhatikan pada waktu kecil, cara asuhan ibu
bapa yang kurang berkesan akan menimbulkan rasa ketakutan pada diri sendiri.
Markove pernah berkata, lakukan apa yang anda takut dan anda tidak akan takut
lagi. Ini adalah ubat yang paling mujarab.
Seterusnya, gunakan cara pengesahan diri bagi membina jiwa yang
bersemangat dan positif. Bila diri anda rasa takut, terus katakan dengan diri
sendiri “saya dapat buat, saya dapat buat, saya dapat buat” Mesej ini akan
semakin dikuatkan dan menjelma dari Minda Sedar kepada Minda Separa Sedar
. Mengikut rukun emosi, perasaan yang kuat sentiasa mendominan pada
perasaan yang lemah. Keempat, ini merupakan faktor yang paling serius antara
semua faktor bab iaitu takut dibantah dan ditolak orang. Pada waktu kecil, ibu
bapa sering mengawal gerak-geri anak dengan menggunakan krtikan yang
negatif dan kasih sayang yang bersyarat. Kedua-dua sebab tadi telah
menimbulkan rasa takut pada bantahan, akhirnya membentuk sikap A pada
seseorang dewasa.
Seseorang wanita sering bertindakbalas pasa rasa takut kepada bantahan
dengan empat cara berikut:
Pertama, rasa kecewa. Kedua, mengundurkan diri, ketiga, sakit kepala dan
ketegangan perasaan,keempat, terlalu sensitif, tersangat sensitif dengan apa
yang orang lain fikirkan.
Sebaliknya, kebanyakan lelaki melepaskan rasa kurang kasih sayang sejak kecil
dalam bentuk mentaliti A. Sikap A mempunyai ciri-ciri berikut: pertama – kerja
separuh mati, mereka tidak dapat berhenti dan tidak boleh lambat. Kedua, tidak
mempunyai rasa jaminan pada setiap ketika. Apa sahaja kejayaan besar yang
telah dicapai, mereka tetap rasa tidak cukup. Ketiga, terus mengejar prestasi
yang tidak terhad. Tidak kira betapa baik prestasi dirinya, mereka masih tidak
puas hati, kerana mereka rasa belum mencapai piawaian yang dihendakkan.
Keempat, rasa persaingan yang sangat kuat. Mereka terus hendak menang dan
mengalahkan orang lain. kelima, sikap individu A sangat agresif, cemat
bermusuhan dan cepat marah. Keenam, sentiasa bermotifkan kebendaan dan

TOP (HRD) Training Consultant 43


Kaset Program Garuda Api

kewangan. Mereka kurang mengutamakan perhubungan manusia. Individu


sikap A membahagi orang kepada 3 jenis, yang pertama - orang yang boleh
menolongnya, mereka sentiasa memberi perhatian kepada orang seperti ini.
Kedua, orang yang tidak boleh menolongnya. Mereka tidak menghormati orang
seperti ini. Ketiga, orang yang bersifat neutral. Mereka tidak langsung tidak
kisah dengan orang seperti ini.
Yang ketujuh, Individu sikap A tidak mahu berehat. Mereka rasa seolah-olah
dirinya dikejar atau dicabar orang lain. Selagi mereka perlahankan langkah,
orang lain akan mendahului mereka. Individu sikap A selalunya cepat meninggal
dunia dan tidak pernah gembira. Individu seperti ini sering emmanjat tangga
kejayaan dengan pantas tetapi akan menjadi kaku pada tahap prestasi tertentu.
Sebaliknya, individu sikap B mempunyai mentalti keusahawanan berjaya.
Mereka pentingka keberkesanna dan perhubungan manusia. Mereka memanjat
tangga kerjaya awalnya pada tahap yang agak perlahan tetapi peningkatan
prestasi dan kemajuan dirinya akan berterusan.
Jika anda adalah individu bersikap A, anda hendaklah terlebih dahulu mengakui
diri anda sebagai individu A. Seterusnya, anda hendaklah membuat keputusan
dan cekal mengubah keadaan ini. Dengarlah kaset pengesahan diri dua kali
sehari sehingga semua mentaliti sikap A ditangkiskan dan beruabh secara
beransur-ansur kepada individu bersikap B. Selain dari itu, terdapat perbezaan
yang besar antara individu sikap A dengan orang yang gilakan kerja. Orang
yang kegilaan kerja pentingkan perasaan dalaman dan mempunyai kefahaman
yang jelas tentang matlamat kerjanya. Sebaliknya, individu A pentingkan
perasaan orang lain, mereka rasa apa yang dilakukan adalah untuk memuaskan
perasaan orang lain. Orang yang gilakan kerja akan juga mencari masa berehat.
Individu A tidak mempunyai masa berehat. Orang yang gilakan kerja pentingkan
perhubungan dan kasih sayang keluarga, tetapi individu A mementingkan kerjaya
dan tugasan.
Faktor kelima yang menyumbang kepada tekanan diri ialah menolak kenyataan.
Seseorang enggal menerima kenyataan dunia. Kononya hidupnya bukan
seperti yang dihendakkan. Doktor psaikiatrik berpendapat, faktor ini merupakan
sebab utama seseorang berhadapan dengan penyakit mental. Sebab seseorang
tidak menerima kenyataan ialah kerana dirinya hendak melarikan diri dari
kemuskilan. Ini kerana dirinya tidak suka dipandang rendah atau tidak
berkeupayaan. Untuk mengatasi kelemahan ini, seseorang hendaklah akui
kenyataan tetap kenyataan. Tidak kira apa sekalipun yang berlaku, ini adalah
suatu hakikat yang perlu diterima dengan tabah. Setiap kejadian mestilah
mempunyai pengorbanan yang dapat anda tanggung. Ketiga, anda mestilah
sedia berkorban dan jangan menangguh. Tanya diri anda , apakah yang anda
takut hadapi. Apakah keadaan yang paling teruk untuk membantu anda
berhadapan dengan kenyataan. Dalam bidang psikologi ,ada dua sifat
keperibadian. Yang pertama, kita sebutkan sebagai sikap melarikan diri. Orang
seperti ini tidak suka berhadapan dengan kenyataan , dan mereka terus
berharap kenyataan itu akan hilang. Satu lagi sifat dikenali keperibadian
melawan. Orang ini sentiasa berusaha hendak mencari jawapan pada setiap

