You are on page 1of 15

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

TOPIK 2

MAKANAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP ANDA

Sinopsis
Makanan merupakan sumber tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk membiak, membesar dan berkembang, serta bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Tubuh memerlukan pelbagai jenis nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan serat daripada makanan untuk memperoleh kesihatan yang baik bagi mencapai kesejahteraan hidup. Tidak ada satu makanan pun yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan mengikut jumlah yang diperlukan oleh badan. Dengan demikian, adalah penting untuk mengambil pelbagai jenis makanan yang sihat dan seimbang untuk mencapai kesejahteraan hidup. Dalam topik ini anda akan mempelajari tentang pengelasan makanan, diet seimbang, makanan berkhasiat, perkembangan dalam teknologi makanan dan amalan penyelidikan berkaitan makanan yang terdapat dalam kurikulum sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran
1. Senaraikan pengelasan makanan. 2. Jelaskan kepentingan diet seimbang dan makanan berkhasiat. 3. Tulis laporan berkenaan perkembangan teknologi makanan.

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Ringkasan topik

Makanan dan Kesejahteraan Hidup Anda

Pengelasan Makanan

Diet Seimbang

Makanan Berkhasiat

Perkembangan dalam Teknologi Makanan

Latihan Penyiasatan dalam Kurikulum Sekolah Rendah

Rajah 2.1: Ringkasan Isi Kandungan

2.1

Pengelasan Makanan

Makanan boleh dikelaskan kepada lima kelas makanan iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin. Makanan dikelaskan mengikut nutrien utama yang terkandung dalam makanan tersebut. Nutrien yang terdapat dalam makanan boleh dibahagikan kepada makronutrien dan mikronutrien.

Makronutrien ialah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak oleh tubuh seperti karbohidrat, protein dan lemak, mikronutrien pula ialah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit oleh badan iaitu mineral dan dan vitamin.

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

2.1.1 Karbohidrat Karbohidrat ialah sebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen dalam nisbah 1:2:1, masing-masing. Karbohidrat terdiri daripada kanji, gula dan selulosa. Makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, ubi kentang, roti, gula dan pisang. Karbohidrat juga boleh dikategorikan kepada karbohidrat ringkas (iaitu monasakarida dan disakarida) seperti gula, kek dan buah-buahan; dan karbohidrat kompleks (iaitu polisakarida) seperti kanji, pasta, roti, bijirin sarapan dan lain-lain lagi. Karbohidrat seperti gula dan kanji membekalkan sumber tenaga utama dalam menjalankan aktiviti harian manakala serat membantu merangsang tindakan di usus. Setiap satu gram karbohidrat menyumbangkan sebanyak empat kalori.

Rajah 2.1: Pengambilan pelbagai jenis makanan mesti diambil dalam jumlah yang betul. [Sumber: www.watatita.wordpress.com]

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

2.1.2 Protein Protein ialah makromolekul organik yang boleh dijumpai dalam semua organisma hidup. Protein ialah polimer yang terbentuk daripada proses

kondensasi asid amino dengan terbentuknya ikatan polipeptida. Protein mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Beberapa protein juga mengandungi sulfur dan fosforus. Makanan sumber protein ialah ikan, susu, daging, putih telur dan kacang. Protein berperanan penting dalam membina sel baru untuk pertumbuhan, selain daripada menyumbangkan tenaga dengan setiap gram sebanyak empat kalori.

Rajah 2.2: Protein memainkan peranan penting dalam mempastikan kesihatan badan yang baik.. [Sumber: www. me.leokid.my]

10

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

2.1.3 Lemak Lemak ialah sebatian organik yang tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik seperti alkohol, eter dan kloroform. Lemak terdiri daripada asid lemak dan gliserol. Lemak boleh wujud dalam keadaan cecair atau pepejal pada suhu bilik bergantung kepada struktur dan komposisi lemak. Lemak terbahagi kepada lemak haiwan (seperti ghee, minyak ikan, minyak haiwan) dan lemak tumbuhan (seperti minyak bijan, minyak kelapa, minyak kacang, minyak bunga matahari). Dalam pada itu, lemak juga boleh dikategorikan kepada lemak tepu dan lemak tidak tepu, iaitu lemak tepu ialah lemak haiwan dan lemak tak tepu ialah lemak tumbuhan. Lemak merupakan sumber tenaga simpanan badan dan setiap gram lemak menyumbang tenaga paling tinggi iaitu sembilan kalori. Selain daripada membekalkan tenaga, lemak turut berfungsi sebagai penebat haba untuk mengelakkan kehilangan haba yang tinggi daripada badan, melindungi organ dalaman seperti jantung dan ginjal, serta pelarut kepada vitamin A,D,E dan K.

