You are on page 1of 19

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

HNS2013: KENEGARAAN

TAJUK

TUGASAN 2
KUMPULAN

UPSI-A02 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA YIP SIEW MUN NO. ID 840901-08-5622 NO. TELEFON 016-5430319

NAMA TUTOR E-LEARNING: MOHAMAD KAMAL BIN KAMARUDDIN TARIKH SERAH: 5 MAY 2012

HNS2013: KENEGARAAN 2

Tugasan 2
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan yang unik berteraskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Bincangkan.

Pengenalan Malaysia mula melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sistem ini diperkenalkan di Sabah dan Sarawak apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Sistem pemerintahan ini memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan, iaitu corak kerajaan yang bergantung pada persetujuan ramai. Sehubungan dengan itu, slogan kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat telah digunapakai dalam sistem pemerintahan Malaysia bagi menunjukkan bahawa suara rakyat adalah amat penting dalam sistem pentadbiran negara. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan ini adalah dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Antara prinsip utama dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah raja berperlembagaan, ketua negeri, parlimen, pilihanraya dan corak pemerintahan. Selain itu, ciri-cirinya yang lain ialah keluhuran perlembagaan, kepentingan perlembagaan dan pindaan perlembagaan. Melalui ciri tersebut, ternyata bahawa perlembagaan adalah suatu yang penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran negara.

Definisi Demokrasi Demokrasi boleh diertikan dengan banyak makna. Berkongsi satu elemen utama that is power that resides and emanates from people. Perkataan demokrasi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu Demokratia. Demos bermaksud rakyat dan Kratia bermaksud pemerintah. Terdapat

HNS2013: KENEGARAAN 3

satu ungkapan yang popular mengenal demokrasi, iaitu the government of the people, by the people and for the people. Perkataan ini digunapakai pertama kali di Athens. Inti demokrasi ialah penyertaan rakyat dalam proses pembuatan keputusan. Demokrasi dibahagi kepada secara langsung dan secara tidak langsung. Menurut Robert A. Dahl, demokrasi merupakan satu sistem politik di mana anggotanya saling bergantung di antara satu sama lain, sebagai orang yang sama dari segi politik dan mereka sama-sama berdaulat dan memiliki kemampuan serta sumber daya yang mereka perlukan demi memerintah diri mereka sendiri. Menurut Jack Lively (1975), demokrasi adalah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Satu bentuk pemerintah di mana pemerintah bertanggungjawab ke atas yang diperintah. Menurut K. Ramanathan (1987) pula, demokrasi adalah kepada kerajaan berperwakilan atau wakil kerajaan yang terdiri dari sekumpulan orang atau seorang wakil yang dipilih daripada pilihan raya demokratik dan mereka menjalankan tugas dalam masa tertentu berdasarkan kehendak rakyat.

Sistem Demokrasi Berparlimen Dalam sebuah negara yang bersistem demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan dengan melibatkan diri dalam sistem perlembagaan negara. Pemerintahan negara dijalankan secara perwakilan dan pembentukan kerajaan berasaskan persetujuan ramai. Rakyat menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Negara Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen. Ciri-ciri negara demokrasi berparlimen ialah:
a) Raja Berperlembagaan kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan dalam perlembagaan.

b) Perlembagaan merupakan garis panduan pemerintahan negara. c) Pilihanraya rakyat diberi peluang memilih dan melibatkan diri dalam menubuhkan kerajaan yang baru.

HNS2013: KENEGARAAN 4 d) Badan Perundangan menggubal undang-undang negara. e) Badan Perlaksana menggubal dasar negara dan melaksanankan kuasa eksekutif.

f) Badan Kehakiman mentaksirkan undang-undang. g) Parti-parti politik memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara.

Pilihanraya Menurut D. Robertson (1993), pilihanraya adalah satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan atau kerusi tertentu. Ia merupakan satu kaedah yang berwibawa bagi memilih pemimpinpemimpin politik atau ketua negara di seluruh dunia. Menurut A. Rashid Rahman (1994) pula, pilihanraya merupakan pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan dibuat menerusi undi sesebuah perkumpulan (constituent body). Pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam satu-satu pilihanraya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya. Berdasarkan kedua-dua orang tokoh berikut, tujuan mengadakan pilihanraya adalah untuk memilih orang yang akan mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi di mana orang atau individu-individu berkenaan dipilih untuk bertugas. Proses untuk memilih kerajaan berasaskan kepada demokrasi. Menurut Ala Westminter, pengundi cuma memilih wakil rakyat untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kemudiannya menentukan pembentukan kerajaan. Dalam sistem berpresiden, rakyat mengundi semata-mata ntuk menentukan eksekutif yakni presiden dan juga ahli-ahli dewan perundangan yang dipilih dalam pilihanraya secara berasingan.

