You are on page 1of 24

1.

PENDAHULUAN

Bidang Linguistik merupakan bidang yang mengkaji mengenai struktur atau komponen sesuatu bahasa secara saintifik dan dilakukan secara terperinci. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi. Dalam menggunakan bahasa, perkara-perkara seperti sebutan, ejaan, kosa kata, tanda baca dan sebagainya dipanggil tatabahasa dan ia merujuk kepada struktur dan binaan ayat. Penggunaan tatabahasa dan struktur ayat yang betul adalah penting bagi memastikan sesuatu mesej itu dapat disampaikan dengan berkesan.

Sintaksis adalah salah satu cabang bidang linguistik. Asal usul perkataan sintaksis ini ialah daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yang bererti menempatkan bersama-sama. Oleh itu, secara etimologi, sintaksis dapat diertikan sebagai menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Kata suntattein ini kemudiannya menjadi syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax dalam bahasa Inggeris.

Berdasarkan Abdullah Hassan pula, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

2.0

KONSEP SINTAKSIS

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.

Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut: Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayatseruan. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang. Binaan dan proses penerbitan ayat. Ayat dasar. Ayat tunggal. Ayat terbitan atau ayat majmuk.

3.0 PENGANALISISAN AYAT (3.1) Penganalisisan Penggunaan Frasa.

3.1.1 Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.

Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri ketiga susunan songsang. Ayat pasif susunan biasa ialah daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada bulan depan. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah daerah kami, manakala predikat ayat ialah akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada bulan depan. Pola ayat ini ialah terdiri daripada Frasa Nama dan Frasa Kerja (FN+FK). Frasa Nama terdiri daripada kata nama inti daerah dan kata ganti nama diri pertama kami sebagai penerang pada kata nama inti daerah. Frasa kerja terdiri daripada kata bantu akan, diikuti kata kerja pasif dikunjungi, diikuti frasa nama pemimpin parti tersebut sebagai pelaku diri ketiga dan diikuti frasa sendi nama pada bulan depan sebagai keterangan masa kepada frasa kerja. Frasa nama terdiri daripada kata nama pemimpin, diikuti kata nama parti dan seterusnya kata penentu tersebut. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama pada dan frasa nama bulan depan. Frasa nama terbentuk daripada kata nama inti bulan dan kata adverba depan sebagai penerang masa kepada kata nama inti bulan.

3.1.2 Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.

Ayat ini ialah ayat tunggal susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah hasil padinya, manakala predikat ayat ialah berguni-guni di dalam kepuk itu.

Pola ayat ini ialah terdiri daripada frasa nama dan frasa nama (FN+FN). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti hasil, diikuti kata nama padi dan kata ganti nama diri ketiga nya. Frasa nama bagi predikat ayat terdiri daripada kata bilangan berguni-guni yang menerangkan kata nama dan diikuti frasa sendi nama (FSN) di dalam kepuk itu merupakan keterangan tempat kepada frasa nama predikat. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama di, diikuti kata arah dalam dan frasa nama kepuk itu. Frasa nama terbentuk daripada kata nama kepuk dan kata penentu itu 3.1.3 Dengan segeranya kami laksanakan perintah pengarah syarikat.

Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri pertama susunan songsang. Ayat pasif susunan biasa ialah perintah pengarah syarikat kami laksanakan dengan segeranya. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah perintah pengarah syarikat, manakala predikat ayat ialah kami laksanakan dengan segeranya. 6

Pola ayat ini ialah terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN+FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti perintah dan diikuti kata nama khas pengarah syarikat yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama inti perintah. Frasa kerja terdiri daripada kata ganti nama diri pertama kami, diikuti kata kerja pasif laksanakan dan frasa sendi nama dengan segeranya. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama dengan dan frasa nama segeranya. Frasa nama terbentuk daripada kata adjektif segera yang berfungsi sebagai kata nama dan kata pembenda nya yang menjadikan kata adjektif sebagai kata nama. 3.1.4 Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan Pilihan Raya Umum ke-13.

