You are on page 1of 12

DISEDIAKAN: 1. JEFFERY SURING 2. HAZIQ FIKRI BIN SALLEH @ JAMAL 3.

MOHAMAD SYAFIQ BIN MANSOR

Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Mereka akan saling berinteraksi sesama mereka dan mempunyai peranan mereka masing-masing bagi mencipta dan mempertahankan sesuatu budaya. Perkataan keluarga itu sendiri berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu kula dan warga ( kulawarga ) yang bererti anggota atau kelompok kerabat.

Komuniti ialah sekumpulan manusia yang tinggal bersama di sesuatu kawasan, saling berinteraksi, berkongsi kemudahan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan hidup dan mencapai kesejahteraan setempat. Orang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negeri dan negara ( di bawah satu pemerintahan ) iaitu masyarakat keseluruhannya. Tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat. Kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara dan mempunyai kumpulan individu yang mempunyai sifat sifat kecenderungan dan kepentingan yang serupa iaitu akademik dan para ilmuwan.

Komunikasi Proses penyampaian sesuatu mesej dalam bentuk lambang yang bermakna berasaskan idea, maklumat, kepercayaan dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain baik secara langsung mahupun secara tidak langsung melalui media.

Jenis

komunikasi :

Komunikasi antara individu Komunikasi awam Komunikasi massa


Bentuk

komunikasi :

Lisan Bukan lisan

Fungsi komunikasi

Mendidik masyarakat Menyampaikan maklumat perkembangan bahasa Untuk perkembangan intelek Sebagai alat hiburan Untuk perkembangan personaliti Sebagai satu proses sosialisasi

Kemahiran komunikasi
Dapat menyampaikan mesej yang ringkas, bahasa yang mudah difahami, tempat yang sesuai dan selaraskan komunikasi lisan dengan bukan lisan Penerima perlu memberi perhatian, mendengarr dengan teliti dan mentafsir mesej dengan betul serta dapat memberi respon

Halangan berkomukasi
Halangan fizikal Sikap prasangka Kurang memberi perhatian

Pencanggahan mesej lisan


Salah faham yang berlaku kerana perbezaan dari segi gaya pertuturan, nilai, budaya, tradisi dan persekitaran

Kemudahan asas
Bekalan air agar dapat memenuhi keperluan fisiologi dan aktiviti harian komuniti Bekalan tenaga elektrik agar dapat membekalkan pencahayaan dan tenaga elektrik untuk keperluan harian komuniti Jalan raya bagi memudahkan komuniti bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain

Kemudahan Prasarana
Pusat kesihatan bagi meningkatkan taraf kesihatan ahli komuniti untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum. Sistem pendidikan yang mampu untuk menyediakan program pendidikan dan latihan untuk semua ahli komuniti. Sistem pendidikan ini juga mampu mengadakan pusat latihan untuk remaja, belia dan ibu bapa.

Dewan serbaguna didirikan bagi memudahkan ahli komuniti melakukan aktiviti riadah. Pejabat pos bagi memudahkan pelbagai urusan ahli komuniti seperti pembayaran bil dan penghantaran surat. Stesen minyak bagi memudahkan ahli komuniti mendapatkan sumber diesel dan petrol.

Pasar mini digunakan untuk menjual pelbagai barangan yang diperlukan oleh ahli komuniti di sesuatu tempat. Pusat ibadah seperti masjid, tokong, gereja dan kuil dibina bagi memudahkan aktiviti ketuhanan ahli komuniti.

You might also like