TOP (HRD) Training Consultant 44


Kaset Program Garuda Api

masalah yang dihadapinya. Sebenarnya, sikap melawan adalah lebih baik dari
sikap melarikan diri.
Keenam, faktor yang boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan jiwa ialah
kemarahan. Kita fahami kemarahan sering dikaitkan dengan rasa tidak puas hati
dan merungut terhadap orang lain. Kita rasa dianiayai, rasa harapan dicabar, kita
rasa diri sebagai mangsa. Jika kita tidak lepaskan perasaan ini dan kita
kumpulkannya dalam badan secara berterusan, ia akan merosakkan perasaan
dan mental kita. Sebenarnya, teori langgaran anggota badan menyatakan
semua bentuk langgaran badan pada seseorang akan menimbulkan
kemarahan. Contohnya, seseorang menendang dengan kaki, pukul dengan
tangan atau teriak dengan syarat yang paling kuat atau menggigit dengan gigi.
Untuk mengatasi kesemua enam jenis gangguan emosi diatas, kita hendaklah
mengamalkan pendekatan kawalan kesedaran. Ini bermaksud, diri anda
bertanggungjawab sepenuhnya apa yang berlaku. Ini bermaksud, setiap
perasaan anda hendaklah terlebih dahulu dipersetujui oleh diri anda sebelum
anda menerimanya. Ini membolehkan anda mengawal pemikiran dan hidup
anda.
Anda perlu fahami, setiap tekanan yang diadunkan bersama matlamat yang jelas
akan menghasilkan keyakinan yang tinggi pada diri sendiri. Ini seterusnya
membina kecergasan dan tenaga yang gigih. Tetapi sebaliknya, jika tekanan
luar memaksa diri anda melakukan sesuatu , maka tekanan tersebut akan
bersifat negatif dan seterusnya menurunkan tahap tenaga seseorang. Menurut
rukun penggantian, diri kita punuhkan jiwa-raga dengan perasaan dan pemikiran
positif dan menyebabkannya tidak mempunyai ruang untuk merasa lemah dan
kecewa. Untuk mencapai tujuan ini, kita hendaklah terus memikirkan matlamat
hidup kita. Tetapkan suatu matlamat hidup yang jelas, bermula dari awal sampai
akhir. Terus laksanakan impian anda dan tidak menangguh. Atasi rasa takut
gagal dan rasa takut dibantah. Gunakan jiwa yang normal untuk berhadapan
dengan kenyataan. Hentikan mentaliti menyalahkan orang lain.
Ingat, setiap tekanan yang berorientasikan matlamat adalah positif. Ia akan
mebantu anda mencapai matlamat hidup anda.

