You are on page 1of 6

LAMPIRAN 1 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP ( Laporan antara 1500- 2000 patah perkataan)

NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK : ROZAMLISH BIN YAACOB : 691114 03 5523 : PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PGSR ) : SK KANGKAR PULAI 2 : PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK LELAKI BAWAH 10 TAHUN DAN PENGANJURAN BOLA SEPAK EMPAT PENJURU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ZON SELATAN KULAIJAYA : SEBULAN ( 3 MINGGU )

TEMPOH PELAKSANAAN

1.

OBJEKTIF

i.Menanamkan minat murid-murid dalam permainan bola sepak ii.Meningkatkan kemahiran asas permainan bola sepak di kalangan murid-murid iii.Menggalakka penglibatan murid-murid dalam bidang sukan terutama dalam mencapai matlamat 1 murid 1sukan iv.Mewujudkan kerjasama antara sekolah-sekolah berhampiran v.Menimba ilmu dalam bidang pengurusan,kejurulatihan dan permainan vi.Melahirkan pelajaran yang progresif dari segi JERIS ,jasmani,emosi,rohani,intelektual dan sosial vii.Mengamalkan permainan bersih dan menghormati pihak lawan Fairplay and Respect.

2.

STRATEGI PELAKSANAAN

Melibatkan murid-murid lelaki terdiri daripada murid tahun 5 SK Kangkar Pulai 2, guruguru PJ dan guru-guru kelab bola sepak SKKP2. Jangkamasa Program Pembangunan bola sepak ini adalah 3minggu sebelum Penganjuran dan Pertandingan Bola Sepak 4 penjuru yang melibatkan sekolah berhampiran iaitu SK Taman Sri Pulai, SK Sri Pulai Perdana , SK Kangkar Pulai 1 dan SK kangkar Pulai 2. Langkah Pertama: Kertas kerja cadangan dan mendapat kelulusan pihak pentadbiran iaitu Guru Besar SKKP2 Taklimat terperinci kepada pihak yang terlibat dalam pengurusan, penganjuran daan kejurulatihan dalam projek ini. Semua yang hadir dan terlibat mendapat manual penganjuran ini.

Langkah Kedua : Mesyuarat dan taklimat penganjuran projek dihadiri ajk penganjuran pertandingan, wakil sekolah yang dijemput menyertai dan mentor. Taklimat terperinci telah diberikan dan mendapat sokongan dan kerjasama semua. Program sukan yang dicadangkan adalah pertandingan bola sepak 4 penjuru (7 sebelah sepasukan) yang melibatkan murid-murid lelaki bawah 10 tahun dengan zon selatan daerah Kulaijaya. daripada 4 buah sekolah yang berdekatan

2. REFLEKSI

a)

Kekuatan Projek:

Kebenaran dari pihak tuan guru besar dan pentadbiran sekolah.Sokongan dari guru-guru rakan sejawatan dan kerjasama dari murid-murid yang terlibat.

Keinginan dan minat yang tinggi dari pihak yang terlibat telah memberikan satu motivasi yang kuat dalam menrealisasikan projek ini.

Kemahiran dan pengalaman yang sedia ada telah menjadikan projek ini berjalan dengan lancar,tersusun dan berkesan.

Sukan bola sepak juga merupakan yang paling popular dan diminati di Malaysia.Pengaruh sukan bola sepak sukan nombor 1 negara yang mempunyai pengikut dari akar umbi.

b)

Kelemahan Projek: Tidak dapat di buka luas penglibatan dan penyertaan kepada lebih banyak sekolahsekolah lain.Terdapat kekangan masa dan bajet kewangan. Hanya dapat melibatkan murid-murid lelaki tahun 4 sahaja sebab bawah kategori umur 10 tahun. Masa perlaksanaan projek yang kurang sesuai kerana murid-murid sedang ingin

menghadapi peperiksaan akhir semester pada minggu yang berikutnya.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Projek ini dapat dimurnikan lagi atau diberi penambahkan lagi sekiranya: Penglibatan disebarluaskan kepada murid-murid tahun 5 dan tahun 6 dibawah kategori umur 11 dan 12 tahun. Masa projek yang dijalankan juga perlu dititik beratkan dengan penumpuan selepas penilaian dan peperiksaan diadakan barulah pihak guru, ibubapa dan murid dalam keadaan yang lebih bersedia untuk memberi komitmen yang lebih hebat lagi dari seratus peratus. Projek ini mendapat sumbangan atau sponsor yang lebih besar dan hebat. Projek ini dijadikan rutin tahunan atau dwi tahunan.

