You are on page 1of 5

Islam: Mabda’ (Ideologi) Yang Syumul (Lengkap)

Sejak keruntuhan Daulah Khilafah (Kepimpinan Dunia umat Islam yang menerapkan
Islam secara kaffah) pada 3hb Mac 1924 (28 Rejab 1342H), umat Islam telah
kehilangan perisai yang dapat melindungi mereka dari berbagai serangan sama ada
pemikiran mahupun fizikal. Usul penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (ICM) oleh
24 pertubuhan termasuk Majlis Peguam pada bulan Februari 2005 baru-baru ini di
Kuala Lumpur dan bantahan terhadap serbuan oleh Jabatan Agama Wilayah Islam
(JAWI) terhadap Kelab Malam Zouk adalah contoh bagaimana segelintir orang
semakin berani mencabar Islam. Namun begitu, alhamdulillah, segolongan besar
umat Islam menentang hebat penubuhan ICM kerana ia dilihat akan mencampuri
urusan agama dan memusuhi undang-undang syariah dengan berselindung di
sebalik sebuah badan perundingan dan penasihat (Mingguan Malaysia, 27/2/05).

Dengan runtuhnya Khilafah, musuh-musuh Islam sentiasa mengugut dan


menghalang para pendakwah Islam dari menjalankan usaha murni mereka demi
mengekang kebangkitan umat Islam; sebagai contoh, baru-baru ini Ustaz Abu Bakar
Baasyir di Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan akibat tekanan Amerika
(Berita Harian, 4/3/05). Islam dilihat sebagai penghalang kepada kerakusan kuasa
Barat khususnya Amerika. Amat menyedihkan, barat, hari ini, sebagai kuasa
dominan dunia dibiar menetapkan kayu ukur bagi peradaban. Mana-mana mabda’
(ideologi) khususnya Islam, yang menyalahi piawaian ini akan dilabelkan militan,
pengganas, pelampau, jumud dan diktator. Tidak kurang terdapat juga umat Islam
yang jatuh kedalam perangkap ini dan cuba mempertahankan Islam tetapi tanpa
disedari telah melakukannya mengikut acuan barat; ini dapat dilihat dari
terwujudnya konsep Islam liberal dan Islam sederhana didalam wadah perbincangan
pemikiran Islam.

Pada saat ini ada umat Islam yang menganggap Islam itu tidak lebih dari aqidah
ruhiyyah (kerohanian) yang hanya membicarakan masalah ibadat sahaja. Nabi
Muhammad saw dan para sahabat telah menunjukkan kepada kita bahwa mereka
bukan hanya ahli ibadat tetapi juga adalah negarawan, pakar ekonomi, mujahidin
dan pentadbir yang cekap. Pendekatan mereka memenuhi tuntutan Allah swt:

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan
janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh
yang jelas bagi kamu” [Maksud Terjemahan Al-Baqarah: 208]

Demi menegakkan Islam secara menyeluruh, mereka telah berhijrah ke Madinah


dan mendirikan sebuah Negara Islam yang berdiri utuh selama lebih 1400 tahun,
serta telah mencabar empayar dan ideologi buatan manusia yang lain. Kejayaan ini
tidak dibiarkan begitu sahaja oleh musuh-musuh Islam. Perdana Menteri Britain,
Gladstone, dalam tahun 1882, sambil mengangkat al-Quran dalam parlimen
Britain mengatakan bahawa untuk membolehkan umat Islam dijajah, mereka
mesti dijauhkan dari al-Quran dan pemikiran-pemikiran Islam. Akibat serangan
pemikiran Barat inilah, kita melihat kaum muslimin memperjuangkan Islam tetapi
mencampuradukkan perjuangannya dengan ideologi kapitalisma dan sosialisma.
Lebih sedih lagi, ada diantara golongan ini, demi ‘kebebasan berfikir’ atau
‘memperjuangkan hak minoriti’, meletakkan isu-isu didalam Islam yang bersifat qat’i
(pasti) kedalam ruang perdebatan mereka. Apa yang diucapkan oleh seorang yang
dianggap “intelektual muslim Malaysia” , Dr. Farish Noor, menjelaskan segalanya;

“Islam adalah wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar” (2001)

Islam sebagai mabda’

Hakikatnya, Islam adalah merupakan suatu mabda’ (ideologi) iaitu suatu aqidah
aqliyah yang darinya, terpancar peraturan. Aqidah merupakan sebuah pemikiran
menyeluruh mengenai alam semesta, manusia dan kehidupan dan tentang apa yang
ada sebelum dan selepas kehidupan serta hubungan antaranya keduanya dengan
kehidupan. Oleh itu, aqidah Islam menjawab persoalan yang berkaitan dengan
kewujudan manusia di dunia. Jawapan kepada persoalan inilah yang akan muncul
sebagai panduan asas bagi manusia ketika menjalankan kegiatan hidupnya. Dari
aqidah Islam, muncul hukum syara’ sebagai penjelasan yang lengkap dan tepat bagi
pelbagai peraturan yang berkaitan dengan:

1. Hubungan antara manusia dengan Penciptanya (ibadah)


2. Hubungan manusia dengan dirinya sendiri (akhlaq, pakaian dan makan-
minum)
3. Hubungan sesama manusia (kenegaraan, sistem politik, pergaulan,
sistem ekonomi, hubungan antarabangsa serta urusan muamalah
lainnya).

