You are on page 1of 13

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA III 1.

0 PENDAHULUAN Aktiviti ceramah/bengkel/seminar merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan berdasarkan garis panduan Program Bina Insan Guru semester tiga yang telah ditetapkan untuk pelajar kursus PISMP Pengajian Sosial, Pendidikan Khas, Pemulihan dan Sains Ambilan Januari 2010 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah.

2.0 RASIONAL Program Bina Insan Guru merupakan salah satu pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan berpengetahuan tinggi. 3.2 Meningkatkan kefahaman guru pelatih terhadap pentingnya membina kualiti peribadi dan profesionalisme yang seimbang. 3.3 Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapesonal serta perpaduan masyarakat. 3.4 Meningkatkan kefahaman guru pelatih tentang peranan guru sebagai seorang pendidik dan agen perubahan masyarakat. 3.5 Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab guru dalam memberikan perhidmatan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara.

4.0PENGANJUR Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah ditugaskan untuk mengendalikan program Bina Insan Guru (BIG) bagi pelajar-pelajar PISMP ambilan Januari 2010.

5.0 LATAR MASA Tarikh : 17 Februari 2011 dan 26 Mac 2011 Tempat : Dewan Al-Jabbar IPG Kampus Tawau,Sabah 6.0 PENYERTAAN Semua guru pelatih PISMP Pengajian Sosial, Pendidikan Khas, Pemulihan dan Sains Ambilan Januari 2010 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah.

7.0 PENGISIAN AKTIVITI

MASA HARI

1.30 2.00 PETANG

2.00 - 4.30 PETANG

4.30 5.00 PETANG

5.00 PETANG

SLOT 1 KHAMIS (17.02.2011) SLOT 2 ISNIN (28 Mac 2011) Pendaftaran Peserta BIG Semester 3 dan ketibaan penceramah

SLOT 1 Ceramah bertemakan Etika dan Protokol SLOT 2 Guru dan Kemahiran Profesional Majlis penutupan dan Jamuan minum petang Majlis bersurai

8.0 REFLEKSI KENDIRI (I) CERAMAH ETIKETSOSIAL PENCERAMAH: ENCIK MUJAKIL BIN OTOH UNIT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara) SABAH TARIKH: 17 Februari 2011

8.1 KEPENTINGAN KEPADA DIRI SENDIRI Program ceramah yang mengenai etiket sosial yang diadakan pada fasa III kali ini amat memberi satu kesedaran dan motivasi yang membina buat saya. Ini kerana program ceramah seumpama ini sedikit sebanyak memberi panduan dan pengetahuan kepada saya mengenai protokol atau etika-etika sebagai seorang bakal pendidik dan juga bakal penjawat awam kelak. Program ceramah in telah disampaikan oleh Encik Mujakil bin Otoh yang merupakan pegawai di bawah unit Pembangunan Sumber Manusia Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Negeri Sabah. Beliau seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan mengenai topik etiket sosial ini, selain mampu membuat peserta

program yang menghadiri ceramah tersebut mendapat input yang berguna dan bermanfaat. Dalam ceramah yang telah disampaikan, saya menyedari bahawa etiket sosial dan juga protokol dalam sesuatu majlis rasmi mahupun tidak rasmi adalah amat penting. Ianya amat mustahak terutamanya dari segi penampilan diri sebagai seorang guru. Sementara itu, protokol pula merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam pelaksanaan upacara-upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat dan status seseorang. Bagi saya, pengetahuan mengenai sesuatu protokol adalah penting kerana ianya menunjukkan etika dan dalam perjalanan sesuatu majlis. tatasusila yang baik