Rajah 2.3: Pengambilan lemak dalam kuantiti yang betul penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal. [Sumber: laely-widjajati.blogspot.com] 11

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

2.1.4 Mineral Mineral ialah nutrien organik yang diperlukan oleh badan. Mineral boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan kuantiti yang keperluan oleh tubuh. Mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak secara relatifnya dikenali sebagai makromineral, manakala yang sebaliknya dikenali sebagi mikromineral. Contoh makromineral ialah kalsium, klorin, magnesium, fosforus, potasium, sodium, dan sulfur. Contoh mikromineral ialah besi, kuprum, flourin, iodin, selenium, zink, kromium, kobalt dan molibdenum. Kekurangan mineral

boleh menyebabkan penyakit, sebagai contoh kekurangan pengambilan iodin akan menyebabkan seseorang mengidap penyakit goiter.

2.1.5 Vitamin Vitamin terdiri daripada 13 jenis vitamin: vitamin A, vitamin B kompleks (tiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, asid folik, vitamin B12, asid pantotenik dan biotin), serta vitamin C,D,E dan K. Vitamin ialah molekul organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit oleh badan, namun begitu vitamin memainkan peranan penting dalam fungsi fisiologi badan. Ini bermaksud kekurangan pengambilan sesuatu jenis vitamin boleh menyebabkan penyakit yang akan menganggu kesejahteraan hidup kita. Contohnya manusia yang kurang pengambilan vitamin A boleh mengalami penyakit kulit, rabun malam dan anemia, manakala kekurangan vitamin D pula menyebabkan penyakit riket.

12

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Latihan 2.1

Dengan merujuk pada sumber tercetak atau internet, senaraikan contoh makanan dan fungsinya mengikut kelas makanan dalam Jadual 2.1.

Kelas Makanan

Contoh Makanan

Fungsi

Karbohidrat

Lemak

Protein Mineral

Vitamin

Jadual 2.1: Pengelasan Makanan dan Fungsinya.

Pengumpulan Maklumat

Pelajar diminta mencari maklumat tentang ujian makanan bagi kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lemak. Maklumat ini akan digunakan untuk Amali 2.

13

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

AMALI 1 : Ujian Makanan Menguji kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lemak dalam sampel makanan.

Jenis makanan

Ujian

Pemerhatian dan kesimpulan

Kanji

Ujian Iodin Titiskan dua titik larutan iodin ke atas makanan yang mengandungi kanji. Catatkan perubahan yang diperhatikan.

Gula penurun

Ujian Fehling atau Benedict Tambahkan 2 ml larutan Fehling atau larutan Benedict ke atas makanan yang mengandungi gula penurun. Goncangkan dan didihkan campuran tersebut dalam kukusan air untuk beberapa minit. Catatkan perubahan warna yang diperhatikan.

Gula bukan penurun

1 ml asid HCl cair dicampurkan dengan 2 ml larutan gula bukan penurun dan campuran dididihkan selama 1 minit.

Larutan dineutralkan dengan 14

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

menambahkan sedikit natrium bikarbonat (NaHCO3 ) sehingga gas berhenti dibebaskan. Protein Apabila buakan berhenti, jalankan Ujian Benedict. Catatkan pemerhatian anda.

Ujian Buret Campurkan beberapa titik larutan kuprum sulfat dan beberapa titik larutan natrium hidroksida ke atas makanan yang mengandungi protein dalam keadaan cecair dalam sebuah tabung uji. Catatkan pemerhatian anda

Ujian Millon Campurkan beberapa titik bahan uji Millon ke atas makanan berprotein yang berbentuk cecair dalam sebuah tabung uji dan panaskandalam kukusan air hingga mendidih. Lemak dan minyak Catatkan pemerhatian anda.

Ujian Kesan Gris Titiskan setitik minyak ke atas sekeping kertas turas dan keringkan. Catatkan pemerhatian anda.

15

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

2.2

Diet Seimbang

Diet seimbang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, mineral, vitamin, serat dan air dalam kuantiti dan nisbah yang sesuai untuk memelihara kesihatan badan. Diet seimbang akan membekalkan badan dengan semua nutrien yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan yang baik, mengelakkan daripada mengalami kekurangan atau berlebihan pemakanan dan membaiki tisutisu yang rosak. Keperluan nutrien seseorang adalah berbeza mengikut umur, jantina, cara hidup dan aktiviti fizikal harian.

Beberapa panduan untuk mencapai pengambilan makanan yang seimbang ialah:

1.

Nikmatilah pelbagai jenis makanan dengan mengabungkan pilihan makanan berdasarkan piramid makanan.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal. Pilih diet yang mengandungi banyak bijirin dan kekacang. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilih diet yang rendah lemak dan kolesterol. Pilih diet yang rendah gula dan garam. Minum air kosong dengan banyak. Makan makanan bersih dan selamat. Amalan pemakanan perlukan berlandaskan fakta dan bukannya mitos.

