You are on page 1of 23

1 SOALAN 1 (a) Bincangkan secara kritis faktor-faktor yang menyumbang kepada kejatuhan Kesultanan Melaka.

(8 markah) (b) Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa kejatuhan Kesultanan Melaka? Bincangkan secara kritis. (12 markah) (8 halaman) [20 markah] SOALAN 2

(a) Mengapakan Malaysia dibentuk? (5 markah) (b) Apakah reaksi dan penentangan yang dihadapi sebelum terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963? Bincangkan secara kritis. (10 markah)

(6 halaman) [15 markah]

Sekapur sireh.
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat illahi kerana dengan keizinan daripadaNya dapat saya menyiapkan tugasan MQA 102 Bahasa Melayu & Komunikasi dengan jayanya. Sepanjang menghasilkan tugasan ini, banyak perkara yang saya pelajari khususnya berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Sepanjang menghasilkan tugasan ini, saya berhadapan dengan kekangan masa serta kesulitan memahami kehendak soalan serta kesukaran mencari bahan bahan rujukan. Namun begitu saya bersyukur kerana telah mendapat bantuan serta bimbingan daripada pensyarah iaitu Periakka A/P Rengaya Chinaya serta rakan rakan yang banyak membantu sehingga terhasilnya tugasan ini. Ribuan terima kasih kepada semua yang banyak membantu secara langsung atau sebaliknya. Semoga dengan adanya tugasan sebegini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan sistem pendidikan di negara ini bertaraf dunia.

Sekian, terima kasih.

3 Isi Kandungan (Soalan 1)

1.0

Pengenalan 1.1 Kesultanan Melayu Melaka Kegemilangan Melaka.... 2.1 Melaka sebagai Pusat Perdagangan Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejatuhan Kesultanan Melaka.. 3.1 3.2 Kelemahan Kepimpinan Pembelot dan faktor dalaman

2.0

3.0

4.0

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.. 4.1 4.2 Serangan Protugis Pengajaran daripada peristiwa kejatuhan Kesultanan Melaka .

Isi Kandungan (Soalan 2)

1.0

Pengenalan 1.1 1.2 Sejarah pembentukan Malaysia Mengapa Malaysia dibentuk

2.0

Penentangan yang dihadapi sebelum terbentuknya Malaysia . 2.1 Penentangan sebelum 16 September 1963 Kesimpulan ...

3.0

4 Soalan 1 1.0 Pengenalan Menurut pendapat pengkaji sejarah orang Melayu berasal dari tanah tinggi Yunan iaitu satu wilayah di Cina yang terletak di utara Indochina. Kaum ini telah berpindah dalam satu gerombolan yang besar (2000 tahun sebelum masihi) menyusuri sungai Mekong sehingga sampai dipesisir pantai berhampiran Kemboja dan dari situ bertebaran kaum ini diseluruh pelusuk kepulauan Melayu, melalui semenanjung Tanah Melayu ke Sumatra, Jawa dan lain-lain tempat. Yang menjadi faktor utama perpindahan kaum ini adalah kerana kehidupan di kawasan persisiran lebih mudah, seperti kawasan untuk bercucuk tanam yang mendatar tidak berbukit-bukau, cuaca yang lebih nyaman berbanding di tanah tinggi Yunan, lebih mudah untuk berdagang dan berniaga untuk mendapatkan keperluan asas hidup.

1.1

Kesultanan Melayu Melaka Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400

hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bintan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud Yang Dipertuan kepada tiga dunia melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bintan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara

5 yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru. Menurut Suma Oriental, Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura (orang yang berani). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru. Menurut Sejarah Melayu (Malay Annals) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu Melaka. Tidak lama selepas itu Parameswara menjalinkan hubungan dengan kerajaan China ketika zaman pemerintahan Maharaja Yung Lo. Kedua-dua negeri itu kemudianya saling bertukar hadiah sebagai tanda persahabatan.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menukar nama baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. Pada 1411, Parameswara telah

6 membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming Yung Lo. Bermula dari era tersebut Melaka perlahan-lahan berkembang menjadi salah sebuah negeri terhebat pada zaman tersebut.