Manakala dalam etiket sosial pula, daripada ceramah yang telah disampaikan, saya mendapati pentingnya seseorang guru itu mempunyai tingkah laku dan sopan santun yang seharusnya dalam interaksi individu dan masyarakat sekelilingnya. Etiket sosial yang cemerlang melibatkan tingkah laku, budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik yang diiktiraf dan diamalkan selalu kepada semua golongan masyarakat tidak kiralah sama ada dalam majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Dalam ceramah yang disampaikan, Encik Mujakil bin Otoh telah menyenaraikan dan menerangkan sebanyak 15 elemen penting dalam etiket sosial. Berikut merupakan elemen-elemen tersebut: a) Cita rasa berpakaian b) Kesesuaian pakaian dalam pelbagai situasi c) Penampilan dan penggayaan diri d) Kesopanan dalam pertemuan dan perkenalan e) Kemahiran dalam perbualan sosial f) Kesopanan dalam menghadiri majlis jamuan ringan secara berdiri g) Kesopanan dalam menghadiri majlis jamuan ringan secara duduk h) Kesopanan dalam majlis bufet i) Adab sopan pelbagai kaum j) Kesopanan tuan rumah dan kesopanan tetamu (majlis di rumah) k) Kesopanan tuan rumah dan kesopanan tetamu (majlis di luar rumah) l) Menghadiri pelbagai majlis formal m) Mengenali peralatan jamuan n) Cara menghidang o) Tertib di meja makan Melalui elemen-elemen penting tersebut dalam etiket sosial, saya telah mempelajari dan menyedari bahawa ianya penting untuk diambil perhatian kerana ini semua merupakan amalan dan tatatertib yang wajar dipatuhi untuk keharmonian antara sesama masyarakat.

8.2 KEPENTINGAN KEPADA KERJAYA Pengetahuan dan amalan protokol dan etiket sosial juga amat penting kepada guru sebagai seorang pendidik. Ini kerana guru bukan sekadar mengajar dan berada di sekolah sepanjang masa. Guru juga perlu mempunyai etiket sosial yang cemerlang agar mencerminkan keperibadian serta profesionalisme keguruan yang unggul. Di samping itu juga, pergaulan atau hubungan sosial sebagai seorang guru juga perlulah mencerminkan imej seorang pendidik yang berbudi pekerti mulia dan dihormati. pada saya, seseorang guru itu hendaklah mematuhi kod etika pemakaian dan tidak berpakaian selekeh kerana penampilan diri amat penting. Ini kerana tanggapan atau pemerhatian dari segi penampilan diri memainkan peranan dalam persepsi seseorang individu terutamanya masyarakat sekeliling. Oleh yang demikian, penampilan diri seorang guru seharusnya baik dan bersesuaian mengikut tempat atau situasi guru tersebut berada.

8.3 KEPENTINGAN KEPADA ORGANISASI Selain itu, protokol dan etiket sosial juga amat mustahak dalam sesuatu organisasi. Pengetahuan mengenai protokol dan etiket sosial ini wajib diketahui agar tidak tersalah atau tersilap dalam panggilan hormat, susunan keutamaan, tempat duduk, dan sebagainya. Dalam sesuatu majlis rasmi, segala protokol dan susun atur majlis hendaklah dirancang dan butiran mengenai orang-orang jemputan perlulah diperoleh lebih awal agar majlis dapat berjalan mengikut susun atur yang sepatutnya. Dalam sesuatu organisasi juga, etiket sosial in penting kerana melibatkan keseluruhan anggota atau ahli dalam organisasi tersebut. Sebagai contoh, jika telah diputuskan bahawa pada setiap hari Khamis semua penjawat awam seluruh negara wajib memakai pakaian batik, ianya seharusnya dipatuhi dan semua penjawat awam memakai pakaian batik pada hari tersebut. Lagi pula pemakaian batik juga mempunyai kod etika pemakaiannya iaitu bagi kaum lelaki, pakaian batik yang dikenakan haruslah tidak dimasukkan ke dalam seluar dan tidak dikenakan tali leher padanya.
5

Dalam pada itu, guru yang mempunyai etiket sosial yang baik juga mampu memberikan imej yang baik kepada organisasinya. Saya menyedari bahawa seorang guru perlulah mempunyai komunikasi dan ketertiban yang baik dalam organisasinya. Ianya secara tidak langsung memberikan satu gambaran bahawa sesuatu organisasi itu berpegang teguh kepada norma-norma perlakuan yang terpuji di kalangan anggotanya.

8.4 KEPENTINGAN KEPADA KOMUNITI/MASYARAKAT Dalam aspek komuniti atau masyarakat pula, saya menyedari bahawa guru

perlulah peka dalam membawa dirinya dalam sesuatu masyarakat. Masyarakat akan memandang tinggi dan hormat kepada seseorang guru tersebut menerusi perlakuan dan juga etikanya sebagai seorang guru. Dalam sesebuah komuniti, saya berpendapat bahawa seorang bakal guru perlu mempunyai daya kepimpinan yang tinggi di samping menjadi teladan kepada masyarakat sekitar. Untuk itu, guru haruslah bijak bergaul dengan masyarakat dan tidak menjadi kera sumbang dalam pergaulan dengan sesuatu komuniti sekitarnya. Selain itu juga, ucapan atau pertuturan guru dalam sesebuah masyarakat juga amat berpengaruh terutamanya jika sesebuah komuniti tersebut menghormati dan mempercayai kewibawaan seseorang guru. Apalah gunanya jika kita menjadi seorang guru tetapi tidak mampu membawa perubahan sikap kepada anak murid kita dan seterusnya kepada masyarakat di sekelilingnya? Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi seorang guru tersebut untuk menjadi seorang mampu mengubah anak bangsa ke arah yang positif dan berguna kepada masyarakat dan negara.

