Professional Documents
Culture Documents
Saluran Dan Peredaran Darah
Saluran Dan Peredaran Darah
Arteri pulmonari
Ventrikal kiri
Kapilari dimana pertukaran gas berlaku Darah nyah oksigen Darah kaya oksigen
Arteri
Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagianbahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.
Vena
Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.
Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkencil sekali dinamakan venul Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.
Arteri
Vena
Kapilari darah
Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
Fungsi:
a. mengedar oksigen b. mengedar zat-zat kepada tulang, sel-sel mengangkut karbondioksida dan bahanbahan kumuhan. c. mengimbangi kandungan asid di dlm badan, ia mengelakkan pendarahan dan mengelakkan pembekuan darah. d. membantu mengawal suhu badan
ALIRAN DARAH
Darah beroksigen datang dari peparu Darah tanpa oksigen datang dari badan
Darah tanpa oksigen memasuki atrium kanan melalui superior dan inferior vena kava. Atrium kanan menguncup lalu menolak darah ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid yg menghalang darah mengalir balik ke atrium kanan.
Ventrikel kanan menguncup darah ditolak melalui injap semilunar pulmonari ke dalam arteri pulmonari. Arteri pulmonari bercabang dua kepada arteri pulmonari kiri (ke peparu kiri) dan arteri pulmonari kanan (ke peparu kanan)
Darah dibawa ke peparu untuk membebaskan CO2 dan menerima O2 Darah beroksigen melalui vena pulmonari kanan dan kiri (dari peparu kanan & kiri) memasuki atrium kiri Atrium kiri menguncup lalu menolak darah ke ventrikel kiri melalui injap bikuspid.
Ventrikel kiri menguncup darah ditolak melalui injap semilunar aortik ke dalam aorta Aorta bercabang untuk membentuk arteri-arteri lain. Arteri-arteri ini membawa darah beroksigen ke seluruh badan kecuali paru-paru
Faktor-faktor yang mempengaruhi kembalian darah ke jantung 1. 2. Apabila otot-otot menguncup, vena tertekan dan darah dalamnya ditolak ke arah jantung. Injap-injap pada vena menghalang darah daripada mengalir ke arah belakang. Ia hanya membenarkan darah mengalir satu arah iaitu ke jantung. Semasa otot-otot mengendur, vena-vena tersebut akan dipenuhi semula dengan darah. Proses penguncupan dan pengenduran otot membolehkan darah dialirkan ke jantung.
3.
4. Semasa inspirasi, tekanan intratorasik menurun menyebabkan vena darah dalam rongga toraks mengembung dan ini memaksa darah mengalir ke arah atrial kanan jantung. 5. Apabila tekanan intratorasik meningkat semasa ekspirasi, vena-vena tersebut dipenuhi semula dengan darah nyahoksigen. Semakin tinggi tekanan ini, semakin banyak output jantung. 6. Pernafasan yang membantu keluaran jantung dikenali sebagai pam pernafasan.