2.0

Kegemilangan Melaka Melaka berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang

terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.) Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah jugalah empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai abang tua dalam perdagangan dan agama, sentiasa berkirim salam dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16

7 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barangbarangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

2.1

Melaka sebagai Pusat Perdagangan Keagungan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan

oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu versi tahun 1612, edisi 1961 halam 81, 220 "Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang". Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan sriwijaya yang terletak dipalembang. Kerajaan ini terkenal sebagai pusat perdagangan. Pemerintah Melaka iaitu Parameswara merupakan keturunan kerabat diraja Palembang. Parameswara berusaha menjadikan Melaka ebagai sebuah emporium melayu pada abad ke 15. Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan kerana terdapat faktor geografi iaitu kedudukan Selat Melaka dipersimpangan jalan laut dari India dan China ataupun timur dan barat. Di sini fungsi Melaka iaitu sebagai perlabuhan persiggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui selat Melaka. Pelabuhan Melaka terlindung dari angin dan jauh dari paya bakau, pintu perlabuhannya cukup dalam untuk membolehkan kapal besar masuk berlabuh. Terdapat rangkaian hubungan dengan daerah pedalaman kerana sungai Melaka membuka jalan kepada jalan dagang seberang semenanjung. Kawasan pengangkutan yang bersambung ke jalan sungai Muar-Pahang menghubungkan ke kawasan yang kaya dengan emas di ulu Pahang. Faktor tiupan angin juga memberi kelebihan kepada pedagang. Angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya dimana kedua-dua angin ini bertiup selama enam bulan dalam giliran tahunan. Secara tidak langsung lalulintas laut boleh ditentukan oleh angin monsun. Oleh itu mereka menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan

8 iaitu meletak barang dagangan digudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada monsun yang satu lagi. Sultan telah menyediakan semua kemudahan fizikal dan material di perlabuhan entrepot contohnya raja Iskandar Syah telah menyediakan kemudahan, dorongan ke arah menjadikan Melaka pusat perdagangan seperti bendahara, syahbandar, laksamana dan penghulu bendahari. Kedudukan pelabuhan yang strategik terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut memberikan satu kelebihan untuk Melaka muncul sebagai Pusat Perdagangan Utama. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

3.0 Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejatuhan Kesultanan Melaka. Sebenarnya terdapat banyak faktor tentang kejatuhan kerajaan Melaka. Setelah dibuat penelitian kita boleh membahagikan faktor tersebut kepada dua bahagian utama.

3.1 Kelemahan Kepimpinan Keretakkan empayar Melaka berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, ( mangkat pada 1528, Kampar, Sumatra), Tun Mutahir di lantik sebagai bendahara Melaka selepas kemangkatan Tun Perpatih Putih pada tahun 1500, Sultan Mahmud telah melantik Tun Mutahir sebagai bendahara yang baru. Namun ramai pembesar tidak puas hati dengan perlantikan Tun Mutahir kerana beliau adalah seorang India-Muslim, dan menimbulkan persaingan antara orang Melayu dan kaum India-Muslim apabila Tun Mutahir mengamalkan sikap pilih kasih dalam menjalankan tugasnya. Tun Mutahir juga turut melantik ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handainya menjadi pembesar Melaka. Kedaaan ini telah menaikkan kemarahan penduduk tempatan yang merasa kian terpinggir. Masyarakat mula menunjukkan perpecahan dan ada diantara mereka berpindah keluar dari Melaka. Sepanjang berlakunya konflik itu kestabilan politik di Melaka mula bergolak yang mengakibatkan pedagang-pedagang mula merasa tidak selamat. Akhirnya Sultan Mahmud menyerahkan pentadbiran Melaka kepada Sultan Ahmad Shah.

9 3.2 Pembelot dan Faktor Dalaman. Portugis sebenarnya dibantu oleh kerajaan-kerajaan kecil dari Siam, Jawa dan Sumatera yang tidak berpuas hati dengan Melaka dari dahulu lagi. Ditambah dengan askar upahan dari Goa, Siam dan Jawa serta bantuan pembelot dari dalam iaitu pedagang Jawa dan Cina, menambah kejayaan Portugis menawan Melaka. Siapa tidak kenal dengan pembelot Melaka, saudagar Jawa yang bernama Utimutiraja. Disebabkan rasa tidak puas hati dan inginkan emas dalam istana, dia mengarahkan hamba-hambanya yang seramai 5000 orang memihak kepada Portugis. Pendapat mengatakan Utimutiraja akhirnya dibunuh oleh Portugis kerana bimbang beliau akan belot kali ke-2. Mengikut penulisan Kassim Ahmad tentang sejarah Melaka dalam buku Kekerasan Dalam Sejarah, hampir semua sultan Melaka mempunyai isteri dalam kalangan anak perempuan bendahara, termasuklah Sultan Iskandar, Sultan Muhammad Syah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah. Atas sebab inilah, perbuatan Bendahara Tun Mutahir telah berlawanan dengan amalan kebiasaan yang mana beliau seharusnya memaklumkan/mempersembahkan anak perempuannya, Tun Fatimah kepada Sultan Melaka terlebih dahulu. Kemuncak perselisihan antara Bendahara Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan. Apabila kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar. Mandeliar berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud Shah tidak berfikir panjang dan mengutuskan Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah (masih kecil). Akibat dari perbalahan dalaman ini menyebabkan sebahagian pedagangpedagang tidak puas hati dan marah. Keadaan Melaka bertambah kacau apabila Portugis datang buat kali ke-2 dan melancarkan perang ke atas Melaka. Kekalahan Melaka ditangan Portugis banyak disebabkan oleh faktor dalaman. Akibat perbuatan Sultan, fitnah dan rasa iri hati serta tamak menonjolkan watak pelaku seperti Mandeliar, Si Kitol dan Utimutiraja sebagai pembelot. Mereka inilah yang membantu Portugis masuk dari pintu belakang menyerang Melaka dan tidak dijangka oleh pengawal-pengawal kota Melaka. Ibarat gunting dalam lipatan.