9.0 PENUTUP/ RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, protokol merupakan set peraturan dan tatacara yang ditetapkan oleh sesebuah institusi dalam melaksanakan sesuatu majlis bagi memberi penghormatan, keselesaan dan kelicinan berdasarkan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Manakala etiket sosial pula merupakan norma-norma perlakuan yang patut diamalkan di khalayak ramai. Sebagai seorang bakal pendidik, pengetahuan dan panduan tersebut amat penting dan perlu diketahui agar mampu dijadikan rujukan serta amalan dalam menjalani kehidupan mengikut norma sosial masyarakat yang ditentukan.

10.0

REFLEKSI KENDIRI (II)

TAJUK CERAMAH: GURU DAN KEMAHIRAN PROFESIONAL PENCERAMAH: TUAN HAJI RAMLAN BIN MALA TARIKH: 28 Mac 2011

10.1

KEPENTINGAN KEPADA DIRI SENDIRI

Program ceramah yang bertajuk Guru dan Kemahiran Profesional yang diadakan pada fasa III kali ini amat memberi satu kesedaran dan motivasi yang membina buat saya. Ini kerana program ceramah seumpama ini telah menguatkan dan menyemarakkan lagi perasaan cinta dan bangga menjadi seorang insan yang bakal bergelar guru. Program ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ramlan bin Mala selaku Pegawai Pengurusan Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Sebagaimana yang kita tahu, guru merupakan insan yang mendidik,

membimbing dan mengajar anak-anak muridnya. Namun, kita haruslah sedar bahawa tugas guru tidak ternoktah sekadar menjadi pembimbing, pengajar ataupun pendidik, malah lebih daripada itu. Melalui ceramah yang telah disampaikan, saya menyedari bahawa guru perlu mempunyai kemahiran profesional yang baik dalam menjadi seorang pendidik yang unggul. Menerusi ceramah yang telah disampaikan, kemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan pakar dalam bidang yang diceburinya. Ini bermakna guru perlu memahirkan diri mengikut bidang yang diceburinya dan bukannya melibatkan diri dalam hampir semua perkara, namun satu bidang pun tidak mampu dikuasai dengan betul. Ini boleh dikatakan seperti pepatah Inggeris Jack of all trades, master of none. Tambahan pula, seseorang guru yang memiliki kemahiran profesional mampu melaksanakan tugas tanpa sebarang masalah yang timbul. Melalui ceramah yang telah disampaikan, saya mendapati bahawa peranan menjadi warga pendidik sangat besar dan penting. Ini kerana guru merupakan agen perubahan masyarakat. Melalui ceramah tersebut, guru mampu mempengaruhi motivasi serta minat murid-murid dalam pelajaran. Jika seseorang guru itu mempunyai
8

kemahiran

pedagogi

yang

berkesan,

ianya

secara

tidak

langsung

mampu

memotivasikan serta menarik perhatian murid-murid untuk berusaha di dalam akademik dan aktiviti sekolah yang lain. Oleh yang demikian, kemahiran dan pengetahuan dalam bidang profesionalisme keguruan amatlah mustahak untuk digarap dengan sebaiknya dalam usaha memperoleh hasil yang positif.

