You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN S.E.A JALAN21/37, PETALING JAYA SELANGOR.

JALAN KERJA LAWATAN KE PARLIMEN ANJURAN PERSATUAN TINGKATAN 6 TAHUN 2010

Pengenalan
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan Negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Justeru, lawatan ke Parlimen penting bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tingkatan 6 untuk mengenali proses pentadbiran dan demokrasi negara dengan lebih dekat lagi. Tambahan lagi, sejarah kenegaraan Malaysia turut boleh didalami oleh semua pelajar. Proses pembelajaran secara lawatan diharapkan memantapkan lagi pengetahuan pelajar dalam subjek Sejarah dan juga Subjek Pengajian Am. Bagi merealisasikan lawatan ini, Ketua Unit Panitia Pengajian Am dan Ketua Unit Sejarah telah bekerjasama dengan Persatuan Tingkatan 6 untuk menjayakan lawatan ini. Berikut merupakan butir-butir terperinci berkaitan lawatan yang ingin diadakan ini.

Objektif
Terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai melalui lawatan ini : 1. Membolehkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 lebih memahami ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia. 2. Melahirkan warganegara yang mengetahui peranan mereka sebagai rakyat dalam proses pilihanraya. 3. Memupuk sikap bekerjasama antara ahli-ahli. 4. Mewujudkan cirri-ciri kepimpinan dalam diri para pelajar Tingkatan 6.

Carta Organisasi
Pengetua Penolong Kanan Tingkatan 6 Guru Penasihat : Pn. Siti Hajah Masrah bt Napiah : Pn. Yip Cheng Yue : Pn. Tan Sin Wah : Pn. Hanim Salleh : Pn. KN Vasanthy : Kuhanraj Balan : Tan Shen Yeng : Kong Shu Ning : Sam Pei Ying : Tan Hzu Kim : Jasmine Abdullah : Nurul Syazwani bt Abdul Razak : : Goh Jong Kit (Bas A ) : Thenmoli a/p Paramesiven (Bas B)

Pengerusi Persatuan Pengarah Sub-Projek Penolong Pengarah Sub-Projek Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa 1. AJK Pendaftaran 2. AJK Keselamatan

Tentatif Program Masa 7.25 a.m 8.20 a.m 8.30 a.m 10.00 a.m 1.00 p.m 1.30 p.m Aktiviti Pendaftaran pelajar mengikut bas AJK pengangkutan dan keselamatan memastikan pelajarpelajar menaiki bas mengikut senarai nama Bertolak dari SMK Taman S.E.A Lawatan dalam Parlimen Lawatan tamat Pulang ke SMK Taman S.E.A

Anggaran Perbelanjaan dan Pendapatan


Sumber pendapatan Pihak sekolah Sumbangan pelajar Jumlah Pendapatan : : RM 800 : RM400 (80 pelajar X RM5) : RM1300.00

Pengangkutan (Bas) : RM 1000 Kudapan : RM200 Jumlah besar : RM 1300.00

Penutup
Kesimpulannya, lawatan ke Parlimen mustahil Berjaya tanpa kerjasama pelbagai pihak. Dengan megadakan lawatan ini, kita dapat merealisasikan impian Negara dalam mencapai 1 Malaysia kerana nilai tolong-menolong telah wujud di antara para pelajar Tingkatan 6. Kestabilan Negara dari segi politik mahupun ekonomi dapat dicapai melalui permuafakatan antara rakyat dan kerajaan. Remaja yang merupakan tunjang negara haruslah berganding bahu dalam menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen supaya keharmonian yang sedia ada dapat dikekelkan. Oleh itu, kami amat berharap agar pihak puan dapat meluluskan lawatan ini dan kerjasama daripada pihak puan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Kertas kerja disediakan oleh,

.......................................... (TAN SHEN YENG)

Disahkan oleh,

..................................................... (PN. TAN SIN WAH) KETUA UNIT PANITIA PENGAJIAN AM

.................................................... (PN. WAN HAJIMAH ROSITA) KETUA UNIT SEJARAH TINGKATAN 6

Disahkan oleh,

.......................................... (PN YIP CHENG YUE) PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM

You might also like