Bab 24
Mencorakkan Sikap Berjaya
Dalam dunia hari ini, keupayaan anda bergaul dengan semua orang merupakan
aset hidup yang paling berharga. Pakar psikologi berpendapat, 85% dari
kegembiraan seseorang datang dari pergaulan yang mesra bersama orang lain.
Begitu juga, 85% dari masalah yang dihadapi seseorang datang dari kegagalan
bergaul mesra dengan orang lain. Manakala, 25% dari kegembiraan datang dari
kepuasan mencapai sesuatu.
Pada asasnya, setiap orang mengharapkan mentaliti sihat yang dapat bergaul
mesra dengan orang lain. Tapi, apakah dia sikap yang positif? Bagaimana
hendak mengukur tahap positif diri anda ?
Cara pertama ialah menilai diri, “samada anda sayang pada diri sendiri” Faktor
ini merupakan asas yang membentuk keperibadian anda. Seseorang yang
sayangkan dirinya sellaunya mempunyai mental yang sihat. Kedua, adakah anda

TOP (HRD) Training Consultant 45


Kaset Program Garuda Api

sanggup memikul tanggungjawab? Seseorang yang sentiasa


bertanggungjawab akan dapat mengawal sikapnya sendiri dan enggal
menyalahkan orang lain. Soalan ketiga ialah samada anda boleh memaafkan
orang lain. Seseorang yang mempunyai kesihatan mental sering dapat
memaafkan orang lain tanpa sebarang keberatan. Cara keempat ialah
mempunyai jangkaan yang positif. Seseorang yang mempunyai harapan cerah
terhadap dirinya selalunya mempunyai kesihatan mental yang tinggi. Cara
kelima, adakah anda dapat bergaul mesra dengan semua orang. Jika anda tidak
mempunyai keharmonian dengan semua orang, anda tidak akan mempunyai
kesihatan mental. Rukun pengaruh bersama menyatakan semakin anda suka
pada diri sendiri, semakin senang anda bergaul mesra dengan orang lain. Rukun
tidak langsung menyatakan perhubungan manusia secara tidak langsung sering
membuahkan hasil yang lebih berkesan. Rukun penuaian berbagai menyatakan
setiap ganjaran yang telah kita perolehi dari perhubungan manusia adalah juga
suatu yang telah kita korbankan sebelum ini. Rukun keirasan pula berkata, cara
anda membawa diri di depan seseorang adalah juga suatu imbasan perasaan
dan dalaman anda terhadap perhubungan manusia tersebut. Rukun penarikan
menyatakan , anda boleh bawakan orang yang seiras dengan corak minda anda
kepada persekitaran anda. Jika anda berhajat untuk memperbaiki seni
perhubungan manusia anda, adalah penting untuk anda memperbaiki
perhubungan anda dengan diri sendiri. Seterusnya, anda akan dapati setiap
kejadian di sekitar anda juga akan berubah. Ini bermaksud , jika anda tingkatkan
nilai kendiri anda , maka kualiti perhubungan manusia anda bersama orang lain
juga akan meningkat. Ini akan mewujudkan perhubungan manusia yang harmoni
dengan semua orang . Jadi, bagaimana anda boleh tingkatkan nilai diri anda?
yang pertama , rukun manfaat bersama ; iaitu dengan berusaha meningkatkan
nilai kendiri orang lain. Begitu juga dengan rukun pembalikan. Apa sekalipun
cara yang anda gunakan untuk meningkatkan nilai kendiri orang lain, cara-cara
ini juga akan akhirnya meningkatkan nilai diri anda.
Jadi, bagaimana anda boleh tingkatkan nilai kendiri orang lain supaya dirinya
merasa penting? Anda perlu kikiskan semua kritikan yang negatif. Ini kerana
kritikan negatif akan melukakan orang lain dan melumpuhkan nilai kendirinya.
Akibatnya, seseorang akan merasa kecewa. Tanamkan hajat untuk hapuskan
semua sikap mengkritik. Kedua, pupukkan sikap yang mesra dan tidak
bertelingkah. Ini kerana seseorang yang sering bergaduh akan menyebabkan
orang lain enggan bercakap dan berkawan dengannya. Amalkan sikap dengan
rukun ansuran , semaikan kematangan fikiran dan sabar meneliti hujah
seseorang sebelum anda mempertikaikannya. Amalkan juga konsep tidak
berlaga, sentiasa berharmoni dengan sesiapa yang tidak setuju dengan anda
tanpa bertangguh. Jika anda hendakkan mengekalan sikap yang positif,
hendakkan kecergasan dan hendak bergaul mesra dengan orang lain; cara yang
terbaik sekali ialah jangan bertelingkah. Cari apa jalan sekalipun untuk
mengelakkan anda berkonflik dengan orang lain.
Ketiga, menerima seseorang. Usaha menerima seseorang ke dalam jiwa-raga
anda akan memenuhi hasrat lubuk hati untuk memerolehi kasih sayang. Hasrat
ini terlantar dalam Minda Separa Sedar setiap insan. Cara terbaik untuk