10

4.0 Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Teknologi yang dimiliki oleh Melaka pada zaman tersebut meliputi pembangunan fizikal dan infrastruktur ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan setanding dengan kota-kota tersohor di Negara Asia lain. Kepakaran Melaka dalam pembinaan senjata terutamanya meriam yang menjadi banteng pertahanan utama negara tidak perlu di pertikaikan lagi. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara. Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriammeriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ? Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu.

4.1

Serangan Protugis Setelah menakluki Goa, Portugis mendapati bukan India tetapi sebaliknya

Asia Tenggara yang boleh memberi kekayaan kepada mereka. Mereka telah mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang datang ke Goa dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice. Bagi mengukur kekuatan Melaka, Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira. Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada Sultan. Penduduk Melaka tidak pernah melihat orang Eropah sebelum ini dan apabila kelasi-kelasi Portugis itu medarat, orang-orang

11 Melayu mula mengerumuni mereka. Mereka amat terpegun dengan paras rupa serta warna kulit orang-orang Portugis ini. Mereka mula menyentuh janggut perang orang Portugis, mengusap kepala dan memegang tangan mereka dan menggelar mereka sebagai Benggali Putih. Setibanya angkatan Portugis, Bendahara Melaka telah menerima kiriman warkah dan hadiah yang dibawa untuk dipersembahkan kepada Sultan. Pada mulanya, tetamu ini dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab Muslim mendesak Sultan dan Bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas

keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Portugis dan menyerang angkatan laut mereka. Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan mereka. Setelah mendapati rancangan mereka telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka. Apabila Alfonso D Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah

mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar, lalu menuju ke Melaka. Angkatan D Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511 dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru. Setelah mendapat berita yang D Albuquerque dan angkatannya telah melepaskan tembakan meriam ke atas Melaka, Sultan Mahmud Syah menuntut penjelasan tentang tindakan Portugis ini. D Albuquerque menuntut pembebasan orang-orangnya yang ditawan dan bayaran pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung. Sultan Mahmud Syah menggunakan pelbagai helah dan melengah-lengahkan masa bagi memperkukuhkan lagi kubu pertahanan serta mempersiapkan segala bekalan di kedua belah bahagian Melaka yang dipisahkan oleh sungai. Pihak Portugis hilang sabar dan mengambil keputusan untuk membakar sebahagian rumah yang terletak di persisiran