HNS2013: KENEGARAAN 5

Dari sudut lain, pilihanraya juga penting kerana ia juga menentukan sesebuah kerajaan itu benar-benar efektif dalam pemerintahannya. Ia perlukan mandat rakyat untuk menjalankan pilisi dan program-programnya. Pilihanraya merupakan kunci penting kepada demokrasi. Sebahagian dari prasyarat yang perlu wujud sekiranya sesuatu sistem itu benar-benar ingin menepati tuntutan dan semangat perlembagaan. Pilihanraya adalah mekanisme yang membolehkan rakyat menukar kerajaan secra aman. Masyarakat tidak harus bersifat kosmetik semata-mata kerana pilihanraya yang demokratik menuntut kepada kewujudan pelbagai aspek kebebasan asasi seperti bercakap, berhimpun, dan berpersatuan yang dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan. Pilihanraya perlu disertai oleh semua lapisan dan golongan. Dalam buku Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia (1997) yang ditulis oleh Tun Muhammad Salleh Abas, beliau menulis bahawa ada syarat-syarat yang perlu diadakan untuk memastikan wujudnya suatu pilihanraya yang bersih dan bebas. Antaranya ialah:

Pilihanraya berkenaan hendaklah dijalankan oleh satu badan yang bebas dan

dipercayai oleh rakyat.

Undang-undang pilihanraya hendaklah berasaskan kepada keadilan, di samping

memastikan bahawa perkara-perkara yang tidak baik tidak boleh dilakukan. Segala pertelingkahan mestilah diselesaikan dengan segera oleh sebuah

mahkamah yang dikhususkan untuk mengadili kes-kes sedemikian.

Undang-undang Pilihanraya Untuk melancarkan proses pilihanraya, beberapa undang-undang digubalkan untuk memastikan prosedur pilihanraya dijalankan dengan tanpa masalah. Undang-undang tersebut ialah :
1) Perlembagaan Persekutuan; 2) Perlembagaan Negeri;

HNS2013: KENEGARAAN 6 3) Akta Pilihanraya, 1958 (Akta 19); 4) Akta Kesalahan Pilihanraya, 1954 (Akta 5); 5) Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihanraya) Pilihanraya, 1981; 6) Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihanraya, 2002; 7) Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihanraya, 2003.

Proses Pilihanraya Piliharaya Umum bermula dengan pengeluaran writ pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundi.

a) Hari Penamaan Calon Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Pada hari tersebut, calon-calon mengemukakan kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihanraya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah satu daripada mereka. Masa kertas penamaan dikemukakan adalah antara pukul 9:00 pagi hingga 10:00 pagi pada hari penamaan. Pada pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi, kertas penamaan akan dipamerkan untuk diteliti dan bantahan. Jika terdapat seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

b) Pertaruhan Sebelun atau pada hari penamaan calon, calon perlu menyerah pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri kepada Pegawai Pengurus.

HNS2013: KENEGARAAN 7

Calon akan hilang Wang deposit jika gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihanraya berkenaan.

c) Penggunaan Simbol Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik bboleh menggunakan simbol parti jika mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Simbol tersebut akan dicetak pada kertas-kertas undi.

d) Kempen Suruhanjaya Pilihanraya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12:00 tengah malam sebelum hari mengundi. Untuk memastikan pilihanraya berjalan dengan lancar, Suruhanjaya berkuasa melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihanraya Parlimen. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti atau calon yang bertanding. Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihanraya dan perhimpunan umum bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturanperaturan pilihanraya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihanraya juga akan menubuhkan jawatankuasa-kawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihanraya bagi memberikan penerangan kepada parti-partu politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugaspetugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihanraya.