(Ahmad Atiyat, At-Tariq, Dar al-Bayariq, 1996)

“Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu Deen kamu dan telah Aku cukupkan
nikmatKu bagimu, serta Aku redhai Islam sebagai Deen bagimu.” [Maksud
Terjemahan Al-Maidah: 3]

Mabda’ Islam juga mencakupi tariqah (method) untuk

(1)Menerapkan pelbagai penyelesaian tersebut,


(2)Memelihara aqidah Islam agar bertahan dalam arena kehidupan, dan
(3)Menyebarkan aqidah Islam kepada mereka yang belum meyakininya.

Tatacara untuk melaksanakan mabda’ ini ialah dengan menerapkannya didalam


wadah Negara Islam (Khilafah). Dalam melaksanakan mabda’ tersebut, Negara
berpegang kepada 2 prinsip:

(1) Ketaqwaan seorang muslim dan


(2) Penguatkuasaan undang-undang Islam dan seluruh hukumannya.

Tatacara untuk mengembang dan menyebarkan mabda’ pada bangsa-bangsa lain


yang belum mengimaninya adalah melalui jihad oleh Daulah. Jihad bertujuan untuk
mengatasi berbagai halangan dan rintangan bersifat fizikal, yang menghalang
bangsa tersebut dari memahami hakikat Islam. Di atas kefahaman inilah, Negara
Islam yang didirikan oleh Rasulullah saw berhasil menyaingi dua kuasa besar iaitu
Rom dan Parsi hanya dalam masa 13 tahun setelah ia didirikan. Melalui jihad,
Khilafah pernah memerintah Sepanyol (800 tahun), Portugal (600 tahun), Greece
(500 tahun) dan Bulgaria (500 tahun). Dalam pemerintahan tersebut, penduduk
Daulah hidup dalam suasana yang aman, damai dan dinamik - dan ini menjana
minda rakyat Daulah Khilafah untuk maju dan muncul sebagai tamadun dunia yang
hebat.

Kekuatan dan pengaruh tamadun yang lahir dari aqidah Islam ini turut dikagumi oleh
pengamat barat. Carly Fiorina, Ketua Pegawai Esekutif dari syarikat Hewlett-
Packard pernah berucap pada 26hb September 2001 di Minnesota, Amerika
Syarikat, katanya : “Pada suatu ketika dahulu wujud satu peradaban yang terhebat
di dunia. Ia mampu mencipta sebuah Negara perkasa antara benua yang melingkari
satu lautan ke lautan yang lain, dari iklim dingin ke iklim tropika dan padang pasir.
Dalam wilayahnya tinggal beratus juta orang, yang berbilang kepercayaan dan
bangsa. Salah satu bahasanya (Bahasa Arab) menjadi bahasa universal di
kebanyakan tempat di dunia, yang menghubungkan antara orang-orang dari beratus
wilayah. Tenteranya terdiri dari berbagai bangsa dan perlindungan ketenteraannya
telah mewujudkan tahap ketenteraman dan kemakmuran yang tidak pernah
diketahui sebelum ini. Pencapaian perdagangannya tersebar dari Latin Amerika
hingga China dan wilayah yang berada di antara kedua-dua Negara itu. Peradaban
ini dipicu oleh berbagai rekacipta. Para arkiteknya merekacipta bangunan-bangunan
yang melawan graviti. Ahli matematiknya merekacipta algebra dan algoritma yang
membolehkan pembinaan komputer dan penciptaan ‘encryption’. Para doktornya
mengkaji tubuh manusia dan menemui rawatan baru untuk pelbagai penyakit. Ahli
astronominya mengkaji langit, memberi nama kepada bintang-bintang dan
membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas. Ketika bangsa-bangsa lain
takut mengeluarkan idea, peradaban ini memperkukuhkannya dan
mempertahankannya. Apabila peradaban silam mengancam untuk menghapuskan
ilmu, peradaban ini menghidupkan ilmu dan memindahkannya kepada yang lain.
Peradaban yang saya maksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 hingga 1600,
yang termasuk Khilafah Utsmaniyah dan kota Baghdad, Damsyiq dan Kaherah, dan
para Khalifah yang cemerlang seperti Sultan Sulaiman (Khilafah Utsmaniyah).
Secara tidak sedar kita telah terhutang budi kepada peradaban ini, sumbangannya
merupakan sebahagian daripada warisan kita. Industri teknologi tidak akan wujud
tanpa sumbangan ahli matematik Arab. Pemimpin seperti Sultan Sulaiman
menyumbangkan konsep toleransi dan kepimpinan. Dan kita juga boleh mempelajari
dari contoh ini: Ia (Khilafah) adalah kepimpinan berasaskan meritokrasi,
bukannya warisan. Ia adalah kepimpinan yang mengembangkan sepenuhnya
kemampuan yang dimiliki oleh masyarakatnya yang majmuk yang merangkumi
tradisi Islam, Kristian dan Yahudi. Kepimpinan yang cemerlang ini adalah
kepimpinan yang memupuk budaya, keutuhan, kepelbagaian dan keberanian yang
merakamkan sejarah 800 tahun yang penuh dengan rekacipta dan kemakmuran.”

