You are on page 1of 2

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN YONG PENG


MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM BIL 1 / 2013 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 27 Disember 2012 : 8.00 a.m. : Pusat Sumber Sekolah (PSS) : Puan Lau Su Eng

Kehadiran(Bilangan) : 24 orang Turut Hadir (Jika ada) : 1 Perutusan pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana hadir pada mesyuarat kokurikulum kali pertama ini. 1.2 Meminta semua guru memberi tumpuan kepada setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu Dicadang untuk disahkan oleh En. Rahmat B. Sudar. Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Jamaliah Bt. Md. Noh. Perkara-perkara berbangkit Tiada Pembentangan perancangan strategik ko-kurikulum 2013 4.1. Pengerusi membentangkan struktur organisasi dan jawatankuasa terkini berkaitan unit ko-kurikulum. Diharapkan semua guru yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan penuh dedikasi. Tindakan: PK Kokurikulum dan semua guru 4.2. Guru-guru boleh merujuk lampiran yang telah dibekalkan untuk mendapat makluman berkaitan dengan tarikh pertandingan permainan pada peringkat daerah yang akan dijalankan Makluman 4.3 Aktiviti ko-kurikulum Aktiviti ko-kurikulum akan diadakan pada hari Rabu setiap minggu (1.20 2.20 p.m.) Sabtu ketiga setiap bulan (8.00 10.00 a.m.) Makluman 4.4 Fail unit ko-kurikulum Guru penasihat unit beruniform, persatuan dan kelab permainan hendaklah sentiasa mengemaskini fail masing-fasing. Makluman

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.5.Guru penasihat dalam setiap persatuan dan kelab permainan perlu menyediakan Pelan Strategik (2013 2015) Pelan Taktikal Pelan Operasi Perancangan Aktiviti Tahunan Laporan Aktiviti 2012 Tindakan: Semua guru penasihat 4.6 Mulai tahun 2013, murid tahun 3 tidak terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum. Hanya murid-murid tahun 4 hingga 6 yang dilibatkan. Makluman 4.7 Perhimpunan bulanan ko-kurikulum masih diteruskan. Guru-guru hendaklah sentiasa peka dengan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dan membuat persiapan sebelum perhimpunan. Makluman 4.8 Guru-guru diminta menepati masa semasa datang ke aktiviti ko-kurikulum pada hari Sabtu, iaitu sebelum pukul 8.00 pagi. Makluman Hal-hal lain 5.1 Pn. Lau berpesan agar guru-guru penasihat dapat menyediakan sijil-sijil penglibatan kepada murid yang memegang jawatan Pengerusi dan Naib Pengerusi menjelang akhir tahun. Tindakan: Semua Ketua Jurulatih 5.2 En. Rahmat berpesan agar semua ketua jurulatih dapat menyediakan perancangan latihan pasukan masing-masing kerana ia membabitkan skor yang perlu diisi dalam SKPM. Tindakan: Semua Ketua Jurulatih 5.3 Pn. Norain mencadangkan agar sistem kad kehadiran pelajar diubahsuai. Kad harus dipegang oleh guru penasihat dan diserahkan kepada murid semasa perjumpaan sahaja. Ini untuk mengatasi masalah kad hilang dan tertinggal di rumah. Tindakan: Semua guru penasihat PENUTUP a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.50 p.m. Disediakan oleh, .......................................... (EN. RAHIM B. JAMAL) Setiausaha Tarikh : 31 Disember 2012 Disemak Oleh, ................................ (PN. LAU SU ENG) Pengerusi Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like