TOP (HRD) Training Consultant 46


Kaset Program Garuda Api

menonjolkan rasa menerima seseorang ialah senyuman. Senyuman bermaksud


anda menerima seseorang tanpa syarat dan tidak kira siapa sekalipun status
dirinya. Pada masa yang sama, senyuman juga memberi keceriaan dan
keriangan kepada anda.
Keempat, rasa berterima kasih. Bila anda menghargai seseorang , anda akan
meningkatkan nilai kendirinya. Cara untuk menghargai seseorang ialah terus
berkata, terima kasih , sentiasa berkata terima kasih. Ini secara tersirat, akan
akan meningkatkan nilai diri orang lain.
Kelima, rasa menyanjungi. Sanjungi kualiti dan keistimewaan orang lain. Anda
juga boleh sanjungi harta orang lain. Memandangkan setiap orang sentiasa
melindung keperibadian dan sikap tersendiri,
Maka dirinya pasti akan merasa gembira bila mendapat sanjungan dan
persetujuan dari orang lain.
Keenam, mengizinkan. Keizinan membolehkan setiap orang mencapai hasrat
dan impian dirinya. Dirinya juga akan merasa penting dan berharga. Untuk
memberi pujian dan persetujuan kepada orang lain, seseorang hendaklah
meluahkan perasaan secara terus tanpa menunggu. Kesan pujian menjadi amat
tingg, jika ia diberikan pada saat kejayaan berlaku. Pujian juga hendaklah jelas.
Semakin jelas pujian anda, semakin tinggi kesannya. Jika pujian diberi di depan
khalayak ramai, kesannya menjadi lebih besar.
Ketujuh, penumpuan. maksudnya kita hendaklah sentiasa memberi perhatian
kepada orang lain. Banyak mendengar suara hati mereka dan banyakan
pergaulan anda. Syaratnya, anda perlu terlebih dahulu mendengar dengan
sepenuh perhatian pada komunikasi mereka tanpa melibatkan diri. Jangan
terlalu gopoh menjawab sesuatu persoalan, fikir dan jawab kemudian. Mereka
akan terfikir bahawa anda hendak menilai apa yang diperkatakan oleh anda.
Ketiga, ajak pihak lawan memberi penjelasan lanjut. Minta keterangan lanjut
tentang apa yang diperkatakan.
Akhir sekali, rukun pantulan. Apa sahaja perasaan yang anda tunjukkan kepada
orang lain juga akan dipantul dan dikembalikan kepada anda. Anda akan
merasai semua apa yang anda berikan kepada orang lain. Bila anda fikirkan
seseorang , sentiasa fikirkan perkara yang baik dan positif sahaja. Terus rasa
dirinya penting. Sentiasa menghormati orang lain dan membuatkan dirinya
merasa diri sebagai orang yang paling penting dalam dunia ini.
Ingat, rukun keemasan perhubungan manusia ialah, lakukan kepada jiran apa
yang anda hajatkan orang lain lakukan untuk anda. Dalam apa sekalipun
keadaan , tanya diri anda “Jika saya adalah dirinya, apa yang saya hendak orang
lain lakukan kepada saya.
Selain itu, satu lagi cara ialah memainkan peranan sebagai model. Pilih sesiapa
yang membawa sikap yang anda hormati. Setiap kali anda berhadapan dengan
masalah perhubungan manusia, bayangkan diri anda sebagai orang yang anda
hormati. Ingat, sentiasa menjadikan orang lain fikirkan dirinya penting. Anda
akan membina kualiti yang anda hendakkan dan menjadikan diri anda seorang
yang berkesan dalam semua aktiviti anda.

