You are on page 1of 9

Tugasan 2 Aktiviti 1 Laporan Pengawetan Spesimen Biologi Biologi adalah suatu ilmu ataupun kajian mengenai benda-benda hidup.

Mempelajari tentang tumbuhan dan haiwan, serta hubungan mereka dengan alam sekitar adalah bahagian yang penting dalam memahami biologi. Selaku bakal guru sains, amat penting juga untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengumpulan, pengawetan dan pengelasan spesimen biologi. Spesimen biologi perlu diawet secara sempurna dengan menggunakan beberapa kaedah yang sesuai supaya dapat kekal dan berkeadaan utuh untuk digunakan pada masa depan. (a) Pengawetan spesimen serangga secara basah Pertama sekali, cara menggumpulkan serangga. Serangga lazimnya dapat ditemu dimana-mana sahaja. Tetapi penggumpulan serangga yang tertentu, perlu diberi perhatian kepada musim, cuaca dan waktu tertentu dimana populasinya tinggi. Serangga yang saya pilih ialah rama-rama yang mudah didapati. Terdapat beberapa bahan dan alat pengumpulan serangga seperti berikut: Jaring serangga Botol-botol pembunuh Lembaran kain Pisau lipat Perangkap Alat yang saya gunakan untuk menggumpul serangga ialah jaring serangga (gambar 1). Terdapat 3 jenis jaring, saya telah menggunakan jaring udara ( aeriel net ) yang biasa digunakan untuk menangkap serangga terbang seperti kupu-kupu, lalat, belalang, lebah dan sebagainya. Setelah serangga berjaya ditangkap, serangga disimpan dalam sebuah balang (gambar 2). Balang yang saya memilih untuk meletakkan serangga ini ialah lutsinar, tidak berwarna, tinggi, bermulut lebar, dan mempunyai penutup yang sesuai.

Gambar 1

Gambar 2 Langkah yang seterusnya adalah, mematikan spesimen tersebut dengan menggunakan kloroform (gambar 3). Sekeping tisu ataupun kapas yang

mengandungi larutan kloroform dimasukkan ke dalam balang yang mengandungi

spesimen serangga (gambar 4). Spesimen pun pengsan secara perlahan-lahan, ini boleh dikatakan salah satu cara untuk mematikan spesimen dalam tempoh yang pendek dan kurang menyakitkan. Kepekatan kloroform yang digunakan adalah sangat kurang, iaitu kerana spesimen adalah suatu haiwan yang kecil dan mudah rapuh.

Gambar 3

Gambar 4

Sementara itu, papan polistrin dipotong dalam beberapa saiz yang muat untuk spesimen tersebut (gambar 5). Papan polistrin digunakan semasa mengelaskan spesimen dalam sebuah kotak yang cantik secara kemas pada akhir proses ini.

Gambar 5 Selepas mematikan spesimen tersebut, ia diambil keluar dari balang dengan menggunakan forsep dan diletakkan di atas papan perentang. Spesimen tersebut ditembuk pada sekeping polistrin dengan beberapa jarum (gambar 7). Susunan

anggota spesimen dipastikan aturkan dalam kedudukan yang terbaik supaya setiap bahagian dapat dilihat dengan jelas (gambar 8).

Gambar 7

Gambar 8 Setelah serangga berjaya ditebuk, spesimen tersebut diletak di bawah sinaran matahari selama 30 minit untuk proses pengeringan serangga (gambar 9). Teknik menggunakan kloroform dan teknik pengeringan ini mampu menghasilkan spesimen yang tidak begitu rapuh, tidak busuk dan tidak begitu kehilangan warna, serta boleh disimpan untuk waktu yang lama.

Gambar 9 Langkah yang terakhir adalah proses framing ataupun proses me mpamerkan spesimen serangga tersebut. Spesimen diletakkan dalam sebuah kotak yang mempunyai pembalut transparen (gambar 10). Selepas itu, proses pelabelan pula dilakukan.

Gambar 10 Sekeping kad label yang mengandungi maklumat berikut :a. Nama sains b. Nama am

c. Tarikh d. Habitat spesimen diperoleh e. Nama pengumpul f. Larutan pengawet mengenai spesimen serangga tersebut ditampal pada kotak tersebut. Kotak yang mengandungi spesimen tersebut dibalut secara kemas dan cantik. Sekarang, spesimen serangga yang telah diawet sedia untuk dipamer!. (a) Pengawetan spesimen tumbuhan secara kering Penyediaan herbarium pula melibatkan beberapa proses berikut:Pertama sekali, proses pengumpulan. Bagi mengumpul suatu jenis spesimen tumbuhan, saya mengumpul beberapa bahagian pentingnya seperti contoh buah, daun dan bunga (gambar 1). Saya telah memilih tumbuhan Thulasi sebagai spesimen herbarium saya. Bahagian-bahagian akar dan struktur istimewa tumbuhan itu juga dimasukkan bersama spesimen. Keratan spesimen yang saya ambil nampak segar dan sihat.

Gambar 1 Seterusnya, saya melakukan proses penekanan (gambar 2). Spesimen telah disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Saya memastikan bahagianbahagiannya seperti daun dan bunga terbuka ataupun terkembang untuk mudah dilihat. Bahagian daun pula diselang-selikan antara bahagian yang terlentang dan tertiarap. Papan lapis diletakkan di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-

spesimen itu. Bagi menambah tekanan, ikatan susunan papan lapis diketatkan dengan pemberat.

Gambar 2 Selepas itu, proses pengeringan pula dilakukan. Bahagian-bahagian daun dan bunga biasanya cepat kuncup dan layu, oleh itu saya terpaksa

mengeringkannya dalam udara biasa yang mempunyai sinaran matahari. Dan saya memastikan kertas akhbar sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu. Sebelum proses pengeringan, saya telah memastikan spesimen sudah mati sepenuhnya. Hal ini kerana, spesimen yang belum mati sepenuhnya tidak boleh dikeringkan. Jika tidak, spesimen berkenaan akan layu semasa pengeringan. Spesimen yang sudah kering disusun di atas mounting board (gambar 3). Spesimen perlu dilekatkan ataupun diikatkan pada mounting board dengan menggunakan benang. Kaedah ini baik kerana kita boleh memindahkan spesimen ke atas bahan lain tanpa merosakkan spesimen. Penggunaan gam tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan spesimen. Pelekat selofan pula kurang sesuai kerana ia mudah rosak dan bertukar warna serta hilang pelekatnya.

Gambar 3 Proses herbarium diteruskan dengan pelabelan. Setiap bahagian tumbuhan dilabelkan (gambar 4). Biasanya, nilai sesuatu koleksi herbarium bergantung kepada perlabelan yang tepat mengenai maklumat-maklumat berikut:

Gambar 4 a. Nama saintifik / botani b. Nama tempatan / asal c. Lokasi spesimen boleh ditemui d. Nama orang yang menemui / mengumpul e. Tarikh Label diletak pada satu sudut herbarium itu. Untuk memastikan herbarium tahan lama, ia dibalut dengan plastik dan disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.

You might also like