You are on page 1of 58

BAB 1 1.0 PENGENALAN TERHADAP KAJIAN 1.

1 Pengenalan Peningkatan jumlah warga tua berumur 60 tahun dan keatas pada abad ini, turut berlaku di Malaysia. Jika diteliti, peningkatan penduduk warga tua di Malaysia ini pada abad-abad sebelumnya tidaklah berlaku sederas abad ini. Akibat dari peningkatan jumlah warga tua, maka penduduk kategori warga tua ini menjadi agenda penting bagi negara ini. Menyedari jumlah dan peratusan warga tua yang semakin bertambah dalam masyarakat Malaysia, pada tahun 2000 kerajaan malaysia telah mewujudkan sebuah dasar bagi memberi tempat atau kedudukan sosial yang baik khas untuk warga tua, terutama untuk menjaga kebajikan mereka. Melalui dasar itu, satu pelan tindakan, iaitu Dasar Warga Emas Negara telah dilaksanakan oleh kerajaan. Pelan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat,

pembuat polisi dan orang ramai tentang kesejahteraan penduduk warga tua. Maka tidak hairanlah, pelbagai pihak kini sering dilihat memberikan perhatian serius kepada usaha penyelidikan berkaitan dengan warga tua, termasuklah Malaysia, terutama mengenai implikasi penuaan penduduk, termasuk meningkatkan usaha penyelidikan ke atas implikasi peningkatan warga tua dalam masyarakat serta meneroka pendekatan alternatif untuk menjaga kebajikan warga tua, keluarga serta komuniti. Banyak juga penyelidikan dilakukan untuk menganalisis isu warga tua, terutama implikasinya ke atas pembangunan, perkhidmatan sosial, penjagaan kesihatan dan lain-lain implikasi yang berkaitan (PBB, 1987). Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran negara dan penduduk dunia mengenai implikasi penuaan penduduk, PBB telah menjadikan tahun 1999 sebagai Tahun Warga Tua. Selaras dengan kesedaran yang semakin meningkat dalam negara sedunia, perhatian ke atas isu warga tua, termasuk usaha penyelidikan menjadi semakin bertambah meluas. Namun begitu, penyelidikan mengenai warga tua boleh dikatakan masih baru di Malaysia. Penyelidikan mengenai warga tua sebenarnya agak banyak, tetapi penglibatan sarjana tempatan ke atas bidang ini masih belum cukup meluas. Ironinya, peningkatan populasi warga tua telah meningkatkan minat penyelidik ke arah memberikan tumpuan kajian ke atas warga tua. Pengaturan kehidupan warga tua di Pulau Pinang dan Kedah dilihat masih ditahap yang rendah dan kurang diberi perhatian sewajarnya oleh anak-anak, keluarga, jiran, masyarakat 1

dan kerajaan. Kebanyakan warga tua di Pulau Pinang dan Kedah dilihat masih ramai yang bekerja sendiri dengan pendapatan yang agak kecil. Rata-rata mereka terpaksa menyara diri sendiri walaupun masih tinggal bersama ahli keluarga atau anak sendiri. Berdasarkan pemerhatian, kehidupan warga tua masih lagi dalam kualiti yang rendah dimana mereka terpaksa berkerja untuk menyara kehidupan di waktu usia semakin lanjut. Mujurlah masih ada pihak majikan yang ingin menerima mereka untuk bekerja walaupuan dengan gaji yang kecil. Kebanyakan responden bekerja dalam sektor swasta. Ada juga yang bekerja sebagai peniaga, dan lain-lain. Selain itu terdapat sebilangan warga tua yang bekerja sebagai buruh upahan di sektor pembinaan. Sebilangan yang lain pula bekerja sebagai kakitangan awam dan swasta, bekerja sendiri sebagai pekedai dan mengusahakan perkhidmatan pengangkutan. Berdasarkan banci 2010 terdapat 1 561 383 orang penduduk di Pulau Pinang pada 2010 (banci penduduk, 2010) daripada jumlah tersebut terdapat seramai 159,285 orang warga tua di Pulau Pinang (jadual 1.1). Untuk mengenali warga tua perbincangan laporan ini membincangkan satu hasil kajian ke atas warga tua yang telah dilakukan pada tahun 2012. laporan ini mempunyai dua tujuan, iaitu (1) menganalisis beberapa ciri profil sosial dan ekonomi warga tua, dan (2) menganalisis pola pengaturan kehidupan mereka.

Jadual 1.1: Populasi Warga Tua Di Pulau Pinang Berdasarkan Kategori Umur.

NEGERI UMUR 60-64 65-69 70-74 75 dan keatas

PULAU PINANG POPULASI WARGA TUA 58,624 38,259 29,290 33,112

JUMLAH

159,285

Sumber: disesuaikan daripada banci penduduk 2010 1.2 Saiz dan Kadar Pertumbuhan Penduduk Tua di Malaysia Pada tahun 2010 berdasarkan banci penduduk oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, saiz penduduk Malaysia adalah seramai 28,334,135 orang. Daripada jumlah itu, saiz penduduk lelaki adalah seramai 14 562 638 orang. Manakala penduduk perempuan pula seramai 13 771 497 orang. Selain itu, daripada 28 juta lebih bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2010, jumlah warga tua sahaja adalah seramai 3 397 145. Rajah 1.2 menunjukkan kadar

pertumbuhan penduduk tahunan di Malaysia pada 1970, 1980, 1991, 2000 dan 2010. Kadar pertumbuhan penduduk menurun daripada 3.9 peratus pada 1970 kepada 2.3 peratus pada 1980. Pada 1991, ia mula meningkat kepada 2.6 peratus dan kekal pada 2000. Pada 2010, kadar pertumbuhan menurun kepada 2.0 peratus. Manakala kadar pertumbuhan penduduk tua pula seperti dalam rajah 1.3. Rajah 1.3 menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tua meningkat daripada 4.8 peratus pada 1960 kepada 5.9 pada tahun 1991. Kadar pertumbuhan ini dijangka akan terus meningkat kepada 6.1 pada tahun 2000 dan 7.3 peratus pada tahun 2020. Rajah 1.2: Saiz Penduduk Malaysia 1980-2010

Sumber: perumahan 2010 disesuaikan oleh penulis

Data banci

Rajah 1.3: Kadar Pertumbumbuhan Penduduk Malaysia 1970,1980,1990,2000, Dan 2010.

Sumber: Data banci perumahan 2010 disesuaikan oleh penulis. 1.3 Isu dan Permasalahan Kajian Pernyataan masalah penting untuk diulas dalam sesebuah kajian bagi mengetahui apakah masalah yang berlaku hingga mencetuskan keinginan pengkaji untuk menyelidiknya. Maka, tanpa penyataan masalah yang baik, sesuatu kajian akan dianggap lemah kerana gagal menunjukkan sebab atau alasan yang relevan berkaitan perkara yang hendak dikaji Dalam kajian yang dilakukan, ia mengkhusus kepada mengkaji profil sosio-ekonomi dan pengaturan kehidupan warga tua di Pulau Pinang. Analisis kajian yang dilakukan adalah melibatkan analisis profil sosio-ekonomi warga tua, pengaturan kehidupan warga tua dan perkaitan pengaturan kehidupan warga tua dengan profil sosio-ekonomi mereka termasuk pengetahuan warga tua mengenai kemudahan yang tersedia untuk mereka. Berdasarkan kesemua parameter yang diambil kira tersebut, ia membantu proses penyelidikan dan kajian dapat dilakukan dengan lebih jitu, tepat, dan mempunyai maklumat yang terperinci. Selain itu, ia juga membantu dalam memperolehi data yang berkaitan. 1.4 Objektif Kajian

Menganalisis profil sosioekonomi warga tua. Mengkaji pengaturan kehidupan warga tua. Mengkaji perkaitan antara pengaturan kehidupan dengan profil sosio-ekonomi warga tua. 1.5 Kerangka Konseptual Kerangka konseptual ialah rangka atau lakaran yang dibuat secara ringkas untuk menjelaskan perkara-perkara yang akan dilakukan dan dibincangkan dalam kajian. Dalam kerangka konseptual ini, fokus utama yang diberi perhatian adalah kendalian hidup warga tua di Pulau Pinang dari perspektif profil sosio-ekonomi dan pengaturan kehidupan. Daripada kerangka konseptual yang dibina ini, faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan input, implikasi terhadap warga tua, dan implikasi terhadap output dapat dijelaskan dan dibincangkan. Berdasarkan rajah berikut, ia menunjukkan kerangka konseptual yang telah dibina untuk kajian ini. Rajah 1.4: Kerangka konseptual kajian

Latar BelakangWarga Tua

Ekonomi

Sosial

Sumber pendapatan

Tempat tinggal

Pekerjaan

Kesihatan dan Penyakit

Bantuan / kebajikan Pengaturan kehidupan 5

Aktiviti sosial

Sumber: Diubahsuai dari Phillips (1992)

1.6 Batasan dan Masalah Kajian Dalam kajian ini batasan adalah dalam mencari responden yang sihat dan cergas supaya kajian dapat berjalan dengan lancar. Hal ini kerana ramai warga tua (responden) mengalami masalah kesihatan. Kajian lebih sukar untuk dilakukan jika responden yang ditemubual mengalami masalah pendengaran dan penglihatan yang kurang jelas. Namun pendekatan yang sesuai adalah menggunakan kaedah kualitatif kerana responden suka bercerita dan suka didekati dan barulah sanggup memberi kerjasama. Selain itu, batasan sampel (responden) juga hanya melibatkan sejumlah kecil iaitu 360 orang responden dan hanya melibatkan kawasan yang kecil iaitu di Pulau Pinang sahaja. Jumlah sampel yang kecil akan menyebabkan hasil kajian tidak luas dan menyeluruh. Batasan kajian kendalian hidup warga tua adalah respon daripada responden yang sebahagiannya enggan berkerjasama disebabkan beberapa faktor seperti sikap malu yang amat tinggi, ingin merahsiakan maklumat berkaitan, dan sikap prejudis terhadap pengkaji.

1.7 Skop Kajian Skop kajian ini adalah mengenai latar belakang sosio-ekonomi dan pengaturan kehidupan warga tua di Pulau Pinang. Maka, bagi melengkapkan kajian ini, pengkaji telah menemubual dan menjalankan soal selidik kepada 360 orang warga tua sebagai responden dinegeri ini. Selain itu, dalam kajian ini, penekanan diberi terhadap beberapa aspek meliputi latar

belakang sosial dan ekonomi yang merangkumi angkubah seperti sumber kewangan dan pekerjaan,tahap pendidikan dan tahap kesihatan serta penglibatan dalam organisasi sosial. Penekanan apek ini penting dalam usaha untuk mencapai dan mengelakkan sebarang kecuaian atau kesilapan ketika melengkapkan data.

1.8 Kepentingan Kajian Setiap kajian mempunyai tujuan dan matlamatnya tersendiri. Ia juga mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu berdasarkan skop kajian yang dibuat. Kepentingan kajian adalah penting kerana ia memberi maklumat baru dan juga boleh menjadi panduan untuk kajian berikutnya yang berkaitan. Dalam kajian ini, salah satu kepentingan yang dicapai adalah ia mampu mengetahui kendalian hidup warga tua berdasarkan pengaturan kehidupan dan perkaitannya dengan profil sosio-ekonomi termasuk pengetahuan mereka mengenai kemudahan yang tersedia untuk mereka. Selain itu, kepentingan kajian ini adalah memberikan maklumat kepada kerajaan, masyarakat dan individu dalam memberikan keprihatinan dan sokongan yang sewajarnya melalui data yang telah diperolehi. Di samping itu, kajian yang kami lakukan juga mampu memberi maklumat tambahan kepada penyelidikpenyelidik yang melakukan kajian mengenai warga tua. 1.9 Organisasi Tesis Dalam laporan kajian ini, secara keseluruhannya dibahagikan kepada enam bahagian atau bab. Bab pertama merangkumi pengenalan kepada kajian yang mana pengkaji memberi penerangan baerkaitan kajian seperti objektif kajian ini dibuat, batasan dan masalah kajian, permasalahan kajian, skop kajian, kepentingan kajian ini, rangka konseptul, organisasi tesis, metodologi yang digunakan termasuk kaedah kajian, kawasan kajian dan lokasi. Dalam bab 2 pula, pengkaji cuba memberi perkaitan atau sandaran kajian ini melalui kajian literatur iaitu, sorotan kajian terhadap pengkaji dahulu yang pernah mengkaji mengenai warga tua sama ada dalam atau luar negara. Sebelum menyorot mengenai isu-isu yang pernah dikaji pengkaji terdahulu, dalam laporan ini pengkaji cuba melihat trend penuaan didunia, negara maju, negara membangun, negara malaysia khasnya.

