You are on page 1of 52

1.0.

PENDAHULUAN

Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan,

perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global.Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan memberi kesan secara langsung kepada organisasi perniagaan.Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses pengeluaran dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan Penyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan dengan penggunaan sistem komputer..

Sejak awal dekad ini terdapat perubahan corak perdagangan daripada perniagaan tradisional kepada perniagaan yang menuju ke arah e-dagang,ekoran daripada revolusi yang berlaku dalam bidang komputer dan internet.Perniagaan tradisional melibatkan pasaran yang kecil dan proses urusniaga yang lambat.Penjual dan pembeli yang dipisahkan oleh jarak yang jauh hanya dapat berurus niaga melalui surat,telefon dan faks.Proses hubungan ini bukan sahaja lambat,malah mahal,kurang tepat dan tidak menyeluruh.Jadi urus niaga tidak dilakukan secara langsung antara penjual dan pembeli,tetapi melalui pelbagai orang tengah, seperti ejen, pemborong, pengeksport atau pengimport. Misalnya penjual batik di Malaysia terpaksa mengeksport batik melalui beberapa orang tengah sebelum batik dapat disampaikan kepada pengguna.E-dagang merupakan satu cara baru bagi penjual untuk berurus niaga dengan pelanggan secara terus melalui internet.

Pun begitu ada pendapat mengatakan teknologi pada asasnya hanya membantu dan pengusaha tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa sesuatu perniagaan perlu

asas dan model yang baik. Jika tiada model perniagaan yang baik untuk digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu tidak akan berjaya.Justeru kertas ini akan mengupas dengan lebih terperinci merangkumi definisi,jenis,skop, senario semasa,kelebihan dan kelemahan perihal perniagaan elektronik ini.

2.0. DEFINISI DAN KONSEP E-DAGANG


2.1. PENDAPAT DAN KONSEP MENGENAI E-DAGANG

Perkembangan teknologi juga mempengaruhi bentuk dan kaedah perniagaan dari semasa ke semasa.Pada masa dahulu,sistem barter atau pertukaran barangan antara dua pihak sering diamalkan.Sistem ini pula mula mengalami perubahan apabila matawang diperkenalkan.Kehadiran internet pada waktu ini bukan sahaja mengubah cara kita berkomunikasi dan memperoleh maklumat bahkan telah membawa perspektif baru dalam dunia perniagaan sehingga lahirnya konsep e-commerce (e-dagang), e-business (e-niaga) dan lain-lain lagi. Barangan dan perkhidmatan tidak lagi hanya boleh diperoleh melalui kedai atau premis di tepi jalan bahkan boleh diperoleh menerusi kedai maya (virtual market).

Perbezaan E-Dagang dan E-Niaga

Istilah e-dagang boleh diinterpretasikan daripada beberapa sudut. Dari konteks yang luas dan umum ia dilihat sebagai bentuk atau cara perlaksanaan perniagaan secara elektronik. Manakala dari konteks yang lebih sempit, ia boleh dirujuk sebagai satu transaksi perniagaan atau perdagangan secara elektronik (David McGeachie 1999). Istilah e-dagang sering diguna dan dikaitkan dengan e-perniagaan/

e-niaga.Namun perlu dibezakan antara

e-dagang dan e-niaga kerana meskipun

prinsipnya hampir sama tetapi terdapat sedikit perbezaan (Mohd Rafe Yusoff ,2000). Menurut Mohd. Shahizan Othman et. al (2006),e-dagang biasanya merujuk kepada penggunaan internet untuk penempahan dan pembayaran perkhidmatan atau produk.Seperti yang kita tahu,e-dagang terjadi apabila pengguna membeli produk menerusi internet dan membayar ketika produk itu sampai ataupun ketika

menempahnya secara atas talian.E-perniagaan pula boleh diimplementasikan ke atas aktiviti perniagaan yang lebih meluas.Implementasi e-perniagaan ke atas aktiviti perniagaan termasuklah pengurusan perhubungan pelanggan, perancangan sumber organisasi dan pengurusan rantaian bekalan dan latihan.

Pengurangan kos dan peningkatan hubungan dengan pelanggan merupakan antara tarikan yang mendorong banyak syarikat dan organisasi beralih kepada eperniagaan.Selain itu,e-perniagaan juga mampu menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat, mempercepat setiap aktiviti yang dijalankan dalam perniagaan dan menerima maklumat yang berkaitan dengan kehendak dan keperluan pasaran semasa.

Takrifan dan Pendapat Berkenaan E- Dagang

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) mendefinisikan e-dagang sebagai penghasilan,pengiklanan, jualan dan agihan barangan melalui jaringan

telekomunikasi.Takrifan ini ternyata melihat e-dagang dalam konteks yang umum . Microsoft pula lebih cenderung melihat e-dagang dalam konteks yang lebih sempit apabila mereka mendefinisikan e-dagang sebagai pertukaran barangan dan

perkhidmatan untuk nilai tertentu melalui internet (ibid). Dapat disimpulkan di sini, e-dagang daripada konteks yang lebih khusus mengikut Microsoft merupakan transaksi perdagangan secara elektronik yang menggunakan media internet.Maka hal ini tidak merangkumi transaksi perdagangan melalui peralatan telekomunikasi yang lain seperti telefon,faksimili atau seumpamanya yang tidak menggunakan internet walaupun ia peralatan elektronik. (Zaini Nasohah et al ,2004) Muhammad Fathi Yusof (2006) pula menyatakan bahawa e-dagang merujuk kepada perdagangan yang dilaksanakan secara elektronik dalam memproses dan menjalankan urusniaga sama ada yang melibatkan hubungan antara peniaga dengan peniaga ataupun hubungan antara peniaga dengan pengguna.Transaksi e-dagang menggunakan kemudahan dan fungsi internet yang biasanya melibatkan jarak yang jauh dan mempunyai kelebihan tersendiri melalui kepantasan hubungan,

interaktiviti,penjimatan kos dan kecekapan mendapat dan memproses maklumat. E-dagang ini meliputi segenap aspek perdagangan terutamanya dalam

perbankan,perkhidmatan,perniagaan runcit dan lain-lain .

Aktiviti yang melibatkan penggunaan kemudahan e-dagang ini adalah seperti proses pengiklanan, tempahan barangan,interaksi antara dua pihak,pindah milik asset tertentu seperti syer,pertukaran data elektronik (Electronic Data Interchange

(EDI),pindah milik

wang daripada akaun bank,pembayaran bil dan tinjauan

(questionnaire). EDI merupakan satu format pertukaran maklumat dan komunikasi yang digunakan oleh syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan.Kaedah ini sebenarnya lebih efisien berbanding dengan syarikat yang menggunakan cara manual untuk mengendalikan aktiviti perniagaan mereka. Selain EDI, banyak lagi mekanisme yang digunakan untuk berinteraksi contohnya katalog elektronik dan sistem pembayaran elektronik berasaskan web yang digunakan oleh kebanyakan bank dan syarikat kewangan. Sharifah Akmam Syed Zakaria (2007) pula berpendapat bahawa e-dagang adalah kaedah perniagaan yang menggunakan perantaraan teknologi internet, multimedia, digital dan peranti-peranti lain bagi melakukan keseluruhan transaksi perniagaan. Selain itu,Paul Timmers (2006) pula menyatakan pendapatnya bahawa perdagangan elektronik secara amnya boleh ditakrifkan sebagai menjalankan perniagaan secara elektronik. Perdagangan elektronik atau lebih tepat perniagaan elektronik termasuklah perdagangan barangan fizikal atau bukan fizikal seperti maklumat.Ini merangkumi semua langkah perdagangan seperti pemasaran dalam talian,pesanan,bayaran dan sokongan penghantaran.Bahagian penting dalam

perdagangan elektronik adalah syarikat ke syarikat berbanding syarikat - pengguna.

2.2.

SKOP, JENIS-JENIS DAN SAIZ E-DAGANG

Pada mulanya perdagangan elektronik hanya terbatas kepada pengiriman dokumen komersial sahaja seperti pesanan pembelian invoice secara elektronik (faks dan email).Kemudian e commerce berkembang menjadi perdagangan web iaitu pembelian barang atau perkhidmatan melalui World Wide Web (WWW).Asia merupakan pasaran terbesar e-dagang kerana data statsitik dari geographic regions menunjukkan bahawa asia memiliki 70 peratus pengguna internet. Skop model perniagaan e-dagang kini meliputi perniagaan yang melibatkan aktiviti pengiklanan, pendidikan, kewangan, peruncitan, pelancongan, bidang

professional, hiburan dan telekomunikasi. Menurut pendapat lain,secara amnya pasaran e-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan e-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion. Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta penuntut menjelang tahun. Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998. Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada AS$326 juta pada tahun 1999. Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002. Dalam masa yang sama pengguna yang menggunakan Internet untuk merancang perjalanan mereka akan meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta pengguna.

Menurut Sharifah Akmam Syed Zakaria (2007),terdapat dua kategori utama e-dagang iaitu perniagaan kepada perniagaan yang melibatkan transaksi daripada pembekal kepada pemasar atau pun penjual dan perniagaan kepada pengguna yang melibatkan transaksi daripada penjual kepada pengguna akhir.

2.3.

JENIS-JENIS E-DAGANG

Jenis-jenis E-Dagang Menurut (Laudon, 2002)

Terdapat beberapa jenis e-dagang iaitu Business to Business, Business to Consumer, Consumer to Business, Business to Employee, Consumer to

Consumer dan M-Commerce.