Namun, apabila Islam tidak dilaksanakan sebagai mabda’, yang berwadahkan


sebuah Negara sebagai penggerak aspirasi politiknya, aqidah Islam tidak terpelihara
dan manusia mula bersifat melampau, menumpahkan darah dan membuat
kerosakan dimuka bumi. Di Turki, pihak tentera telah membuat kajian bahawa
menjelang 2020, 7 juta Muslim di Turki dijangka akan murtad menjadi kristian.
Di Indonesia, 13 juta telah murtad menjadi kristian katolik. Di Malaysia, kita
pernah dikejutkan dengan berita seorang anak muda bernama Aishah murtad
setelah kalah kepada pujuk rayu kekasihnya. Kejadian ini tidak akan berlaku
sekiranya peraturan Islam dilaksanakan dimana mereka yang murtad akan dihukum
bunuh jika enggan bertaubat sehingga 3 hari. Begitu juga denga kadar jenayah -
baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia (Berita Harian, 29/1/05) dengan bimbang
mengatakan: “Saya nampak kes jenayah semakin menjadi-jadi. Apa nak jadi
pada negara kita. Ini menunjukkan penjenayah tidak takut kepada undang-
undang kita.” Islam telah membuktikan bahawa ketika ia diterapkan secara kaffah,
kadar jenayah amatlah rendah, tercatat hanya 200 kes hudud sahaja yang
dijatuhkan dalam tempoh 1400 tahun pemerintahan Islam. Ini hanyalah
sebahagian kecil dari contoh kejayaan Islam dalam membina dan mentamaddunkan
manusia. Sejarah Islam yang wujud sebagai sebuah entiti kepimpinan politik
manusia selama lebih 1400 merupakan bukti yang tidak dapat disangkal bahawa
dunia pernah dipimpin oleh sebuah ideologi yang mendatangkan rahmat bagi
seluruh alam.

Khatimah

Umat Islam tidak sewajarnya ragu tentang Islam seperti yang diinginkan oleh
musuh-musuh Islam. Ingatlah firman Allah swt:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati dengan kamu selagi
kamu tidak mengikut aqidah mereka…..” [Maksud Terjemahan Al-Baqarah : 120]

Musuh-musuh Islam seperti Amerika memahami bahawa Islam adalah mabda’ yang
sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan kebiadaban kapitalisma. Secara
alami Islam dan umat Islam tidak akan membenarkan kuffar berkuasa keatas kaum
muslimin. Kita wajib yakin bahawa hanya dengan berpegang teguh kepada Islam
sebagai mabda’ yang lengkap kita akan mencapai kemuliaan dan mendapat
keredhaan Allah swt. Tiada siapa yang dapat menafikan hatta musuh-musuh Islam
sekali pun bahawa umat Islam adalah umat yang disegani ketika Daulah Islam
tertegak sejak Nabi Muhammad saw mendirikannya di Madinah sehinggalah
kejatuhan Daulah Khilafah Usmaniyah pada 3hb Mac 1924.

Sebuah badan pemikir Amerika, National Intelligence Council (NIC), baru-baru


ini meramalkan bahawa Khilafah akan tertegak menjelang 2020 dan menurut
kajian mereka, Khilafah ini akan menerapkan mabda’ Islam merangkumi wilayah
yang luas dan mencabar kuasa besar seperti Amerika. Mereka melihat bahawa
Khilafah bukanlah suatu khayalan malah merupakan suatu realiti yang hanya
menunggu masa sahaja untuk muncul. InsyaAllah dengan kegigihan mereka yang
yakin dengan Allah dan RasulNya, Khilafah akan tertegak lebih awal dari yang
diramalkan oleh NIC. Oleh itu umat Islam mestilah memahami kewajiban untuk
melaksanakan Islam sebagai mabda’ yang praktikal dan tidak menganggapnya
sebagai khayalan dan bersegera melakukan dakwah bersifat politik yang
didasari dengan pemikiran Islam yang murni supaya Khilafah akan kembali untuk
menerapkan keadilan, membawa kemakmuran dan menyelamatkan manusia dari
penindasan dan kezaliman kesemua ideologi buatan manusia.

You might also like