12 pantai serta kapal-kapal perdagangan yang sedang berlabuh kecuali tongkangtongkang China dan kapal-kapal India dari Tanjung Kormorin. Justeru, Melaka membebaskan semua tawanan akan tetapi D Albuquerque masih belum berpuas hati. Dia mengarahkan satu serangan dilakukan ke atas kota Melaka. Kota Melaka terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian utama kota dan bahagian pinggir kota di seberang sungai di mana para pedagang menetap. D Albuquerque merancang untuk menguasai jambatan yang menghubungkan kedua bahagian kota ini bagi menghalang mereka daripada saling bantu membantu di antara satu sama lain. Serangan tersebut dilancarkan pada 25 Julai 1511. Beliau sendiri mengetuai sepasukan beberapa ratus anggota tentera ke bahagian utara kota manakala sepasukan lagi bertindak menyerang jambatan. Maka berlakulah pertempuran sengit di antara tentera Portugis dengan tentera Melayu dan Jawa, yang mengakibatkan ramai yang cedera parah atau terbunuh. Pihak Portugis akhirnya terpaksa mengundurkan diri kembali ke kapal mereka dengan membawa askar yang tercedera. Serangan pertama mereka gagal. Selang beberapa hari kemudian, D Albuquerque menyerang Melaka sekali lagi dan akhirnya Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tanggal 10 Ogos 1511. Justeru, Sultan Mahmud Syah dan keluarganya berundur ke Ulu Bertam, Pahang. Pengunduran Sultan ke Ulu Bertam membolehkan pihak Portugis melenyapkan sakibaki tentangan dari tentera diraja yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Gujerat dan India. Tentera Portugis menawan setiap penjuru kota serta membunuh sesiapa sahaja yang disyaki menentang mereka, tidak kira lelaki, perempuan atau kanakkanak. Orang-orang dari Pegu, Burma dan orang-orang Hindu dari Tanjung Kormorin dibenarkan meninggalkan Melaka tetapi terpaksa menyerahkan segala harta benda mereka kepada Portugis. Pada 24 Ogos tahun 1511, Alburqueque telah mengarahkan askar-askarnya merampas semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan rakyat Melaka. Di antara barang-barang yang dirampas adalah pasu, jongkong emas, barang kemas, batu permata, kain sutera, wangian dan dua ribu meriam tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka akhirnya musnah dan kesemua barangan bernilai habis dirampas. Bagi mempertahankan dan memperkuatkan lagi pengkalan Portugis, Alburquerque telah membina sebuah kubu yang terletak di antara kawasan tanah

13 tinggi dan Sungai Melaka. Kubu tersebut dikenali sebagai A Farmosa. Beratus-ratus pekerja, hamba dan tawanan perang telah dikerah untuk membina kubu tersebut. Manakala Sultan Mahmud pula berundur dari Teloh Naning ke Ulu Muar, dan kemudian menetap di Pagoh dan Bentayan. Sultan Mahmud dan keturunananya membina empayar Johor-Riau yang merangkumi Johor, kepulauan Riau, Pahang dan lain-lain bahagian kerajaan Melaka yang tidak dijajah Portugis. Walaupun Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud dan puteranya Sultan Ahmad tidak putus-putus menghantar tenteranya untuk menyerang Portugis di Melaka dari tahun 1511 sehingga tahun 1526. Sultan Mahmud mangkat di Kampar, Sumatera pada tahun 1528 dan digelar Marhum Kampar.

4.2

Pengajaran daripada peristiwa kejatuhan Kesultanan Melaka Kota Melaka yang terkenal sebagai Venice of the East boleh kalah dengan

mudah?

Bukankah itu satu persoalan yang perlu difikirkan secara terperinci.

Bagaimana kota yang sehebat itu pada zamannya begitu mudah tumpas ditangan Protugis yang jauh lebih munder daripada Melaka. Melaka yang terkenal dengan angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu hingga digeruni oleh kerajaan Siam dan China. Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah yang terjadi kepada Melaka sebenarnya. Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak kalah Melayu ni? Kuno dan mundur ketinggalan zaman. Tetapi benarkah kenyataan ini. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia. Dengan ini jelaslah melalui fakta fakta sejarah yang

14 telah saya nyatakan diatas kita dapat simpulkan kejatuhan Melaka merupakan kesan dan akibat daripada perpecahan masyarakat Melaka pada ketika itu. Pengajaran utama yang perlu kita renungkan ialah tentang sikap masyarakat. Jika masyarakat dapat hidup dengan aman, bersatu hati dan bekerjasama sudah pasti masyarakat tersebut akan menjadi sebuah masyarakat yang utuh dan kuat. Sejarah telah banyak membuktikan masyarakat yang hidup dalam keharmonian berjaya mencapai tahap kehidupan tamadun yang lebih agung. Rasuah juga merupakan racun yang amat berbisa yang akhirnya membawa kebinasaan. Jika masyarakat lalai dan leka dengan mengamalkan budaya ini, sistem pemerintahan akan menjadi rapuh umpama busut yang dimakan anai-anai. Kelihatan hebat diluar tetapi didalamnya hancur luruh menunggu rebah. Seperti apa yang berlaku di Melaka ketika pemerintahan Bendahara Tun Mutahir dan Sultan Mahmud patut dijadikan tauladan oleh semua rakyat Malaysia khususnya.