HNS2013: KENEGARAAN 8

e) Hari Mengundi Hari mengundi merupakan hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12:00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihanraya. Waktu membuang undi ditetapkan dari pukul 8:00 pagi hingga pukul 5:00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihanraya seperti: a) tarikh mengundi; b) lokasi tempat mengundi; c) waktu mengundi di semua tempat mengundi; d) lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

Raja Berperlembagaan Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri. Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Pada peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri. Ketua kerajaan Negeri pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri. Berasaskan Sistem Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan telah membahagikan bidang kuasa pentadbiran kepada peringkat-peringkat berikut: a) Kerajaan Persekutuan b) Kerajaan Negeri di negeri masing-masing c) Kerajaan Tempatan di daerah masing-masing

HNS2013: KENEGARAAN 9

Ciri-ciri Sistem Raja Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan agong merupakan Ketua Negara Malaysia dan berada di kemuncak ketiga-tiga komponen iaitu Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. Baginda hendaklah menjalankan pemerintahan berpandukan undang-undang dan Perlembagaan dan baginda merupakan tonggak perpaduan rakyat dan kedaulatan undang-undang. i) Pemilihan Yang di-Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong ditawarkan kepada raja yang layak merintah mengikut undian Raja-raja Melayu. Majlis Raja-raja akan mengistiharkan Yang di-Pertuan Agong selepas baginda bersetuju menjadi Yang di-Pertuan Agong melalui dokumen bertulis yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Dewan Parlimen. Seseorang raja hanya boleh menjadi Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh masa 5 tahun kecuali baginda meletak jawatan atau mangkat sebelum tempoh berkenaan. Jawatan Yang diPertuan Agong hanya boleh dipilih oleh 9 orang raja-raja dan di kalangan 9 orang raja-raja Melayu diseluruh negeri kecuali Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Setiap orang raja layak dipilh sekali sahaja sehingga kesemua 9 orang raja telah diberi peluang memegang jawatan berkenaan kecuali raja berkenaan ddidapati tidak cukup umur, tidak mahu dipilih, Majlis Rajaraja membuat undi sulit disebabkan baginda didapati waras dan keuzuran tubuh badan. Namun begitu, baginda juga hanya boleh dipecat oleh Majlis Raja-raja atas usul yang disokong oleh 5 daripada 9 orang Raja-raja. ii) Kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong Dalam pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong berhak memperoleh maklumat pemerintahan negara daripada pihak Jemaah Menteri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan. Dalam bidang pemerintahan, Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri menjalankan kuasa di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong. Kuasakuasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang tugas-tugas yang dilaksanakan mengikut budi bicara baginda merangkumi seperti perlantikan Perdana Menteri, menyetujui atau menolak pemintaaan pembubaran Parlimen,

HNS2013: KENEGARAAN 10

memangil satu mesyuarat Majlis Raja-raja membincang hal-hal bersabit dengan perkara-perkara diraja dan merasmikan pembukaan dan penutupan persidangan Parlimen. Baginda juga merupakan Pemerintahan Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan boleh mangampun kesalahan yang diputuskan oleh Makamah Tentera. Baginda menjadi Ketua Agama Islam di negeri baginda dan negeri-negeri tidak beraja( Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak) dan Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan. Baginda mempunyai kuasa pengampunan atas nasihat Lembaga Pengampunan seperti dalam Mahkamah Tentera di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang tidak beraja, hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sivil di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang tidak beraja dan akhir sekali ialah hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah di negeri-negeri yang tidak beraja. iii) Had Kuasa Yang di-Pertuan Agong Sebagai raja berperlembagaan, Yang-di-Pertuan Agong tersekat daripada melakukan perkara-perkara seperti semasa menjadi Yang-di-Pertuan Agong, baginda hanya boleh melaksanakan tugas sebagai Ketua Islam di negerinya sementara Pemangku Raja menjalankan kuasa eksekutif di negerinya. Baginda juga tidak boleh memegang jawatan bergaji atau sebarang bentuk saraan. Selain itu, baginda tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang bentuk perniagaan dan meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada 15 hari kecuali atas lawatan rasmi atau persetujuan Majlis Raja-raja. Walaubagaimanapun, selepas tahun 1993, Yang-diPertuan Agong boleh didakwa dalam perbicaraan mana-mana Mahkamah atas sifat peribadi dan sifat rasmi Mahkamah Khas Raja-raja. Namun begitu, dakwaan di mahkamah hanya boleh dibuat oleh warganegara Malaysia sahaja. iv) Tugas-tugas Lain Yang-di-Pertuan Agong Selain melantik Perdana Menteri, baginda juga boleh melantik atau memecat menterimenteri dan timbalannya diatas nasihat Perdana Menteri. Yang-di-Pertuan Agong melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan melantik jawatan-jawatan berikut namun pelucutan jawatan mereka dilaksanakan mengikut prosedur dalam Perlembagaan. Diantaranya Ketua Hakim Negara ( atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja). Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi ( atas nasihat Perdana Menteri dan Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Majlis Raja-raja). Lain-lain jawatan termasuk

HNS2013: KENEGARAAN 11

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara juga tertakluk dalam peruntukan ini. Selain itu, baginda juga menentukan tarikh permulaan puasa dan tarikh Hari Raya Puasa dan menjaga hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak selain menjaga kepentingan kaum-kaum lain. Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan juga memberi kuasa kepada Yang-di-Pertuan Agong untuk mengistiharkan darurat sekiranya ketenteraman awam terancam.

