You are on page 1of 1

Sejarah Malaysia Sejarah Malaysia bermula sejak berabad lamanya.

Bzanya jika dahulu Malaysia dikenali sebagai Tanah melayu kerana penduduk pribumi adalah berbangsa melayu. Selepas penjajahan berlaku, segalanya telah berubah. Dengan kemasukan migrasi daripada negara China dan negara India, populasi di tanah melayu berubah dengan kaum pribumi iaitu Melayu tidak lagi menjadi bangsa dominan sebaliknya bangsa di tanah melyu dipecahkan kepada 3 kumpulan besar iaitu melayu, cina dan india disamping peribumi sabah dan sarawak. Sebagai sebuah negara yang dilabelkan sebagai negara haterogeneous iaitu negara berbilang kaum, Malaysia ternyata unggul didalam menjaga aspek kesepaduan dalam kepelbagaian. Berbanding negara lain, Malaysia adalah peneraju negara paling aman dikalangan negara Haterogeneous didunia seperti Australia dan Singapura. Kesepaduan didalam Kepelbagaian Hubungan etnik dimalaysia ada turun naiknya walaupun diiktiraf sebagai negara ke 19 paling aman didunia. Hubungan etnik di Malaysia telah melalui 3 era besar yang telah mematangkan dan menyemai sikap toleransi dikalangan rakyat majmuk di Malaysia. Era konflik pada tahun 1945 sehingga 1960, EraStabil tetapi Tegang pada tahun 1960 sehingga 1970 dan yang terakhir ialah era kesepaduan sosial bermula pada tahun 1971 sehingga kini. Berdasarkan ketiga tiga era ini, dapat dirumuskan bahawa proses intgegrasi didalam kesepaduan didalam kepelbagaian dilihat mengalami proses kematangan. Peristiwa berdarah Dalam mengecapi kemakmuran didalam kepsepaduan dalam kepelbagaian, pelbagai perkara yang telah berlaku. Antaranya ialah peristiwa 13 Mei 1969 yang mencetuskan dimensi semangat kesepaduan yang baru dan berbeza dikalangan rakyat Malaysia. Peristiwa ini telah menyebabkan banyak harta dan nyawa menjadi korban. Ketidakpuasan hati terhadap ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dikatakan menjadi faktor penting didalam pencetusan rusuhan ini. Kesannya, hanyalah kemusnahan, kematian dan gangguan didalam menjalani kehidupan. Ekonomi juga lumpuh apabila kedai ditutup. Peristiwa ini perlu dielakkan dimasa hadapan kerana ternyata peristiwa berdarah ini merugikan semua pihak di Malaysia. Kesimpulan Sebagai penduduk dinegara haterogenous seperti Malaysia, sikap hormat menghormati dan memahami setiap perbezaan diantara kaum adalah perlu didalam mengekalkan kesepaduan didalam kepelbagaian. Memetik kata kata Profesor Datuk Dr Shamsul Amri daripada UKM, beliau menyarankan agar kesepaduan sosial di Malaysia diperkukuh. Hal ini dikatakan demikian kerana kesepaduan sosial di Malaysia telah terbina di atas lapisan jaringan hubungan yang rumit dan kompleks. Konsep yang dimaksudkan dapat dilihat daripada pelaksanaan konsep Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara dan tidak dilupakan, Gagasan 1Malaysia.

You might also like