1. Business to Business (B2B)

Business to Business telah pun digunakan beberapa tahun yang lalu dan juga dikenali sebagai EDI (Electronic Data Interchange). EDI dilaksanakan melalui hubungan secara terus antara dua bisnes. Kedua-dua bisnes ini menghantar maklumat secara elektronik di antara satu sama lain. Buat masa ini, B2B menyumbangkan kira-kira 94% terhadap transaksi yang melibatkan e-dagang. eSteel.com merupakan laman web yang diaplikasikan dengan menggunakan kaedah ini.

2. Business to Consumer (B2C)

Business to Consumer merupakan hubungan antara bisnes dengan pelanggan. Sebagai contohnya Amazon.com menawarkan pelbagai jenis buku melalui laman webnya. Pelanggan hanya mencari buku yang diperlukan, dan memasukkan nombor kad kredit. Buku-buku yang dipesan akan terus dihantar ke rumah.

3. Consumer to Business (C2B)

Consumer to Business merupakan salah satu aplikasi e-dagang yang mana membolehkan pengguna membuat permintaan terhadap servis dari peniaga.

4. Business to Employee (B2E) Aplikasi e-dagang ini juga dikenali sebagai Intranet. Intranet merupakan laman web yang dibangunkan untuk menyediakan maklumat kepada pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Biasanya maklumat dicapai melalui rangkaian dalam organisasi tersebut. Pengguna-pengguna di luar rangkaian Intranet juga boleh mencapai maklumat tetapi hanya dengan kebenaran organisasi tersebut.

5. Consumer to Consumer (C2C)

Contoh laman yang melibatkan hubungan pelanggan dengan pelanggan adalah laman lelongan (auction sites), contohnya eBay.com Pelanggan menyenaraikan itemitem untuk dijual ke laman lelongan. Pelanggan-pelanggan lain akan masuk ke laman tersebut untuk membuat penawaran.

6. M-commerce

Mobile commerce atau M-Commerce merujuk kepada penggunaan peranti digital tanpa wayar untuk membolehkan transaksi secara atas talian. Pelanggan

menggunakan rangkaian tanpa wayar untuk menyambungkan telefon selular dan PDA terus ke web. Pelanggan mobile mampu menjalankan pelbagai transaksi termasuk perbankan, tempahan pelancongan, urusniaga saham dan sebagainya.

3.0. KEADAAN DAN PERKEMBANGAN E-DAGANG DI MALAYSIA

3.1.

Perkara Penting Mengenai E- Dagang

Cara E-Dagang Beroperasi

Menurut Loo Chee Kuang (2009) umumnya cara e-dagang beroperasi adalah seperti berikut:

a) Penjual mengadakan laman web yang merupakan gerai pameran di dalam internet sama ada menggunakan blog,forum,facebook.com atau sebagainya b) Gambar,spesifikasi harga serta ciri-ciri barang dimuatkan di dalam ruang laman web berkenaan. c) Rangkaian internet dunia membolehkan laman web dijelajahi oleh bakal pembeli dari seluruh dunia. d) Selepas menonton gambar barang serta membaca spesifikasi,pembeli boleh mengemukakan sebarang pertanyaan kepada penjual melalui internet untuk mengatasi keraguan tentang barang jualannya. e) Pembeli boleh melakukan belian dengan proses transaksi iaitu dengan memasukkan nombor kad kredit pembeli atau memilih cara pembayaran yang lain (payment method) seperti pemindahan wang melalui bank secara atas talian (contoh:Maybank2u) atau secara mendeposit wang di mesin ATM. f) Barang belian akan dihantar kepada pembeli melalui pos atau serahan lain misalnya melalui e-mel sekiranya produk elektronik seperti software,e-buku,runut bunyi telefon bimbit dan sebagainya. g) Barang belian kadangkala dibenarkan dipulang balik kepada penjual jika didapati sebarang kerosakan atau tidak sesuai.

Proses Transaksi dalam E-Dagang Menurut Zaini Nasohah et al (2004),transaksi e-dagang merupakan penjualan barangan atau perkhidmatan menerusi jaringan elektronik antara dua pihak sama ada antara peniaga dengan peniaga atau peniaga dengan pengguna.Pembelian atau pesanan mestilah melalui transaksi elektronik iaitu secara talian terus, manakala pembayaran atau penghantaran boleh berlaku secara online atau offline.Maksud online disini ialah urusan dibuat menerusi perantaraan komputer. Pembelian atau pesanan dalam e-dagang mestilah berlaku secara

online.Perdagangan secara online sekarang ini boleh berlaku melalui laman web,e-mel dan sistem intenet khusus untuk perniagaan dalam kalangan peniaga

(contoh:Lowyat.Net).Walau bagaimanapun yang lebih dominan sekarang ini adalah dalam bentuk laman web aktif terbuka yang boleh dicapai sesiapa sahaja seperti Amazon.com misalnya. Pihak penjual dalam e-dagang mewujudkan satu sistem secara online yang membolehkan pelanggan memulakan jual beli melalui talian.Di sini barang atau perkhidmatan yang diperdagangkan biasanya diperjelaskan secara terperinci sama

ada dalam bentuk bertulis bergambar video atau gabungannya.Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui e-mel sekiranya perlu.Proses pembelian bermula apabila pembeli mula memilih dan menentukan barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki. Dalam e-dagang secara umumnya terdapat dua bentuk jual beli iaitu jual beli secara langsung (tunai) dan jual beli secara pesanan (pre-order).Setelah membuat pemilihan pembelian,pembeli dikehendaki membuat pembayaran sama ada secara online atau offline.Pembayaran online berlaku melalui kaedah pembayaran melalui pengeluaran wang tunai atau proses pemindahan wang secara kad kredit,debit ecash,perbankan internet, phone banking, Net Trader, cybercash, digi-cash dan sebagainya (Perdangan Elektronik - Saluran Perniagaan Baru, Majalah PC) Pembayaran begini sama sifatnya seperti pembayaran tunai dalam jual beli biasa.Namun yang lebih dominan dalam amalan sekrang ramai peniaga e-dagang lebih

suka menggunakan kad kredit seperti visa dan master card.Pembayaran offline pula hanya berlaku apabila pembeli membuat secara pesanan atau tempahan.Prosedurnya adalah sama ada menggunakan cek,wang pos bank draf.cash deposit dan sebagainya.

Forum Wanita Niaga

Forum Lowyat.NET

3.2.

Keadaan dan Perkembangan E- Dagang di Malaysia

Menurut Shahizam Bin Ibrahim (2007), perniagaan Internet bukan satu fenomena yang baru di Malaysia. Sejak Koridor Raya Multimedia (MSC) diperkenalkan pada tahun 1998, kerajaan Malaysia giat mempromosikan penggunaan Internet sebagai salah satu saluran perniagaan. Malah pengguna di Malaysia juga semakin mengenali dan menggunakan Internet untuk melakukan pelbagai urusan. Perniagaan Internet juga semakin mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Berikut disenaraikan faktorfaktor yang mendorong kepada kemajuan model perniagaan Internet di Malaysia :

i. Infrastruktur Internet yang mantap

Rangkaian internet yang

semakin baik membolehkan sambungan Internet

dinikmati oleh ramai pengguna pada harga mampu milik. Kemudahan ini bukan saja dimiliki oleh penduduk di bandar, malah penduduk kawasan luar bandar juga berpeluang menikmatinya.

ii. Perkembangan sistem kewangan online

Satu ketika dulu, Internet hanya digunakan sebagai saluran untuk memasarkan produk sedia ada. Tiada lagi kemudahan untuk pelanggan membeli terus dari laman web penjual. Namun berikutan permintaan yang tinggi untuk mengaktifkan jualan melalui Internet, banyak institusi kewangan yang menawarkan sistem pembayaran melalui Internet. Antara kaedah pembayaran yang paling popular adalah menggunakan kad kredit.Kini bank-bank tempatan juga menawarkan perbankkan Internet. Enam bank Malaysia yang memiliki sistem perbankan Internet adalah RHB Bank, Maybank, BCB, Public Bank, Bank Islam dan Dutch Bank.

iii. Peranan Kerajaan mempromosikan ICT

Kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif dalam mempromosikan perniagaan Internet. Banyak aplikasi telah dibangunkan di agensi-agensi kerajaan untuk kemudahan rakyat. Sekaligus mendidik pengguna menggunakan ICT dalam urusan dengan agensi kerajaan. Sejak pengenalan Multimedia Super Corridor (MSC) mula mendapat perhatian ramai, ia telah mengalami perkembangan pesat merangkumi pelbagai tahap. Pada 5 Jun 1996, Multimedia Developmenyt Corporation (MDC) ditubuhkan untuk menyelia pelaksanaan dan pembangunan MSC. (Utusan Malaysia, 2005).

Isu Perundangan Berkaitan E-Dagang Menurut Muhammad Fathi Yusof (2006),perniagaan elektronik ini tidak terlepas daripada masalah perundangan termasuklah di Malaysia. Oleh sebab e-dagang ini adalah satu kaedah baru dalam perdagangan,ini sudah menimbulkan beberapa persoalan undang-undang yang sebahagiannya masih belum ada penyelesaian yang mutlak.Oleh sebab e-dagang ini melibatkan transaksi melepasi sempadan geografi dan sempadan politik,timbul persoalan berkenaan sejauh mana seseorang itu terikat dengan undang-undang sesebuah Negara.Bagaimana pula jika terdapat pihak yang mahu membuat pautan dengan laman web yang dimiliki oleh orang lain.Bagaimana pula jika seseorang itu mendaftar nama domain bagi jenama orang lain yang sudah terkenal?Begitu juga timbul persoalan darpada sudut keselamatan dan kerahsiaan dalam urus niaga.Sejauh manakan transaksi yang dibuat itu boleh dipercayai dan tidak dicerobohi oleh orang lain?