Gambar Semasa Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong agak penting juga, tetapi kerana jawatan ini dibayangi oleh jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka institusi dan pemegang jawatan itu tidak begitu diketahui oleh orang awam. Timbalan Yang di-Pertuan Agong biasanya lebih dikenali sebagai Raja negerinya daripada sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Timbalan hanya penting apabila baginda melaksanakan fungsi Yang di-Pertuan Agong, samada semasa ketiadaan Yang di-Pertuan Agong atau semasa Yang di-Pertuan Agong tidak dapat melaksanakan fungsinya atas sebab kesihatan atau tidak berkemampuan. Selain itu, Perlembagaan tidak memberikan Timbalan kedudukan yang lebih tinggi daripada Raja-Raja lain. Dengan sebab memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, kedudukan Raja berkenaan tidak

HNS2013: KENEGARAAN 12

dianggap melebihi Raja yang lain. Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan dalam perkara 33 Perlembagaan Persekutuan. i) Kepentingan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Kewujudan jawatan Timbalan Ketua Negara bukanlah amalan yang luar biasa. Ada banyak sebab perlunya perwujudan jawatan sedemikian: 1. Yang di-Pertuan Agong mungkin tidak ada dalam negara; terutamanya apabila baginda membuat lawatan negara ke negara asing. 2. Kesihatan yang kurang baik mungkin menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada melaksanakan fungsinya. 3. Kemungkinan berlakunya kemangkatan semasa masih memegang jawatan. Hal ini berlaku pada Yang di-Pertuan Agong yang pertama, kedua dan kesebelas. 4. Yang di-Pertuan Agong mungkin tidak dapat melaksanakan fungsinya atas sebab lain. Dalam keadaan yang sedemikian, kehadiran Timbalan Ketua Negara yang fungsinya ditetapkan dengan jelas dalam Perlembagaan membantu masalah yang mungkin berlaku.

Majlis Raja-Raja Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil daripada perancangan British dalam tahun 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Ianya pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan ialah pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.

HNS2013: KENEGARAAN 13

i) Fungsi Majlis Raja-raja Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi juga unik kerana Majlis ini merupakan satusatunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut: (a) memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga; (b) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan; (c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja; (d) melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; (e) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42, Ini boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahanperubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut. Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka. Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).

HNS2013: KENEGARAAN 14

ii) Budi Bicara Majlis Raja-raja Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu: (a) memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya; atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan; (b) memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan; (c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja; (d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan; (e) perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau (f) pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42. iii) Keahlian Semua Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Ahli Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seorang ahli tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri itu. Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Ahli Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang diPertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-Raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat menghadiri mesyuarat pada hari yang kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat baginda. iv) Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun tetapi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis ataupun tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan juga

HNS2013: KENEGARAAN 15

bilamana berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong atau jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kabinet Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat. Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat. Walaupun Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Parti yang mendapat undi majoriti dalam parlimen sekurang-kurangnya majoriti dalam 2/3 baru boleh melayak membentuk Kabinet. Kebiasaan kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan menteri-menterinya. Fungsi utama Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan untuk dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial. Setiap kementerian akan diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenal sebagai Menteri Tak Berportfolio. Menteri tersebut akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