10.2

KEPENTINGAN KEPADA KERJAYA

Saya juga menyedari sememangnya guru perlu melihat kerjaya ini sebagai suatu yang fleksibel dan sentiasa bergerak seiring dengan arus perubahan dalam pendidikan. Ini kerana peranan guru pada zaman dahulu berbanding dengan zaman sekarang amatlah banyak bezanya. Jika pada zaman dahulu, kerjaya guru hanyalah sekadar mendidik dan memberi ilmu, namun pada zaman kini peranan guru lebih mencabar daripada itu. Ceramah yang disampaikan menekankan kepada kami semua bahawa sesungguhnya guru itu amat berpengaruh kepada seluruh masyarakat. Dalam ceramah yang telah disampaikan, penceramah ada menyenaraikan dan mengulas mengenai jenis-jenis guru zaman sekarang. Berikut merupakan jenis-jenis guru tersebut: a) Cikgu Cukup Hidup Guru yang sudah tidak berminat untuk mendidik

b) Cikgu Zon Selesa Guru yang memastikan zon keselesaannya selamat (gaji, harta, kedudukan dan sebagainya) c) Cikgu Kerjaya Guru yang bekerja untuk gaji (25hb)

d) Cikgu Kaunseling dan Disiplin Mementingkan aspek tingkah laku melebihi aspek lain
9

Sememangnya jenis-jenis guru yang disenaraikan itu negatif dan memberi masalah kepada sekolah terutamanya soal tanggungjawab yang sepatutnya kepada murid-murid dan warga sekolah. Ianya adalah sebaik-baiknya perlu dielakkan untuk kebaikan bersama. Dari aspek yang positif pula, saya melihat kerjaya atau profesion sebagai guru ini sebagai suatu ibadah. Ini kerana guru memainkan peranan utama dalam proses pendidikan dan juga secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan murid tersebut. Ini dapat dilihat dalam aspek guru yang bertanggungjawab dalam membantu anak muridnya memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar mereka berjaya hidup dalam masyarakat terus menerus.

10.3

KEPENTINGAN KEPADA ORGANISASI

Sementara itu, kemahiran profesional di kalangan guru juga penting kepada organisasi terutamanya kepada pihak sekolah atau institusinya. kepentingan guru sebagai agen perubahan turut menjurus kepada kebaikan suatu organisasi tersebut. Dalam hal ini, guru dituntut untuk mampu menjadi warga pendidik yang berkualiti dan mampu menjadi penggerak kepada akauntabiliti yang terpuji terutamanya dalam organisasi. Untuk itu, saya menyedari bahawa guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan mampu menguasai serta merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Melalui ceramah yang telah disampaikan, ianya menjelaskan bahawa salah satu strategi untuk melahirkan guru yang berkualiti adalah dengan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Saya amat bersetuju dengan pandangan tersebut. Melalui keberkesanan proses P&P, ianya secara tidak langsung mampu memberi kebaikan kepada sesuatu organisasi sama ada pihak sekolah mahupun murid-murid. sebagai contoh, dengan kemahiran pedagogi yang
10

berkesan, prestasi pencapaian murid-murid di sekolah mampu dipertingkat dan ini secara tidak langsung memberikan imej yang positif kepada pihak sekolah. Guru-guru juga perlu diperkenalkan dengan teknik-teknik pengajaran dan terkini yang berkesan serta menarik minat murid Dengan ini, murid-murid akan berasa seronok, menghayati bahan yang diajar, meningkatkan kemahiran dan aspek kognitif serta manipulasi mereka. Ini bermakna, guru perlu memiliki kompetensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan murid-murid yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembangunan negara. 10.4 KEPENTINGAN KEPADA KOMUNITI/MASYARAKAT

Dalam aspek komuniti atau masyarakat pula, saya menyedari guru perlulah mempunyai kemahiran dalam menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran. Ini kerana guru yang berkesan bukan sahaja mampu melaksanakan tugas-tugas di dalam kelas semata-mata, namun perlu menjalankan tugas-tugas pembelajaran di luar kelas, khususnya di dalam komuniti masyarakat.

11.0

PENUTUP/ RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, ceramah ini telah menyedarkan saya akan kemahirankemahiran yang perlu ada pada diri seorang guru. Guru yang mengamalkan kemahiran profesional mampu memberi peningkatan kepada kemajuan dalam bidang pendidikan. Untuk itu, segala maklumat dan perkongsian pengalaman yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ramlan bin Mala amat saya hargai. Dalam usaha untuk menjadi guru yang unggul dan berkesan, ianya memerlukan semangat dan tekad. Ianya tidak mustahil untuk dikecapi jika kita berazam untuk mencapai matlamat tersebut. Akhir kata, program ceramah seperti ini perlu diadakan dan tema mengenai guru amat bersesuaian didedahkan kepada bakal guru pelatih agar menjadi dorongan dan motivasi yang positif serta membina kepada mereka.

11

LAMPIRAN

Figure 1. sesi Pendaftaran

Figure 2. Sesi pendaftaran

12

13

You might also like