Professional Documents
Culture Documents
Kerjaya JURUTERA
Kerjaya JURUTERA
1. Meminati profesion ini 2. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa 3. Mempunyai kemahiran komputer < mempunyai dan> 4. 5. 6. 7. Tekun dan bekerja keras Mempunyai keinginan untuk berjaya Seorang yang dinamik Dapat bekerja secara berkumpulan
Syarat menceburi bidang ini Calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia. Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional. Tempat melanjutkan pengajian Universiti yang menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). UTM, UPM, UiTM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat diploma. Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand dan Singapura turut menawarkan kursus ini.
Syarat melanjutkan pengajian Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan mendapat kepujian mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, calon perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am. Tempoh pengajian adalah di antara empat hingga enam tahun. Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM, UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM serta universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura. Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan. Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti secara terus selepas SPM. Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas juga menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda. Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej swasta juga boleh memohon.