Pada dasarnya,persoalan-persoalan ini sudah cuba diselesaikan melalui beberapa peruntukan undang-undang di Malaysia seperti Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 526), Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),Akta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 589) dan Pindaan Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332).

Walaubagaimanapun akta-akta ini belum mampu menjawab dengan sempurna persoalan berkaitan perundangan e-dagang ini kerana berlaku perubahan yang pesat dalam aspek perkembangan teknologi.Tambahan lagi akta-akta yang diperkenalkan ini tidak menyentuh secara menyeluruh berkenaan beberapa perkara seperti kontrak elektronik,e-kontrak,kewangan elektronik,bayaran elektronik dan beberapa aspek lain.

E-Dagang dari Perspektif Islam Dari perspektif Islam, transaksi kewangan dalam muamalah Islam yang menggunakan aplikasi Sains & Teknologi seperti E-Commerce mempunyai maksud yang sama dengan apa yang difahami daripada perspektif konvensional, cuma dari segi Islam ia perlulah dijalankan dalam kerangka yang dibenarkan oleh prinsip-prinsip Islam itu sendiri.Tidak seperti zaman awal Islam, transaksi muamalah Islam kini semakin mudah. Dahulunya pihak pembuat tawaran dan pelanggan (atau penerima dalam konteks undang-undang kontrak) perlu sama-sama bertemu untuk mengadakan kontrak. Keadaan ini dipanggil contracts inter presentes atau aqd bayn al-hadirayn. Kini banyak daripada transaksi yang berlaku tidak memerlukan pertemuan antara dua pihak tersebut malah cukup dengan melakukan beberapa syarat atau tindakan yang ditetapkan untuk menyempurnakan kontrak. Ini dipanggil contracts inter absentes atau aqd bayn al-ghaibin (Rayner, 1991). Antara contoh yang mudah untuk difahami bagi menggambarkan kontrak jenis yang kedua ini ialah dalam kontrak jual beli minuman daripada mesin. Di sini, pihak pembeli hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam mesin tersebut untuk memperoleh satu tin minuman yang dibeli. Persoalannya, bilakah lafaz ijab (offer) dan qabul (acceptance) dilafazkan dalam kontrak ini? Bilakah kontrak tersebut mengikat? Bagaimanakah prosedur-prosedur seperti khiyar dilakukan? Apakah justifikasi syarak yang membenarkan kesahan kontrak jenis ini berlaku? Begitu juga halnya dengan jualan dan pembelian barang dengan melalui internet, bayaran gaji melalui kredit ke dalam akaun bank, pembayaran zakat melalui internet, SMS, kad ATM dan kad kredit (Asnaf, 4/2006).

Bagi menjelaskan kedudukan transaksi muamalah Islam melalui aplikasi instrument moden ini, perlu dijelaskan kedudukan contracts inter absentes dalam Undang-undang Kontrak Islam. Untuk itu, perlu difahami terlebih dahulu elemen-elemen penting dalam pembentukan kontrak dalam Islam, yang juga dipanggil arkan al-aqd (rukun-rukun kontrak) atau shart al-iniqad (syarat-syarat sah kontrak). Perkara yang dibincangkan dalam artikel ini merangkumi isu-isu penting berkaitan aplikasi S & T dalam pembentukan kontrak dalam ruang lingkup arkan al-aqd ini. Perkara-perkara lain yang tidak berkaitan tidak dibincangkan oleh kerana kesuntukan ruang.

4.0. KELEBIHAN E-DAGANG

Kelebihan e-dagang yang pertama bagi membantu usahawan dalam mengecapi keuntungan adalah di mana ianya dapat mengatasi sempadan geografi. Perkara ini dapat dijelaskan yang mana sekiranya anda mempunyai kedai secara kekal di sesuatu tempat, usahawan atau peniaga mungkin mengalami masalah dalam memberi perkhidmatan yang terhad. Dengan adanya pemasaran barangan melalui akses internet, mereka berpeluang dapat meluaskan hasil penjualan anda hingga ke seluruh pelusuk dunia dalam masa yang singkat. E-dagang dapat menyelesaikan masalah dalam pemasaran produk atau barangan tanpa terdapatnya limitasi dalam soal bentuk muka bumi atau geografi. Kelebihan yang kedua e-dagang adalah kaedah ini dapat membantu pelanggan dalam memudahankan pencarian barangan atau prodak mereka. Jika sebelum ini para pelanggan menggunakan konsep manual yang mana mereka dikehendaki melawat dan membuat tinjauan dari satu kedai ke kedai demi mencari barangan yang mereka mahukan, maka dengan adanya kaedah perniagaan e-dagang ini mereka dapat memperolehi barangan yang mereka kehendaki dengan menjimatkan masa dan tenaga dengan hanya sekali klik menerusi enjin pencarian di dalam internet. Kelebihan yang seterusnya berkenaan dengan teknologi semasa yang mana jumlah pengguna internet yang semakin ramai hingga mencecah melebihi 60 juta dalam masa yang singkat jelas memperlihatkan jaringan akses internet itu memenuhi keperluan mengikut peredaran teknologi semasa. Perkembangan teknologi dan akses internet yang semakin berkembang dan meluas telah menjadikan ramai pihak mengambil peluang untuk mempromosikan dan memasarkan barangan atau produk mereka di dalam internet yang dikatakan bertujuan untuk memudahkan pelanggan mencari barangan yang sukar dicari dengan mudah dan membuat pembayaran terus melalui internet.

Sesetengah pengguna mempunyai kehendak mereka yang tersendiri dan kemungkinan barang yang mereka perlukan seperti barangan antik atau ubat-ubatan yang jarang untuk dijumpai atau dijual di dalam negara. Oleh itu dengan adanya khidmat e-dagang, pengguna mempunyai peluang untuk memperolehi barangan yang mereka cari dan perlukan dengan begitu mudah dan senang. Kelebihan perkhidmatan e-dagang inilah yang menjadikan ramai pengguna atau pelanggan lebih gemar menggunakan akses internet dalam mencari barangan yang mereka kehendaki dengan lebih mudah dan menjimatkan masa serta berpeluang untuk memperolehi barang yang sukar untuk mereka temui.

Khidmat e-dagang juga memberi faedah dan kelebihan kepada pihak-pihak ketiga seperti iPay88, Paypal dan sebagainya dalam menjana pendapatan menerusi transaksi. Khidmat transaksi yang telah diberikan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dalam jelas memperlihatkan masing-masing memperolehi keuntungan dan kehendak dalam win-win situation. Keadaan ini merupakan satu bentuk kerjasama antara kedua-dua belah pihak bagi membantu antara satu sama lain. Oleh itu, adalah jelas bahawa antara kebaikkan e-dagang adalah ianya satu bentuk perniagaan yang mampu membantu institusi lain dalam menjana pendapatan adalah satu bentuk kerjasama yang sihat antara dua pihak. Bukan itu sahaja, transaksi edagang yang dijalankan ini sebenarnya membuka peluang ekonomi yang luas kepada para peniaga bagi menjalankan perniagaan mereka agar lebih berkembang dan meluas. Bagi para pelanggan pula, e-dagang merupakan jalan penyelesaian atau cara yang mudah untuk mereka mendapatkan produk yang dingini dengan lebih cepat dan efektif.

Pemasaran barangan menerusi internet oleh peniaga merupakan satu langkah yang bijak dalam menjual dan mempromosikan hasil barang atau produk mereka kerana dengan menembusi pasaran global, penjual dapat menjual barangan mereka secara cepat dan mudah. Hal ini adalah kerana produk yang telah dipaparkan menerusi laman sesawang di dalam internet telah dipaparkan kepada pengguna internet 24 jam dan 7 hari seminggu ke seluruh pelusuk negara tanpa sebarang sekatan. Maka tidak

hairanlah jika barangan yang dijual boleh kehabisan stok dalam masa seminggu kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan yang mungkin daripada negara yang berbeza. Jelas disini memperlihatkan bahawa kelebihan khidmat e-dagang yang keenam dalam memberi keuntungan kepada penjual dalam menjual produk atau barangan mereka.

Antara kelebihan lain yang dapat diperolehi daripada e-dagang ini adalah ianya dapat membantu pembeli dalam membayar kos pembelian dalam harga yang minimum. Hal ini dapat dijelaskan apabila pembeli membeli barangan secara terus daripada penjual atau pengeluar tanpa membayar kos komisyen kepada agen. Sebagai contoh, seorang pembeli menggunakan komputer peribadinya sama ada pada waktu pagi atau malam selama 7 hari per minggu untuk membeli barangan yang ditawarkan oleh penjual. Tanpa menggunakan atau menghabiskan duit minyak, pembeli memperolehi barangan yang dikehendaki melalui proses khidmat penghantaran barangan yang ditawarkan oleh penjual kepada pembeli.

Bukan itu sahaja, e-dagang juga memberi kelebihan kepada penjual kerana terdapat bisnes online yang tidak perlu untuk mengirimkan produknya kepada pelanggan melalui pos, khususnya dalam menjual perisian komputer. Sebagai contoh, sebuah laman sesawang www.beyon.com telah mengizinkan para pelanggannya untuk memuat turun perisian yang dibelinya secara langsung melalui komputer mereka. Produk-produk lain seperti muzik dan video akan tersedia dengan cara seperti ini, sejajar dengan peningkatan bandwidth dari waku ke waktu muat turun yang meningkat. Keuntungan lainnya yang ditawarkan oleh e-commerce ke konsumen adalah pengurangan biaya.