16

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Rajah 2.4: Panduan Piramid Makanan untuk pengambilan diet seimbang. [Sumber: www.nutriweb.org.my/]

Cuba fikirkan

1. Kita adalah apa yang kita makan. Bincangkan maksud dan signifikan kenyataan di atas.

2. Orang Eropah boleh makan sebanyak 80 g makanan berlemak, manakala Orang Eskimo boleh mengambil sebanyak 300 g sehari. Apakah alasan kepada fenomena di atas?

Bincangkan semasa tutorial dengan pensyarah anda.

17

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Rehat

2.3

Makanan berkhasiat

Makanan berkhasiat ialah makanan yang mengandungi pelbagai jenis nutrien dalam kandungan yang tinggi tetapi mengandungi kalori, gula, lemak dan garam yang rendah serta turut memberikan manfaat kepada kesihatan dan

kesejahteraan hidup kita. Salah satu makanan berkhasiat ialah pisang yang mengandungi dua jenis karbohidrat iaitu karbohidrat ringkas (glukos) dan kompleks (fruktos dan sukros) yang berupaya memberikan kita tenaga segera juga dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, pisang mengandungi kandungan potassium yang tinggi (lebih kurang 4673 mg) tetapi sodium (1mg) yang rendah, iatu satu nisbah yang sesuai bagi mengelak penyakit tekanan tinggi. Kandungan zat besi yang tinggi secara relatif juga membantu dalam pembentukan darah merah bagi mengelakkan anemia. Pisang juga membantu kesejahteraan hidup kerana mengandungi triptofan (sejenis asid amino) yang boleh ditukar ke bentuk serotonin yang penting dalam membaiki mood seseorang. Selain daripada makanan segar, terdapat juga makanan terproses yang berkhasiat dengan menggunakan bahan mentah berkhasiat dan halal serta diproses dalam keadaan bersih dan selamat. Dalam pengambilan makanan terproses adalah penting untuk kita membaca maklumat pemakanan yang terdapat pada pembungkusan untuk mengetahui kandungan kalori, makronutrien dan mikronutrien serta tidak mengandungi bahan yang tidak halal atau merbahayakan kesihatan seperti lemak trans yang boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular dua kali ganda daripada lemak tepu.

18

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Rajah 2.5 : Maklumat pemakanan pada pembungkus makanan dapat membantu memilih makanan berkhasiat. [Sumber : www. oliveswellness.com]

2.4

Perkembangan Teknologi Makanan


Pengumpulan Maklumat

Bahagikan tugasan berikut mengikut kumpulan tertentu: Kumpulan 1: Kumpulkan maklumat berkenaan perkembangan teknologi makanan. Kumpulan 2: Kumpulkan maklumat berkenaan pemprosesan makanan dalam industri makanan. Kumpulan 3: Kumpulkan maklumat berkenaan teknik pengetinan dan

pembotolan makanan dan ringkaskan maklumat tersebut dengan menggunakan peta minda/peta konsep/carta alir.

Semua maklumat dikumpulkan melalui pelbagai sumber seperti internet, buku atau jurnal. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerjanya dalam bentuk power point semasa sesi tutorial.

19

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Adakah anda setuju! Kemajuan dalam teknologi maklumat telah menyumbang kepada lebih banyak penghasilan produk makanan berkhasiat.

Latihan 2.2

Pilih satu kaedah pengawetan makanan. Rancang bagaimana anda akan menjalankan kaedah pengawetan yang dipilih. Sediakan bahan makanan dan peralatan yang perlu.

Buatkan satu rakaman demonstrasi penyediaan pengawetan makanan. Simpan maklumat dalam cakera padat.

Hantarkan laporan aktiviti dan cakera padat kepada pensyarah anda.

20

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Rujukan

Campbell, N., Reese, J, Taylor, M, Simon, E. (2006). Biology concepts & connections. (5th Eds.). San Francisco: Pearson Education Asia Pte Ltd. Kaskel, Albert and Hummer, Paul.J. (2003). Biology an everyday experience. New York: GlencoeMcGraw Hill Lee S.C, Liew S.L, Choong N.M (2004). Success in Biology for STPM Vol.2. Kuala Lumpur:Fajar Bakti, Lum How Kee (2000) Biology The Living Science. Singapore:Pearson Mader, Sylvia S (2007) Biology. (9th eds.). New York:McGraw Hill Kementerian Kesihatan Malaysia. (1999). Panduan Diet Malaysia. Kuala Lumpur: UKM

Layari Internet

http://en.wikipedia.org/wiki/Food_guide_pyramid http://en.wikipedia.org/wiki/Carbohydrate http://slimwithyoga.com/nutritious/index.html http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/food-pyramid.asp http:www.mbbe.com/raven7 http://bananasweb.com/bananas/Health+Benefits+of+Bananas http://. www.nutriweb.org.my/

Tamat Topik 2

21

You might also like