Dalam bab ketiga pula, adalah bahagian dapatan kajian yang membincangkan objektif pertama kajian iaitu mengkaji profil sosio-ekonomi responden. Dalam bab ini, latar belakang responden dijadikan asas kepada kajian khasnya daripada segi pengaturan kehidupan yang merupakan kesan langsung daripada latar belakang sosial dan ekonomi responden. Sosioekonomi responden yang diberi penekanan oleh pengkaji adalah seperti kewangan dan sumber pendapatan, taraf pendidikan, taraf kesihatan dan status perkahwinan. Angkubah ini penting bagi melihat kesannya kepada pengaturan kehidupan warga tua. Bab keempat pula mengenai objektif kajian yang kedua iaitu mengkaji pengaturan kehidupan warga tua di kedah dan Pulau pinang. Objektif ini cuba melihat kehidupan warga tua selepas mencapai umur persaraan secara rasmi. Dalam bahagian ini juga pengkaji cuba membuat perkaitan antara pengaturan kehidupan warga tua dengan latar belakang sosio-ekonomi

responden iaitu objektif kajian yang ketiga. Pengkaji menggunakan angkubah-angkubah seperti tempat tinggal, sama ada bersendirian, atau memilih tinggal bersama keanggotaan isi rumah yang lain, kegiatan sosial warga tua dan penyakit yang dihadapi.
Selain

itu juga kajian ini menganalisis pengaturan kehidupan warga tua, laporan ini juga cuba

untuk menganalisis tahap pengetahuan warga tua di Pulau Pinang mengenai kemudahan yang tersedia untuk mereka. Tujuannya adalah untuk membuat anggaran sama ada mereka tahu atau tidak kelebihan dan kemudahan yang telah tersedia untuk mereka yang mungkin boleh merubah pengaturan kehidupan merka yang kurang baik kepada lebih baik mahupun baik kepada lebih baik.Ini adalah kerana ada sebahagian warga tua seperti yang dibincangkan diatas pengaturan kehidupan mereka masih ditahap yang rendah.

1.10 METODOLOGI Kawasan Kajian Lokasi 8

Untuk kajian yang dilakukan ini, lokasi kajian yang telah dipilih adalah bertempat di sebuah negeri diutara Semenanjaung Malaysia iaitu Pulau Pinang. Negeri tersebut dipilih sebagai lokasi kajian kerana kesesuaian tajuk atau keadaan yang ingin dikaji. Bagi kajian ini, keseluruhan negeri Pulau Pinang terlibat. Negeri Pulau Pinang meliputi bahagian pulau iaitu daerah Timur Laut dan Barat daya serta Seberang Prai.

Gambar 3.1: peta negeri penang. 1.Kaedah di lapangan Soal Selidik Antara kaedah utama yang perlu dilakukan ketika menjalankan kajian ini adalah melakukan soal selidik. Soal selidik boleh dirujuk sebagai aktiviti mengambil data secara kuantitiatif untuk dianalisis di makmal mengguakan perisian SPSS. Untuk kaedah ini,

sebanyak 360 set soalan di edarkan kepada responden. Hal ini kerana semakin banyak responden semakin jitu dan tepat hasil kajian nanti. Oleh itu, responden perlu menjawab 9 seksen soalan A-G. Semasa aktiviti soal selidik dilakukan, setiap set borang sampel soalan tersebut akan dilabel dengan kawasan kajian, penemubual, alamat responden, dan tarikh, Ia bagi memudahkan kami untuk mengesan setiap set borang sampel soalan terutama jika berlaku sebarang kekurangan atau masalah serta analisis mengunakan SPSS juga dapat dijalankan dengan mudah dan jika ada masalah pengkaji dapat menemui semula responden tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak 360 set borang sampel telah berjaya dikumpul semula. Berdasarkan gambar berikut, pengkaji sentiasa mendampingi responden memandangkan faktor usia dan pemahaman terhadap sampel soalan tersebut. Gambar 3.2: Pengkaji membantu responden mejawab soal selidik Temu Bual Dalam kajian ini, kaedah temu bual turut digunakan bagi mengatasi kesukaran penggunaan borang soal selidik. Untuk megunakan kaedah ini, pengkaji perlu berbual dalam keadaan santai agar memudahkan proses mendapatkan data dan juga demi menjaga

keselesaan responden. Memandangkan berurusan dengan manusia mempunyai banyak kelemahan pengkaji perlu memikirkan cara terbaik bagi memudahkan soalan. Gambar 3.3: Pengkaji sedang menemuramah responden

1.11 Rumusan Bab ini telah membincangkan beberapa perkara yang asas kepada pengenalan sesuatu kajian atau penyelidikan sebelum menjurus kepada tajuk kajian pengkaji. Perbincangan berkisar mengenai objektif kajian, skop kajian, permasalahan kajian serta metodologi atau kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Semua perkara yang telah dibincangkan itu merupakan elemen penting untuk mengukuhkan dan menjadi dasar atau hala tuju kepada penyelidikan ini.

10

BAB 2 KAJIAN LITERATUR Pengenalan

Dalam bab ini, perbincangan akan lebih berkisar kepada beberapa perkara berkaitan warga tua secara umum. Perbincangan ini juga mengandungi perkara-perkara asas seperti definisi,trend penuaan penduduk dunia, trend penuaan penduduk di negara maju, trend penuaan penduduk di negara membangun, dan trend penuaan di Malaysia. Seterusnya, pengkaji juga membuat sorotan mengenai kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam dan luar negara bagi memahami dengan lebih lanjut topik yang ingin difokuskan. Penelitian pengkaji terhadap kajian terdahulu juga mendapati banyak pengkaji cuba mengaitkan isu pengaturan kehidupan warga tua yang disebabkan oleh latar belakang sosio-ekonomi warga tua itu sendiri.Hal ini kerana kekuatan sosial dan ekonomi memainkan peranan yang sangat besar dalam memberi sokongan dari segi kewangan dan sosial kepada warga tua ini.

11

Definisi Konsep Penuaan Proses penuaan merupakan fenomena yang sukar untuk dihuraikan. Hal ini demikian kerana proses penuaan merupakan proses yang mengambil masa panjang dan semua manusia pasti melalui proses ini, kecuali disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dielakkan seperti mati sebelum sempat menempuhi umur tua. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), warga tua ditakrifkan sebagai mereka yang telah meningkat usia 60 tahun ke atas (Pala, 1998). Dengan ini, sesebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk yang berumur 60 tahun ke atas melebihi tujuh peratus dari jumlah penduduknya dianggap mengalami penuaan ageing population. Selain itu, menurut Kalish (1982) pula, keadaan tua seseorang itu juga dapat dilihat melalui tahap kronologi umur yang boleh dijadikan sebagai satu unit pengukuran semasa untuk menggambarkan usia tuanya. Oleh itu, ketuaan seseorang seringkali dikaitkan dengan umur persaraan. Dalam konteks umur ekonomi, mereka yang dikategorikan sebagai golongan tua adalah individu yang telah tamat tempoh bekerja atau bersara iaitu 55 tahun dan ke atas. Usaha mendefinisikan warga tua adalah sangat luas dan berbeza kerana mencakupi pelbagai bidang. Di samping pertambahan dalam jangkaan hidup, terdapat dua faktor utama menyumbang kepada proses penuaan dan juga penduduk penurunan dalam suatu masyarakat, yang iaitu 1992).

penurunan kadar

kesuburan

kadar kematian (Chang,

Menurunnya kadar kesuburan dan meningkatnya jangkaan hayat menyebabkan terjadinya penambahan secara berterusan penduduk tua dalam masyarakat itu.

Trend Penuaan Dunia

Peningkatan penduduk warga tua ini didapati semakin meningkat di seluruh dunia sama ada di negara maju mahupun di negara membangun. (Liang et al., 1992:34). Di seluruh dunia, terdapat 376 million penduduk yang berumur 60 tahun dan ke atas pada tahun 1980 dan dianggarkan mampu mencapai 975 juta penduduk pada 2020. Malah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjelang tahun 2030, bilangan warga tua yang berusia 60 tahun

12

ke atas akan meningkat berlipat kali ganda dengan sebahagian besarnya tinggal di bandarbandar besar (Utusan Online, 8 Julai 2008). Myers (1985), Dunia sekarang ini sedang mengalami pertambahan penduduk tua yang pesat. Ia dijangka bertambah sebanyak tiga kali ganda, iaitu daripada 259 j uta dalam tahun 1980 kepada 761 juta dalam tahun 2025. Berdasarkan jangkaan ini, dalam tahun 2025, dalam setiap tujuh orang penduduk dunia, terdapat seorang warga tua yang berumur 65 tahun dan lebih. Sebelum abad ke-20, tidak ramai penduduk mana-mana masyarakat yang mencapai umur tua. Ketika jangkaan hayat penduduk masih rendah, bilangan penduduk tua adalah sedikit (Usman, 1989). Namun begitu, dengan adanya kemajuan dalam bidang perubatan, penambahbaikan ke atas aspek pemakanan dan taraf kesihatan

masyarakat, jangkaan hayat penduduk mengalami peningkatan yang jauh lebih tinggi berbanding jangkaan hayat penduduk pada masa lalu. Kesanya, penduduk yang mencapai umur 65 tahun dan lebih di seluruh dunia kini mengalami peningkatan.

Jadual 2.1: Taburan Peratusan Penduduk Berumur 65 Tahun dan Lebih Di Dunia Tahun 1950-2050

Benua

1950

1975

2000*

2025*

2050*

Afrika Amerika Latin Amerika Utara Asia Timur Asia Selatan Eropah Australia /New Zealand 13

3.5 3.4 8.1 4.7 3.4 8.7 7.5

3.1 4.0 1 0.3 5.5 3.0 12.3 7.6

3.2 4.7 12. 1 7. 8 3 .7 14.3 8.9

4.8 6.9 17.0 13 .4 6.2 1 7. 1 1 2.5

9.3 12.2 17.5 1 7. 1 1 2.2 1 7.7 1 5.4

Rusia *unjuran

6.1

8.9

12.0

1 4.3

1 6.4

Sumber: Hooyman dan Kiyak (1988). Disesuaikan oleh Penulis

Trend Penuaan Penduduk di Negara Maju Menurut satu anggaran (PBB,1982), penduduk berumur 65 tahun dan lebih di dunia pada tahun 2000, berjumlah 402.9 juta. Daripada jumlah ini, 166.0 juta terdapat di negara maju. Dalam tahun 2025 pula, penduduk tua di dunia ialah 760.6 juta, di mana 230.3 juta daripadanya terdapat di negara maju. Dari segi peratus, dalam tahun 2025 tersebut, penduduk tua negara maju hanya mencapai 28 peratus sajaha (PBB.,1982). Namun apabila ukuran dibuat menggunakan tujuh peratus sebagai aras argeing population, negara maju melebihi ngara membangun. Maka sebab itulah Hooyman dan Kiyak (1998), menyatakan dari segi peratus dalam struktur penduduknya, peratus warga tua di negara industri adalah lebih tinggi. Ini bermakna, struktur penduduk di sesetengah negara maju telah dikategorikan sebagai Argeing population sejak tahun 1950 lagi, dan mencapai struktur penduduk tua sepenuhnya sejak tahun 1975 lagi. 2.5 Trend Penuaan Penduduk di Negara Membangun Trend penuaan penduduk di negara Membangun pula dilihat mempunyai pola yang berbeza berbanding dengan negara maju, walaupun peningkatan penduduk tua merupakan fenomena sejagat. Menurut satu anggaran (PBB.,1982), penduduk berumur 65 tahun dan lebih di dunia pada tahun 2000, berjumlah 402.9 juta. Daripada jumlah ini, 236.9 juta penduduk tua berada di negara membangun. Dalam tahun 2025 pula, penduduk tua di negara membangun ialah 530.4 juta orang. Dari segi peratus, dalam tahun 2025 tersebut, negara membangun akan mempunyai 72 peratus penduduk tua, sementara hanya 28 peratus di negara maju (WHO., 1982). Walaupun negara membangun mempunyai lebih ramai penduduk tua,namun apabila di ukur menggunakan kaedah ukuran tujuh peratus, peratus warga tua di negara maju adalah lebih tinggi. Ini bermakna semua negara membangun hanya

14

mencapai umur tua keseluruhannya pada tahun 2050 berbeza dengan negara maju yang telah mencapai argeing population sejak 1950-an lagi dan sepenuhnya pada 1975 (Jadual 2.1 ). Trend Penuaan di Malaysia. Trend penuaan di Malaysia, seiring dengan trend penuaan dunia, yang menunjukkan perubahan yang signifikan dalam komposisi penduduk dunia pada abad ini (World Population Ageing 1950 2050, 2002), trend ini menunjukkan peningkatan warga tua begitu pesat terutama sekali di beberapa negara di Asia. Mengikut unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (Jadual 2.2) pada 1960 hanya 4.8 peratus populasi Malaysia yang berumur 60 ke atas. Pada tahun 2000, mereka yang berumur dalam lingkungan tersebut dijangka meningkat ke 6.1 peratus dan tahun 2020 meningkat ke 9.5 peratus. Menurut Pala (1998),bilangan warga tua di Malaysia menjadi dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun iaitu daripada 546, 000 orang pada tahun 1970 dan meningkat kepada 1 032 000 orang pada tahun 1991. Trend ini dijangkakan akan terus meningkat. Jadual 2.2: Trend Warga Tua di Malaysia antara tahun 1960-2020