Perniagaan e-dagang juga mampu membantu peniaga untuk mendapatkan keuntungan yang optimum kerana mempromosikan barang-barangan jualan menerusi internet umpama satu tindakan memasarkan barangan secara lebih meluas kepada lebih daripada 60 juta pengguna internet yang melayari internet 24 jam dan 7 hari seminggu. Bukan itu sahaja, pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta juga boleh

menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.

Antara kelebihan lain yang boleh diperolehi daripada perniagaan e-dagang adalah perniagaan ini tidak memerlukan satu modal perniagaan yang tinggi seperti perniagaan offline yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi. Dalam e-dagang, antara perkara yang diperlukan bagi menjalankan bisnes online adalah saebuah idea perniagaan seperti strategi atau kaedah perniagaan, sebuah laman sesawang untuk memasarkan barangan atau produk dan seterusnya adalah internet. E-dagang tidak memperuntukkan kos yang tinggi.

Perniagaan e-dagang juga mempunyai kelebihan dalam membantu individu yang sudah bekerja dalam mendapatkan pendapatan sampingan sekiranya pendapatan hasil daripada pekerjaan tetap mereka kurang memuaskan untuk menjana kehidupan seharian. Oleh itu, menjalankan perniagaan e-dagang merupakan satu solusi yang terbaik bagi menangani masalah kewangan yang dihadapi oleh sesetengah individu yang kurang mencukupi daripada aspek kewangan hasil daripada pendapatan tetap mereka. Hal ini kerana melalui perniagaan secara online, peniaga tidak memerlukan 8 jam sehari 5 jam seminggu untuk ke tempat kerja kerana perniagaan tersebut boleh diuruskan pada bila-bila masa mengikut masa yang disukai dan keselesaan peniaga tersebut.

Perniagaan e-dagang tidak menghadkan lokasi untuk peniaga bagi menjana pendapatan melalui perniagaan menerusi internet. Hal ini kerana perniagaan e-dagang hanya memerlukan sebuah medium seperti laptop dan internet untuk menguruskan perniagaan. Di mana adanya laptop dan internet, di situlah ruang pejabatnya. Ruang lingkup tempat kerja tidak hanya terhad di satu lokasi semata-mata seperti pejabat, sebaliknya tempat-tempat seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya yang mempunyai persekitaran yang selesa dapat dijadikan lokasi menjalankan urusniaga dalam internet. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat menjimatkan masa selama 2

jam setiap hari iaitu masa yang telah diambil untuk ke tempat kerja. Bukan itu sahaja, penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan dengan hanya bekerja di rumah.

Perniagaan e-dagang tidak memperuntukkan modal yang besar dalam menjalankan bisnes, sebaliknya ianya hanya memperuntukkan modal yang agak kecil bagi peniaga untuk memulakan perniagaan. Memandangkan modal yang digunakan untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah daripada perniagaan secara offline, maka keadaan tersebut telah membuka peluang kepada peniaga, terutamanya usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan mereka lebih daripada satu jenis barangan atau produk untuk dijual kepada pelanggan-pelanggan. Para usahawan mempunyai peluang untuk membuka perniagaan lain bagi mengaut keuntungan yang diingini. Oleh itu, kekuatan atau kelebihan perniagaan e-dagang yang terakhir adalah perniagaan ini mampu memberi peluang terutamanya usahawan untuk menceburkan diri mereka lebih daripada satu perniagaan.

5.0. KELEMAHAN E-DAGANG

Dalam setiap kebaikkan yang telah dinyatakan, perniagaan e-dagang juga tidak dapat terlepas daripada keburukan yang tersendiri. Oleh itu, terdapat beberapa keburukan yang telah dapat dikenalpasti daripada hasil pembacaan mengenai perniagaan e-dagang. Antaranya adalah berkenaan dengan kebolehpercayaan. Penyebab utama mengapa pengguna tidak mahu berurusniaga secara atas talian adalah kerana kurangnya faktor kebolehpercayaan di antara peniaga dan pengguna (Hoffman, Novak dan Peralta, 1999, p. 80). Keen (1997) berpendapat bahawa kurangnya elemen kebolehpecayaan dalam kalangan pengguna merupakan

penghalang jangka panjang terhadap aktiviti-aktiviti e-dagang. Kelemahan pertama yang telah dapat dikenalpasti dalam e-dagang adalah barangan yang dipasarkan atau dipromosikan tidak dapat dikenalpasti kualiti barang tersebut secara konkrit. Menurut oleh Lee Chee Kuang (2009) bahawa pembeli terpaksa membeli secara prabayar tanpa melihat barang. Beliau boleh ditipu dari segi kualiti, spesifikasi serta cirri barang. Hal ini kerana pengguna hanya mampu melihat barang atau produk yang ditampilkan menerusi laman sesawang secara maya dan tidak secara realiti. Pengguna tidak berpeluang untuk menilai atau meneliti barang sama ada mempunyai kualiti ataupun tidak dan kebarangkalian untuk pengguna mendapat barangan yang tidak menepati citarasa mereka atau mendapat barangan yang rosak juga adalah tinggi. Keadaan ini tidak akan menguntungkan pihak pengguna selaku pembeli dan pelanggan. Kelemahan yang kedua yang dapat dikenalpasti adalah perniagaan e-dagang ini akan merencatkan hubungan silaturrahim sesama manusia yang mana kurang interaksi antara peniaga dan juga pembeli. Perhubungan antara manusia sangat penting dalam perniagaan, terutamanya kepada pelanggan yang memerlukan seseorang peniaga yang jujur untuk mendapatkan kepercayaan dalam memperolehi barangan atau produk yang berkualiti. Namun begitu, pendekatan perniagaan yang hanya menerusi laman

sesawang dengan hanya menekan butang Buy Now atau Beli Sekarang dan seterusnya tersimpan dalam shopping cart sama sekali merencatkan perhubungan sesama manusia kerana pembelian adalah secara maya dan tiada komunikasi yang lebih mesra. Bagi saya, kematian sentuhan peribadi dalam urus niaga dalam talian adalah kelemahan terbesar e-dagang. Kelemahan lain yang dapat dikenal pasti daripada perniagaan e-dagang adalah mempunyai servis penghantaran yang agak lambat. Walaupun ianya menyediakan kemudahan servis penghantaran yang cepat, namun begitu penerimaan barangan yang dibeli akan hanya dapat diterima paling awal atau paling cepat adalah esok. Oleh itu, jika pengguna atau pembeli memerlukan barangan seperti pen atau buku untuk digunakan sekarang, pembelian menerusi laman sesawang e-dagang sama sekali tidak diperlukan. Namun begitu, terdapat pengecualian dalam kes pembelian barangan digital. Misalnya, pembelian fail muzik atau sebuah e-book dapat dibeli dengan lebih cepat menerusi e-dagang berbanding membeli barangan tersebut daripada kedai fizikal. Bukan semua barangan boleh dibeli menerusi secara atas talian dan ianya juga merupakan salah satu kekurangan yang dikenal pasti daripada perniagaan e-dagang. Walaupun perniagaan atas talian menjanjikan pelbagai kemudahan kepada pelanggan, namun terdapat barangan yang boleh dibeli dalam talian. Sebagai contoh, pengguna tidak boleh membeli atau memesan ais krim secara atas talian. Pembeli mungkin boleh memesan ais krim secara online, namun sudah pasti proses penghantaran akan mengalami kesulitan kerana ais krim perlu diangkut dalam sebuah trak sejuk. Melainkan penjual aiskrim sudi menanggung kos kerugian yang agak besar, maka kos penghantaran ais krim akan jauh lebih tinggi daripada kos aiskrim tersebut. Perniagaan luar talian dapat memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba mahupun menyentuh barang yang mereka mahukan. Namun begitu, tidak seperti perniagaan e-dagang yang mana pengguna atau pembeli hanya mampu melihat barangan yang mereka tinjau secara alam maya sahaja dan sebarang percubaan adalah tidak dibenarkan. Keadaan ini merupakan satu kelemahan yang agak besar bagi perniagaan e-dagang kerana keadaan ini menjadikan pelanggan berasa kurang yakin

dengan produk atau barangan yang hendak dibeli oleh mereka. Apabila pembeli mencuba dan merasai sendiri barang yang dijual itu, mereka akan berasa lebih yakin dan percaya bahawa barangan tersebut memenuhi kehendak dan kualiti mengikut citarasa mereka. Sebagai contoh, penjualan minyak wangi memerlukan pembeli untuk mencuba dan menghidu terlebih dahulu minyak wangi yang mereka mahukan. Namun begitu, perniagaan dalam talian tidak menyediakan kemudahan mencuba bahan atau produk yang diperniagakan itu. Menurut Lee Chee Kuang (2009), pembeli menghadapi begitu banyak pilihan laman web hingga menjejaskan pertimbangannya. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kecanggihan dan kemudahan teknologi masa kini memudahkan banyak pihak yang ingin memulakan perniagaan e-dagang dengan membina kedai secara maya dalam masa beberapa minit sahaja. Sekiranya ramai pihak yang menjual barangan yang sama, bagaimanakah pembeli dapat mengenal pasti sama ada barangan yang dijual dalam kedai tersebut sama ada tulen mahupun tidak? Jika terlalu banyak pilihan di laman seswang, maka bagaimanakah mereka mahu membuat pilihan dengan bijak? Keadaan ini juga mampu menyekat kemahuan pembeli untuk membeli barangan mereka secara atas talian. Tuntasnya, kekeliruan pembeli dalam membuat pilihan hingga menjejaskan pertimbangan merupakan salah satu kelemahan e-dagang yang mampu memberi kesan kepada peniaga dalam mendapat keuntungan optimum dalam mengembangkan perniagaan mereka dalam jangka masa yang lebih panjang. Kelemahan lain yang boleh dikenalpasti dalam e-dagang adalah ianya mempunyai perkaitan rapat dengan sekuriti pembeli yang mungkin menyebabkan diri mereka terlibat dalam masalah seperti penipuan kad kredit atau lebih buruk lagi kecurian identiti. Menurut Lee Chee Kuang (2009), pembeli membayar dengan kad kredit, dan nombor kad kredit, jika tidak dirahsiakan dengan rapi, boleh dicuri dan digunakan oleh pihak lain. Hal ini kerana apabila pembeli membuat pembelian dalam talian, mereka dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya maklumat kad kredit dan alamat surat menyurat. Dalam kebanyakan kes, laman sesawang perniagaan e-dagang dapat menggemburkan maklumat lain mengenai tingkah laku dalam talian dan rujukan pembeli. Pendedahan maklumat ini mampu membawa kepada masalah yang memberi

kesan kepada pembeli itu sendiri. Bukan itu sahaja, kegagalan dalam memberikan pelindungan atau jaminan kepada pembeli yang melakukan transaksi juga mendorong kepada kelemahan e-dagang itu sendiri.