HNS2013: KENEGARAAN 16

Jata Malaysia Suruhanjaya Di dalam negara Malaysia terdapat 3 jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Pihanraya, Suruhanjaya Perkhidmatan dan Suruhanjaya Khas. i) Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Suruhanjaya Pilihanraya melalui Perkara 114, diadakan untuk menyeraskan hal-hal pilihan raya agar pilihan raya umum dan negeri dapat dijalankan dengan adil dan saksama tanpa pengaruh politik agar memberi keyakinan kepada para pengundi dan parti-parti tentang keadilan keputusan pilihan raya. Setiap alhi-ahli Suruhanjaya Pilihanraya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Namun begitu, pemecatan ahli-ahlinya akan dilakukan oleh suatu tribunal yang ditubuhkan untuk menyiasat kesalahan ahli berkenaan. Tugas-tugas ahli Suruhanjaya Pilihanraya adalah mengendalikan pilihan raya untuk Dewan Rakyat pada peringkat Persekutuan dan pilihan raya Dewan Undangan Negeri pada peringkat negeri. Selain itu, pada masa 8 hingga 10 tahun, kajian akan dibuat dan sekiranya perlu, Suruhanjaya Pilihanraya akan membuat syor-syor penukaran sempadan bahagian-bahagian pilihran raya. SPR juga bertanggungjawab dalam melaksanakan pendaftaran calon dan pengundi di setiap bahagian pilihan raya dan memastikan pilihan raya yang diadakan mengikut peraturanperaturan rasmi serta tidak berlaku sebarang penipuan semasa menjumlahkan undi. ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan ditubuhkan untuk memastikan kesaksamaan dalam hal ehwal pentadbiran awam dilaksanakan dengan adil tanpa pengaruh politik. Semua ahli Suruhanjaya Perkhidmatan dilantik dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Suruhanjaya Perkhidmatan bersifat tetap dan terdiri daripada berikut:

HNS2013: KENEGARAAN 17

a) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam b) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan c) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang d) Suruhanjaya Perkhidmatan Polis e) Majlis Angkatan Tentera. Fungsi diantara kelima-lima atas Suruhanjaya Perkhidmatan adlah sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Cuma bidang kuasa setiap suruhanjaya adlah khusus dalam bidangnya tersendiri. iii) Suruhanjaya Khas Suruhanjaya Khas pula bersifat sementara diadakan untuk mengkaji masalah-malasah tertentu atau perkara-perkara sensitif dan seterusnya mengemukakan syor-syor untuk mengatasinya secara adil. Ahli-ahli Suruhanjaya Khas terdiri daripada pengerusi dan dua orang ahli lain. Antara Suruhanjaya Khas yang pernah diwujudkan dalam sejarah Malaysia iaitu a) Suruhanjaya Gaji Aziz b) Suruhanjaya Gaji Harun c) Suruhanjaya Diraja tentang Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Perbadanan, 1973. Kesimpulan Dalam sistem demokrasi, suara rakyat menjadi perkara penting. Perjalanan sistem pilihanraya menggambarkan wujudnya demokrasi dalam sesebuah negara. Suruhanjaya Pilihanraya aka ndinilai dari peranan yang dimainkan dalam pilihanraya dan sejauhmanakah badan SPR berkecuali dalam menjalankan tugasnya. Beberapa isu timbul yang dikatakan menjejaskan kredibiliti SPR. Terdapat rungutan-tungutan yang telah dikemukakan seperti :

Pengundi hantu Bukan warganegara juga telah mengundi dalam pilihanraya Perpindahan pengundi untuk menangkan sesuatu kawasan pilihanraya Oeruntukan perlembagaan yang seakan berat sebelah Cara dan perjalannan pilihanraya berkaitan dengan undang-undang dan peraturan-

peraturan.

HNS2013: KENEGARAAN 18

Struktur Kerajaan Persekutuan merangkumi komponen-komponen seperti Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-raja, Kabinet, Surahanjaya-suruhanjaya, Majlis Tertinggi dan Jabatan Audit Negara. Setiap komponen mempunyai fungsi-fungsi tertentu untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara supaya setiap rakyat Malaysia dapat hidup beraman-damai dari masa ke semasa. Yang di-Pertuan Agong memerintah berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong merupakan tunggak negara dan simbol keutuhan perpaduan rakyat. Sistem Raja Berperlembagaan menjadi tunggak keagungan kerajaan Malaysia sejak kemerdekaan sehingga sekarang.

Rujukan
Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia (UPM). Bab 9: Demokrasi Berparlimen. (2012, Mac 12). Retrieved from Wikipedia Ensiklopedia Bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pilihan_Raya_di_Malaysia Fauziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. (2001). Sejarah Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hj. Mohd. Misan Mastor. (1999). Sejarah Malaysia. Selangor: Pelangi Sdn. Bhd. Mohd Ammyrul Ashraf Sairan. (2012). Scribd. Retrieved from Scribd: http://www.scribd.com/doc/36966584/Bab-9-Demokrasi-Berparlimen Ranjit Singh Malhi. (1992). Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia. Selangor: Federal Publications Sdn. Bhd. Tan Bee Lian. (2005). Ke Arah Sejarah Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

HNS2013: KENEGARAAN 19

Wong Khek Seng,Raminah Hj. Sabran, Kok Meng Kee. (2000). Pengajian Am. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Yew Chee Wai. (2004). SPM Sejarah. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

You might also like