You are on page 1of 2

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani masalah emosi murid dan kebaikan mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. Tragedi seorang murid mati akibat terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah memang menyayat hati. Kejadian ini walaupun boleh dikategorikan sebagai kes terpencil namun tidak boleh diambil mudah kerana berkait rapat dengan masalah emosi murid. Sakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kebiasaannya melibatkan mental. Oleh sebab itu, satu mekanisme mengenal pasti masalah depresi mental dari peringkat awal perlu diwujudkan oleh pihak sekolah agar dapat ditangani seawal mungkin sebelum menjadi serius. Sebagai permulaan, kaunselor di sekolah perlu memainkan peranannya supaya masalah berkaitan emosi murid ini tidak melarat sehingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Seharusnya kaunselor perlu menganjurkan program yang boleh mewujudkan kesedaran ke arah mengenal pasti punca, simptom dan kaedah menangani masalah berkaitan emosi. Manakala pentadbir sekolah dan guru kelas pula perlulah sentiasa peka dengan sebarang perubahan sikap dan tingkah laku murid. Mereka perlu mengambil tindakan segera jika terdapat tingkah laku murid yang mencurigakan malah jangan mengambil mudah sebarang ugutan atau ancaman khususnya yang dinyatakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran memperkenalkan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah pada tahun 2011 untuk menangani masalah emosi murid. Pada masa yang sama, pentadbir sekolah dan guru juga perlu memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Justeru, berikan ruang dan peluang kepada murid untuk beriadah bagi mengurangkan tekanan dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum khususnya untuk murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan, menambahkan kemahiran dan membentuk semangat berpasukan. Malah aktiviti kokurikulum juga memberi kelebihan kepada murid untuk memasuki universiti awam. Pelbagai pendekatan juga perlu difikirkan oleh pihak sekolah. Kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah amat membantu dalam menangani permasalahan emosi murid. Paling mudah, ibu bapa segera memberitahu pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka menghadapi masalah selain tidak menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah menangani masalah tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru menganjurkan Kursus Kemahiran Keibubapaan sebagai kaedah penyelesaian terbaik kepada masyarakat agar masalah emosi murid ini dapat diatasi. Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan pentadbir sekolah dan guru untuk menjadualkan aktiviti murid supaya dapat melahirkan modal insan yang holistik, bijak, sihat dan berpersonaliti unggul.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Menangani Masalah Emosi Pelajar oleh Azmy Mohamed, Utusan Malaysia, 14 Februari 2011) Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)

Berikan maksud rangkai kata berpersonaliti unggul. [2 markah]

(ii)

Berikan kebaikan-kebaikan sekiranya murid menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. [3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan murid-murid menghadapi masalah emosi?

Kemukakan tiga punca. [4 markah]

You might also like