6.0. CARA MENGATASI MASALAH E-DAGANG

Setiap permasalahan yang dihadapi pasti akan menjumpai titik penyelesaian masalah bagi mengatasi atau membendung masalah e-dagang ini terus membelenggu para peniaga yang melibatkan diri mereka dalam bisnes ini. Oleh itu terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi membantu peniaga atas talian ini mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Langkah atau strategi yang pertama yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah e-dagang ini adalah kenalpasti strategi yang boleh dilakukan dalam mendapatkan kebolehpercayaan pelanggan atau pembeli. Peniaga perlu meningkatkan tahap kebolehpercayaan perniagaan elektronik mereka dengan cuba merancang strategi yang bertepatan bagi menarik pembeli untuk terus menjadi pembeli yang setia. Dalam keadaan ini, peniaga hendaklah membangunkan hubungan yang amanah dan boleh dipercayai antara peniaga dengan pelanggan bagi membuktikan kepada mereka bahawa peniaga tersebut bertanggungjawab dan dapat diandalkan. Antara cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan kebolehpercayaan pelanggan adalah dengan mempersiapkan laman sesawang perniagaan elektronik dengan memberikan fokus kepada ruang Aboutdi laman tersebut. Hal ini kerana kebanyakkan pelanggan pasti mahu mengetahui peniaga di sebalik perniagaan, termasuklah latar belakang yang ringkas berkenaan dengan bisnes yang dijalankan. Adalah lebih baik jika ruangan tersebut diselitkan dengan gambar atau video untuk meningkatkan lagi

kebolehpercayaan dalam kalangan pelanggan. Selain itu, penerbitan blog memerlukan komitmen, tetapi adalah lebih baik menunjukkan keperibadian bisnes kepada pelanggan, di samping menunjukkan bisnes dalam blog atau laman sesawang tersebut masih hidup. Intipati atau maklumat yang sering diperbaharui juga menunjukkan komitmen seperti TLC kepada pelanggan. Bukan itu sahaja, sediakan ruang komentar agar pelanggan dapat berpeluang untuk

menanyakan berkenaan dengan produk atau barangan yang dijual bagi mewujudkan mesra pelanggan. Bagi memudahkan pelanggan menghubungi peniaga, maka sediakan sebarang maklumat tentang nombor telefon, e-mel, Live Chat atau beberapa metod lain kepada pelanggan bagi memudahkan urusan peniagaan antara peniaga dan pelanggan. Sebarang pertanyaan daripada pelanggan sama ada menerusi panggilan telefon ketika waktu kerja, dan ianya perlu dijaga dan dibalas agar interaksi dan silaturrahim antara peniaga dan pembeli dapat terjaga. Jika tidak dapat menjawab panggilan, maka gunakan pesanan suara dan cuba menghubungi pelanggan secepat mungkin. Gunakan layanan live chat untuk pelanggan yang tidak ingin mengganggu mereka berselancar untuk mencari telepon, atau menawarkan bentuk-bentuk kontak pada setiap halaman yang dengan cepat dijawab melalui email. Bagi menambahkan kebolehpercayaan kepada pelanggan berkenaan kualiti barang yang dijual, maka publikasikan kepada pelanggan testimonial pelanggan yang telah mencuba barangan yang telah dibeli daripada kedai atau blog peniaga. Sekiranya pelanggan tidak dapat mencuba secara konkrit, namun dengan adanya testimonial daripada pelanggan-pelanggan dapat menarik dan menambah kepercayaan pelanggan lain untuk membeli barangan dan produk daripada laman perniagaan peniaga. Sementara meminta pelanggan untuk mendapatkan testimonial tanpa memaksa mereka, mereka mampu melihat sesuatu kepalsuan dengan cukup mudah. Tawarkan testimonial tunggal dalam laman perniagaan, dan pautan ke halaman testimonial tambahan. Secara tidak langsung, dengan adanya testimonial daripada pelanggan akan menambahkan keyakinan mereka terhadap produk atau barangan penjualan tersebut. Selepas penjualan barangan kepada pelanggan, maka sebarang tindakkan dalam menepati janji-janji dan berterima kasih atas hubungan perniagan yang telah dijalankan dengan pelanggan. Urutan seorang pelanggan yang pertama mampu membekukan kredibiliti di laman e-dagang peniaga yang sebenarnya. Dengan menawarkan harga yang adil dan pengalaman belanja yang baik kepada pelanggan, dan pasti akan peniaga akan dapat banyak pulangan kembali. Sekiranya terdapat

permasalahan di pihak peniaga, maka peniaga perlulah meminta maaf kepada pelanggan dan menawarkan sesuatu kepada pelanggan bagi menebus kesalahan yang telah dilakukan. Bagi mengatasi masalah sekuriti pula, sekiranya webmaster hendak

meningjatkan sekuriti perusahaan mereka, sekuriti laman AOS selalunya sering beralih kepada solusi penggunaan software bagi membantu menilai dan mengotomasikan tugas-tugs sekuriti mereka. Sekuriti web ini adalah baik ketika melayari internet dan melindungi pengguna internet daripada sebarang potensi kerentanan dalam sistem operasi atau browser. bukan itu sahaja, perisian-perisian yang disediakan dapat membantu dalam mengatasi sebarang masalah berikutan dengan keselamatan dalam sistem daripada sebarang penipuan hinggalah kepada kecurian indentiti.

7.0. PETA KONSEP I-THINK

KELEBIHAN, KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI MASALAH E-DAGANG

Kelebihan

Kelemahan

Cara Atasi

1. Membantu dalam pemasaran produk atau barangan tanpa terdapatnya limitasi dalam soal bentuk muka bumi atau geografi.

1. barangan yang dipasarkan atau dipromosikan tidak dapat dikenalpasti kualiti barang tersebut secara konkrit.

1. meningkatkan tahap kebolehpercayaan dengan cuba merancang strategi bagi menarik pembeli.

2. membantu pelanggan dalam memudahankan pencarian barangan atau produk. 3. Memudahkan peniaga untuk mempromosikan dan memasarkan barangan atau produk mereka di dalam internet. 4. pengguna mempunyai peluang untuk memperolehi barangan yang mereka cari dan perlukan dengan mudah

2. merencatkan hubungan silaturrahim sesama manusia yang mana kurang interaksi antara peniaga dan juga pembeli.

2. membangunkan hubungan yang amanah dan boleh dipercayai dengan mempersiapkan laman sesawang perniagaan

3. servis penghantaran yang agak lambat sekurang-kurangnya satu hari.

elektronik dengan memberikan fokus kepada ruang Aboutdi laman tersebut.

4. Bukan semua barangan boleh dibeli menerusi secara atas talian. 3. menunjukkan keperibadian bisnes kepada pelanggan,

dan menjimatkan masa. 5. memberi faedah dan kelebihan kepada pihak ketiga. 6. memberi keuntungan kepada penjual dalam menjual produk atau barangan mereka. 7. membantu pembeli dalam membayar kos pembelian dalam harga yang minimum. 8. pengurangan biaya kos penghantaran bagi barangan/produk yang boleh dimuat turun melalui internet. 9. menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya. 10. tidak memerlukan satu modal perniagaan yang tinggi. 11. membantu dalam

5. Tidak memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba mahupun menyentuh barang/produk.

di samping menunjukkan bisnes dalam blog atau laman sesawang tersebut masih hidup.

6. Pembeli tidak dapat mengenalpasti laman yang menjual barangan yang berkualiti. 4. Intipati atau maklumat yang sering diperbaharui dan sediakan ruang 7. Pembeli terdedah kepada masalah seperti penipuan kad kredit atau lebih buruk lagi kecurian identiti. 5. sediakan sebarang maklumat tentang nombor telefon, emel, Live Chat atau beberapa metod lain kepada pelanggan bagi memudahkan urusan peniagaan antara peniaga dan pelanggan. komentar bagi mewujudkan mesra pelanggan.

6. Publikasikan kepada pelanggan testimonial pelanggan yang telah mencuba

mendapatkan pendapatan sampingan 12. tidak menghadkan lokasi untuk peniaga bagi menjana pendapatan dan menjimatkan masa. 13. mampu memberi peluang terutamanya usahawan untuk menceburkan diri mereka lebih daripada satu perniagaan.

barangan yang telah dibeli.

