You are on page 1of 15

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan kurniaNya kami berdua dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh fasilitator kami iaitu Encik Khairul. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang membantu untuk mendapatkan sumber-sumberi bagi menyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Encik Khairul Anhar Othman kerana banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami selama ini tentang seni tari Melayu. Sedikit sebanyak ilmu yang diberikan telah memberi manfaat kepada kami. Tunjuk ajar beliau selama ini kami hargai dan akan sentiasa dikenang. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan kerana telah memberikan kerjasama bagi menyiapkan tugasan ini. Kepada rakan-rakan juga, terima kasih kerana memberi kenangan yang terindah sepanjang sesi ko-kurikulum seni tari Melayu ini. Kami doakan kalian berjaya di dalam bidang masingmasing dan moga kita berjumpa lagi di hari akan datang.InsyaAllah.

Latar belakang tarian Rodat Tarian Rodat terkenal di Negeri Terengganu. Tarian ini pada mulanya ditarikan di istana sahaja. Dahulu tarian ini ditarikan di atas tilam dengan berdiri lutut sahaja. Tetapi

ianya sekarang ditarikan di atas pentas. Para penari Rodat terdiri daripada 10 hingga 12 orang penari yang menari sambil membawa rebana. Kumpulan kedua dikenali sebagai pelenggok. Dua kumpulan ini berganti-ganti menarikan tarian ini. Alat-alat muzik yang mengiringi tarian ini terdiri daripada tiga buah gendang dan sebuah gong. Kesenian Rodat merupakan salah satu kesenian tradisi di kalangan umat Islam di Palembang. Kesenian ini berkembang seiring dengan tradisi memperingati Maulid Nabi di kalangan umat Islam di Palembang. Kesenian ini menggunakan syair atau syiiran berbahasa arab yang bersumber dari Kitab Al-Berzanji iaitu sebuah kitab sastera yang masyhur di kalangan umat Islam. Isi dari selawat rodat adalah bacaan selawat yang merupakan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW. Rodat ini juga dipercayai lahir bersama-sama Nazam, Maulud, Berzanji, Zapin, Hasidah, Nasyid dan Berhadrah yang kesemuanya dari Arab mengandungi unsur-unsur keislaman memuji Tuhan dan Nabi. Mengikut Kamus Dewan pula perkataan 'Rodat' membawa erti seni nyanyian Arab yang diiringi dengan Rebana Tar.

Sesuatu yang khas dari kesenian ini ialah tarian yang mengiringi syair yang dilagukan dan musik rebana yang dinyanyikan secara bersama-sama (berjamaah). Tarian inilah yang disebut dengan Rodat. Tarian ini ditarikan sambil duduk.

Di Palembang sendiri Rodat ini biasanya tergabung dalam PSA (Persatuan Syaropal Anam), di mana selain Rodat juga melakukan arakan pengantin ataupun kegiatan kesenian islam lainnya. Tari Rodat cempako merupakan tari rakyat bernafaskan Islam. Gerak dasar tari ini diambil dari Negara asalnya Timur Tengah, seperti halnya dengan tari

Dana

Japin

dan

Tari

Rodat

Cempako

sangat

dinamis

dan

lincah

Sekarang ini bukan hanya lelaki yang melakukan rodat ini tetapi wanita pun ikut melakukan rodat.

PERGERAKAN TARIAN RODAT

Duduk-berlutut

Penari duduk di atas tumit pada kaki kirinya dengan lutut mencecah lantai dan lutut kanan diangkat ke atas. Penari menepuk tangan, kemudian meletakkan tangan kiri ke atas peha kiri, dan mengayunkan tangan kanan dari sisi ke sisi. Semasa pergerakan berayun, lengan kanan berayun dalam keadaaan melintang bersudut 30 dengan membataskan pergerakan utama kepada pergelangan tangan dan tangan. Daripada posisi tapak tangan ke atas setara dengan bahu, tangan kanan bergerak ke arah dalam berkeadaan melengkung, dengan jari diregangkan, ke arah tengah badan ke posisi tapak tangan diturunkan. Bergerak ke arah luar, jari jemari dilentikkan sementara tangan dipusingkan kepada posisi tapak tangan dinaikkan ke atas apabila ia menghampiri posisi luar. Pergerakan ini berakhir apabila kedua-dua tangan dibawa ke hadapan dengan tapak tangan diturunkan ke bawah berhampiran lantai.