Tahun

Bilangan Warga tua (000)

Peratusan

daripada Kadar pertumbuhan warga tua

jumlah penduduk (%)

1960* 1970 1980 1991 2000** 2010** 2020**

386.6 546.1 745.2 1032.3 1418.2 2076.1 3209.8

4.8 5.2 5.7 5.9 6.1 7.3 9.5

3.5 3.1 3.0 3.5 3.8 4.4

Nota: *Anggaran **Unjuran

15

Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 1998

Kandiah, (1990) juga sebelum itu meramalkan peratusan warga tua akan meningkat daripada 8.1 peratus pada 1985 kepada 9.8 peratus pada tahun 2020 (dengan mempertimbangkan umur persaraan wajib ialah 55 tahun). Pada masa yang sama, jika merujuk kepada definisi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, populasi dikatakan mengalami penuaan sekiranya golongan yang berumur 65 tahun ke atas melebihi 7.0 peratus. Maka, pada 2020, Malaysia diramal akan mencapai peringkat masyarakat tua. Hal ini menunjukkan bahawa penambahan jumlah penduduk tua adalah satu fenomena yang akan berterusan malahan, peratusannya juga akan terus meningkat setiap tahun. Perubahan trend penuaan di Malaysia ini dijangka akan menimbulkan implikasi sosial,

ekonomi dan emosi kepada warga tua. Penambahan bilangan mereka diikuti dengan peningkatan dalam penjagaan dan sokongan sosial, baik dalam sektor formal mahunpun tidak formal (Douglas, 1983). Susunan tempat tinggal, pilihan penjagaan dan perkhidmatan penjagaan amat perlu dalam memenuhi keperluan mereka yang berubah ekoran daripada peningkatan penyakit, kekurangan keupayaan fizikal dan ekonomi. Pilihan yang ada boleh mempengaruhi pengaturan kehidupan mereka. Pengaturan kehidupan warga tua mempunyai pelbagai dimensi, iaitu sosial, emosi, spiritual, fizikal dan informasi. Pengaturan kehidupan warga tua dinilai daripada sudut status sosial, kemudahan infrastruktur (jalan raya, sanitasi, perparitan, bekalan air bersih dan elektrik) dan perkhidmatan asas (pemungutan sisa buangan, penjagaan kesihatan asas dan perkhidmatan kecemasan), kadar jenayah, jenis dan tempat kediaman, pencemaran, sokongan sosial dan kesihatan (iaitu sosial, fizikal, emosi dan spiritual) yang selalunya berubah akibat daripada proses pembandaran yang berlaku dalam persekitaran mereka (Aishah@Eshah et al., 2008).

16

Sorotan karya

Sorotan kajian lepas merupakan tinjauan dan penelitian pengkaji terdahulu yang telah mengupas atau membincangkan perkara yang berkaitan dengan kajian yang bakal dilakukan. Sehubungan dengan itu, sorotan kajian lepas dapat menjana pengembangan idea pengkaji terhadap bidang pengkajiannnya. Sorotan kajian ini cuba melihat hasil kajian pengkajipengkaji lain dari peringkat global hinggalah ke peringkat lokal yang meliputi pelbagai isu. Di peringkat global, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan terhadap warga tua mengikut pelbagai perspektif bidang masing-masing di setiap negara. Martin (1989) telah menjalankan kajian berkaitan pengendalian hidup warga tua di beberapa negara iaitu di Fiji, Korea, Malaysia, dan Filipina dengan memberi tumpuan kepada sosio-ekonomi, budaya, dan juga penentu-penentu demografi. Menurut kajiannya, mempunyai pasangan atau anak-anak adalah penting dalam mengharungi kehidupan sebagai warga tua. Penentu-penentu demografi seperti jantina dan umur boleh mempengaruhi kendalian hidup warga tua. (Martin, 1989:639). Hasil kajian Martin (1989) terhadap beberapa buah negara ini juga mendapati golongan lelaki didapati lebih berminat untuk tinggal bersama anak-anak berbanding golongan wanita apabila menjadi warga tua. Seterusnya, satu kajian berkenaan sokongan sosial terhadap warga tua telah dijalankan di Wuhan, China. Kajian yang dilakukan oleh Liang et al. (1992) pada 1990 ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara sokongan sosial terhadap warga tua di kawasan luar bandar. Menurut Liang, et al. (1991), sokongan yang diberikan itu meliputi samada dari segi material dan juga emosi. Dapatan kajian ini mendapati terdapat 87% warga emas tinggal bersama keluarga sementara 12% lagi tinggal bersendirian. Warga tua di kawasan tersebut bukan hanya menerima sokongan dan bantuan tetapi sebaliknya juga banyak menghulurkan bantuan kepada yang lain. Knodel, et al. (1992) pula membuat tinjauan berkenaan sistem sokongan keluarga terhadap warga tua yang mengkhusus di Thailand. Hasil kajian beliau juga mendapati sebayak 94% warga tua di negara terbabit tinggal bersama anak mereka atau tinggal bersama keturunan yang lain selain anak mereka sendiri. Beliau berpendapat warga tua dikalangan masyarakat Thai pada masa hadapan perlu berdikari dan kurang bergantung kepada keluarga.

17

Maka, sebagai persediaan, pengumpulan harta kekayaan perlu dirancang sejak muda untuk jaminan kehidupan di hari tua mereka. Pada tahun yang sama, Kim dan Choe (1992) pula turut mengkaji isu warga tua dan perubahan peranan keluarga sebagai institusi sokongan utama tetapi lebih memfokus kepada Republik Korea. Kajian ini turut melihat bagaimana kendalian hidup warga tua di negara terbabit ketika Korea mengalami kemajuan yang pesat. Kajian juga mendapati kadar anakanak yang berkahwin adalah lebih tinggi dalam menjaga dan tinggal bersama ibu bapa mereka berbanding yang tidak berkahwin. Selain itu, sepanjang tahun 1981 hingga 1989, semakin ramai warga tua di Korea yang tinggal bersendirian. Menurut penyelidik, keadaan ini disebabkan oleh institusi keluarga sebagai sokongan kepada warga tua berubah disebabkan kepesatan transformasi sosio-ekonomi dalam dekad tersebut. Domingo dan Casterline (1992) pula mengkaji kendalian hidup warga tua di Filipina. Pengkaji cuba melihat bagaimana perubahan sosial menjejaskan hubungan antara warga tua dan generasi seterusnya. Kajian Domingo dan Casterline (1992) terhadap saiz, struktur dan komposisi isi rumah dikalangan warga tua mendapati hanya sebahagian kecil sahaja warga tua yang tinggal berseorangan manakala sebahagian besarnya tinggal bersama anak-anak, waris atau pasangan. Tambahan penyelidik lagi, warga tua yang tidak tinggal bersama anakanak tidak bermaksud mereka dipinggirkan atau disingkirkan. Hal ini kerana anak-anak atau keluarga ini masih tinggal berdekatan dan masih saling berhubung antara satu sama lain. Ertinya, hubungan kekeluargaan adalah masih kuat di Filipina. Namun begitu, pengkaji juga tetap menyuarakan keraguan sejauhmanakah hubungan yang erat dalam hubungan kekeluargaan ini dapat bertahan. Selain itu, Gore (1997) pula mengkaji mengenai masalah yang melanda golongan warga tua di India. Kajian beliau bukan sekadar melihat dari aspek sosiologi iaitu bagaimana usia boleh memberi kesan terhadap fungsi sosial malah meneliti dalam aspek bagaimana faktor-faktor sosial memberi kesan kepada proses fizikal dan sosial waga tua di dalam masyarakat tersebut. Beliau menetapkan elemen seperti umur, jantina, status perkahwinan, keadaan ekonomi, status pekerjaan, pendidikan, struktur keluarga, perbezaan lokasi, dan latar belakang sosial sebagai penentu-penentu yang perlu dititikberatkan dalam pengkajian warga tua kerana mempunyai peranan-peranan tertentu.

18

Bougaarts dan Zimmer (2002) pula telah menjalankan kajian untuk menguji kendalian hidup warga tua di 43 buah negara membangun dan membandingkan pola berdasarkan jenis jantina, wilayah, dan petunjuk-petunjuk makro peringkat perkembangan sosial ekonomi yang lain. Penyelidik telah menggunakan negara sebagai unit analisis dan data-data pula diambil

daripada survei Demografi dan Kesihatan. Hasil dapatan kajian mereka juga mendapati warga tua lebih ramai yang tinggal bersendirian berbanding dengan individu di peringkat umur yang lain. Warga tua jantina perempuan pula didapati lebih ramai yang tinggal bersendirian berbanding jantina lelaki. Selain itu, anak-anak yang tinggal bersama dengan ibu bapa mereka yang sudah tua juga menjadi satu kelaziman di negara-negara Asia namun situasi ini adalah berbeza di negara-negara Afrika. Di Malaysia pula, terdapat banyak kajian mengenai warga tua telah dijalankan dalam pelbagai disiplin mengikut kepakaran masing-masing. Yaacob Harun (1991) cuba melihat warga tua sebagai perkaitan fungsi keluarga. Dalam proses sosialisasi, warga tua masih memaainkan peranan penting sebagai pembimbing moral dan sumber untuk mendapatkan nasihat dan petua. Mereka sepatutnya menjadi tempat untuk anak cucu bermanja dan kehadiran mereka dalam keluarga juga membantu mengisi kekosongan emosi cucu mereka. Tanggung jawab ini dipikul bagi kerana keprihatianan ini dapat mengelak generasi muda dari terjerumus ke dalam gejala tidak sihat. Malah, warga tua juga menjadi simbol kontituniti keturunan budaya dalam sesebuah keluarga. Maka, menurut Yaacob Harun (1991), peranan yang dimainkan oleh warga tua sebagai datuk dan nenek ini menyebabkan fungsi keluarga akan wujud dalam satu unit yang lengkap. Lukman Z. Mohamad dan Zainol Mustafa (2000) pula, menjalankan tinjauan dan penelitian secara umum terhadap warga tua di Malaysia. Kajian ini cuba melihat secara umum kehidupan warga tua masa kini dan masalah yang dihadapi golongan ini pada masa kini. Permasalahan warga tua pada hari ini lebih mencabar sekiranya dibandingkan dengan dengan masa dahulu disebabkan proses pembangunan yang banyak berubah dan secara langsung telah mengubah entiti sosial. Seterusnya, Suhana Saad (2000) pula mengupas dengan lebih mendalam mengenai warga tua dan hubungan kekeluargaan. Pengkaji cuba untuk membincangkan bagaimana perubahan saiz keluarga boleh mempengaruhi hubungan kekeluargaan antara warga tua dengan generasi muda khususnya bagi masyarakat yang tinggal di bandar. Namun, Suhana Saad (2000) 19

mengakui bahawa proses perbandaran dan kemajuan sesebuah negara secara tidak langsung akan mempengaruhi kehidupan kekeluargaan masyarakat setempat. Namun begitu, faktor ras dan etnik juga juga didapati memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan antara generasi muda dengan generasi tua terutamanya di negara maju. Aziz Shafie, et al. (2004) pula telah menjalankan kajian berkaitan penjagaan sosial dan kesejahteraan hidup warga tua di negeri Perlis. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang keperluan-keperluan warga tua serta sumbangan yang boleh diberikan oleh warga tua terhadap masyarakat dan juga kepada warga tua itu sendiri bagi mewujudkan suasana kehidupan yang lebih sejahtera. Hasil kajian ini akhirnya mendapati bahawa tahap penjagaan sosial dan kesejahteraan warga tua di negeri Perlis adalah masih memuaskan. Kajian mengenai warga tua ini juga boleh dijalankan dengan melakukan analis berdasarkan ruangan menggunakan Geographic Information System (GIS). Usman Yaakub, Tarmiji Masron dan Fujimaki Masami (2009) telah menganalisis taburan warga tua di Semenanjung Maaysia pada 1991 dan 2000 menggunakan GIS. Analisis ruangan menggunakan GIS ini berjaya menunjukkan taburan warga tua di Semenanjung Malaysia dengan jelas. Penyelidik dapat memaparkan melalui pemetaan bahawa berlakunya ketakseimbangan populasi warga tua di antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian memaparkan bahawa warga tua didapati lebih tertumpu kepada pantai Barat Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Johor. Seterusnya, Nik Norliati Fitri Md Nor dan Usman Hj Yaakob (2010) telah membentangkan hasil kajian mengenai kendalian hidup warga tua di Pulau Langkawi yang telah dijalankan pada akhir tahun 2008. Aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah seperti jantina, struktur umur, status perkahwinan, tempat tinggal, hubungan kekeluargaan, taraf pendidikan, status kesihatan dan penyakit, sumber pendapatan, pekerjaan dan lain-lain. Selain itu, kertas kerja ini turut membincangkan cadangan beberapa langkah yang boleh dijalankan bagi membaiki taraf sosio ekonomi warga tua di Pulau Langkawi. Menurut pengkaji juga, sistem kekeluargaan Melayu masih lagi kukuh diamalkan apabila ramai warga tua yang tinggal bersama anak-anak dan menjaga kebajikan mereka berbanding kaum atau negara-negara lain seperti Jepun, Taiwan, Indonesia dan China yang mengendahkan warga tua akibat lebih mengutamakan kerjaya. 20

2.8 Rumusan

Bab ini merupakan bahagian yang penting iaitu tinjauan literatur terdahulu. Tinjauan ini adalah sangat penting bagi meningkat pemahaman terhadap tajuk pengkaji serta memberikan idea terhadap kajian yang bakal dijalankan. Pengkaji juga dapat melihat isu yang sering dibahaskan mengenai warga tua sama di peringkat global mahupun lokal terutama berkaitan kendalian hidup warga tua. Bab ini juga mengandungi maklumat umum mengenai trend-ternd penuaan didunia, negara maju, membangun dan Malaysia khasnya.