7. tindakkan dalam menepati janji-janji dan berterima kasih atas hubungan perniagan yang telah dijalankan.

8. Menggunakan software bagi membantu menilai dan mengotomasikan tugas-tugas sekuriti laman sesawang perusahaan mereka.

8.0.

PENUTUP Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi

jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau

bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan. Namun begitu, kelebihan-kelebihan e-dagang yang memberi keuntungan sama ada kepada penjual mahupun pembeli sama sekali tidak boleh dipertikaikan. Hal ini kerana terdapat beberapa kelebihan yang dapat diperolehi oleh pembeli dan penjual, sekaligus kelebihan-kelebihan ini juga turut membantu dalam perkembangan ekonomi negara sekiranya perniagaan e-dagang semakin berkembang dengan meluas. Kesedaran mengenai pentingnya perdagangan elektronik (e-dagang) dalam kalangan masyarakat terutamanya kepada para pengilang industri kecil dan sederhana (IKS) perlu diperhebatkan lagi memandangkan peluang perniagaan yang wujud daripada sektor itu terlalu besar. Walaupun kesedaran dalam masyarakat dalam bidang teknologi telah meluas, namun penggunaan maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) tetapi ia adalah di peringkat asas sahaja iaitu pada bahagian pentadbiran, pembayaran gaji dan kewangan, terutamanya kepada peniaga-peniaga. Kesedaran-kesedaran ini perlu dipertingkatkan agar ianya juga dapat menguntungkan individu-individu tersebut.

Dengan membuat pengenalpastian kekurangan dan kelebihan yang telah dibincangkan merupakan salah satu perkara yang perlu diperhatikan bagi membantu dalam mengenal pasti cara-cara untuk mengatasi masalah dalam perdagangan elektronik ini. Pengenalpastian ini merupakan satu pemangkin untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti produk serta perkhidmatan bagi menghadapi pasaran masa hadapan. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya peniagapeniaga atau perusaha-perusaha dalam negara tentang perniagaan elektronik yang mampu membantu mereka dalam mencapai keuntungan dalam perusahaan mereka. usaha ini bukan sahaja bertujuan membantu peniaga-peniaga atau perusaha-perusaha, sebaliknya ianya juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, diharapkan segala kesedaran dan pengenalpastian kekurangan dan kelebihan yang berkaitan dengan perdagangan elektronik, di samping pengenalpastian cara masalah e-dagang tersebut dapat diatasi mampu diaplikasikan dan digunakan dengan tujuan membantu pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam bidang perniagaan.

9.0.

REFLEKSI INDIVIDU

OLEH : Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee

Tugasan bagi subjek RBT 3119: Perniagaan dan Keusahawanan telah diterima pada 1 Mac 2013 di bawah bimbingan pensyarah iaitu puan Malar Arasi a/p Sundaram. Penyerahan tugas ini buat kali pertama telah disisipkan sekali bersama-sama dengan beberapa maklumat yang berkait rapat dengan tugasan yang telah diberikan terutamanya berkenaan dengan e-dagang yang bakal dicari oleh saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tugasan yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu seramai dua orang dalam satu kumpulan merupakan satu nikmat yang tidak terperi bagi saya, terutamanya apabila mendapat pasangan tugasan yang mempunyai komitmen dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Segala urusan dalam mencari sumber rujukan dan perbincangan serta pembahagian tugasan yang telah diagihkan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar kerana masing-masing memainkan peranan mereka. Oleh kerana tugasan RBT3119 ini adalah berkaitan dengan perdagangan elektronik, maka ianya bukanlah semudah untuk dilaksanakan. Sepanjang

melaksanakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan sering berbincang bagi mendapat gambaran keseluruhan berkenaan dengan tugasan. Bagi memudahkan kerja, saya telah membahagikan tugasan berdasarkan objektif yang ingin dicapai secara sama rata dengan mengikut sistem undian antara ahli kumpulan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, sedikit sebanyak pasti akan berlakunya beberapa masalah antaranya berkaitan dengan pencarian sumber rujukan dalam melaksanakan tugasan ini. Permasalahan yang telah saya hadapi adalah kekurangan sumber rujukan iaitu buku ilmiah untuk dijadikan sebagai rujukan. Saya telah mencari maklumat berkenaan dengan perdagangan elektronik atau nama lainnya e-dagang

dalam bentuk sumber buku termasuklah mencari di perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang, namun segala usaha adalah hampa. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya banyak membuat sumber rujukan dari internet dan telah menggunakan masa semaksimum yang mungkin bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan dengan kelebihan, kekurangan edagang, serta cara mengatasi kelemahannya. Keadaan semakin sukar apabila sumber rujukan dalam bahasa melayu adalah kurang dan lebih banyak sumber dalam bahasa Indonesia dan bahasa inggeris. Oleh itu, saya terpaksa melakukan tugas lebih iaitu saya mencari maklumat berkenaan dengan tajuk tersebut dalam bahasa inggeris. Sumber rujukan berkenaan dengan e-dagang adalah daripada laman web bahasa inggeris dan telah menggunakan Google Translate bagi tujuan penterjemahan. Selain daripada itu, saya juga turut merujuk beberapa orang rakan daripada aliran TESL untuk membantu saya dalam menterjemahkan makna yang saya tidak faham dalam penggunaan istilahnya. Saya dan rakan sekumpulan juga banyak merujuk googlebook kerana sesetengah maklumat berkenaan dengan e-dagang dapat ditemui di googlebook, namun jumlah maklumat yang dibekalkan tidaklah begitu banyak dan terhad. Hal ini kerana kebanyakkan maklumat berkenaan dengan perdagangan elektronik adalah dalam bentuk bahasa Inggeris. Adalah sukar bagi saya untuk melakukan

penterjemahan kerana istilah-istilah atau laras bahasa ekonomi adalah tidak sama dan khuatir juga sekiranya istilah yang saya gunakan dalam menterjemahkan struktur ayat tersebut tidak tepat. Oleh kerana tiada rasa berputus asa yang menguasai diri, saya terus berusaha dalam mencari maklumat bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pembacaan demi pembacaan dilakukan dengan merujuk beberapa maklumat daripada internet mahupun bahan ilmiah yang ditemui di dalam googlebook. Dengan merujuk beberapa maklumat lain dalam beberapa laman sesawang yang berbeza, pembacaan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil apabila saya mula faham perkara yang hendak disampaikan.

Permasalahan demi permasalahan yang menghampiri berjaya diatasi dengan berkat dan daya usaha dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Alhamdulillah, kini tugasan kami berjaya dilaksanakan. Sepanjang pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu perdagangan khususnya perdagangan elektronik. Hasil pembacaan daripada pelbagai sumber telah mendedahkan saya kepada ilmu-ilmu yang tidak pernah saya ketahui terutamannya berkenaan dengan pendapat tokoh tentang e-dagang, konsep, definisi, skop, kekurangan, kelebihan dan segalanya berkenaan dengan e-dagang. Oleh itu, kesukaran dan hasil pembacaan yang dilakukan secara konsisten sepanjang melaksanakan tugasan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan saya berkenaan dengan e-dagang, malah ianya juga berjaya membentuk perkembangan diri individu daripada aspek lain, iaitu kemahiran sosial. Hal ini kerana tugasan yang dikehendaki dilaksanakan secara bertiga dalam satu kumpulan bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggil, malah kerjasama yang utuh juga perlu dalam kalangan ahli agar konsistensi atau ketekalan dalam perlaksanaan tugasan itu tidak terbantut. Peningkatan dari aspek sosial ini mewakili sikap kerjasama antara ahli kumpulan yang mana masing-masing akan berusaha untuk belajar erti kerjasama dan toleransi dalam memastikan objektif tugasan itu tercapai. Toleransi yang telah dicapai dalam ahli kumpulan adalah semasa pembahagian tugasan yang mana dalam kalangan ahli kumpulan merelakan diri dalam menggabungkan dan melakukan penambahbaikkan sekiranya semua ahli telah siapkan bahagian mereka. Pengalaman melaksanakan tugasan ini juga banyak mengajar saya erti kesabaran dalam melaksanakan tugasan, ianya memerlukan kemahiran dan kebijaksanaan serta penelitian terhadap sumber-sumber yang telah dibaca dan ianya bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ianya memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya ketika saya membuat penterjemahan daripada bahasa inggeris ke bahasa Melayu. Hasil usaha dan berkat kesabaran yang tinggi membuahkan hasil dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Tugasan yang mencabar ini juga berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir terutamanya berkenaan dengan kemahiran analisis ayat yang mana ianya memerlukan daya pemikiran yang kritis dan analitikal dalam terutamanya dalam pengenalpastian masalah yang dihadapi dalam e-dagang yang mana saya juga perlu meneliti penyelesaian masalah bagi masalah-masalah yang dihadapi. Sebagai seorang bakal guru yang mengajar bahasa Melayu perlu mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan berusaha dalam mencari ilmu dalam pelbagai sumber agar ilmu-ilmu atau pengetahuan yang diperolehi itu adalah fakta daripada sumber yang boleh dipercayai. Tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa peka terhadap peranan saya sebagai guru yang bakal mengajar kemahiran hidup. Hal ini kerana dalam subjek elektif tersebut, saya juga akan mengajar murid-murid saya berkaitan dengan perniagaan. Oleh itu, saya perlu mempersiapkan diri saya dalam bidang ini bagi membantu dalam penyampaian ilmu yang lebih mantap dan berkesan kepada murid-murid. Keperluan guru dalam memantapkan pengetahuan dalam bidang pengajarannya ini sekaligus dapat membentuk anak bangsa yang mempunyai keupayaan pengetahuan yang tinggi yang mana mampu bersaing di persada antarabangsa. Kesimpulannya, hasil pembacaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah mendedahkan kepada berkenaan dengan ilmu perniagaan elektronik. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengambil tahu berkenaan dengan ilmu-ilmu perniagaan dan perdagangan kerana penguasaan tersebut bukan sahaja membantu murid-murid saya dalam percambahan ilmu, sebaliknya saya juga turut menyediakan mental mereka dalam berhadapan dengan dunia futuristik, yang mana perdagangan elektronik ini adalah kaedah satu perniagaan yang akan berkembang dengan lebih pesat pada masa akan datang. Saya berharap tugasan yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak telah berjaya membantu saya dalam penguasaan ilmu berkenaan di samping membentuk perwatakan guru yang lebih baik dalam diri saya.