Bab 25

TOP (HRD) Training Consultant 47


Kaset Program Garuda Api

Membina perhubungan manusia yang sempurna


Dalam hidup, kita sentiasa bertindak untuk memperolehi kasih sayang atau
bertindak menyembuhkan rasa kekurangan kasih sayang. Pakar psikologi ,
Maslow berkata “Kesihatan mental seseorang adalah dinilai berasas keupayaan
dirinya mendirikan kasih sayang yang berterusan dalam perhubungan
manusianya”.
Bab ini akan membincang enam faktor yang menyumbang kepada kejayaan
perhubungan manusia seseorang . Setiap individu akan berkumpul mengikut
keirasan minat dan sikapnya. Khususnya, nilai diri dan cara seseorang
melakukan sesuatu, baik kewangan atau hal seksual. Ini semua merupakan
perkara yang sering menjadi punca pertelingkahan keluarga. Maka, amatlah
penting seseorang mempunyai keirasan dengan rakan seperjuangannya. Bila
anda berjumpa dengan seseorang yang seiras dengan diri anda, pasti anda
akan merasa sesuatu. Perasaan yang baik ini menjadikan setiap orang yang
anda bergaul mempunyai beberapa keseragaman dengan anda.
Kedua, sikap yang berlawan dan tidak seiras. Ini bermaksud, tarikan yang
berbeza antara dua individu yang mempunyai ciri yang bertentangan.
Contohnya, seorang perempuan, seorang lagi lelaki. Seorang pasif dan seorang
lagi aktif. Keadaan ini membolehkan seseorang mempunyai peluang untuk
menyumbang idea dalam perbincangan dan mendengar pendapat orang lain.
Ketiga, mempunyai janji dan penglibatan yang penuh bertanggungjawab. Kasih
sayang juga ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mewujudkan komitmen
membantu pihak yang disayangi. Ini bertujuan untuk mencetuskan potensi dan
bakat seseorang.
Keempat, konsep diri yang seiras antara semua pihak. Contohnya, rasa dirinya
sayang pada diri sendiri , rasa kepuasan dan nikmat diri terhadap hidupnya, rasa
mementingkan dan menghormati diri. Selalunya, tahap kegembiraan yang seiras
akan merapatkan perhubungan bersama.
Kelima , sayang dan penghormatan. Sebenarnya, nilai-nilai ini lebih tinggi dari
segalanya. Sayang bermaksud anda dapat kekalkan perhubungan mesra
dengan jodoh anda biarpun anda marah dengannya. Anda masih sayang dan
hormatinya sebagai seorang individu dalam hidup anda.
Keenam , komunikasi. Tanpa komunikasi yang baik, seseorang tidak akan
dapat membentuk perhubungan manusia yang erat. Dalam hal komunikasi,
lelaki sering bersikap kasar dan wanita pula lebih teliti. Sebagai seorang lelaki,
kita hendaklah sabar mendengar setiap sukukata yang dilafaskan oleh wanita
dan tidak hanya hendak membalas atau menjawab secara bergopoh-gapah.
Dalam hal perhubungan manusia, selalunya seseorang tidak suka berjanji
dengan pihak lawan. Masing-masing cuba hendak melindungi dirinya. Hal ini
mengakibatkan perhubungan manusia yang bersikap risau. Tidak sesiapa
berminat dengan perhubungan manusia yang sedemikian. Tanpa perjanjian,
seseorang akan berhadapan dengan risiko ditolak ,akhirnya mereka mungkin
akan dicerai dan disishkan.
Masalah yang kedua dalam perhubungan manusia ialah sengaja hendak
mengubah orang lain. Bila kita sentiasa meminta orang lain berubah, ini juga
bermaksud kita tidak setuju dengannya dan anda gagal mencapai prestasi yang

TOP (HRD) Training Consultant 48


Kaset Program Garuda Api

saya harapkan. Jadi, untuk anda menjalin perhubungan yang erat, jangan hanya
hendak mengubah dan membetulkan orang lain. Apa yang bakal anda terima
adalah apa yang anda lihat. Seseorang hanya akan berubah secara ikhlas
kalau dirinya membuat keputusan dan amalkan semua pendekatan yang
disarankan oleh progam ini.
Masalah yang ketiga dalam perhubungan manusia ialah cemburu. Rasa
Cemburu adalah suatu petanda takut kepada kegagalan. Ini adalah suatu
perasaan yang dilahirkan dari jiwa seseorang disebabkan dirinya merasa kurang
baik. Untuk mengubah corak pemikiran sedemikian, kita hendaklah mengubah
konsep diri. Anda boleh lakukan ini dengan berkata, “Saya sayang diri sendiri ,
saya sayang diri sendiri , saya sayang diri sendiri”
Bila anda melakukan ini, semua perasaan takut dibantah, takut dipulaukan orang
lain akan hilang begitu sahaja.
Punca yang keempat ialah simpati diri. Ini timbul kerana ibu bapa diri kita suka
bersimpati dan diri kita mudah menjadi acuan mereka.
Selain dari itu, rasa rendah diri juga merupakan suatu punca lain. Kita rasakan
diri lemah dan kurang keupayaan. Untuk mengatasi perasaan in, kita boleh cari
sesuatu untuk dilakukan dan jangan hanya duduk merenung kosong. Bila
seseorang mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mempunyai sesuatu yang
penting untuk dilaksanakan, maka dirinya tidak akan ada masa untuk
merasarendah diri atau bersimpati dengan diri sendiri.
Masalah yang enam ialah percanggahan keperibadian. Anda tidak dapat
menyesuaikan diri dengan ciri keperibadian orang tersebut. Kami sering cuba
meneruskan suatu perhubungan yang dirasakan sukar diteruskan. Sebenarnya
anda mungkin tahu tiada sebarang bentuk keirasan antara anda berdua. Ini
kerana kita tidak mahu orang lain melihat kita sebagai seorang yang gagal.
Kedua, seseorang tidak mahu menimbulkan ketegangan akibat dari perpisahan
dan cuba meneruskan suasana sekarang. Bagaimana kita akan tahu jika wujud
percanggahan sikap? Pertama, kurang senyuman dalam kehidupan seharian.
Kedua, rasa hendak berpisah dan hanya terpaksa untuk bersama-sama. Jika
kedua-dua pihak benar-benar mempunyai percanggahan sikap, kita hendaklah
menerima kenyataan ini agar tidak terus hidup dalam keadaan yang bertekanan.
Dalam semua tujuh faktor perhubungan manusia di atas, matlamat hidup anda
merupakan punca utama ketenangan jiwa-raga , kegembiraan, keriangan,
kepuasan dan kedamaian. Anda akan rasakan rumah tangga sebagai pusat
kehidupan anda. Jangan sekali-kali anda melepaskannya. Anda hendaklah
berusaha untuk mengatasi semua penghalang dan kesukaran. Terus
mengubahsuai diri anda untuk mencapai kepuasan dan kegembiraan dalam
perhubungan manusia anda. Ini semua demi menjaga kesejahteraan diri, demi
kehidupan anda, demi keperibadian anda, demi kesihatan dan masa depan
anda.