Ayat ini ialah ayat aktif transitif susunan songsang. Ayat aktif susunan biasa ialah orang sibuk memperkatakan Pilihan Raya Umum ke-13 di seluruh negara.

Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah orang, manakala predikat ayat ialah sibuk memperkatakan Pilihan Raya Umum ke-13 di seluruh negara. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN+FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti orang. Frasa kerja terdiri daripada kata bantu sibuk diikuti kata kerja transitif memperkatakan dan diikuti frasa nama sebagai objek iaitu Pilihan Raya Umum ke-13 yang menjadi kata nama khas dan diikuti frasa sendi nama di seluruh negara. Kata nama sibuk merupakan kata adjektif yang berfungsi sebagai kata bantu kerana hadir sebelum kata kerja transitif. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama di dan frasa nama seluruh negara. Frasa nama terdiri daripada kata bilangan seluruh dan kata nama negara. 3.1.5 Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis.

Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri ketiga susunan songsang. Ayat pasif susunan biasa ialah pengedar dadah itu terus diburu polis ke mana-mana sahaja. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah pengedar dadah itu, manakala predikat ayat ialah terus diburu polis ke mana-mana sahaja. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN+FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti pengedar dan diikuti kata nama dadah yang berfungsi sebagai penerang kepada pengedar dan diikuti kata nama penentu itu. Frasa kerja terdiri daripada kata bantu terus, diikuti kata kerja pasif diburu, diikuti frasa nama polis ke mana-mana sahaja. Frasa nama terdiri daripada kata nama pelaku diri ketiga polis dan diikuti frasa sendi nama ke mana-mana sahaja sebagai penerangan tempat. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama ke dan frasa nama mana-mana sahaja. Frasa nama terbentuk daripada kata nama mana-mana dan diikuti kata penegas sahaja.

(3.2)

Penganalisisan Penggunaan Klausa.

3.2.6 Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama objek pasif pelaku diri pertama susunan songsang. Ayat komplemen dipancangkan dalam ayat induk.

10

Ayat induk ialah saya jelaskan kepadanya, manakala ayat komplemen ialah bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam ayat induk pada bahagian subjek ayat. Subjek ayat induk ialah saya diikuti oleh predikat jelaskan kepadanya. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN+FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama saya, manakala frasa kerja terdiri daripada kata kerja pasif jelaskan diikuti frasa sendi nama kepadanya yang terdiri daripada kata sendi nama kepada dan nya yang merupakan kata ganti nama diri ketiga. Frasa sendi nama berfungsi sebagai keterangan orang dalam frasa kerja. Ayat komplemen terdiri daripada subjek pemimpin itu dan predikatnya ialah tidak amanah terhadap rakyatnya. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa adjektif (FN+FA). Ayat ini didahului oleh kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama ayat ini ialah pemimpin dalam golongan kata nama dan itu sebagai kata penentu. Frasa adjektif sebagai predikat pula terdiri daripada kata nafi tidak diikuti kata adjektif amanah serta kata bantu terhadap dan seterusnya diikuti frasa nama rakyatnya. Frasa nama terdiri daripada kata nama rakyat dan kata ganti nama diri ketiga nya. Frasa sendi nama berfungsi sebagai keterangan orang kepada predikat tidak amanah. Fungsi klausa dalam ayat ini ialah sebagai subjek.

11

3.2.7 Wajahnya cantik umpama bulan dipagari bintang.

Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan keterangan. Ayat induk ialah wajahnya cantik, manakala ayat keterangan ialah bulan dipagari bintang. Ayat keterangan dipancangkan dalam ayat induk selepas frasa adjektif. Subjek ayat induk ialah wajahnya dan predikatnya ialah cantik. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa adjektif (FN+FA). Frasa nama terdiri daripada kata nama wajah dan kata ganti nama diri ketiga nya. Manakala, frasa adjektif pula terdiri daripada kata adjektif cantik. Frasa adjektif berfungsi sebagai penerang kepada frasa nama wajahnya.