15

Soalan 2. 1.0 Pengenalan Malaysia (Tulisan Jawi; )ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi. Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia. Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang. Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika, serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

1.1

Sejarah pembentukan Malaysia 16 September merupakan satu tarikh keramat kerana pada tanggal ini Malaysia

ditubuhkan ditanah Melayu. Tetapi apakah yang kita sering kita raikan pada 31 Ogos saban tahun? Disini peril kita fahami dangan terperinci perbezaan Hari Penubuhan Malaysia dan Hari Kemerdekaan Malaysia. Kedua-dua hari ini mempunyai sejarah tersendiri yang berbeza. Mari kita imabu peristiwa lampau ketika Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama, Tunku Abdul Rahman Putra masih hidup, dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk

16 mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan

mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia. Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi. Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

17 Setalah tinjauan dibuat, secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British. Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili oleh Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A. Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D. Sundang. Wakilwakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada Encik P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Keng Swee. Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12hb Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31hb Ogos, 1963. Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang keras gagasan tersebut. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya manakala Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisytiharkan Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan Ganyang Malaysia. Tentera Indonesia dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor. Cabaran getir yang dihadapi ini tidak mematahkan semangat pemimpin dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan. Lawrance Michelmore selaku

18 wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan tinjuan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14 September 1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoroti penduduk negeri tersebut menyokong penyertaaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia. Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen Kalong Ningkan. Bagaimanapun, penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila terpaksa berpisah pada 1965.

1.2

Mengapa Malaysia dibentuk Pembentukan Malaysia adalah bertujuan membebaskan tanah Melayu

daripada belengu penjajah. Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia.

Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar. Ketika itu juga pengaruh politik yang berunsurkan idelogi komunis mula menular terutama di Singapura. Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuankesatuan sekerja. Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu. Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunis menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada

19 Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia.Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang. Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Ketidak mampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku. Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura. Ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalam satu sistem pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negeri- negeri ini mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan British. Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi politik dan sebagainya. Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan legislatif yang bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan negeri yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran dengannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun 1959 dan 1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pula pilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962. Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayahwilayah Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan negeri-negeri Borneo dapat dipercepatkan. Kerajaan British telah berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bersedia menyertai Persekutuan Malaysia.

20 2.0 Penentangan yang dihadapi sebelum terbentuknya Malaysia Usaha-usaha pembentukan Mlaysia telah mendapat tentangan yang hebat daripada dua negara yang berjiran dengan Malaysia iaitu Filipina dan Indonesia. Pelbagai isu-isu telah timbul yang hampir mematahkan semangat pemimpin yang sedang berusaha menubuhkan Malaysia.

2.1

Penentangan sebelum 16 September 1963

1. Filipina Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

2. Indonesia Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:

21 a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia. b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu. c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya: a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai serangan Indonesia. b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan. c. Britain memberi bantuan tentera. d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata. e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan. f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

3.0

Kesimpulan Kerajaan Malaysia setapak demi setapak telah maju ke hadapan sepertimana

yang kita dapat lihat dan dinikmati pada hari ini, berbandingkan dengan keadaan semasa era pra-Kemerdekaan yang memecah-belahkan rakyat menurut pemecahan ekonomi seperti yang dipraktikkan oleh kerajaan Inggeris sebelum merdeka. Hasil daripada jajahan Inggeris, reaksi negatif rakyat dan Negara jiran serantau terhadap penubuhan Malaysia, menyebabkan pemimpin-pemimpin kita berikhtibar untuk mencari jalan penyelesaian demi memantapkan lagi perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan politik serta mengekalkan keselamatan Negara. Oleh yang demikian,

22 banyak dasar-dasar telah diwujudkan bagi mencapai objektif Dasar Pembangunan Negara dan salah satunya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk menyatu-padukan rakyat yang berbilang suku-kaum, kepercayaan, agama dan memajukan ekonomi serta menjamin keamanan rakyat Malaysia secara

keseluruhannya.

23
RUJUKAN 1. Kassim bin Thukiman (2002), Malaysia : Perspektif Sejarah dan Politik ( Bab 3), Skudai : Universiti Teknologi Malaysia 2. Dr Mohd Yusuff bin Hashim (2012), Empayar Melaka: Tradisi Agung Melayu, Melaka : Perbadanan Muzium Negeri Melaka. 3. Wikipedia, Ensiklopedia Bebas (2011), Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ), Kuala Lumpur : Wikimedia Project.

4. Abdul Rahman bin Ismail et.al (2012), Penemuan Tarikh Baru Pengasasan Empayar
Kerajaan Melayu Melaka 1262, Melaka : IKSEP.

5. Malaysia history to 1963 [article]. (2008). In The Hutchinson Unabridged Encyclopediawith Atlas and Weather guide. Abington: Helicon. In Credo Reference (OUM Digital Collection). 6. Hasnah Hussin., & Dr. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani. (2008). Malaysian Studies MPW1133/2133. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia (OUM). 7. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (2003). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. 8. Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia (Edisi Ketiga). Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 9. Hasnah Hussin, & Mardiana Nordin (2002). Pengajian Malaysia (Edisi Kedua). Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

You might also like