REFLEKSI INDIVIDU OLEH : Nurul Afifah binti Zainal Abidin Sebelum menerima tugasan berkenaan e-dagang ini,saya merasakan tugasan ini amat menarik kerana perihal e-dagang bukanlah sesauatu yang baru di Malaysia.Saya sendiri selaku penggemar barangan yang dijual atas talian secara tidak langsung sudah terlibat dalam dunia perniagaan elektronik ini.Subjek RBT

3119:Perniagaan dan Keusahawanan bagi saya merupakan subjek yang agak rumit.Melihatkan proformanya sahja yang dikatakan pensyarah bertaraf

Master,membuatkan saya amat risau dan ragu dengan kebolehan saya untuk memahami subjek ini,selain kekangan masa yang amat mencemburui saya semester ini.Benar,memang tidak cukup masa untuk saya meliputi kesemua tajuk di dalam proforma.Topik berkenaan E-Dagang sahaja sudah merangkumi beberapa topik.Oleh itu tindakan pensyarah meletakkan topik ini sebagai yopik penilaian kerja kursus

adalah pilihan tepa supaya kami boleh menerokai topik ini secara tidak langsung semasa menyiapkan tugasan. Sebaik sahaja menerima tugasan,perkara pertama sekali yang saya lakukan adalah membaca soalan yang telah diterima berulang kali untuk mengenalpasti kehendak soalan sekaligus mendapatkan gambaran awal bentuk pelaksanaan tugasan.Saya mendapati tugasan ini agak rumit pada awalnya kerana terlalu banyak komponen-komponen kecil di dalamnya.Pun begitu setelah membaca dengan teliti,komponen-komponen tersebut sebenarnya berkaitan antara satu sama lain dan boleh dikelompokkan untuk pembahagian tugasan antara 2 orang dalam kumpulan saya.

Untuk tugasan

ini,hasil undian,saya

mendapat

tiga

tajuk teratas iaitu

definisi,konsep,skop,saiz,dan keadaan e-dagang di Malaysia.Tugasan-tugasan di semester ini kebanyakannya menekankan kemahiran berfikir secara kritis.Oleh itu saya mencuba untuk banyak mengarang dengan ayat sendiri dan memberi rumusan dan hujah terhadap apa yang saya baca.Saya teringat kata-kata tuan guru besar SK Minden Height yang menyampaikan Wacana Ilmu berkenaan Cabaran Guru Masa Kini

beberapa hari yang lepas.Katanya, Its not how you answer but its about how you justify your answer.Menjustifikasi jawapan adalah termasuk dalam cabang pemikiran kritis dan kreatif. Semakin menganjak usia,keperluan memastikan ketepatan dan kesahihan rujukan,meluaskan bahan bacaan dan menulis dengan kritis semakin ditekankan.Hal ini adalah kerana di semester akhir,kami bakal melalui pengalaman membuat kajian tindakan.Tahun demi tahun perkara ini semakin membuka mata saya untuk melihat variasi rujukan apabila rujukan internet dianggap kurang berkualiti. Saya cuba merajinkan diri ke pusat sumber menelaah berbagai jenis rujukan yang ada. Malangnya amat sedikit bahan boleh ditemui di perpustakaan memandangkan subjek ini merupakan subjek baru di Institut ini. Pun begitu,saya sememangnya benar-benar tidak berpuas hati dengan keadaan pusat sumber institut ini. Benar,banyak perubahan fizikal pada institut ini dapat dilihat misalnya kelengkapan di gelanggara, dataran institut dan sebagainya.Tetapi ingin saya tekankan di sini, Institut Pendidikan Guru ini adalah tempat mendidik para guru yakni core-businessnya adalah ilmu. Tidak satu pun pembaharuan atau mekap luaran yang boleh saya banggakan tentang institut ini jika para pelajarnya tidak berpengetahuan tinggi sebagaimana patutnya seorang guru. Inilah yang dikatakan Prasarana kelas pertama tetapi minda kelas ketiga.Itupun Institut ini masih tidak layak mendapat gelar prasarana kelas pertama itu. Pun begitu,saya tidak mengalah dengan keadaan ini.Saya menemui cara baru pencarian buku dengan menggunakan aplikasi Google Book.Walaupun menggunakan internet,bahan buku daripada aplikasi ini adalah gambaran sebenar buku tersebut walaupun bilangan muka surat yang boleh dilihat adalah terhad.Ini bermakna ia sama dengan rujukan buku di pusat sumber.Saya mendapat banyak manfaat melalui cara baru ini apabila tidak perlu meminjam buku di pusat sumber dan mengurangkan kos fotokopi bahan. Selain itu, saya mula menelaah jurnal-jurnal di laman web universiti dan juga keratan akhbar atas talian.Walaupun halangannya tetap sama iaitu tidak semua jurnal

boleh dibuka kerana memerlukan pendaftaran,sekurang-kurangnya saya dapat juga membaca pelbagai jenis bahan.Bahan kuliah yang diberikan pensyarah yang adakalanya tidak pernah saya dengari misalnya beliau membangkitkan isu-isu ekonomi dan perniagaan yang rumit berjaya membuatkan saya bermotivasi untuk lebih banyak membaca kerana kebangkitan rasa ingin tahu. Ada rakan saya yang bertanya,apakah saya tidak berserabut dengan membaca terlalu banyak rujukan?Jawapannya,memang pening namun bagi saya,pening atau berserabut ketika membaca banyak maklumat adalah satu indikasi yang baik,bukan bermakna pening menandakan perlu berhenti membaca.Pening berlaku apabila si pembaca terjumpa sesuatu yang alien dalam pembacaannya atau mudah kata;belajar sesuatu yang baru. Kata orang bijak pandai,lebih banyak kita baca,lebih banyak yang kita tidak tahu itu benar,sebab itu saya membaca lebih banyak buku. Menurut Ahmad Suhaimi Abdullah, perah otak adalah suatu proses yang menghasilkan beberapa idea yang bagus bercampur dengan banyak idea yang tidak berguna yang memerlukan proses matriks penilaian selepasnya. Proses yang mendatangkan pening itu saya yakin akan hilang kemudian apabila sudah ditemui rumusan tentang kesemua buku yang kita baca.Kesimpulannya,tenyatalah pensyarah berjaya membuatkan saya mampu dan bermotivasi untuk belajar secara kendiri dan berterusan,tahniah. Bila di peringkat ijazah,sudah tentu perkara seperti kolaborasi,jadual

perlaksanaan dan lain-lain tidak perlu diingatkan lagi oleh pensyarah. Saya sedikit kecewa apabila dalam lembaran tugasan kali ini saya tidak berkesempatan berkolaborasi dengan pensyarah kerana kesuntukan masa sehinggakan kami ahli sekumpulan pun mengalami kesukaran untuk berjumpa dan berbincang.Bercakap berkenaan kolaborasi,saya lihat istilah ini kerap disalahertikan. Kolaborasi sebenarnya boleh dilakukan dengan pakar dari pelbagai bidang ilmu dan boleh juga dilakukan bersama ahli kumpulan di suatu keadaan yang membenarkan ahli kumpulan mengkritik dan membincangkan tugasan yang diselesaikan sesama sendiri dan adanya perkongsian autoriti. Hal seperti ini tentunya memerlukan kerjasama

kukuh

dan keterbukaan antara ahli kerana ia melibatkan perasaan selain sikap

professional dan mengambil masa juga untuk kami mampu melakukannya.Jika amalan kolaborasi ini diadakan dengan betul,sebenarnya ia mampu meningkatkan kualiti tugasan.Namun,begitulah natijahnya,masa amat-amat mencemburui kami. Kolaborasi hanya berlaku di awal dan hujung pelaksanaan tugasan.Maka saya berharap di lembaran tugasan akan datang,amalan kolaborasi ini dapat ditingkatkan lagi. Perkara baru yang saya temui dalam lembaran tugasan di semester ini antara lainnya adalah penyediaan peta pemikiran I-Think.Saya teringat kata-kata pensyarah berkenaan Program I-Think ini yang penggunaannya disalah aplikasi di Malaysia dan merugikan wang kerana kemahiran membuat peta konsep sudah pun dikuasai oleh guru-guru Malaysia dan tidak perlulah sehingga mereka dihantar ke luar Negara untuk berkursus berkenaan Program ini.Dalam KBBK, atau kemahiran berfikir aras tinggi KeBAT, terdapat pelbagai jenis peta minda, dan graphic organizer yang boleh digunakan. Antara yang popular adalah rajah ikan, analisis SWOT, Plus Minus Interest, peta pemikiran Tony Buzan dan sebagainya. Apa beza Program I-Think ini??Saya mendapati I-Think ini lebih sistematik dan pelbagai apabila cuba menjengah laman webnya. Terdapat formula thinking hat pelbagai warna yang menarik, cara pemikiran bertema dan sebagainya. Pun begitu,malangnya ia disalah guna di Malaysia. Jika di luar Negara,peta minda digunakan untuk mengembangkan idea setelah membuat banyak pembacaan dan kajian, yakni mencari cabang-cabang informasi yang mungkin boleh diterokai lagi hasil daripada pembacaan yang dibuat. Tetapi di Malaysia, I-think digunakan hanya untuk menginterpretasikan data yang dibaca, ibaratnya memindahkan ilmu ke dalam sebuah peta. Justeru jika ini yang diaplikasikan, kita menghasilkan para pemikir yang hanya tahu memindahkan maklumat bukannya mengkritik dan mengembangkan idea berdasarkan maklumat sedia ada seperti kenyataannya dengan Malaysia hari ini, Malaysia hanya sebuah Negara consumer dan bukan producer!