21

BAB 3 3.0 PROFIL SOSIO-EKONOMI WARGA TUA 3.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian terhadap objektif pertama. Objektif pertama adalah untuk mengkaji profil sosio-ekonomi responden yang merangkumi sumber pendapatan, pekerjaan dan taraf pendidikan responden di kawasan kajian. Selain itu, pengkaji juga ada membincangkan status penyakit dan jenis-jenis penyakit yang dihidapi oleh responden di kawasan kajian. Disebabkan kawasan kajian hanya membabitkb sebuah negeri sahaja, maka hasil dapatan kajian juga mungkin berbeza berbanding dengan kawasankawasan lain. Hal ini kerana terdapat banyak faktor yang saling berkaitan dalam mempengaruhi kendalian hidup warga tua ini. 3.2 Profil Responden Profil warga tua (responden) ditunjukkan melalui Jadual 3.1. Daripada 360 responden, warga tua lelaki berjumlah 194 orang (53.9%), manakala warga tua wanita pula 166 orang (46.1%). Jika dilihat dari segi umur, sebahagian besar warga tua berumur 60-64 tahun. Responden yang berumur antara 60-64 tahun adalah 46.1%, sementara yang berumur antara 65-69 tahun pula 27.2 %, warga tua yang berumur 70-74 adalah 16.4 %, umur 75-79 pula sebanyak 6.1% dan 80 tahun dan keatas mewakili 3.6% daripada 360 orang responden. Ini bermakna

kumpulan umur 60-64 tahun mewakili kumpulan responden paling besar manakala kumpulan umur 80 tahun dan ke atas kumpulan yang paling sedikit.

22

Jadual 3.1: Beberapa Ciri Sosio-Ekonomi Warga Tua ---------------------------------------------------------------------------------------------------Latar Belakang Jantina Lelaki Perempuan 194 166 53.9 46.1 Bilangan Peratus

Umur 60-64 65-69 70-74 75-79 80 ke atas 168 98 59 22 13 46.1 27.2 16.4 6.1 3.6

Status Perkahwinan Tidak pernah berkahwin Berkahwin Bercerai Balu/duda Duda 20 223 11 66 35 5.6 62.8 3.1 37.6 9.7

Tahap Pendidikan Tidak bersekolah Sekolah rendah Sekolah agama Menengah rendah(SRP) Menengah atas (SPM) Menengah atas (STPM) 50 174 13 43 56 4 13.9 48.3 3.6 11.9 15.6 1.1

23

Kolej/university Lain-lain

16 4

4.4 1.1

Jumlah Anak 0 0-1 2-3 4-5 Lebih 5 1 242 38 7 6 0.3 67.2 10.6 1.9 1.7

Jumlah Pendapatan Kurang RM500 RM501-RM1000 RM1001-RM1500 RM1501-RM2000 RM2000 + 42 113 23 15 19 11.7 31.4 6.4 4.2 5.0

-------------------------------------------------------------------------------------------------Jumlah Responden 360 100.0

-------------------------------------------------------------------------------------------------Sumber: kajian lapangan 2012/2013

Sebahagian besar daripada responden juga masih mempunyai pasangan (62.8%). Hampir separuh daripada responden mempunyai pendidikan secara formal pendidikan rendah sahaja iaitu sebanyak 48.3 %. Dari segi pendapatan, responden memperoleh pendapatan daripada pekerjaan sendiri, sementara ada yang lain menerima sumbangan kewangan daripada anakanak atau saudara mara dan juga bantuan bagi responden yang layak menerima bantuan. Terdapat 11.7 % responden yang memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM500 sebulan. Sebanyak 31.4 % mereka pula memperoleh pendapatan bulanan di antara RM501 RM1000. Responden yang memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM1001-RM1500

24

adalah sebanyak 6.4 %. Manakala responden yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM1501-RM2000 adalah 4.2% dan responden dengan pendapatan bulanan melebihi

RM2001 sebulan pula seramai 122 oarang atau mewakili 5.3% responden. Bagi responden yang tidak mempunyai pendapatan bulanan pula adalah memwakil seramai 148 responden dengan nilai dalam peratus ialah 41.1 %. Jumlah ini adalah tinggi kerana kebanyakan responden mengharapkan bantuan kewangan anak atau daripada institusi bantuan serta terdapat di antara mereka yang tidak berupaya untuk bekerja lagi.

Bil Kumpulan umur

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah BIL PERATUS 23.3 BIL . 84 PERATUS 23.3 BIL. 168 PERATUS 46.7

60 tahun

64 84

65 tahun

69 53

14.7

45

12.5

98

27.2

70 tahun

74 37

10.3

22

6.1

59

16.4

75 tahun

79 14

3.9

2.2

22

6.1

25

Jadua l 3.2: 5 80 tahun ke 6 atas Jumlah 194 53.9 166 46.1 360 100 1.6 7 1.9 13 3.6 kump ulan umur berda sarka n jantina

Sumber: kajian lapangan 2012/2013

3.3 Profil Sosio-Ekonomi Responden Pekerjaan dan sumber kewangan

26

Apabila membincangkan isu sosio-ekonomi warga tua, aspek kewangan merupakan satu angkubah yang sangat penting. Perbincangan mengenai pekerjaan dan sumber kewangan adalah penting untuk melihat cara golongan warga tua dalam menjalani kehidupan selepas berakhirnya dunia pekerjaan secara rasmi. Umumnya, warga tua dianggap tidak produktif lagi untuk bekerja disebabkan oleh faktor usia iaitu tahap kesihatan dan keupayaan yang semakin merosot sekaligus menurunkan produktiviti jika mereka masih lagi bekerja. Oleh itu, menjadi kelaziman bagi mana-mana negara termasuklah Malaysia menetapkan umur persaraan bagi seseorang individu yang bekerja. Contohnya bagi negara malaysia umur persaraan ditetapkan kepada 55 tahun namun, sekarang kerajaan mula meningkatkan umur persaraan kepada 60 tahun. Hal ini demikian kerana umur 55 tahun masih lagi produktif untuk bekerja dan belum dikira sebagai golongan warga tua. Oleh sebab itulah, majoriti daripada golongan warga tua ini sudah bersara secara rasminya. Namun, berdasarkan kajian ini didapati masih ramai warga tua yang bekerja selepas umur rasmi persaraan, sama ada secara kontrak mahupun bekerja sendiri atau sektor tidak formal. Walau bagaimanapun, satu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah golongan warga tua ini masih mempunyai kelebihan dan kepakaran tertentu hasil gabungan pengalaman dan kemahiran yang boleh memberikan sumbangan berharga baik diperingkat masyarakat mahupun negara. Malahan, produktiviti bagi sesetengah pekerjaan yang dilakukan oleh warga tua diakui adalah jauh lebih baik daripada hasil usaha pekerja-pekerja muda yang lazimnya masih kurang pengalaman dan kemahiran. Di kawasan kajian, status pekerjaan warga tua dalam kajian ini sama ada bekerja atau tidak didapati tidak begitu ketara dan seimbang. Secara jelasnya data menunjukkan lebih ramai responden yang masih bekerja biarpun telah melepasi umur bersara, dan ini merupakan fenomena yang berlawanan dengan apa yang telah dibincangkan di atas yang mana pada usia tua ini sepatutnya warga tua telah bersara. Buktinya, data kajian menunjukkan golongan yang tidak bekerja adalah sebanyak 48.6.0 peratus manakala yang masih bekerja pula sebanyak 51.4 peratus dengan perbezaan 2.8 peratus seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.3. Lazimnya, di luar bandar, hampir separuh warga tuanya masih menjalankan pekerjaan secara tidak formal (Warnes, 1992, 197). Meskipun, sudah mencapai usia yang sepatutnya berehat, masih ramai warga tua yang bekerja termasuklah di kawasan luar bandar seperti di kawasan kajian seperti di Balik Pulau. Jadual 3.3: Status Responden Yang Masih Bekerja Mengikut Jantina 27

STATUS PEKERJAAN JANTINA LELAKI YA TIDAK JUMLAH 100 94 194 % 27.8 26.1 53.9 PEREMPUAN 85 81 166 % 23.6 22.5 46.1 185 175 360 BILANGAN

PERATUS (%)

51.4 48.6 100

Sumber: kajian lapangan 2012/2013 umumnya, warga tua didapati bekerja sendiri atau berniaga. Antara kerja sendiri yang dilakukan seperti pertanian atau penternakan, perniagaan atau peruncitan. Pekerjaan yang dijalankan ini adalah sesuai dengan keupayaan, minat dan kemahiran yang mereka miliki. Berdasarkan kajian yang dijalankan, sektor ini (berniaga/bekerja sendiri) yang paling banyak diceburi oleh responden iaitu sebanyak 26.9% (Jadual 3.4). Seterusnya diikuti slain-lain sektor 15.6% dan sektor kerajaan sebanyak 3.6%.

Jadual 3.4: Sektor-sektor pekerjaan yang diceburi responden

SEKTOR PEKERJAAN

BILANGAN

PERATUS (%)

Berniaga/ Bekerja sendiri

97

26.9

Pekerja kerajaan

13

3.6

Pengawal keselamatan

2.5

Operator pengeluaran/ Pekerja kilang

1.9

28

Pekerja supemarket, Jurujual

.6

Lain-lain

56

15.6

Tidak bekerja

146

40.6

88

2.5

99

21

5.8

JUMLAH

360

100.0

Sumber: Kajian lapangan 2012/2013 Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati majoriti responden berpendapatan di antara RM500-RM1000 (Rajah 3.5) iaitu mewakili 31.4% jumlah responden. Selain itu, peratus kedua tertinggi dicatatkan ialah pendapatan responden yang kurang daripada RM500 iaitu sebanyak 11.7%. Manakala bagi lain-lain kategori pendapatan iaitu pendapatan melebihi RM1001 adalah sangat sedikit. Jika ditinjau berdasarkan purata pendapatan isi rumah ini bermakna majoriti responden tergolong dalam golongan miskin. Ini belum termasuk responden yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yang mana mencakupi 33.9% daripada responden. Selain itu, menurut responden, keadaan akan menjadi sulit jika mereka semakin uzur atau jatuh sakit. Pada masa ini, banyak perbelanjaan akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan, rawatan, susu dan lampin pakai buang dewasa. Peratusan terendah pula adalah bagi pendapatan diantara RM1501-RM2000 iaitu hanya sebanyak 4.2 %, dan RM2001 keatas sebanyak 5.3%. Individu yang mempunyai pendapatan ini adalah terdiri daripada pendapatan yang bersumberkan pencen dan bekerja sendiri.

29

Rajah 3.5: Jumlah Pendapatan Bulanan Responden

Petunjuk
Kurang RM500 RM 2001 ke atas RM501-RM1000 TIDAK BERKAITAN RM1001-1500 TIDA JAWAPAN RM1501-RM2000 JUMLAH

6% 16% 3% 50% 2% 3% 17% 3%

Sumber: Kajian lapangan 2012/2013

Taraf Pendidikan Apabila kita membincangkan mengenai profil sosial, antara aspek yang perlu dimasukkan adalah seperti tahap pendidikan, tahap kesihatan, dan status perkahwinan. Perbincangan mengenai profil sosial warga tua adalah penting untuk melihat bagaimanakah golongan warga tua ini meneruskan kehidupan selepas berakhirnya alam pekerjaan secara rasmi. Selain itu, profil sosial warga tua sebenarnya mempunyai saling kaitan dengan profil ekonomi mereka. Secara umumnya, profil sosial dan ekonomi bergerak seiringan dalam menentukan pengaturan kehidupan warga tua. Tahap pendidikan merupakan salah satu aspek yang memberikan kesan atau pencorak kepada pengaturan kehidupan warga tua melalui aspek ekonomi dan sosialisasi seperti hubungan dengan masyarakat. Selain itu, peningkatan tahap pendidikan dan kadar celik huruf di kalangan warga tua dikatakan mampu meningkatkan status mereka terutamanya dalam penjagaan kesihatan. Selain itu, tahap pendidikan juga dapat membantu mereka memberikan perkhidmatan yang berterusan dan menjalinkan hubungan sosial yang baik dikalangan

30

anggota masyarakat (Usman Haji Yaakob, 2001). Dari segi taraf pendidikan warga tua di kawasan kajian, didapati sebanyak 86.1 % warga tua pernah menerima pendidikan formal manakala 13.9 % responden tidak pernah bersekolah (Jadual 3.6). Dalam kalangan responden yang tidak bersekolah pula, golongan perempuan adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Ini menunjukkan rata-rata responden tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi terutamanya wanita yang sering dilihat lebih sesuai menguruskan keluarga. Namun, masih terdapat responden yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi iaitu mempunyai tahap pendidikan sehingga pendidikan menengah atas iaitu Sijil Pelajaran Menengah (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) iaitu berjumlah masingmasing 15.6 % dan 1.1%. manakala responden yang pernah melanjutkan pelajaran ke menara gading pula sebanyak 4.4%. Meskipun nilai ini adalah sangat kecil namun ia menggambarkan bahawa masih wujud kesedaran terhadap pendidikan di kalangan masyarakat setempat di Pulau Pinang.