Kombinasi bertinggung dan berdiri

1. Penari bertinggung menghadap ke arah bawah, tangan kanan diregangkan dan digerakkan ke hadapan dalam posisi tapak tangan diangkat ke atas, dan kemudian memetik jari dalam posisi pataka. Tangan kiri diletakkan ke atas lutut kiri. Semasa dalam posisi bertinggung, penari mengangkat muka ke atas sambil tangan kiri diregangkan ke hadapan dan memetik jari iaitu posisi pataka. Tangan kanan di sisi dan menyentuh lantai. Kemudian penari bangun dan berjalan tiga langkah sambil mengayunkan lengan; penari berpusing menghadap ke arah bawah, mengangkat tangan kiri, melentikkan jari dan memetik jari dalam

posisi pataka. Kemudian penari bergerak tiga langkah ke arah bawah dan bertinggung.

2. Pergerakan bertinggung diulangi seperti langkah 1, penari bangun dan berpusing bertentangan arah jam menghadap ke arah bawah, kedua-dua tangan dibawa ke hadapan, jari jemari dilentikkan dan tangan dipusingkan dalam posisi tapak tangan di naikkan ke atas sebelum diangkat dan memusingkan ia dalam posisi pataka. Pergerakan ini berakhir apabila penari bangun dan tangan mencapai posisi pataka apabila tegak berdiri sepenuhnya. Penari kemudian bertinggung menghadap bawah dan mengulangi semula seluruh pergerakan.

Berdiri

1. Dari aras bahu depan, tangan kanan diangkat dalam separuh bulatan, direndahkan ke arah tengah badan dalam posisi berdiri pataka. Tangan kiri diangkat untuk ditemukan dengan tangan kanan dalam posisi menghadap belakang- tapak tangan kiri menghadap penari sementara yang kanan dalam posisi berdiri pataka. Daripada posisi ini, tangan kiri dan kanan diangkat dan diturunkan sehingga tangan kiri terletak di lengan tangan kanan di mana ia dilentikkan, dipusingkan dan memetik dalam posisi pataka. Seluruh pergerakan ini berakhir apabila penari bergerak ke hadapan dan ke belakang dalam turutan ragam. Bergerak ke belakang, penari mengangkat kaki kanan dan mengayunkan ia sedikit ke hadapan

sebelum merendahkan ia ke belakang kaki kiri. Kaki kiri kemudian mengulangi pergerakan. Bergerak ke hadapan, penari mengayunkan kaki kanan ke hadapan dan merendahkan ia di hadapan sebelah kiri. Penari mengambil empat langkah ke belakang dan empat langkah ke hadapan dalam ragam ini.

2. Penari mengambil empat langkah ke hadapan dan empat langkah ke belakang sambil mengayunkan lengan tegak ke atas ke hadapan dan ke belakang. Penari mengambil tiga langkah berjalan ke hadapan dan melompat empat kali sambil memetik jari tangan kiri dari tapak tangan dinaikkan ke atas ke posisi pataka. Tangan kanan memetik jari dalam posisi pataka sambil penari melompat ke belakang.

3. Penari menepuk tangan dan berada dalam posisi tegak pataka. Tangan dilentikkan ke arah bawah dan dipusingkan ke posisi tapak tangan ke atas. Dalam pergerakan ini juga, kaki kanan diangkat dan diturunkan. Tangan sekali lagi dilentikkan ke dalam, dipusingkan, diangkat sedikit sebelum dibuka ke atas dalam posisi tegak pataka. Kaki kanan diangkat dan diturunkan apabila tangan dibuka dalam posisi tegak pataka. 4. Mengambil selangkah ke belakang bersama kaki kanan, penari melentikkan tangan dari posisi tapak tangan ke atas ke posisi pataka (tangan kiri sedikit di hadapan sebelah kanan). Semasa permulaan pergerakan, ibu jari kaki kiri diangkat

hanya tumit mencecah lantai. Kaki diturunkan apabila tangan dalam posisi pataka. Penari kemudian mengambil selangkah ke hadapan dengan kaki kanan sementara melentikkan jari ke arah bawah, memusingkan pergelangan tangan dan buka ia ke arah posisi tapak tangan ke atas. Kedua-dua tangan diangkat sedikit sementara pergelangan tangan dipusingkan jari menghala ke arah bawah sebelum tangan kanan memetik dalam posisi pataka dan tangan kiri memetik ke arah tapak tangan ke bawah kemudian posisi tapak tangan ke atas.