12

Ayat keterangan terdiri daripada subjek ayat bulan dan predikatnya ialah dipagari bintang. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN+FK). Ayat ini didahului oleh kata hubung keterangan umpama. Frasa nama terdiri daripada kata nama inti bulan, manakala frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja pasif dipagari dan diikuti kata nama bintang. Ayat induk wajahnya cantik merupakan klausa bebas iaitu klausa yang dapat berdiri dengan sendiri. Manakala, ayat keterangan bulan dipagari bintang merupakan klausa tidak bebas yang tidak dapat berdiri dengan sendiri. Fungsi klausa dalam ayat ini sebagai keterangan perbandingan.

13

3.2.8 Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan

diri.

Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama objek. Ayat induk ialah pihak polis menerangkan, manakala ayat komplemen ialah pendatang asing itu telah 14

melarikan diri. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam ayat induk selepas kata kerja transitif menerangkan. Subjek ayat induk ialah pihak polis manakala predikatnya ialah menerangkan. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN+FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti pihak dan kata nama polis yang menerangkan kata nama inti pihak. Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja transitif menerangkan. Ayat komplemen terdiri daripada subjek ayat pendatang asing itu dan predikat ayat ialah telah melarikan diri. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN+FK). Ayat ini didahului oleh kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama terdiri daripada kata nama inti pendatang diikuti kata nama asing yang menjadi keterangan kepada kata nama inti pendatang dan diikuti kata penentu itu. Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu aspek telah dan kata kerja transitif melarikan diikuti frasa nama diri. Frasa nama terdiri daripada kata nama diri. Fungsi klausa sebagai frasa nama objek bagi frasa kerja menerangkan.

15

3.2.9 Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.

Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen frasa kerja. Ayat induk ialah penduduk di situ berpendapat, manakala ayat komplemen ialah kediaman mereka tidak selamat. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam ayat induk pada bahagian predikat ayat selepas kata kerja tak transitif. 16

Subjek ayat induk ialah penduduk di situ diikuti oleh predikat ayat induk berpendapat. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN+FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti penduduk diikuti frasa sendi nama di situ. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama di dan frasa nama situ. Frasa nama pula terdiri daripada kata tunjuk situ bagi menerangkan tempat bagi kata nama inti penduduk. Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja tak transitif berpendapat. Ayat komplemen terdiri daripada subjek kediaman meraka dan predikatnya tidak selamat. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa adjektif (FN+FA). Ayat ini didahului oleh kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama bagi subjek ayat komplemen terdiri daripada kata nama inti kediaman dan kata ganti nama diri ketiga mereka sebagai pelaku diri ketiga. Frasa adjektif pula terdiri daripada kata nafi tidak dan diikuti kata adjektif selamat. Fungsi klausa bagi ayat komplemen ini ialah sebagai pelengkap selepas kata kerja tak transitif berpendapat.

17

3.2.10 Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan.

Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen susunan biasa. Ayat induk ialah kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan, manakala ayat komplemen ialah pengarah baharu itu bukan orang tempatan. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam ayat induk selepas frasa nama objek tepat pengesahan. Subjek ayat induk ialah kakitangan pejabat itu dan predikatnya mendapat pengesahan. Pola ayat ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN+FK). Frasa nama terdiri 18

daripada kata nama inti kakitangan diikuti kata nama pejabat yang menerangkan kata nama inti kakitangan dan kemudian diikuti kata penentu itu. Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja transitif mendapat dan frasa nama pengesahan. Frasa nama terdiri daripada kata nama pengesahan yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif. Ayat komplemen terdiri daripada subjek pengarah baharu itu dan predikatnya bukan orang tempatan. Pola ayat ini ialah frasa nama (FN+FN). Ayat ini didahului kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama terdiri daripada kata nama inti pengarah diikuti kata adjektif baharu dan kata penentu itu. Frasa nama bagi predikat ayat komplemen terdiri daripada kata nafi bukan diikuti kata nama inti orang dan kata nama terbitan tempatan yang menerangkan kata nama inti orang. Fungsi klausa dalam ayat ini ialah sebagai penerang kepada frasa nama pengesahan.