Jadual 3.6: Tahap Pendidikan Responden

TAHAP PENDIDIKAN

BILANGAN

PERATUS (%)

Tidak bersekolah

50

13.9

Sekolah rendah

174

48.3

Sekolah agama

13

3.6

Menengah rendah (SRP)

43

11.9

Menengah atas (SPM)

56

15.6

Menengah atas (STPM)

1.1

31

Kolej / Universiti

16

4.4

Lain-lain

1.1

JUMLAH

360

100.0

Sumber: kajian lapanan 2012/2013 Status Kesihatan Responden. Warga tua juga sering dikaitkan dengan masalah kesihatan akibat proses penuaan. Menurut Helman (1994), kajian-kajian yang telah dijalankan oleh ahli sosiologi dan antropologi menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti kelas sosial, kedudukan ekonomi, peristiwa hidup dan kepercayaan serta amalan budaya boleh mempengaruhi taraf kesihatan dan taburan penyakit dalam sesebuah petempatan. Namun begitu, Kart (1977), pula berpendapat kesihatan warga tua mempunyai kaitan dengan kemerosotan sistem biologikal mereka di bawah pengaruh faktor-faktor seperti psikologikal, sosial dan cara hidup akan menentukan status kesihatan mereka (Warnes, 1992, 197). Ini bermakna status kesihatan juga mempunyai saling kaitan dengan profil sosio-ekonomi warga tua itu sendiri.. Berdasarkan kajian ini, sebanyak 173 orang responden atau 48.1% responden mengakui mempunyai masalah kesihatan sementara 163 orang atau 45.3 % lagi mendakwa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang memerlukan pemantauan dari semasa ke semasa dan selebihnya menyatakan tidak pasti (Jadual 3.7). Keadaan ini menunjukkan taraf kesihatan responden di kawasan kajian adalah agak rendah. Malah, pengkaji meramalkan peratusan bagi yang mengalami masalah kesihatan adalah lebih tinggi seperti yang dinyatakan. Hal ini kerana terdapat responden yang menyatakan bahawa beliau tidak pernah mendapat sebarang rawatan kesihatan sepanjang hidupnya. Maka, responden ini merasakan beliau tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Keadaan ini menunjukkan tahap kesedaran mengenai penjagaan kesihatan yang sangat rendah. Peralihan epidemiologi di negara ini menyebabkan bilangan warga tua meningkat yang pada masa yang sama peralihan ini turut membawa bersama-sama penyakit buatan manusia

32

akibat daripada gaya hidup, pemakanan, dan keadaan persekitaran yang tidak sihat (Aziz et al., 2004). Penyakit biasanya akan timbul apabila organ dalam sistem badan gagal berfungsi dengan sempurna sehingga akhirnya membawa kepada kelemahan anggota badan dan keuzuran (Helman, 1994). Di antara masalah kesihatan dan jenis penyakit yang sering dikaitkan dengan warga tua ialah seperti masalah gigi, deria rasa dan menghidu, masalah penglihatan dan pendengaran, osteoporosis (tulang merapuh), penyakit kencing manis, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dimentia (kenyanyukan), dan asthma (lelah). Di kawasan kajian, kebanyakan warga tua menghadapi pelbagai jenis penyakit yang memerlukan rawatan dan penjagaan yang berterusan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat sembilan penyakit utama yang dihadapi oleh responden sama ada lelaki mahupun wanita. Secara umumnya, kebanyakan responden memiliki lebih daripada satu penyakit, namun dalam kajian ini pengkaji hanya memilih penyakit responden yang paling kritikal seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.8. Secara keseluruhannya, jenis penyakit tertinggi ditunjukkan oleh masalah darah tinggi iaitu sebanyak 20%. Seterusnya, penyakit kencing manis merupakan peratusan kedua tertinggi dengan peratusan sebanyak 18.6% Sementara itu, jumlah peratusan ketiga tertinggi pula ditunjukkan bagi penyakit lelah/penat iaitu 9.2% daripada jumlah responden. Sementara itu, penyakit-penyakit lain dengan mengikut susunan peratusan tertinggi ialah rabun mata, 5.8%, sakit jantung 5.6%, masalah otot dan saraf dan lain-lain penyakit masing-masing sebanyak 2.8 %, kurang pendengaran, barah,batu karang pula sebanyak 0.8%, manakala sakit tulang belakang dan nyayuk masingmasing 0.6% dan 0.3%. Rajah 3.7: Status Penyakit Yang Memerlukan Rawatan

33

BILANGAN

PERATUS (%)

360

173

163 100 48.1 45.3 22 6.1 2 0.6 JUMLAH

ADA

TIADA

TIDAK PASTI

TIDAK MEMBERI JAWAPAN

Sumber: Kajian lapangan 2012/2013

34

Jadual 3.8: Penyakit Yang Dihidapi Responden

JENIS PENYAKIT

BILANGAN

PERATUS (%)

Lelah/penat

33

9.2

kencing manis

67

18.6

Lemah/sakit jantung

20

5.6

Rabun mata

21

5.8

Darah tinggi

72

20.0

Kurang pendengaran

0.8

Barah/kanser

0.8

Masalah otot dan saraf (artritis)

10

2.8

Tulang belakang(Spine)

0.6

Batu karang

0.8

Nyanyuk/Dementia akal/ingatan)

(kemerosotan 1

0.3

35

Lain-lain

10

2.8

88

107

29.7

99

2.2

Total

360

100.0

Sumber: kajian lapangan 2012/2013

Kebiasaannya

aspek kesihatan dan profil ekonomi responden mempunyai saling kaitan

antara satu sama lain. Warga tua yang sihat didapati mempunyai latar belakang ekonomi yang baik, begitu juga sekiranya seseorang yang mepunyai taraf ekonomi yang baik, biasanya mempunyai taraf kesihatan yang baik. Hal ini demikian kerana seseorang yang mempuyai taraf kesihatan yang baik dapat melakukan aktiviti untuk menambah sumber pendapatan bagi menampung keperluan kehidupan walaupun sudah mecapai usia tua. Manakala bagi seseorang yang mempunyai taraf ekonomi yang baik biasanya aspek kesihatan diberi keutamaan terutama dangan cara mendapatkan rawatan terbaik, makanan berkhasiat, dan sebagainya. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan diri dan keluarga mereka.

Selain itu, Warga tua sebenarnya menyedari bahawa tahap kesihatan yang semakin menurun akan menghalang mereka untuk bekerja lagi. Keadaan ini jelas ditunjukkan di kawasan luar bandar yang lebih berorientasikan aktiviti pertanian. Sebahagian besar daripada mereka akan terus bekerja dan hanya akan berhenti apabila tidak lagi mempunyai kudrat untuk melakukannya lagi (Hugo, 1992). Keadaan ini disebabkan mereka mengusahakan tanah milik mereka sendiri. Maka, tiada siapa yang dapat menghalang mereka mengerjakannya sehinggalah apabila mereka sendiri tidak lagi berkemampuan atau jatuh sakit.

36

3.4 Rumusan

Perbincangan dalam bab ini lebih tertumpu kepada analisis hasil dapatan kajian terhadap sumber pendapatan , pekerjaan, dan taraf pendidikan serta tahap kesihatan warga tua di kawasan kajian. Analisis yang dilakukan mengikut angkubah-angkubah ini penting bagi mencapai matlamat objektif kajian pertama iaitu mengkaji profil sosio-ekonommi warga tua. Sumber pendapatan dalam kajian ini merangkumi pencen, gaji, pemberian anak, bantuan kerajaan, dan sebagainya. Hal ini kerana, walaupun sudah mencapai umur rasmi pencen namun, ada sebahagian responden yang masih bekerja dalam pelbagai sektor bagi menampung perbelanjaan diri dan keluarga seperti bekerja dalam sektor swasta dengan menjadi tukang cuci, pegawai keselamatan dan lain-lain. Manakala warga tua yang menetap di kawasan kampung-kampung pula ada yang masih aktif dalam bidang pertanian dan penternakan.Dari aspek pendidikan, warga tua di kawasan kajian rata-ratanya pernah

mendapatkan pendidikan formal namun ramai yang keciciran terutama sehingga sekolah rendah sahaja, dan bagai yang mempunyai status kehidupan yang lebih baik pernah berlajar sehingga ke sekolah menegah dan universiti. Status pendidikan ini sangat memberi impak kepada pengaturan kehidupan responden khasnya. Bagi status kesihatan pula, majoriti responden mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Tahap kesihatan juga merupakan faktor utama bagi pengaturan kehidupan warga tua. Secara umumnya, kesihatan seseorang memainkan peranan penting bagi memnetukan kualiti dan kesejahteraan kehidupan bagi seseorang insan yang bernama manusia. Maka mahu tidak mahu dalam laporan ini serba sedikit perlu memasukkan mengenai tahap kesihatan warga tua di Pulau Pinang dan Kedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa taraf kesihatan warga tua di Pulau pinang dan kedah berada di tahap yang kurang baik dimana lebih daripada responden didapati mempunyai penyakit. Ada dalam kalangan mereka menghidapi penyakit yang serius seperti penyakit jantung, kanser, osteoporosis, tulang belakang, batu karang dan nyanyuk. Disamping itu, mereka menghidapi penyakit kurang serius seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, rabun mata, dan kurang pendengaran.

37

BAB 4 4.0 PENGATURAN KEHIDUPAN WARGA TUA DAN PERKAITAN DENGAN PROFIL SOSIO-EKONOMI. 4.1 Pengenalan Dalam bahagian ini perbincangan bermula dengan penerangan corak yang sedia ada dalam data kajian dan bagaimana pilihan pengaturan kehidupan berkait dengan ciri-ciri sosioekonomi warga tua. Kemudian, kajian beralih pula kepada analisis yang lebih formal yang menjurus kepada objektif kajian dalam konteks pengaturan kehidupan warga tua Pulau Pinang. Seterusnya, pengkaji ingin mengenalpasti kegiatan sosial warga tua di kawasan kajian yang menjadi angkubah penting dalam mencapai objektif kajian ini. Pengkaji ingin mengenalpasti adakah benar warga tua tidak menjalankan aktiviti sosial yang memberi faedah kepada mereka di waktu lapang berdasarkan maklumbalas yang diberikan oleh responden. 4.2 Pengaturan Kehidupan Warga Tua.

38

Tempat Tinggal Responden Secara umumnya pengaturan kehidupan dalam laporan ini juga bermaksud pilihan warga tua untuk memilih tempat tinggal, sama ada bersendirian, atau memilih tinggal bersama

keanggotaan isi rumah yang lain. Keanggotaan isi rumah bermakna orang yang tinggal serumah bersama responden semasa kajian dilakukan. Mereka ini boleh terdiri dari

pasangan, bersama pasangan dan anak yang belum berkahwin, bersama pasangan, anak yang berkahwin dan cucu, bersama saudara mara atau bersama anak atau cucu. Terdapat juga responden yang tinggal bersendirian Keanggotaan isi rumah terdiri daripada cucu dan juga ahli keluarga lain, bukannya anak-anak warga tua itu sendiri sahaja. Isi rumah warga tua terdiri daripada warga tua itu sendiri, atau pasangannya serta anak-anaknya, yang oleh sebab tertentu, tidak dapat meninggalkan keluarga asalnya, ataupun tidak mampu membentuk keluarganya sendiri, atau, terpaksa balik semula ke keluarga asalnya. Anak yang mampu berdikari meninggalkan rumah dan membentuk keluarga sendiri. Dapatan kajian (jadual 4.1)menunjukkan sebanyak 11.4 % responden tinggal bersendirian. Responden yang tinggal bersama pasangan adalah 25 %. Responden yang tinggal bersama pasangan dan anak belum berkahwin sebanyak 25.8 %. Ramai responden yang tinggal bersama pasangan, anak dan menantu 4.7 %. Responden yang tinggal bersama saudara mara juga agak ramai 0.8 %. Warga tua yang tinggal bersendirian terdiri daripada mereka yang tidak berkahwin, balu atau duda yang tinggal berjauhan daripada anak cucu. Namun begitu terdapat juga responden yang tidak berkahwin dan mereka tinggal bersama dengan saudara mara. Warga tua balu atau duda kebanyakannya tinggal bersama dengan anak atau cucu mereka.