5.

Pergerakan empat langkah dari sisi. Tangan kanan digerakkan dan tangan kiri terletak di pinggul apabila bergerak ke arah kanan; posisi tangan diundurkan ke belakang apabila bergerak ke kiri. Pada dua langkah pertama, tangan yang digerakkan dibuka ke atas ke posisi tapak tangan ke atas, dan semasa dua langkah seterusnya, tangan dipetik ke posisi pataka. Pergerakan kaki seperti berikut: kaki kanan dibuka ke atas dalam posisi kedua (kedua-dua kaki diletakkan di atas tempat datar yang sama tetapi terpisah kira-kira 35cm hingga 52cm) dan pergerakan kiri di belakang dalam posisi keempat (satu kaki di depan dan satu kaki di belakang), di mana selepas kaki kanan dibuka dalam posisi kedua sebelum kaki kiri bergerak di sisi, kaki kanan dalam posisi keenam (kedua-dua kaki bersama-sama tetapi tidak berpusing ke arah luar). Pergerakan kaki yang sama juga diulang ke arah kiri, bermula dengan kaki kiri.

6. Pergerakan empat langkah dari sisi. Penari memulakan pergerakan dengan menepuk tangan. Pada dua langkah pertama ke kanan, penari menaikkan dan

menurunkan tangan dalam lingkungan tengah badan ke posisi berdiri pataka di mana sedikit senget ke arah bawah. Tangan sekali lagi dinaikkan dan diturunkan dalam dua langkah seterusnya tetapi berakhir dalam posisi yang berlainan- tangan kanan dalam posisi pataka dan tangan kiri dalam keadaan posisi tapak tangan ke arah bawah. Pergerakan yang sama diulang ke kiri tetapi dengan posisi tangan diundurkan di akhir empat langkah ke kiri. Pergerakan kaki yang sama digunakan seperti dalam pergerakan 5; dan tangan yang sama dan pergerakan kaki digunakan penari seperti bergerak dalam corak bengkang-bengkok berpusing 360.

7. Penari menghadap kiri pentas tetapi badan menghadap ke arah bertentangan, dengan tangan kanan di depan posisi pataka dan tangan kiri sedikit menghala ke kiri pentas, juga dalam posisi pataka. Memetik tangan dari sisi ke sisi, penari mengambil langkah kecil sambil pandang memandang.

8. Mengayunkan tangan ke atas dan ke bawah silih berganti, penari mengambil langkah ke hadapan dan ke belakang dengan kaki yang sama. Tangan diangkat dalam posisi tapak tangan ke atas, berpusing dalam posisi pataka, dan kemudian merendahkan dengan perlahan-lahan ke posisi lengkungan tapak tangan ke bawah. Tangan berpusing dalam posisi tapak tangan ke atas sebelum dinaikkan semula.

9. Menggunakan pergerakan tangan yang sama seperti dalam pergerakan 8, penari bergerak ke belakang, mengangkat setiap kaki dan menahan ia di udara dalam beberapa saat sebelum merendahkan ia ke bawah ke arah belakang. Pergerakan ini diulangi sama seperti penari bergerak ke hadapan.

10. Menyatukan kedua-dua tangan bersama di hujung jari dengan tapak tangan kanan menghala ke arah luar, dan tapak tangan kiri menghala ke arah dalam, dan siku kiri diangkat tinggi daripada kanan, penari mengayun pinggul di mana penari mengambil langkah berganjak sedikit ke hadapan.

11. Penari silih berganti mengangkat setiap kaki dan menahan ia untuk beberapa saat sebelum menurunkan ia ke bawah. Pergerakan ini diakhiri dalam posisi pegun (pada ketika itu).

12. Dengan tangan diletakkan di pinggul, penari melakukan langkah berganjak sedikit dengan tumit diangkat sedikit.

13. Dengan tangan kiri di pinggul dan tangan kanan dalam posisi pataka, penari melakukan langkah berganjak sedikit ke kiri dan kanan (kaki kanan di atas kaki kiri) di mana penari mengayun pinggulnya.

Rujukan Mohd. Ghouse Nasuruddin (1995). The Malay Dance. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

LAMPIRAN

Kanak-kanak sedang berodat

Tarian Rodat yang ditarikan secara berpasangan

Ahli kumpulan yang memainkan alat muzik untuk Rodat

You might also like