19

4.0

KESIMPULAN

Penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu amat luas dan kadangkala berlaku kesalahan penggunaan ayat disebabkan menjadi kebiasaan dalam pertuturan atau bahasa pasar. Oleh itu, pembacaan dan merujuki buku tulisan ilmuan bahasa dapat memperbetulkan penggunaan bahasa. Dalam ayat juga terdapat kata-kata yang disusun secara teratur. Susunan kata-kata atau frasa dalam ayat mempunyai hubungan yang mengaitkannya dengan kata atau frasa yang lain bagi membentuk suatu kesatuan yang bermakna. Kata-kata ini juga mempunyai tempatnya yang tertentu dalam struktur ayat. Tempat yang diduduki oleh kata atau frasa dalam binaan ayat ini mempunyai fungsinya dalam tatabahasa. Fungsi tersebut dikenal sebagai fungsi sintaksis. Kesimpulannya, jelas bahawa bidang sintaksis yang mengkaji persoalan bentuk, struktur dan binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalam penganalisisan sesuatu bahasa.

20

5.0

RUJUKAN

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood (2004).Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Ahmad Khair Mohd Nor (2003).Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu (Tatabahasa: Ayat). Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur Darwis Harahap Mohamad (2004).Perbincanan Bahasa.Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur Abdullah Jumain Abu Samah (1991).Pengayaan Struktur Ayat dan Frasa.Mahir Publication Sdn Bhd, Kuala Lumpur Haji Hamzah Hj. Mahmood (1997).Pembentukan Tatabahasa Melayu Mengikut Proses Hukum Morfologi dan Sintaksis.Koperasi Kakitangan Universiti Islam Antarabangsa (M) Berhad, Petaling Jaya

21

6.0

REFLEKSI

7.0

BORANG KOLABORASI : ALIF AMIRUL AZRIN BIN AHMAD SHAMSUDDIN 22

NAMA PELAJAR

KUMPULAN KURSUS PENSYARAH

: PISMP 5B (AMBILAN JANUARI 2011) : SINTAKSIS (BMM3110) : PUAN TUAN ZAINAB BINTI WI

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN


Pensyarah memberikan taklimat ringkas tentang

T/TANGAN PELAJAR

T/TANGAN PENSYARAH

4.2.2013

pelaksanaan kerja kursus.

Berbincang dan mengenalpasti susunan ayat, 6.2.2013 15.3.2013 20.3.2013 subjek, predikat dan pola ayat. Berbincang mengenai tugas frasa dalam ayat. Berbincang mengenai tugas klausa dalam ayat.

9.3.2013

Menyemak dan membuat draf terakhir sebelum tugasan dihantar.

18.3.2013

Tugasan kerja kursus dihantar kepada pensyarah.

8.0

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN : ALIF AMIRUL AZRIN BIN AHMAD SHAMSUDDIN : PISMP 5B (AMBILAN JANUARI 2011) 23

NAMA PELAJAR KUMPULAN

KURSUS PENSYARAH

: SINTAKSIS (BMM3110) : PUAN TUAN ZAINAB BINTI WI

TARIKH
4.2.2013

PERKARA
Mendengar taklimat kerja kursus daripada pensyarah. Mula memahami konsep dan ruang lingkup bidang sintaksis. Menganalisis soalan 1-5.

CATATAN

7.2.2013 Menganalisis soalan 6-10. 10.2.2013 Membuat rajah pohon dan menghuraikan 20.3.2013 soalan frasa. Membuat rajah pohon dan menghuraikan 1.3.2013 16.3.2013 soalan klausa. Menyemak tugasan sebelum dihantar.

18.3.2013

Menghantar tugasan kerja kursus.

24

You might also like