You are on page 1of 22

PENGENALAN

Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) * yang hidup di air dan bernapas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan dibagi menjadi ikan tanpa rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan bertulang keras (kelas Osteichthyes). Pernahkah kamu melihat ikan yang cantik berwarna-warni dipelihara? Bukan untuk dimakan. Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan. Tujuannya dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik. Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara lazimnya di dalam akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan. Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan. Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini dapat mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut dan membantu pemilik daripada mendapat kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang mempunyai harga pasaran yang tinggi. Sudah tentu anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda. Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau

dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

MENGENALPASTI BAHAGIAN LUAR IKAN

Sisik

Sirip dorsal

Garisan lateral

Mata

Mulut Penutup insang Sirip pektoral Sirip pelvik Sirip anal

Sirip kaudal / ekor

Sisik Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .

Sirip Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

Garis lateral Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

LANGKAH AWAL SEBELUM MEMELIHARA IKAN HIASAN

Kebiasaannya sebelum sesuatu hobi dimulakan, kita perlu untuk memikirkan beberapa perkara penting untuk mengelakkan dari pembaziran apatah lagi apabila sesuatu hobi itu memerlukan belanja yang agak banyak. Walaupun hobi memelihara ikan ini tidak melibatkan belanja yang tinggi, kita masih perlu merancang supaya hobi baru yang kita ceburi ini boleh mendatangkan manfaat. Perkara-perkara yang perlu diambilkira sebelum memelihara ikan hiasan ialah mempunyai ilmu yang mencukupi. Kita perlu mengambil berat mengenai apa yang akan kita lakukan. Oleh itu, tujuan pemeliharaan ikan perhiasan kita boleh memulakan dengan membaca buku mengenai pemeliharaan ikan ataupun bergaul dengan mereka yang telah lama memelihara ikan perhiasan. Sangat penting untuk mengetahui cara penjagaan ikan hiasan supaya apa yang dilakukan tidak gagal dan mendatangkan kerugian. Selain itu, ia juga sebagai penambahan ilmu kepada kita. Tempat yang sesuai untuk memelihara ikan juga perkara yang perlu diambil kira sebelum memelihara ikan hiasan. Jika kita menggunakan akuarium kaca, pastinya akuarium itu sangat berat. Kita perlu menyediakan tempat yang sesuai yang berdekatan dengan punca air dan punca elektrik. Ini memudahkan kita untuk menukar air dan menghidupkan lampu dan motor pam penapis air. Malahan ia juga memudahkan kita untuk melakukan penyelenggaraan mingguan dan mengurangkan kekotoran di rumah kita.

JENIS JENIS IKAN HIASAN IKAN GUPPY

Ikan Guppy (Poecilia veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela,

kepulauan Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana. Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm. Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi

bahan pemerhatian dan kajian genetik. Ciri-ciri:

a) dapat hidup dalam air kotor. b) membiak secara beranak. c) sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung. d) boleh mengambil pelbagai jenis makanan. e) cepat matang dan kurang penyakit. f) dapat hidup dalam suhu air 60-1000F. g) tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu.

Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk mencantikkan lagi. Induk jantan polygamous iaitu mengawan dengan beberapa ekor induk betina. Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan dalam perut induk betina. Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa mengambil makanan daripada induk betina. Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai jalur (ray) keempat, kelima dan keenamnya di sirip anal. Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity), dimana telur ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada yolk-sac sehingga tiba masa kelahirannya. Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan daripada perut betina. Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan memakan bahan-bahan makanan yang terdapat di dalam air. Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun. Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus. Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak. Ikan-ikan dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk membiak dengan subur. Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina. Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk. Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak ikan yang terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina. Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan datuknya. Ini dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki diperolehi. Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang dikehendaki dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang

IKAN EMAS Pembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale,

Perak dan Pulau Pinang. Comet, Pompom, Moor, Teleskop, Lionhead dan Ranchu. Perbezaan antara Ikan Emas Jantan dan Ikan Emas Betina

Ikan emas jantan

ikan emas betina

Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji

gemuk dan bulat (rounded). mutiara kecil. Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim pembiakannya. Untuk menjaga ikan emas, ikan perlulah ]dipelihara di dalam: a) kolam tanah berukuran 0.01 - 0.1 hektar, atau b) tangki simen berukuran 5m x 5m x 0.3m.

Makanan yang diberikan: a) pellet yang mengandungi 30-35% protein. b) sisa gandum yang diadun bersama fish meal, diberi 2 kali sehari.

Induk yang diternak di dalam tangki simen biasanya diberi makanan

yang tidak mengotorkan air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing tubifex atau cacing darah (blood worm). Pembiakan ikan emas Sebelum pembiakan, induk jantan dan betina diasingkan selama Pembiakan biasanya dijalankan pada waktu pagi. Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang telah disimpan Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk mengumpul Akar kiambang tersebut dibersih dan direndamkan dalam 20ppm Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan induk dilepaskan. Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal pagi. Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang. Keesokannya induk-induk dikeluarkan daripada tangki pembiakan. Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi pengudaraan dan aliran air. Anak-anak yang baru menetas yang masih diperingkat yolk-sec

seminggu.

selama 3 hari. telur. larutan metilene biru selama 10-15 minit sebelum digunakan.