Jadual 4.1: Tempat Tinggal Responden Berdasarkan Jantina

Tempat Tinggal

Bilangan

Lelaki

Perempuan

Jumlah (%)

Seorang diri Pasangan 39 90

41 25 45

16 45

11.4 25.0

Anak Pasangan dan anak Pasangan, anak, dan menantu Pasangan, anak dan menantu,cucu Saudara mara Jiran terdekat Lain-lain Tidak berkaitan Jumlah Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013

64 93 17 28 13 3 10 1 360

35 52 10 14 7 0 6 194

29 41 7 14 6 3 4 166

17.8 25.8 4.7 7.8 3.6 0.8 2.8 0.3 100.0

Walaupun bukan semua warga tua menghadapi masalah untuk tinggal bersama anak namun keinginan hidup yang semakin mendesak menyebabkan anak-anak mula merasa ibu bapa sebagai bebanan (Nik Norliati Fitri Md Nor dan Usman Haji Yaakob, 2010). Di Malaysia, kita dilarang menganggap warga tua sebagai bebanan. Selaras dengannya, kerajaan telah mewujudkan beberapa slogan seperti Warga Tua Teras Masyarakat, Yang Tua Dihormati dan Yang Muda Dikasihi dan lain-lain lagi untuk merapatkan jurang antara golongan muda dan golongan tua. Kegiatan Sosial Responden Aktiviti pada masa lapang dan penglibatan dalam organisasi sosial, politik dan sebagainya juga adalah penting bagi melahirkan suasana kehidupan yang selesa bagi warga tua (Aziz Shafie, et al. 2004:21). Maka, kajian ini turut melihat dan meninjau kegiatan dan aktiviti sosial yang masih dilakukan oleh warga tua. Antara empat aktiviti yang dipilih pengkaji untuk melihat aktiviti sosial yang dijalankan responden adalah berdasarkan

penglibatan dalam ceramah agama, ceramah politik, gotong royong dan mesyuarat. Penglibatan responden dilihat melalui kehadiran dalam aktiviti-aktiviti tersebut pada sebulan 40

yang lepas (ketika soalselidik dijalankan) sama ada hadir atau tidak hadir. Dapatan kajian menunjukkan warga tua masih lagi aktif dalam aktiviti sosial dimana rata-rata mereaka mengahdiri lebih daripada satu aktiviti yang dikemukakan. Secara kasarnya, peratusan responden menghadiri aktiviti yang disenaraikan adlah sebanyak, 64.7%, manakala tidak menghadiri pula sebanyak 21.1 %. Bagi jawapan untuk tidak berkaitan pula, keadaan ini disebabkan oleh masalah kesihatan atau kurang upaya responden untuk bergerak iaitu sebanyak 0.8 %. Rajah 4.2: Kehadiran Responden Dalam Aktiviti-Aktiviti Sosial
KEHADIRAN RESPONDEN DALAM AKTIVITI SOSIAL
400 350 300 250 200 150 100 50 0 Menghadiri Tidak Tidak Berkaitan Menghadiri JUMLAH BILANGAN PERATUS

Sumber: Kajian lapangan 2012/2013 Bagi ceramah agama, sebanyak 50.6% daripada responden adalah menghadiri. lagi tidak hadir. Kehadiran bagi ceramah agama menunjukkan peratusan yang paling tinggi berbanding aktiviti-aktiviti lain. Keadaan ini disebabkan kesedaran golongan warga tua terhadap agama. Masa yang terluang seharusnya diperuntukkan untuk mendalami agama untuk persediaan hari akhirat. Namun, pada masa yang sama, masih terdapat responden yang masih tidak hadir dalam aktiviti bercorak keagamaan seperti ini. Antara alasan yang sering diberikan adalah tidak mempunyai pengangkutan dan tidak tahu menahu tentang majlis tersebut. Seterusnya, bagi aktiviti mesyuarat, sebanyak 3.6 % responden adalah hadir

manakala, ceramah politik pula, daripada 360 orang responden sebanyak 1.4 % daripadanya 41

adalah menghadiri ceramah politik pada bulan sebelumnya. Penyertaan responden dalam aktiviti-aktiviti ini kurang menjadi pilihan untuk warga tua untuk menghadirinya kerana dirasakan kurang bersesuaian dengan umur mereka. Bagi mensyuarat, warga tua dilihat sudah kurang berminat dalam aktiviti pembangunan dan pembuat keputusan terutama berkaitan perkara-perkara formal. Namun begitu, bagi perkara-perkara informal, terdapat juga keputusan yang sememangnya memerlukan pandangan warga tua seperti dalam persatuan khairat kematian atau kenduri-kendara. Pengalaman yang dimiliki menyebabkan golongan warga tua ini sering dirujuk untuk mendapat nasihat dan teguran. Seterusnya, bagi aktiviti gotong-royong sebanyak 10% daripada responden

menghadiri aktiviti tersebut. Kehadiran yang ditunjukkan bagi aktiviti ini agak membanggakan. Golongan warga tua masih berminat dalam aktiviti yang menghubungkan antara masyarakat. Selain itu, dengan menyertai aktiviti gotong-royong, warga tua dapat melakukan aktiviti yang berfaedah terutama untuk kebaikan kesihatan diri mereka.

Rajah 4.3: Kegiatan Social Yang Dihadiri Oleh Responden

KEGIATAN SOSIAL

Mesyuarat 6% Ceramah Politik 2%

Gotong-Royong 15%

Ceramah Agama 77%

42

Sumber: Kajian lapangan 2012/2013 Seterusnya, dalam kajian ini, pengkaji juga ingin melihat penglibatan warga tua di dalam organisasi sosial. Responden yang terlibat di dalam organisasi sosial adalah sebanyak 66 orang manakala selebihnya iaitu sebanyak 293 orang lagi adalah tidak terlibat dan tidak berkaitan di dalam organisasi sosial (Jadual 4.4). Ini menunjukkan bahawa warga tua di kawasan kajian sudah kurang aktif, namun sebahagian kecil masih aktif berpersatuan. Responden di kawasan kajian terlibat dalam pelbagai aktiviti dan menyertai pelbagai pertubuhan yang diwujudkan. Malahan, penglibatan warga tua ini bukanlah menjadi ahli biasa semata-mata. Ada di antara mereka yang menjawat jawatan penting sebagai pengerusi, naib pengerusi, bendahari, setiausaha, dan juga ahli jawatankuasa. Ertinya, golongan warga tua ini masih dianggap menjadi orang penting di dalam masyarakat. Jadual 4.4: Penglibatan responden di dalam organisasi sosial berdasarkan jantina

Penglibatan Dalam Organisasi Sosial Jantina Lelaki Wanita Peratusan (%) Terlibat 8.9 9.4 18.3 Tidak terlibat 44.7 36.7 81.4 Tidak berkaitan 0.3 0.3 Peratusan(%) 53.9 46.1 100

Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013 Dapatan kajian menunjukkan, warga tua sudah tidak terlibat dengan organisasi sosial dimana lebih 80 % tidak lagi aktif dan hanya lebih kurang 20 % sahaja yang terlibat. Peratusan ini sangat rendah dan sebenarnya meliputi responden yang tinggal diluar bandar terutama berkaitan kemasyarakatan dan keagamaan. Terdapat beberapa organisasi sosial yang diceburi oleh responden. Organisasi sosial yang paling ramai yang diceburi adalah ahli Ahli JKK masjid seramai 18 orang (5.0%) (Jadual 4.5). Organisasi ini sangat aktif dan memainkan peranan penting dalam kariah tempat tiggal mereka. Maka, menyertai organisasi sosial seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban individu terbabit malah pada masa yang sama juga dapat menyumbang bakti kepada masyarakat. 43

Jadual 4.5: Organisasi Sosial Yang Diceburi Oleh Responden

Organisasi sosial Rukun tetangga AJK Masjid Pers. Khairat Kematian/kenduri kendara Pers. Bekas perajurit RELA Lain-lain Tidak Berkaitan Tiada jawapan Jumlah Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013

Bilangan (orang) 17 18 5 4 1 20 289 1 360

Peratus (%) 4.7 5.0 1.4 1.1 0.3 5.6 80.3 0.3 100.0

Selain itu, organisasi lain yang diceburi adalah seperti rukun tetangga, 17 orang, Ahli Persatuan khairat kematian 5 orang, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan PIBG masing-masing sebanyak 1 orang, persatuan pesara dan bekas parajurit pula masing-masing seramai 4 orang dan lain-lain pula sebanyak 20 orang (5.6 %). Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa warga tua masih lagi dapat memberikan sumbangan yang berharga kepada masyarakat setempat dan juga kepada proses pembangunan negara secara keseluruhannya walaupun hanya sebahagian kecil yang terlibat. Semangat yang ditunjukkan warga tua ini patut dicontohi oleh golongan muda agar dapat membentuk semangat jati diri. Maka, warga tua di kawasan kajian terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial dan menyertai organisasi sosial dalam mengisi masa-masa mereka yang terluang. Ini membuktikan bahawa warga tua tidak menjalankan aktiviti sosial yang memberi faedah kepada mereka di waktu lapang adalah tidak benar sekali.

44

4.3 Perkaitan Pengaturan Kehidupan Dengan Profil Sosio-Ekonomi Responden Pengaturan kehidupan merupakan aspek penting dalam kesejahteraan warga tua. Ramai penduduk di negara membangun tidak diliputi oleh skim persaraan atau KWSP. Apabila mereka mencapai umur tua, mereka mengharapkan anak-anak sebagai jaminan kehidupan. Oleh itu mereka seboleh-bolehnya ingin memiliki anak yang ramai semasa mereka muda, agar apabila mereka mencapai umur tua mereka boleh bergantung harap kepada anak-anak ini. Pendeknya sokongan keluarga adalah penting kepada warga tua di negara membangun. Salah satu bentuk warga tua boleh bergantung harap ialah melalui pengaturan kehidupan, iaitu dengan cara tinggal bersama anak-anak. Kajian yang dilakukan di Indonesia, Singapore dan Taiwan mendapati lebih 70 % warga tua tinggal sekurangkurangnya bersama dengan seorang anak dewasa (United Nations, 2002). Wan Ibrahim Wan Ahmad (1999) dalam kajiannya di negeri Kelantan mendapati masih ramai warga tua yang memilih tinggal bersama anak-anak. Beliau mendapati beberapa orang anak dewasa yang berkahwin yang tinggal serumah dengan warga tua dan bekerja di sekitar kampung,

menyatakan mereka tidak sampai hati melihat ibu bapa yang sudah tua tinggal bersendirian menyebabkan mereka memilih untuk terus tinggal bersama warga tua. Ada sebahagian yang lain memilih mendirikan rumah berhampiran, atau dalam jarak yang tidak begitu jauh

dengan rumah ibu bapa mereka. Jadi walaupun warga tua mereka tidak tinggal bersama, mereka ini masih boleh mendapat khidmat penjagaan daripada anak-anak yang berdekatan ini. Dari satu segi, kemajuan dalam bidang teknologi perubatan pula, telah meningkatkan taraf kesihatan dan seterusnya meningkatkan jangka hayat mereka. Mereka yang mencapai tahap umur tua selalunya mengalami penurunan dari segi keupayaan fizikal (seperti pendengaran, penglihatan, pergerakan dan pemikiran) dan lebih terdedah kepada penyakit terutama penyakit tamadun (misalnya jantung, kencing manis dan kanser) (Lauer & Lauer, 2002). Keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan sokongan sosial daripada orang lain terutama anak-anak. Anak-anak pula sibuk dengan pendidikan, sendiri. Tuntutan pendidikan, kerjaya dan keluarga menyebabkan sesetengah anak terpaksa berhijrah ke daerah, negeri atau negara lain. Penghijrahan mengurangkan keupayaan mereka untuk memberi penjagaan dan sokongan sosial kepada ibu bapa (Aishah@Eshah & Katiman, 2010). Ibu bapa yang telah tua tidak dapat mengikut anak yang baru memulakan kerjaya berhijrah kerana tempat tinggal mereka sempit, kos hidup tinggi dan tidak ada penjaga (Martin, 1989). Penghijrahan anak ke tempat 45

lain dan diikuti dengan penurunan keupayaan fizikal dan berpenyakit yang dihidapi oleh warga tua boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka. Bagi golongan tua yang anak mereka tidak berhijrah ke tempat lain, iaitu masih tinggal di rumah yang sama, juga tidak dapat memberi perhatian kepada ibu bapa yang telah tua. Mereka sibuk dengan tanggungjawab di tempat kerja dan keluarga sendiri. Kebanyakan anak yang bekerja baik dalam sektor awam ataupun swasta, masa kerja mereka ditetapkan dan mereka tidak boleh datang dan balik kerja sesuka hati. Majoriti tidak mampu untuk mengambil pembantu bagi menjaga ibu bapa yang telah tua. Ibu bapa yang telah tua ini terpaksa tinggal di rumah merasa sepi, tersisih secara sosial, kehilangan autonomi dan identiti diri serta mengalami masalah kewangan (Aishah@Eshah & Katiman, 2010). Warga tua merupakan isu yang semakin ketara di Malaysia. Selain itu, warga tua juga memerlukan kemudahan untuk meneruskan kehidupan. Kemudahan yang dimaksudkan termasuk kemudahan untuk bergerak seperti kenderaan persendirian, kemudahan yang mesra warga tua di tempat kediaman mereka sera bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Dalam kajiaan ini, pengakaji ingin melihat sama ada warga tua mengetahui hak mereka untuk mendapatkan kemudahan atau menilai pengetahuan mereka mengenai kemudahan yang tersedia untuk mereka. Dapatan kajian mendapati, warga tua di Pulau Pinang lebih daripada separuh mempunyai kemudahan diri sendiri seperti motosikal, kereta, kedu-duanya sekali, lori ,dan van. Dalam jadual 4.6 menunjukkan bilangan responden yang memiliki kenderaan adalah sebanyak 60.8 % atau 219 orang, dan baki tidak mempunyai kenderaan sendiri dan tidak memberikan jawapan. Daripada 219 orang responden yang memiliki kenderaan 97 orang (26.9%) memilik motosikal, manakala 89 orang memiliki kereta(24.7%), 39 orang memiliki kedua-duanya sekali dan 5 orang (1%) lagi mempunyai van. Jadual 4.6 : Status Responden Yang Memiliki Kenderaan