Seperti yang saya aktakan di awal penulisan refleksi ini,saya merupakan penggemar barangan online,maka sedikit sebanyak sebelum melaksanakan tugasan ini saya telah pun memiliki pengetahuan dan pengalaman dalam dunia perniagaan elektronik ini yang lebih saya suka sebut perniagaan elektronik berbanding e-dagang kerana istilah e-dagang yang menyalahi hukum tatabahasa melayu.Mengapa istilah ini dikatakan salah??Ingin saya kongsikan pendapat Nik Safiah Karim dalam bukunya Bimbingan Pelajar Bahasa,istilah e-dagang ini menyalahi Peraturan Hukum DM (Diterangkan-Menerangkan) Bahasa Melayu.Ini adalah kerana inti dalam istilah ini yakni unsur yang diterangkan adalah dagang dan bukannya elektronik terlebih dahulu sebagaimana istilah bahasa inggeris.Maka yang sebetulnya istilah ini disebut dagang-e begitu juga dengan e-mel, mel-e, perbankan-e dan sebagainya. Pendapat saya sebagai seorang pengguna/pelanggan dalam dunia perdagangan elektronik ini,saya menyukainya kerana ia menjimatkan masa,tenaga dan wang kerana produk yang didapati melalui internet adalah jauh lebih murah dan pelbagai.Antara laman sesawang yang amat saya minati untuk membeli-belah adalah Forum Lowyat.Net dan blogshop-blogshop dan tidak ketinggalan di Facebook.com. Walaupun menyedari perniagaan online yang stoknya cepat habis kerana keterluasan capaian pelanggan,namun ia tetap menjadi pilihan saya kerana ternyata

memudahkan.Bayangkan saya boleh mendapatkan produk kosmetik Korea yang hanya dijual di Queensbay Mall berganda-ganda murahnya melalui online yakni di pasaran luar,sebotol BB Cream berharga RM65.00 manakala harga onlinenya hanya RM 44.00!Kos penghantaran dengan menggunakan Pos Laju hanya dikenakan caj RM5.00.Itu pun jika belian banyak,sesetengah peniaga memberikan perkhidmatan penghantaran parcel secara percuma ditambah dengan beberapa hadiah percuma lagi!. Cara transaksi pemindahan wang yang selalu menjadi pilihan saya adalah melalui cash deposit atau bank transfer di ATM sahaja kerana belum memiliki master card atau visa card.Ada juga peniaga yang menyediakan perkhidmatan tolong belikan misalnya mereka memiliki akaun di Amazon.com,Paypal,PayEasy dan sebagainya untuk mendapatkan produk-produk luar Negara dengan harga yang sememangnya lebih murah.Kerana rasa ingin tahu akan perniagaan jenis ini,saya selalu juga

menelaah laman web yang berniaga dengan pola syarikat ke syarikat yang dapat saya buat kesimpulannya di sini sangat menguntungkan.Pelbagai produk boleh

diniagakan.Yakni dalam satu laman web yang saya temui,peniaga tersebut menjual serbuk spirulina dari Filipina.Seperti yang kita tahu spirulina memang mahal harganya apabila dibotolkan menjadi suplemen.Namun saya tidak menyangka bahan mentahnya murah sahaja dan mula menyedari ruginya jika tidak mengetahui ilmu consumer ini. Melalui pengalaman ini jugalah saya mengenali terma dan istilah seperti retail price,offer price,payment method,cash deposit dan saya juga mengetahui ilmu menggunakan kemudahan seperti menyemak parcel di laman web Poslaju.com hanya dengan menaip masuk tracking number,membaca harga tukaran mata wang jika membeli produk luar Negara dan sebagainya.Namun tidak semua pengalaman membeli belah secara online saya indah-indah belaka. Saya pernah juga mengalami masalah menerima produk tiruan dari

China,masalah peniaga lambat memberikan servis hingga menunggu bermingguminggu untuk produk sampai di tangan saya dan risiko tertipu yang tinggi apabila membeli barangan terpakai dan barangan elektronik secara online.Mujur ada peniaga yang wajar diberi pujian kerana berusaha menerangkan kepada pelanggan bagaimana untuk mengesan produk palsu.Teknologi mengesan produk palsu yang dapat saya kesan adalah melalui penggunaan sticker smart di badan produk.Cara lain mengesannya adalah memeriksa manufactory date dan kilang pembuatan produk tersebut.Dan secara jujurnya saya ingin nyatakan,kaum cina lebih mengambil berat perihal keaslian produk ini berbanding orang melayu. Kesimpulannya, sejauh mana ICT membantu mempermudahkan urusan berniaga dan membeli,kekurangannya tetap mengekori.Bagi peniaga,secanggih mana sekalipun teknologi yang digunakan,andai kebolehan meramahi pelanggan,kebolehan mempromosi dan meyakinkan pelanggan itu tiada,tiada gunanya juga.Dan penipuanpenipuan ICT mutakhir ini masih lagi menemui jalan buntu bagaimana

menyelesaikannya kerana ia cukup sukar dikesan akibat pembangunannya yang pesat.Setinggi mana pun tamadun manusia,andai keruntuhan moral tidak diberi

perhatian berbanding kemajuan fizikal,inilah masalah yang akan berlaku,sekian.Terima kasih kerana sudi membaca.=)..

10.0. JADUAL PELAKSAAN PROJEK

Langkah

Jenis aktiviti/ Tindakan

Tarikh

Tandatangan

1 Menerima soalan tugasan 01.03.2013

dan membuat perancangan perlaksanaan.

2 Mencari bahan untuk rujukan 02.03.2013 di perpustakaan IPG KPP. 04.03.2013

3 Mencetak bahan untuk tujuan 05.03.2013 rujukan.

4 Membahagikan tugasan 06.03.2013

kepada ahli kumpulan

5 Mula membuat pemetaan 07.03.2013

kerja kursus

Memilih bahan rujukan yang sesuai untuk diolah menjadi bahan penulisan 09.03.2013

Mula

membuat

penulisan 11.03.2013 15.03.2012

bagi menerangkan tentang E-Dagang.

Menyemak bahan penulisan dengan pensyarah. 16.03.2013

Memperbaiki bahan penulisan.

kesilapan 17.03.2013

10 Memperbaiki isi kandungan 19.03.2013 kerja khusus.

11 Mencetak isi tugasan. 20.03.2013

12 Menghantar tugasan dengan 22.03.2013 jayanya.

11.0. BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR

: Ameelia Nazirah Bt. Mohd Shafiee Nurul Afifah binti Zainal Abidin

KUMPULAN MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING

: T3 Pengajian Melayu

SEMESTER : PISMP Sem 5

: RBT ; Perniagaan dan Keusahawanan : Puan Malar Arasi a/p Sundaram

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

T/TANGAN PENSYARAH

Membincangkan mengenai kehendak tugasan yang perlu untuk dilaksanakan Dapat mengenalpasti kehendak tugasan dan cara penulisan yang dikehendaki. .. (Puan Malar Arasi a/p Sundaram)

1/03/2013

berdasarkan tajuk yang telah diberikan.

05/03/2012

Membincangkan tentang isi kandungan bahan penulisan berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Dapat mengenalpasti tentang penyediaan yang betul dan sesuai .. (Puan Malar Arasi a/p Sundaram)

Dapat mengenal pasti isi-isi utama yang betul 16/03/2013 serta bukti-bukti kukuh Membincangkan isi yang sesuai untuk disesuaikan dengan kehendak tugasan. yang sesuai untuk kukuhkan kenyataan bagi isi-isi berkenaan. .. (Nurul Afifah binti Zainal Abidin) .. (Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee)

.. 20/03/2013 Membincangkan pembetulan yang harus dilakukan hasil daripada koloborasi Membetulkan komponen- komponen yang salah. .. (Nurul Afifah binti Zainal Abidin) (Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee)

12.0. BIBLIOGRAFI

Loo Chee Kuang. (2009). Focus Ace Spm 2009 Perdagangan. Kuala Lumpur: Pelangi Publishing Group Bhd

Zaini Nasohah et al (2004). Syariah dan Undang-undang: Satu Perbandingan Cheras :Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

Muhammad Fathi Yusof (2006). Soal Jawab Undang-Undang Kontrak Pahang:PTS Professional Publisihing Sdn Bhd.

Mohd. Shahizan Othman et.al. (2006). Pembangunan Apilikasi Web Menggunakan Active Server Pages (ASP). Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Sharifah Akmam binti Syed Zakaria (2007). Rancangan Perniagaan Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Mohd. Aizaini Maarof (2004). Teknologi Maklumat Siri II : Internet, Sistem Maklumat dan Bahasa Pengaturcaraan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Paul Timmers (2006). Perdagangan Elektronik.. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM)

13.0 LAMPIRAN

You might also like