You are on page 1of 116
Seirvaae 4, Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar, Pelaksanaan dan Pencapaian Dato’ Dr. Hj. Hassan bin Ahmad 2. Beberapa Akibat daripada Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Malaysia: Suatu Penilaian Empiris dan Teori Prof. Dr. Shaharir bin Mohamad Zain 3. Ke Arah Inovasi Dalam Pendidikan Kebangsaan Dato' Prof. Emeritus Dr. Isahak bin Haron 4, Pendidikan Sepanjang Hayat Cabaran Revolusi Cara Fikir dan Cara Hidup Kualiti Tinggi Dato' Prof. Dr. Ibrahim bin Ahmad Bajunid 9294 7 51 1 Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar, Pelaksanaan dan Pencapaian Dato’ Dr. Hj. Hassan bin Ahmad 4. Makna ‘Martabat Bahasa’ “Martabat bahasa’ berert taraf bahasa itu sebagai alat kemajuan bangsa dan negara, iat setakat manakah bahasa itu digunakan, bukan sahaja oleh pengguna aslinya, tetapi juga oleh orang tain yang mempunyai bahasa asi ‘bahasa ibunda'nya) send sebagai alat untuk memajukan dirinya, masyarakat dan negaranya dalam bidang-bidang yang, oleh Sibayan Bonifacio (1988), disebut ‘controlling domains’, misalnya bidang pentadbiran kerajaan, bidang pendidikan tinggi, bidang ‘ekonomi, teknologi, politi, kesusasteraan, penulisan dan penerbitan buku, dan lain-lain lagi, dan tidak hanya digunakan sebagai alat komunikasi biasa sahaja, misalnya di rumah, di pasar, di kedai kopi, dan sebagainya. Menurut ‘teor’ atau konsep ‘perancangan bahasa' atau Yanguage planning’, martabat bahasa, atau istilah yang lebih kerap digunakan, ‘taraf bahasa’ atau fanguage status’, dapat dirancangkan melalui pelbagai cara. Cara yang paling biasa digunakan ialah melalui dasar bahasa. Hampir semua negara di dunia ini mempunyai dasar bahasa. Ada yang mengamalkan dasar satu bahasa rasmi atau satu bahasa kebangsaan sahaja, misalnya, Malaysia, Indonesia, negeri Thai, Amerika, Australia, kebanyakan negara Eropah, termasuk Britain, Jepun, Korea dan banyak lagi. Ada negara yang mengamalkan dasar peloagai bahasa rasmi, Jumiahnya tidak banyak. Ini termasuk Switzerland (4 bahasa rasmi'), India (14 bahasa rasmit), Singapura (4 bahasa rasmi, tetapi hanya satu bahasa kebangsaan, itu bahasa Melayu), dan Belgium, Tidak ada negara di dunia yang tidak mempunyai dasar bahasa, sama ada dasar yang bertulis, seperti di Malaysia dan Indonesia, dan banyak negara yang lain lagi, atau pun dasar yang tidak bertulis, misalnya di Britain atau Amerika Syarikat. ‘Sebab mengapa.negara-negara itu mempunyai atau terpaksa menggubal dasar bahasa adalah jelas. Sebab utamanya ialah, pragmatisme. Dari segi pengurusan negara, menggunakan satu atau beberapa bahasa rasmi jauh lebih praktikal dan lebih cekap daripada menggunakan ‘semua bahasa yang terdapat di negara itu. Sesetengah negara atau masyarakat mempunyai uluhan, bahkan ratusan bahasa suku-suku etnik, misalnya di Indonesia atau beberapa negara di Afrika dan di India, Jadi, masalah kepelbagaian bahasa itu sebagai fenomena etnik dan sosiobudaya, terpaksa diatasi dengan memilin satu atau beberapa bahasa yang dianggap layak dari segi tarafnya atau potensinya untuk menjadi alat supraetnik, mengatasi segala macam sempadan etnik, untuk berfungsi sebagai ‘bahasa negara’ untuk kepentingan semua pihak. Ini tidak bererti bahawa bahasa sebagai fenomena sosial atau ‘societal multilingualism’ akan dihapuskan atau akan terhapus oleh dasar bahasa rasmi itu. Keadaan ini tidak beriaku di negara seperti Malaysia, Kita juga perlu menyedari hakikat bahawa di negara yang mengamaikan dasar pelbagai bahasa rasmi, misalnya di India, Switzerland, dan juga Singapura, taraf atau status penggunaan rasmi bahasa-bahasa itu tidak semestinya sama. Biasanya bahasa yang dominen - ‘dominan’ dari * Bahasa Jorman, bahasa Perancls, bahass Itai dan bahasa Romansch. 