BILANGAN YA TIDAK 219 132

PERATUS (%) 60.8 36.7

46

88 99 JUMLAH

8 1 360

2.2 0.3 100

Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013

Rajah 4.7 Jenis Kenderaan Yang Dimiliki Oleh Responden jenis kenderaan yang dimiliki responden

MOTOSIKAL 14% JUMLAH 50%

KERETA 12%

TIDAK BERKAITAN 17%

MOTOSIKAL DAN KERETA VAN 5% 1%

99 1%

Sumber: kajian lapangan 2012/2013

Kemudahan diri sendiri ini juga berkait rapat dengan profil sosio-ekonomi responden. Hal ini demikian kerana, warga tua yang mempunyai latar belakang ekonomi yang kukuh dapat memmiliki kenderaan yang lebih baik berbanding warga tua yang mempunyai pendapatan 47

yang rendah. Seperti yang telah dibincangkan di bab tiga, rata-rata warga tua mempunyai pendapatan RM500-1000 sahaja. Ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki kenderaan yang lebih baik terutama kereta. Daripada aspek mengenai kemudahan yang disediakan untuk warga tua di tempat tinggal mereka pula, hasil kajian menunjukkan seramai 64 orang menyatakan tiada manakala seramai 253 pula menyatakan ada, reponden yang tidak pasti pula seramai 128 orang manakala

selebihnya tidak tahu dan tidak menberikan jawapan bagi soalan ini. Antara kemudahan yang dinyatakan oleh responden adalalah seperti bank, klinik, bilik air awam, pengangkutan seperti bas rapid dan teksi, dewan, dan surau serta masjid. Selain itu, dapatan menunjukkan warga tua memerlukan kemudahan seperti lift di bangunan tempat tinggal mereka, klinik, bank, pondok rehat dan rumah orang-orang tua harian. Kemudahan ditempat kediaman secara amnya juga memberi kesan kepada penaturan kehidupan warga tua dimana, dengan adanya kemudahan warag tua di tempat kediaman, warga tua dapat bergiat aktif dalam aktiviti dan organisasi sosial. Sebab itu, jika dilihat ratarata warga tua berkehendakkan kemudahan yang mesra warga tua dan ini sekurang-kurngnya dapat menjadikan kehidupan warga tua lebih bermakna sepanjang melalui usia tua mereka. Secara umumnya, objektif ini penting dimana tahap pengetahuan responden terhadap kemudahan yang tersedia secara langsung dapat merubah corak pengaturan kehidupan mereka. Melaui kemudahan seperti rumah orang tua harian warga tua dapat menjalankan aktiviti sosial dengan lebih terjamin. Mereka dapat berkongsi pengalaman dengan rakan seusia dan rutin harian mereka akan lebih tersusun, kemudahan sebegini juga dapat mengelakkan tekanan emosi dan psikologi kepada warga tua kerana di tumah orang tua harian mereka mempunyai ramai kawan dan dapat sokongan rakan-rakan.begitu juga kemudahan seperti bantuan kerusi roda untuk warga tua dapat memudahkan pergerakan mereka dan ini secara lamgsung membantu warga tua untuk bersosial dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Jadual 4.8:Pengetahuan Responden Mengenai Kemudahan Warga Tua Di Tempat Kediaman

48

BILANGAN Ada Tiada Tidak Pasti Tidak Berkaitan Tidak Menjawab Soalan JUMLAH Sumber: Kajian Lapangan 2012/2013 64 153 128 2 13 360

PERATUS (%) 17.8 42.5 35.6 0.6 3.6 100

Objektif yang ketiga ini adalah untuk membuat anggaran sama ada warga tua tahu atau tidak kelebihan dan kemudahan yang telah tersedia untuk mereka yang mungkin boleh merubah pengaturan kehidupan mereka yang kurang baik kepada lebih baik mahupun baik kepada lebih baik.Ini adalah kerana ada sebahagian wargat tua seperti yang dibincangkan diatas pengaturan kehidupan mereka masih ditahap yang rendah dimana mereka berasa tertekan dari segi emosi, kurang bahagia, rasa terkongkong, kehidupan terbatas dan kurang autonomi berbeza dengan usia muda mereka yang mana mereka berkuasa dalam hal ehwal diri mereka dan mereka sendiri mencorak pengaturan kehidupam mereka, anak-anak dan lain-lain.

contohnya, ada responden yang tidak begitu suka tinggal bersama anak-anak dalam satu warga rumah. Wan Ibrahim (1999) mendapati ada ramai warga tua yang kurang berminat untuk tinggal bersama dengan anak menantu dalam satu rumah kerana ia boleh menyebabkan warga tua boleh merasa terbeban dari segi emosi, tenaga dan material. Warga tua berkongsi tempat kediaman terpaksa turut aktif dalam penjagaan cucu, dan dalam pelbagai urusan domestik yang lain. Hal ini boleh mengganggu tahap kesejahteraan psikologi dan

kebahagiaan warga tua itu sendiri. Oleh yang demikian dapatlah dirumuskan, pemiskinan dan tinggal bersama anak-anak dan cucu mereka dalam satu rumah. Oleh sebab itu, pengkaji merasakan kepentingan kemudahan khas bagi warga tua supaya pengaturan kehidupan mereka lebih baik. Contohnya seperti kes diatas, kemudahan rumah warga tua harian amat 49

penting supaya mereka dapat berjumpa dan bergaul dengan rakan seusia tanpa tekanan daripadao orang lain seperti anak-anak dan cucu. Begitu juga kemudahan seperti masjidyang amat diperlukan oleh warga tua dalam menjalani kehidupan seharian dimana surau atatu masjid ini menjadi tempat warga tu beribadah seterusnya menjamin emosi dan psikologi mereka sentiasa dalam keadaan yang baik. Secara umumnya kemudahan yang tersedia sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pengaturan kehidupan mereka. Hasil perbualan bersama responden berkenaan punca ketidakbahagiaan dalam kehidupan mereka, adalah disebabkan tiadanya keprihatinan anak-anak terhadap mereka dan tiada waris bagi responden yang bujang yang mampu menghiburkan usia tua mereka.

4.4 Rumusan Bab ini telah membincangkan analisis hasil dapatan kajian terhadap objektif kedua dan ketiga kajian ini. Perbincangan adalah mencakupi status sosio-ekonomi terhadap

kehidupan warga tua, hubungan kekeluargaan dan kegiatan sosial yang dilibatkan oleh responden. Dalam bab in penting bagi pengkaji memberi penekanan terhadap pengaturan kehidupan warga tua, seperti kebahagiaan di tempat tinggal, corak dalam aktiviti sosial, keadaan kesihatan warga tua dan sebagainya termasuk daripada segi hubungan kekeluargaan. Contohya, ada yang mempunyai hubungan yang sangat baik dan ada juga yang mengakui mempunyai masalah dalam hubungan kekeluargaan mereka. Responden mendakwa masalah yang menyebabkan hubungan kekeluargaan yang tidak baik ini disebabkan oleh masalah harta dan juga sikap atau karenah ahli keluarga mereka sendiri. Dari segi kegiatan sosial pula, responden didapati masih terlibat dalam kegiatan masyarakat walaupun bukan semua yang terlibat. Bagi mencapai objektif ketiga ini iaitu mengkaji perkaitan pengaturan kehidupan dengan profil sosio-ekonomi warga tua, pengkaji dengan jelas memberikan bukti dimana, pengaturan kehidupan sangat bergantung kepada latar belakang responden tersebut. Contohnya, responden yang tidak mempunyai kewangan kukuh mempunyai anak yang ramai untuk bergantung harap, begitu juga status kesihatan yang mana mencorakkan kehidupan warga tua dengan memrlukan sokongan sosiaalterutams darpada anak-anak. Selain itu, wargat tua memerlukan kemudahan unutk bergerak dan kemudahan ditempat kediaman dimana ianya perlu unutk mereka melakukan aktiviti sosial mereaka.

50

BAB 5 5.0 RUMUSAN, CADANGAN, SUMBANGAN KAJIAN DAN PENUTUP 5.1 Pengenalan Pengaturan kehidupan warga tua sangat dipengaruhi oleh profil sosio-ekonomi warga tua. Pengaturan kehidupan yang tidak terurus selalunya wujud apabila kemampuan fizikal dan ekonomi mula menurun. Ekonomi menurun bermaksud apabila seseorang mencapai usia tua, daya produktiviti tidak lagi berkembang dan mula pencen secara rasmi kerana tiada keupayaan tersebut. Apabila seseorang tidak bekerja bukan sahaja tidak ada pendapatan tetapi pada masa yang sama kehilangan kawan-kawan. Mereka memerlukan bantuan anak-anak atau orang lain dalam mengurus kehidupan harian. Mereka mula menilai diri dalam hubungan dengan orang lain. Warga tua sentiasa merasa diri mereka tersisih, terabai, terbeban dan kehilangan autonomi. Mereka tidak lagi berkuasa dalam membuat kebanyakan keputusan tentang diri mereka. Orang lain banyak membuat keputusan untuk mereka. Mereka juga terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam hidup, baik dari segi perubahan fizikal, sosial mahupun ekonomi. Ada juga dalam kalangan mereka yang merasa diri terdera. Bagi warga tua yang tidak mempunyai anak dan kaum keluarga lain, mereka terpaksa hidup bersendirian mengharap bantuan jiran tetangga dan pihak kerajaan. 5.2 Penemuan Kajian Warga tua merupakan satu kategori penduduk yang sedang bertambah di semua negara. Sehubungan itu laporan kajian ini ini secara umumnya cuba menganalisis keadaan kehidupan warga tua dalam di Pulau Pinang. Sejumlah 360 warga tua berumur 60 tahun dan lebih dipilih sebagai responden. Berasaskan data yang dikumpulkan melalui soal selidik dan temu bual bersemuka, laporan ini membincangkan beberapa ciri sosio-ekonomi warga tua di Pulau Pinang dan menghuraikan pola pengaturan kehidupan mereka. Laporan ini menunjukkan kebanyakan warga tua mempunyai pendidikan formal namun terhad di peringkat rendah sahaja. Hampir keseluruhan mereka berpendapatan rendah dengan pendapatan RM501-RM1000. Hasil kajian juga menunjukkan walaupun berlaku pembangunan pesat di kawasan kajian, kebanyakan warga dengan

