You are on page 1of 16

PROGRAM KELAS INTERVENSI AWAL ( KIA 2M)

MAWADAH BT SHAMSUDIN NIK AIN IZZATI BT NIK HASHIM NURUL FAKHRIAH BT ABDUL GHANI (PISMP 5.14) PUAN SITI ROMLAH

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)


Satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
Membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

PERANCANGAN
Membasmi masalah buta huruf yang tidak boleh membaca dalam kalangan pelajar. Mengenalpasti tahap penguasaan dan bentuk kesukaran membaca dan menulis dalam kalangan murid KIA2M.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.

Murid akan menjalani proses pembelajaran seperti biasa seperti murid-murid lain yang bukan di kelas KIA Cuma mereka diberi penekanan khusus sewaktu subjek Bahasa Malaysia (mengenal huruf, mengenal sukukata, boleh membaca dan juga menulis).
Jika ada kemajuan dalam pelajaran, mereka boleh masuk ke kelas yang lebih baik di darjah dua nanti, bukan bermakna akan kekal di kelas ini sahaja.

PELAKSANAAN
Diwujudkan pada tahun 2006. KIA2M ini akan dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Melibatkan semua pihak di Kementerian Pelajaran termasuk sekolah rendah, sekolah menengah dan Institut Perguruan (IPG) di seluruh Malaysia (KPM 2006).

Strategi pengajaran dan pembelajaran (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:


PERCALONAN

UJIAN PENAPISAN

PERANCANGAN

PENGAJARAN

PENILAIAN

TINDAKAN SUSULAN

Program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan (masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah).
Semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan untuk mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.

Menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian berstruktur berdasarkan soalan soal selidik interpersonal bagi mengumpul data kualitatif.

Banyak menggunakan beberapa kaedah pengajaran yang berbentuk latih tubi.

BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM


Konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahirankemahiran dalam Bahasa Melayu.

Pendidikan Jasmani Kesihatan: 1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan. 2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan. Pendidikan Muzik: 1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanakkanak. 2. Pergerakan berirama 3. Bunyi-bunyian berirama

Pendidikan Seni: 1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin membentuk abjad. 2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata. 3. Capan - mengecap bentuk. 4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.

KESAN (KIA2M)
Memberi peluang kepada murid yang kurang bijak untuk mendapat peluang pendidikan yang sama seperti kanak-kanak yang bijak. Mengurangkan jurang pendidikan dalam kalangan murid.

Murid mula menunjukkan minat untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis Penguasaan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis meningkat Murid menunjukkan sikap positif dan mula berani untuk bertanya dan berinteraksi dengan guru.

KESIMPULAN
Menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yang disampaikan dengan lebih baik. Program KIA2M ini adalah usaha KPM untuk merapatkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan.

RUJUKAN
http://www.slideshare.net/kulanzsalleh/isuisupendidikandimalaysia http://www.slideshare.net/misscorby90/ketak samaan-peluang-pendidikan

SEKIAN, TERIMA KASIH