9295 ‘Kongres Pendidikan Molayu Ke-2 (KPM2) / Kuala Lumpur 26hb & 27hb Mac 2005 ‘segi jumiah penduduk yang mengetahui bahasa itu, atau dari segi ‘nila’ antarabangsanya - lebih, banyak digunakan dalam urusan rasmi negara. Jadi, kita boleh berkata bahawa ‘martabat’ bahasa Melayu bergantung pada setakat manakah bahasa ini digunakan seluas-tuasnya, bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh kaum-kaum lain, sebagai alat pembangunan negara melalui dasar bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan itu. Kalau ini bukan fungsinya, maka bahasa itu bukaniah bahasa rasmi namanya, tetapi hanya sebagai ‘bahasa biasa’ yang digunakan dalam perhubungan biasa dalam masyarakat sahaja. Seringkali orang menganggap bahasa rasmi hanya sebagai bahasa ‘urusan rasmi’ atau urusan pentadbiran kerajaan sahaja, tetapl tidak sebagai bahasa pembangunan ekonomi, imu, teknologi dan sebagainya, di luar bidang urusan pentadbiran kerajaan itu. Begity juga tentang makna atau fungsi ‘bahasa kebangsaan’. Orang menganggap fungsinya hanyalah sebagai ‘bahasa perpaduan’, yang peranannya lebin bersifet‘simbolik’ atau ‘nasionalis' deripada pragmatik atau ‘developmental. Kedua-dua pandangan tersebut salah, dan tidak akan digunakan dalam kertas kerja ini untuk menghuraikan atau membincangkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pembangunan bangsa dan negara di Malaysia. 2. Mengapa Bahasa Melayu? Tentang mengapa bahasa Melayu dipih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara in, tidak bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain, jawapannya jelas. Di Malaysia, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kerajaan Melayu sejak ratusan tahun dahulu, lama sebelum pihak Inggeris atau British menggantikan tarafnya sebagai bahasa kerajaan, terutama di peringkat persekutuan, di Tanah Melayu, Namun demikian, menurut Perjanjian Item No.35 Persekutuan ‘Tanah Melayu (yang dibentuk setelah ‘Malayan Union’ tentang oleh orang Melayu), bahasa rasmi Malis Perundangan Persekutuan (‘Federal Legislative Council) ialah bahasa Melayu, di sarping bahasa Inggeris. Menarik juga disebutkan di sini bahawa bahasa yang digunakan dalam Persidangan atau Durbar pertama Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1895 ialah bahasa Melayu, tidak bahasa Inggeris. Di peringkat Negeri, terutama di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (‘Non-Federated Malay States’) bahasa Melayu lebih banyak digunakan sebagai bahasa pentadbiran. Itulah warisan sejarah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kerajaan Melayu yang tidak dapat dihapuskan sama sekali oleh pinak British. Selain ini, perlu juga disebut bahawa ‘martabat’ bahasa Melayu yang paling kekal ialah martabat atau taraf sosiopoliik dan sosiobudayanya di rantau ini, Tidak ada bahasa lain di rantau dunia Melayu-Indonesia yang dapat menandingi atau menggantikan bahasa Melayu sebagai ngua franca serantau, bahasa yang dapat merentas sempadan etnik, geografi dan budaya setempat, tntuk berkembang menjadi bahasa kerajaan-kerajaan di kawasan ini, menjadi bahasa imu, bahasa ‘agama, bahasa undang-undang, bahasa persuratan, maiah sebagai bahasa perdagangan. Saya menyebut hal-hal ini semua sekadar untuk mengingatkan generasi hari ini bahawa pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal di negara ini bukanlah dasar baru, tetapi merupakan sambungan dari sejarah bahasa Melayu itu sebagai bahasa kerajaan sejak sekurang-kurangnya abad ke-12 atau ke-13 lagi, apabila kerajaan Melayu- Islam Samudera-Pasai tertubuh di Utara Sumatera. 9296

You might also like