You are on page 1of 28

ASAS GRAFIK

Ahli kumpulan:
1. 2. 3. 4. 5. Mohd Mustaqim Dalila Diyana Nornadiah Nur Asyiqin Nur Nazihah

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

GARISAN

WARNA
RUPA

ASAS GRAFIK

JALINAN

BENTUK

RUANG

Mengapa perlu tahu asas grafik?


1. Menarik minat murid. 2. Penyediaan media pengajaran yang lebih berkesan dan menarik. 3. Dapat menghasilkan pelbagai jenis media pengajaran. 4. Mesej dapat disampaikan dengan jelas.

GARISAN
1. Garisan ialah kesan titik yang bergerak.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan satu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan. 3. Terdapat pada alam dan benda buatan manusia. 4. Garisan juga dapat menimbulkan rupa. Apabila penghujung sesuatu garisan bertemu dengan titik permulaannya atau pertemuan antara titik awal dan akhir.

Contoh garisan

5. Garisan menghasilkan bentuk. Garisan luar sesuatu objek dan boleh menghasilkan bentuk ilusi dan bentuk konkrit. 6. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang (ton). Garisan dapat menggambarkan struktur objek melalui ilusi cahaya dan pembayangan. Garisan yang rapat dapat mengahsilakn ton gelap, garisan yang jarang menimbulkan ton cerah. 7. Garisan mewujudkan ruang. Ia mewujudkan ruang apabila kita menggunakan garisan yang berlainan saiz, jarak dan intensiti. Garisan bersaiz besar menunjukkan ruang yang dekat dan begitu juga sebaliknya.

8. Garisan menghasilkan jalinan. Kesan-kesan garisan pada permukaan menghasilkan jalinan. kesan garisan memberikan sifat sesuatu objek samaada mempunyai jalinan halus, kasar atau berduri dan boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik seperti pualaman, renjisan, titikan dan sebagainya.

Penggunaan pelbagai jenis garisan dalam lukisan )

RUPA
1. Hasil pertemuan penghujung sesuatu garisan. 2.Merujuk kepada suatu kawasan yang berbeza daripada ruang disekelilingnya. 3. Bersifat 2 dimensi. 4.Dapat dibezakan melalui nilai warna dan jalinan. 5.Mempunyai permukaan yang rata. 6.Wujud secara ilusi. 7. Dapat dilihat secara positif dan negatif.

Contoh rupa rata dan dua dimensi (2D)

Contoh rupa ilusi

Contoh rupa positif dan negatif

BENTUK
1. Bentuk mempunyai lebih dari satu permukaan datar. 2. Mempunyai struktur jisim dan isipadu. 3. Berubah mengikut arah pandangannya iaitu dapat dilihat daripada pelbagai sudut pandangan seperti bentuk alam, bentuk buatan manusai dan karya arca. 4. Terdapat dua jenis bentuk : Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa disentuh dan dilihat dari pelbagai sudut. Bentuk ilusi terdapat pada imej yang berbentuk 2 dimensi. Bentuk ini dapat ditimbulkan melalui unsur, prinsip dan struktur seni. Bentuk ini akan menampakkan imej seperti keadaan asal.

Contoh bentuk 3D

RUANG
1. Ruang ialah sesuatu yang boleh diukur diantara imej-imej yang telah ditetapkan. 2. Ruang merupakan jarak yang terletak diantara objek. 3. Objek yang berada dihadapan lebih besar dan jelas dibandingkan dengan objek yang sama saiz tetapi berada di kedudukan yang belakang. 4. Nilai warna di belakang lebih pudar berbanding dengan ruang di hadapan. 5. Ruang dan perspektif saling berkaitan. 6. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila kita melihat objek tersebut dari jauh dan perubahan ini dipanggil perspektif.

Penggunaan ruang dalam catan

JALINAN
1. Sifat yang terdapat permukaan sesuatu objek yang boleh dirasai dan disentuh. 2. Sifat-sifat tersebut memberi ciri-ciri tertentu kepada sesuatu permukaan. 3. Jenis-jenis jalinan : Jalinan sentuh kesan permukaan yang dapat dirasai melalui deri sentuhan. ( tayar kereta) Jalinan tampak - kesan permukaan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai secara sentuhan. Boleh juga dilihat secara ilusi. ( corak marmar dan kulit tembikai)

Contoh jalinan yang diterapkan dalam karya catan

WARNA
1. Warna ialah tindak balas cahaya ke atas pemukaan. 2. Warna terdiri daripada warna asas , warna sekunder, warna tertier dan warna natural. 3. Nilai kecerahan dan kegelapan sesuatu warna dikenali sebagai ton warna. 4. Fungsi warna ialah untuk menimbulkan bentuk dan ruang, menimbulkan jalinan dan menimbulkan rupa.

RODA WARNA
Warna Primer: merah, kuning, biru
Warna Sekunder: warna dari campuran dua warna primer yang berdekatan dalam roda warna

Warna Tertier: warna dari campuran dua warna sekunder dan warna primer yang saling berdekatan

Temperatur Warna: warna dingin, warna hangat, dan warna netral.

Penggunaan warna penting untuk penghasilan karya yang realistik

Beberapa tip untuk mengkombinasikan warna dalam PowerPoint :


1. Ada dua skema yang biasa digunakan untuk menentukan warna rekaan persembahan,iaitu: latar belakang warna gelap dengan teks atau gambar berwarna terang; atau latar belakang terang dengan teks atau gambar berwarna gelap. 2. Gunakan tiga hingga empat warna asas saja. Jangan menggunakan terlalu banyak warna, kerana akan menyukarkan penonton untuk memfokuskan perhatian. Warna-warna lainnya dapat divariasikan dari warna-warna asas tersebut. 3. Gunakan kombinasi warna yang konsisten untuk semua slide.

Contoh

Latar belakang terang dengan teks atau gambar berwarna gelap.

Latar belakang warna gelap dengan teks atau gambar berwarna terang

Contoh

Faktor pemilihan warna penting bagi menyampaikan mesej

Kesimpulan
Pengetahuan mengenai asas grafik seperti garisan, rupa, bentuk, ruang, warna dan jalinan dapat membantu guru menghasilkan pelbagai media yang berkesan serta dapat menarik minat murid.

Tamat

You might also like