You are on page 1of 1

Nahu Tradisional Teori nahu tradisional ini dipelopori oleh Panini yang berasal dari India.

. Menurut teori ini, bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.ia juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada nahu terjemahan. Teori Tradisional (PANINI) Kajian ahli-ahli bahasa tradisional mempunyai ciri-ciri yang berikut: A. kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan. B. Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsurunsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat. C. kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contohcontoh. D. Menganggap bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri- ciri sejagat (seperti logik, falsafah dan sebagainya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa semua bahasa di dunia merupakan variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, menurut mereka semua bahasa dapat dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama. Teori Tradisional oleh Panini (Ahli tokoh fonetik india) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan Semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Semua penutur diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.

You might also like