4.

KESIMPULAN

Projek ini sebenarnya memberikan begitu banyak, peluang dan ruang untuk guru-guru, ibubapa dan murid dalam usaha meningkatkan profesionalisme, menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran sama ada untuk guru, ibu bapa dan muridmurid. Teknik dan strategi permainan bola sepak dapat dipelajari oleh murid-murid dengan begitu berkesan dan jelas. Banyak pendedahan dan pengajaran baru yang dapat dijadikan panduan dan pengalaman buat semua yang terlibat dengan projek ini sama ada secara terus dan tidak terus ataupun yang tersurat dan tersirat. Pengalaman menjadi pengerusi teknik bola sepak MSSDZS KulaiJaya juga banyak membantu saya dan juga pengalaman sebagai setiausaha sukan ditambah minat dan hobi bermain bola sepak bermula dari kecil dan zaman kanak-kanak juga membuatkan saya memberi komitmen sepenuhnya dan yang terbaik bagi menjamin perjalanan projek ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan jayanya. Tiada yang asing dan sukar bagi saya melakukan projek ini, berdasarkan pengalaman dan kebolehan saya mengendalikan program sebegini sebelumnya malahan bukan saja diperingkat sekolah tetapi diperingkat yang lebih tinggi iaitu peringkat daerah MSSD dan peringkat negeri MSSJ.Pengalaman dan minat yang begitu mendalam bidang sukan terutamanya bola sepak banyak membantu dan mengajar saya dalam merealisasikan projek ini.Kekuatan utama dalam projek ini adalah sokongan dari pihak pentadbir dan kerjasama dari rakan-rakan guru terutamanya guru-guru PJK dan minat yang tinggi daripada peserta projek iaitu murid-murid, yang sememangnya meminati bidang sukan bola sepak ini serta mereka juga ingin pergi ke peringkat yang lebih jauh dalam sukan bola sepak ini dan inilah antara punca dan kekuatan sebenar yang membuat projek ini dapat dijalankan dengan jayanya.Disebabkan itu juga saya memilih tema projek ini SHARING IS CARING kerana ingin berkongsi pengetahuan,kemahiran dan pengalaman yang saya ada dalam bidang sukan bola sepak ini.Kepuasan sebenar dalam perlaksanaan projek ini apabila melihat

sendiri kesungguhan,keseronokan dan kegembiraan murid-murid selaku pemain bola sepak yang begitu komited melakukan setiap arahan dan tunjukajar daripada jurulatih, pegawai dan guru-guru serta menunjukkan disiplin yang tinggi dan terpuji , semangat berpasukan yang jitu dan semangat juang yang kental bertepatan dengan semangat bola sepak iaitu Fairplay and Respect.Juga saya berharap projek ini memberi kesan dan manafaat bukan sahaja kepada murid-murid, guru-guru tetapi kepada semua lapisan masyarakat,Akhir kesimpulan setiap yang dirancang oleh manusia pasti ada kelemahan, kesilapan dan kekurangan dan saya dengan ikhlas, tulus hati dan merendah diri memohon jutaan kemaafan diatas kekhilafan itu sama ada yang disedari dan tidak disedar,i juga jutaan penghargaan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan projek ini samada secara langsung dan tidak langsung moga-moga dengan izinNya kita dirahmati dan diampuniNya, Akhir bicara salam SCAST Stronger,Closer,Always Stick,Together

LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus: Latihan stamina dan kecergasan ( warming up ) Regangan berpasangan dan dengan bola

2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan: Pelbanyak dan pelbagai variasi supaya pemain dapat mengikuti sesi latihan kecergasan dengan lebih baik dan tidak membosankan. Mengikut kemampuan dan kesesuaian pemain atau pasukan Jurulatih dapat mengenalpasti tahap kecergasan dan ketahanan stamina pemain

2.2 Kelemahan: Ciri ketegasan jurulatih perlu ditekankan Kawalan pergerakan dan perlakuan pemain harus ditingkatkan Kadang-kala arahan jurulatih kurang jelas dan mengelirukan boleh menyebabkan kecelaruan kepada pemain (murid-murid)

3. Cadangan penambahbaikan:

Jurulatih perlu lebih mendekati pemain dan perlu berkomunikasi yang kerap dengan pemain Teknik ansur maju juga perlu digunakan sebaik mungkin dengan lebih bijak dan pastikan keberkesananya.di tahap yang maksima. Jurulatih perlu lebih positif, terbuka dan adil tanpa memihak dan pilih kasih,bersedia menerima teguran dan kritikan.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

You might also like