Bab 26
Bagaimana mengasuh dan memupuk kualiti anak

TOP (HRD) Training Consultant 49


Kaset Program Garuda Api

Dalam dunia hari ini, ibu bapa memikul tanggungjawab yang penuh mencabar.
Ibu bapa mempunyai peranan untuk memupuk anak berdikari,
bertanggungjawab, mempunyai kasih sayang, kepercayaan dan mempunyai nilai
diri yang tinggi. Ini semua penting untuk perkembangan anak yang sihat.
Bab ini akan menerangakan syarat dan prinsip seorang ibu bapa. Yang
pentingnya, bagaimana anda boleh menggunakan semua prinsip ini dalam
kehidupan keluarga seharian. Apakah kewajipan seorang ibu bapa? Apakah
peranan yang perlu mereka mainkan?
Saya percaya peranan paling asasi ialah membesarkan dan mengasuh anak,
serta membantu dirinya membentuk nilai diri yang tinggi. Selagi anak tahu
menyayangi diri sendiri, menghormati diri sendiri, dan bertanggungjawab dan
rasakan dirinya sebagai seorang yang bernilai; maka mereka akan membina
kualiti diri yang utuh dan berkualiti untuk berhadapan dengan masalah hidup
mahupun kegembiraan hidup. Soalnya, bagaimana kita boleh menolong anak
membina nilai diri yang tinggi.
Pertama, kritikan yang negatif dan melukakan adalah suatu tindakan yang kejam
kepada seseorang kanak-kanak. Ini mengakibatkan seseorang anak
mempunyai rasa nilai diri yang rendah dan takut kepada kegagalan, mereka juga
akan takut kepada bantahan. Maka, jangan sekali-kali memberi kritikan yang
negatif kepada anak, dan jangan melukakan mereka. sebaliknya, beri sebanyak
pujian dan sanjungan kepada mereka. kedua, kekurangan atau kasih sayang
yang tidak mencukupi sering adalah suatu punca masalah semosi, masalah
mental dan masalah fizikal. Anak sangat perlukan kasih sayang. Mereka hanya
mempunyai kuasa emosi kerana daya pemikirannya belum berkembang. Hanya
jika anda tunjukkan dengan percakapan dan tindakan, mereka tida akan tahu diri
anda sayang padanya. Ketiga, anak memerlukan kasih sayang dan galakan
yang berterusan. Anak memerlukan kasih sayang dan galakan sebagai ramuan
perkembangan hidup. Ramuan ini tidak dapat dicari – ganti. Kasih sayang dan
galakan dapat ditonjolkan dengan tindakan dan percakapan.
Keempat, anak perlukan pujian. Pujian akan mengembangkan mental anak.
Mereka perlukan dorongan dan mereka perlukan kepastian. Memandangkan
daya pembelajaran mereka agak perlahan , mereka sangat harapkan kesabaran,
keperihatian, persefahaman dan simpati dari ibu bapa. Mereka hendakkan ibu
bapa memberi sokongan dan menjaga mereka.
Kelima, memberitahu anak anda setiap hari bahawa diri anda menyukainya.
Kebanyakan ibu bapa agak sukar memberitahu anaknya, “Saya suka anda” “
Saya sayang anda” setiap hari. Jadi, bagaimana anda boleh buktikan kepada
anak bahawa diri anda menyukainya? Pertama, beri mereka kasih sayang tanpa
syarat. Tunjukkan kepada anak bahawa anda sayangnya sepenuh hati. Biarpun
apa yang berlaku, tau apa yang anda lakukan, tiada sesuatu yang boleh
menghalang kesayangan sejati anda kepadanya. Tidak ada sesuatu yang boleh
menghalang kesayangan anda kepadanya. Ini merupakan faktor yang penting.
Kedua, gunakan mata untuk menyemai kasih sayang kepada anak. Perasaan
mesra bersama anak sering timbul dari cara ibu memandang pada mereka.