Ia menetas dalam tempoh 30 - 35 jam. bergantung pada akar kiambang sehingga 3 hari dan tidak perlu diberi makan.

IKAN TIGER BARB Berasal dari India, Malaysia, sebahagian Negeri China dan Afrika. Jenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun. Boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air. Ternakan di dalam akuarium (jenis yang kecil) memerlukan sistem penapisan dan pengudaraan. Spesies Ikan Barb: Tiger Barb (Barbus tetrazona) Tiger barb tempatan (Barbus pentazone) Golden Barb (Barbus schuberti) Cherry barb (Barbus conchonius) Black Ruby barb (Barbus nigrofasciatus) Rosy barb (Barbus conchonius) Cantik, aktif, mudah dipelihara dan mudah dibiakkan. Dapat hidup 2-3 tahun (digalakkan dipelihara secara monospesies). Jenis-jenis baru yang laris di pasaran ialah:

'Green barb' - belang besar berwarna hijau berkilat.

'Albino barb' (spesies 'Tiger barb') - berwarna kemerah-merahan. 'Rosy barb' - mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor panjang ('long-finned Rosy Barb'

Perbezaan Ikan Tiger Barb jantan dan betina

Ikan Tiger Barb Jantan 1) Warna ikan jantan lebih cerah 2) Perut langsing kematangan. 3) Ikan jantan lebih agresif. ikan jantan apabila berbentuk mencapai

Ikan Tiger Barb Betina 1) Warna ikan betina agak pucat. 2) Setelah mencapai kematangan ikan betina mempunyai perut yang lebih buncit 3) Kurang agresif.

Penjagaan Ikan Tiger Barb Peringkat yolk-sec mengambil masa selama 3 hari. Pada hari ke-4 anak ikan diberi makanan air hijau ( green water) yang mengandungi Brachionus. Apabila berumur seminggu, anak ikan diberi makan Moina sp. hidupan seni zooplankton daripada jenis Rotifer dan

Apabila berumur 2 minggu, anak ikan diternak di dalam kolam asuhan dan diberi makanan tambahan seperti pellet halus. Baja perlu ditambah ke dalam kolam asuhan.

IKAN ANGEL Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm. Ikan ini disukai kerana tahan lasak. Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan Pelet. Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare): a) Bahagian atas kepala berwarna coklat kehitaman. b) Warna bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. c) Tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam. d) Sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor. e) Bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Perbezaan ikan angel jantan dan ikan angle betina

Ikan jantan:

Ikan betina:

1) Badan lebih besar. 2) 3) Pada pandangan atas, perutnya Bahagian atas antara mulut dan pipih dan kepala lebih besar. sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. 4) Warna lebih terang. 5) Liang genital kecil panjang dan berbentuk ? 6) Lebih agresif.

1) Badan lebih kecil. 2) Pada pandangan atas, perutnya besar dan kepala lebih kecil. 3) Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. 4) Warna tidak secerah ikan jantan. 5) Liang genital lebih tebal dan berbentuk ?(apabila matang). 6) Kurang agresif.

Cara penjagaan Ikan Angel Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium. pH air antara 6.5 hingga 7.0. Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm. Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari. Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri.

Pembiakan Ikan Angel Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.

pH air antara 6.5 hingga 7.0. Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm. Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari. Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri. Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.

MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang

mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach. Pemakanan ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya. Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana. Ikan omnivor Ikan herbivor Sesetengah memakan ianya ikan hiasan dan sebagai tumbuhan dikenali Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid. Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak. b. Ikan pemakan plankton

(organisma mikro di dalam air)

herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

a.

Makanan hidup

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Blood worm

Ulat roti

Plankton

Plankton

b. Makanan kering Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c. Makanan basah Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

d. Makanan rumusan Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Pellet

Emping

CARA MEMBERSIHKAN AKUARIUM DAN AKSESORI

Basuh akuarium dan aksesori dengan menggunakan air sabun. 1. Tanggalkan setiap kotoron.

3. Kemudian, cuci akuarium dan aksesori dengan larutan garam.

4. Bilaskan dengan air bersih.

5. Keringkan.

CARA MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM

1.

Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.

2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium.

3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik.

CARA MENJAGA AKUARIUM Penjagaan harian


Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.

Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

BIBLIOGRAFI http://blogsyarih.com/ikan/akuarium-dan-jenis-jenis-ikan-hiasan http://content.yudu.com/Library/A1n7w7/PengenalanIkanHiasan/resources/index.htm ?referrerUrl=http%3A%2F%2Fwww.google.com.my%2Furl%3Fsa%3Dt%26source %3Dweb%26cd%3D5%26ved%3D0CEAQFjAE%26

http://dindanman.blogspot.com/2008/10/pengenalan-ikan-hiasan.html http://ikan-hiasan.blogspot.com/2009/02/ikan-hiasan-ornamental-fishpengenalan.html http://pelihara-ikan.blogspot.com/2010/05/tindakan-awal-sebelum-memeliharaikan.html

You might also like