51

tua masih bertempat tinggal dalam keluarga luas bersama pasangan, anak dan cucu. Keadaan ini selaras dengan keinginan mereka bahawa punca ketidakbahagiaan dalam kehidupan sebahagian mereka adalah disebabkan tiadanya keprihatinan anak-anak terhadap mereka dan tiada waris bagi warga tua bujang. Terdapat beberapa penemuan yang diperolehi berdasarkan kajian mengenai kendalian hidup warga tua ini. Penemuan melibatkan, jantina, struktur umur, status perkahwinan, tempat tinggal, hubungan kekeluargaan, taraf pendidikan, status kesihatan dan penyakit, sumber pendapatan, pekerjaan aktiviti sosial dan lain-lain lagi. Golongan warga tua yang bekerja adalah lebih ramai dengan peratusan sebanyak 51.4 % manakala yang tidak bekerja adalah sebanyak 48.6 %. Dapatan kajian menunjukkan bilangan perempuan yang bekerja meebihi lelaki yang tidak bekerja yang tidak bekerja Bagi pendapatan bulanan pula, 11.7 peratus responden berpendapatan kurang daripada RM500, manakala 33.4 peratus lagi adalah dalam lingkungan RM501 hingga RM1000. Sedikit sekali adalah pendapatan yang lebih tinggi dimana pendapatan bulanan diantara Rm1001-RM1500 adalah sebanyak 6.4 %, manakala RM1501-RM2000 adalah 4.2 % dan RM2001 ke atas ialah 5.0 %amun, peratusan lebih besar adalah warga tua yang tidak

mempunyai pendapatan bulanan iaitu sebanyak 33.9% . Berdasarkan tahap pendidikan pula, 13.9% tidak bersekolah, 48.3 peratus bersekolah

rendah, 3.6% bersekolah agama, bersekolah menengah rendah (SRP) 11.9 %, menengah atas (SPM) 15.6 % manakala menengah atas (STPM) sebanyak 1.1 % Berdasarkan tahap kesihatan, 48.1% responden mengakui mempunyai masalah kesihatan sementara 45.3% lagi mendakwa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang memerlukan pemantauan dari semasa ke semasa. Sementara 5.1% lagi tidak pasti. Maka, ini menunjukkan taraf kesihatan responden warga tua di kawasan adalah diparas dan sederhana dan mempunyai tahap kesedaran yang rendah terhadap penjagaan kesihatan. Bagi jenis penyakit pula, 20% mendakwa mengalami darah tinggi dan kencing manis 18.6 %. Bagi lain-lain penyakit pula, 9.2% daripada responden mempunyai penyakit lelah/penat, rabun mata, 5.8%, sakit jantung 5.6%, masalah otot dan saraf dan lain-lain penyakit masing-masing sebanyak 2.8 %, kurang pendengaran, barah,batu karang pula 52

sebanyak 0.8%, manakala sakit tulang belakang dan nyayuk masing-masing 0.6% dan 0.3%. Pengkaji juga mendapati terdapatnya pemisahan tempat tinggal yang ketara antara warga tua dengan anak-anak dewasa khususnya. Di kawasan kajian, sebanyak 11.4 % responden adalah tinggal bersendirian, sementara yang tinggal bersama pasangan sebanyak 25% anak-anak terutama anak yang belum berkahwin pula adalah sebanyak 17.8% dan pasangan dan anak pula sebanyak 25.8% . Bagi beberapa ketegori yang lain, kesemuanya dibawah 10% terutama bagi yang tiggal bersama anak-anak yang sudah berkeluarga.

Dalam aktiviti sosial pula, kehadiran sebanyak 77% peratus ditunjukkan dalam ceramah agama, 15% peratus dalam gotong-royong, 6% mesyuarat, sementara 2% lagi pernah menghadiri ceramah politik pada bulan sebelumnya. Responden yang terlibat di dalam organisasi sosial adalah sebanyak 13.8% manakala selebihnya iaitu sebanyak 81.4% lagi adalah tidak terlibat dalam organisasi sosial. Ini menunjukkan bahawa warga tua di kawasan kajian berasa pada usa tua mereka sudah tidak sesuai untuk berpersatuan. Organisasi sosial yang diceburi dan paling digemari ialah Ahli Jawatankuasa masjid iaitu sebanyak 5%. Selain itu warga tua juga aktif dalam rukun tetangga dengan peratusan penyertaan sebanyak 4.7%. Mankala Persatuan Khairat Kematian sebanyak 1.4%, dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) sebanyak 1.1% dan selebihnya adalah Persatuan Bekas Perajurit iaitu sebanyak 0.3%. 60.8% darpada responden mempunyai kenderaan sendiri manakala selebihnya tidak memiliki sebarang kenderaan. Antara kenderaan yang dimiliki oleh responden seperti motosikal (26.9%). Kereta (24.7%), motosikal dan kereta (10.8%) dan van (1.4%). Tahap pengetahuan responden mengenai kemudahan warga tua ditempat tinggal mereka adalah baik dimana, hampir semua responden memberikan jawapan ada (17.8%) dan tidak (43.5%), manakala selebihnya tidak pasti (35.6%).

53

5.3 Cadangan Setelah menghasilkan kajian ini, pengkaji melihat terdapat pelbagai masalah yang wujud di dalam pengendalian hidup warga tua. Justeru pengkaji akan mencadangkan beberapa strategi yang pengkaji rasa boleh diguna pakai bagi membantu dan memperbaiki pengaturan kehidupan warga tua. Dari segi masalah kewangan pengkaji merasakan pihak berwajib perlu memainkan peranan yang baik dimana memastikan bantuan untuk warga tua sampai ke tangan yang berhak. Contohnya, ramai responden mendakwa susah untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disamping pengagihan yang tidak adil. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu lebih komited dalam menjaga kebajikan warga tua seperti menyediakan modal untuk perniagaan dan membuka ruang pekerjaan yang sesuai untuk warga tua. Hal ini kerana

pembiayaam daripada kerajaan atau swasta dalam aspek kewangan juga boleh membantu program penjagaan sosial warga tua. Disamping itu, pelaksanaan umur pencen yang baru daripada 56 tahun kepada 60 tahun amat bertepatan jika dilaksanankan sekarang.. Dalam segi kesihatan pula, pngkaji melihat tahap kesedaran dan pengetahuan yang rendah membabitkan kesihatan diri warga tua. Oleh itu, pendedahan yang sewajarnya perlulah dilakukan bagi mengatasi perkara ini.diusia ini, warga tua sangat memerlukan perhatian daripada segi kesihatan, oleh itu, mutu perkhidmatan kesihatan oleh kementerian kesihatan perlu ditingkatkan. Klinik kesihatan seperti klinik 1Malaysia perlu diperbanyak dan diperluaskan fungsinya terutama untuk rawatan pesakit warga tua. Bagi mengelakkan masalah yang berlaku berkaitan warga tua seperti masalah pengabaian dan tekanan emosi, semua pihak perlu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap aspek penjagaan warga tua. Kempen seperti Warga tua teras masyarakat dan yang tua di hormati yang muda di sayangi perlulah menyeluruh agar semua pihak mendapat kesan yang positif daripada kempen tersebut. Selain itu, langkah perundangan juga peru di wujudkan mengelak pengabaian terhadap warga tua. Dari segi sosial pula, pelbagai kemudahan perlu disediakan oleh pihak kerajaan tempataan dimana kemudahan-kemudahan ditempat kediaman, kemudahan bergerak dan lain-lain mampu membawa perubahan kepada pengaturan kehidupan warga tua. Dengan adanya kemudahan seperti rumah jagaan harian warga tua yang berfungsi ketika anak-anak pergi bekerja sekuran-

54

kurangnya, warga tua tidak sunyi dan mempunyai kawan untuk berbual. Ini menjadikan warga tua lebih sejahtera dan bersosialisasi. 5.4 Sumbangan Kajian Terhadap Disiplin ilmu Kajian ini melihat secara terperinci mengenai profil sosial dan pengaturan kehidupan warga tua selepas umur persaraan rasmi. Kajian menggunakan kaedah borang soal selidik dan temu bual bersemuka. Hasil kajian ini boleh memberi input yang berguna kepada pengkaji, kerajaan, masyarakat dan penggubal dasar dengan mengambil kira semua aspek berkaitan warga tua untuk merencana sesuatu perkara. Contohnya pengubal dasar yang ingin mengubal dasar baru bagi penduduk malaysia perlu memasukkan elemen warga tua agar dasar yang digubal mampu memberikan impak holistik kepada semua. Selain itu, bagi disiplin keilmuan, diharap kajian ini mampu memberikan panduan dalam melaksanakan kajian mengenai warga tua disamping menjadi sebahagian ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam menyelidiki pengaturan kehidupan warga tua khususnya. Dalam menjayakan sesebuah penyelidikkan seharusnya semua elemen perlu diperhatikan dan diambil kira agar hasil daripada kajian tersebut tepat dan jitu.

BIBLIOGRAFI Aziz Shafie, et al. (2004). Penjagaan Sosial dan Kesejahteraan Hidup Warga Tua di Negeri Perlis. Jurnal Kerja Sosial Malaysia. 3-28. Aishah@Eshah Haji Mohamed, Katiman Rostam, Abd. Rahim Md Nor, Zaini Sukaimi (2008) Kualiti hidup warga tua di pinggir bandar: Kes Selangor. Kertas kerja yang dibentangkan dalam International Conference On Social, Development And Environmental Studies: Global Change and Transforming Spaces, organised by Centre for Social, Development & Environment, Faculty of Social Science and humanities, UKM. 18 19 November. Bougaarts, J. dan Zimmer, Z. (2002). Living Arrangement of Older Adults in the Developing World: an Analysis of Demographic and Health Survey Household Surveys. Journal of Gerontology, 57B(3):145-157.

55

Brown J.W. et al. (2002). Transitions in Living Arrangements among Elders in Japan:Does Health Make a Difference? Journal of Gerontology, 57B,(4):209-220. Chang, T.P. (1992). Implications of Changing Family Structures on Old-age Support in the ESCAP Region. Asia-Pacific Population Journal, 7(2):49-65. Domingo, L.J. dan Casterline, J.B. (1992). Living Arrangements of the Filipino Elderly. Asia Pasific Development Journal, 7(3):63-87. Douglass RL (1983) Domestic neglect and abuse of the elderly: Implications for research. Relations 32 (3), 395-402 Gore, M.S. (1997). Studying Problems of Aging. Sociological Bulletin, 46(1):41-51. Helman, C.G. (1994). Budaya, Kesihatan dan Penyakit. (Terj.) Hashim Awang A.R. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jabatan Perangkaan Malaysia. (1991). Siri Masa Perangkaan Penting, Semenanjung Malaysia 1911-1985. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia. (1998). Laporan Perangkaan Penting Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia. Kalish, R.A. (1982). Late Adulthood: Perspective on Human Development. Second Edition. California: Brooks Publishing Company. Kandiah, M. (1990). Ketuaan dan Kesejahteraan Warga Tua. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 12 (2):1-5. Kim, I.K. dan Choe, E.H. (1992). Support Exchange Patterns of the Elderly in the Republic of Korea. Asia-Pasific Population Journal, 7(3):89-104. Knodel, J. et al. (1992). The Familial Support System of Thai Elderly: an Overview. Pasific Population Journal, 7(3):105-125. AsiaKuala

56

Lauer RH, Lauer JC (2002) Social problems and the quality of life. 8th ed. McGraw Hill, Boston. Liang, J. et al. (1992). Social Support among The Aged in Wuhan, China. Asia-Pasific Population Journal 7(3):33-61 Lukman Z. Mohamad dan Zainol Mustafa. (2000). Warga Tua; Satu Penelitian Umum. Dlm Abdul Aziz Jemain, et al, (ed). Warga Tua: Isu dan Fenomena. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Martin, L.G. (1989). Living Arrangement of The Elderly in Fiji, Korea, Malaysia and The Philiphines. Demography 26 (4): 627-643. Nik Norliati Fitri Md Nor dan Usman Haji Yaakob. (2010). Aspek Kendalian Hidup Warga Tua: Kajian Kes di Pulau Langkawi. Dlm. Pembangunan, Sosial dan Persekitaran: Ke arah Kesejahteraan Hidup Masyarakat Malaysia. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ke-3, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran,Universiti Kebangsaan Malaysia 20-21 Julai 2010. Pala, J. (1998). Warga Tua dan Penuaan Penduduk di Malaysia. Siri Monograf Banci Penduduk No 4. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. (1987). Population aging: Review of emerging issues.

Asian population studies series No. 80. Bangkok: Economic and Social Commission for Asia and the Pacific Phillips, D.R. (1992). Hong Kong: Demographic and Epidemiological Change and Social Care for Elderly. Dlm. Phillips, D.R. (ed). Ageing in East and South-east Asia. Great Britain: Edward Arnold. Suhana Saad (2000). Warga Tua Dalam Hubungan Kekeluargaan. Dlm. Abdul Aziz Jemain, et al; (ed). Warga Tua: Isu dan Fenomena. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. United Nations (2002) World population ageing 1950 - 2020.

57

Usman Haji Yaakob. (1989). Prinsip kajian kependudukan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Usman Haji Yaakob. (2001). Peranan Keluarga dalam Penjagaan Warga Tua di Malaysia. dalam Abdul Aziz Jemain, et al; (ed). Jaminan Sosial warga Tua. Petaling Jaya: Prentice Hall. Usman Hj. Yaakob, Tarmizi Masron and Fujimaki Masami, (2009) Spatial Distribution of Senior Citizen in Peninsular Malaysia 1991 and 2000. The Journal of Ritsumeikan Geographical Society, 21, 59-68. Wan Ibrahim Wan Ahmad. (1999). Hubungan sosial, sokongan dan kesejahteraan warga tua di pedesaan negeri Kelantan. Tesis Ph.D, Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Warnes, A. (1992). Population ageing in Thailand: personal and service implications. Dlm. David R. Phillips Ageing in East and Southeast Asia, Great Britain: A Division of Hodder & Stoughton. Yaakob Harun. (1991). The Malay Urban Family: an Analysis of Change, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

58

You might also like