TOP (HRD) Training Consultant 50


Kaset Program Garuda Api

Ketiga, sentuhan badan. Anak mempunyai emosi yang kuat. Mereka perlukan
pelukan, dicium dan didokong. Hanya dengan sentuhan badan yang mesra,
anak dapat merasa kasih sayang ibunya.
Keempat, memberi perhatian pada anak. Carikan masa peribadi untuk anda
berjalan-jalan atau berbual dengan anak tanpa gangguan TV, suratkhabar atau
sesiapa yang lain. Hanya dengan melakukan ini buat beberapa minit setiap hari,
anak anda pasti menghargainya.
Keenam, memberi jangkaan positif kepada anak. Ini merupakan dorongan
terbesar untu kses pemuda memperjuangkan masa depannya. Jika ibu bapa
mempunyai jangkaan positif pada anak, mereka akan cuba sedaya upaya untuk
mencapai hasrat ibu bapanya. Pupukkan suasana keluarga yang demokrasi dan
menggalakkan anak mengeluarkan pendirian dan pendapat mereka sejak kecil.
Selalu beritahu anak, saya percaya dengan anda, tidak kira bagaimana anda
lakukan, saya percaya anda pasti dapat menghasilkan kerja yang baik. Dengan
ini, anak anda pasti akan membina keyakinan yang tinggi waktu remaja.
Ketujuh, ajar anak anda berkata “Saya sayang pada diri sendiri” Seseorang
anak yang mempunyai keyakinan dan nilai diri yang tinggi tidak akan
menimbulkan masalah di sekolah. Mereka rajin belajar dan mereka juga
mendapat sambutan ramai. Ramai orang suka berkawan dengannya , guru juga
suka kepadanya. Mereka juga mempunyai daya berhadapan dengan tekanan
yang lebih tinggi dan rajin berusaha.
Ramai ibu bapa yang menyertai program ini akan merasa bersalah kerana
mereka sering marah dan teriak pengesahan diri anak, selalu kritikan dan
melukakan anak sendiri. Anak mereka mungkin mempunyai masalah sikap,
masalah pembelajaran dan masalah bersama kawan. Ibu bapa juga mula sedari
apa yang mereka lakukan sekarang adalah diwarisi oleh ibu bapa mereka suatu
masa yang lalu. Keadaan ini bagaikan suatu turutan peristiwa yang
menimbulkan rasa kesrisauan dan ketegangan emosi. Mereka dapat
percakapan dan tindak-taduk anak mereka adalah hasil dari gubahan mereka
sendiri. Jadi, bagaimana ibu bapa dapat mengatasi dan mengubati semua
pengaruh mereka sebelum ini.
Pertama, anda perlu meminta maaf pada anak atas semua kritikan melukakan
yang pernah anda luahkan sebelum ini.
Kedua, anda berjanji dengan anak untuk tidak melakukan kesilapan yang sama.
Anda perlu buktikan kesungguhan dan keikhlasan anda.
Ketiga , beritahu anak untuk mengingatkan anda jika diri anda lupa.
Yang penting , waktu anda meminta maaf dari anak, ibu bapa hendaklah
melepaskan rasa pengaruh dari dirinya dan menjadikan masa depan serta
perasaan anak sebagai keutamaan.
Seorang ibu bapa meminta maaf dari anak adalah suatu yang menyukarkan.
Tetapi jika anda boleh boleh melakukanya, anak anda pasti akan mencontohi
perbuatan anda.
Seterusnya, jika mereka melukakan orang lain, mereka juga akan meminta maaf.
Ini akan membina nilai diri yang tinggi dan sayang pada diri sendiri. Ini juga akan
mencetuskan potensi diri yang lebih besar. Ilmu ini adalah suatu pendekatan
mengasuh anak yang penting sekali.

TOP (HRD) Training Consultant 51


Kaset Program Garuda Api

Demi diri anda, saya harap anda akan melakukannya.

Bab 27
Mengenal Misi Sebear Hidup
Setiap orang akan meragui makna hidupnya, meragui sebab dia hidup di dunia
ini. Sebenarnya, apakah pengertian hidup seseorang ? Saya sapati matlamat
hidup seseorang adalah mencari misi sebenar dirinya, iaitu hajat sebanr jiwa-
raga anda. Ini adalah aset jiwa-raga anda. Ia adalah suara yang terus menemai
hidup anda dan terus menyeru anda untuk bertindak. Sayang seribu kali sayang,
ramai orang mengenepikan suara kecil hati ini seolah-olah suara ini tidak wujud.
Mereka letakkan diri sebagai pusat perkembangan keluarga dan kerjaya.
Sebenarnya, setiap orang mempunyai keupayaan untuk membina misi hidupnya
sendiri.
Orang yang paling mempunyai pengaruh dalam sejarah manusia ialah Nabi
Mohamad. Selain itu, wujud juga nabi lain seperti Jesus Christ, pakar falsafah
seperti Consusius dan Gautama Buddha. Yang menarik sekali, semua ajaran
yang disampaikan adalah berlandaskan kasih sayang. Seandainya anda
perhatikan pengikut-pengikutnya, baik mereka di zaman lampau mahupun masa
kini, semua mereka bertindak berasaskan tunjang misi hidup. Sebenarnya,
setiap individu di dunia ini sedang mencari misi masing-masing. Misi membawa
pengertian bahawa kita sanggup berkorban demi kebaikan dan manfaat orang
lain. Sebenarnya, diri seseorang selalunya hanya rela berkorban sesuatu
perkara yang menjangkaui kepentingan diri atau yang lebih dari diri sendiri.
Semua insan agung dalam sejarah manusia adalah individu yang terus berusaha
untuk menawarkan kasih sayang kepada orang lain. Mereka gunakan hayatnya
yang singkat untuk berkhidmat kepada manusia. Untuk menjadi seorang yang
penuh kasih sayang, kami hendaklah memupuk perhubungan manusia yang
mesra dengan orang lain. Inilah sebab kita perlu memulakan perhubuangan
mesra dengan setiap anggota rumah terlebih dahulu. Dengan erti kata lain,
usaha memupuk perhubungan manusia yang mesra adalah perkara yang paling
penting dalam hidup seseorang .
Bila anda meneliti kembali kehebatan prestasi hidup, anda akan dapati semua
kejayaan anda adalah berlaku pada orang yang anda sayangi atau pada sesiapa
yang pernah anda sayangi.
Jadi, bagaimana anda boleh menjadi seorang yang mempunyai kasih sayang.
Pertama sekali, terima anda sebagai seorang yang bernilai secara sepenuhnya.
Kedua, menanggung tanggungjawab sepenuhnya. Jangan merungut dan jangan
mencari alasan. Terima setiap kenyataan sepenuhnya.
Ketiga, belajar untu kmemafkan seseorang . Gunakan keupayaan anda yang
paling besar untuk memaafkan seseorang.
Keempat, penuhi jiwa-raga anda dengan pemikiran yang berunsurkan kasih
sayang. Penuhi jiwa-raga anda juga dengan pemikiran yang positif dan baik
sahaja.
Kelima, tetapkan suatu hajat yang mulia dan terpuji dan berusaha untuk
mencapainya. Ketujuh, jaga kesihatan anda, makan makanan yang berkhasiat

TOP (HRD) Training Consultant 52


Kaset Program Garuda Api

dan melakukan senaman yang sesuai. Juga, pastikan anda mempunyai tidur
yang secukupnya.
Ketujuh, terus sayangi orang lain seperti sayang pada diri sendiri. Rukun
keemasan menekankan keupayaan memaaf seseorang , kasih sayang ,
persefahaman , simpati dan prihatin. Apa yang dapat anda perolehi hari ini
sejajar dengan tahap kasih sayang anda, ia juga bergantung pada tahap kasih
sayang yang anda hendak berikan kepada orang lain. Berapa kuantiti kasih
sayang yang anda miliki, itulah juga tahap kasih sayang yang anda boleh
berikan kepada orang lain. Maka, anda hendaklah melatih diri memberi kasih
sayang kepada orang lain . Hanya dengan cara ini, tahap kasih sayang anda
akan meningkat. Semakin anda mencurahkan kasih sayang, semakin banyak
kasih sayang yang bakal anda miliki. Semakin banyak anda berikan, semakin
banyak yang anda akan terima. Semakin banyak anda berikan, semakin banyak
anda korbankan. Jika anda terus melatih diri menggunakan konsep ini , anda
akan mencapai apa sahaja matlamat hidup yang anda hajatkan.

Selamat maju jaya dan semoga anda bernasib baik.

Diterjemah oleh:
Hilter Yew
TOP (HRD) Training Consultant

TOP (HRD) Training Consultant 53

You might also like