You are on page 1of 8

Konsep Kebudayaan Melayu

Zainal Ariff bin Mat

KEBUDAYAAN MELAYU
1. KONSEP BUDAYA :

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1990 : ...Tamadun atau peradaban; atau kemajuan fikiran atau akal budi...

Menurut Asmad dalam buku beliau Kebudayaan Secara Umum, 1990 : ...Pada umumnya, kebudayaan dalam bahasa Inggeris disebut culture, iaitu berasal daripada bahasa Latin, cultura...bahasa Mandarin disebut wen hua...bahasa Arab disebut thaqafah. Pokok kata kebudayaan ialah budaya...perkataan budaya adalah berasal daripada budi dan daya. Bu membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya...

ZAM/JPM/MPPP/05

Kebudayaan Melayu dan Kebangsaan LS 1

Konsep Kebudayaan Melayu

Zainal Ariff bin Mat

Buddy L. Worang dalam bukunya Pengantar Sosiologi Suatu Ringkasan, 1983 pula menyatakan : ...Kata culture dalam bahasa Inggeris berasal daripada kata Latin colere, ertinya mengolah atau mengerjakan. Kata culture kita terjemahkan dengan maksud budaya, sedangkan kebudayaan adalah terjemahan daripada cultural. Namun, dalam penggunaan sehari-hari yang bersifat umum, kata culture diterjemahkan menjadi kebudayaan. Kebudayaan berasal daripada kata buddhayah ( bentuk jamak daripada kata buddhi ) yang bererti budi atau akal. Demikianlah kebudayaan dapat diertikan sebagai segala kegiatan manusia yang bersangkutan dengan budi atau akal.

ZAM/JPM/MPPP/05

Kebudayaan Melayu dan Kebangsaan LS 2

Konsep Kebudayaan Melayu

Zainal Ariff bin Mat

2.

KONSEP MELAYU :

Dapat dilihat dari tiga aspek, iaitu :


etimologi; budaya; dan undang-undang.

Aspek Etimologi (Asal Usul/Sejarah): Menurut Werndly, perkataan Melayu berasal daripada perkataan Melaju...dari kata dasar laju yang diertikan sebagai cepat, deras dan tangkas...membawa maksud orang Melayu bersifat tangkas, cerdas, cepat dan deras.
Harun Aminurrashid : perkataan Melayu berasal daripada istilah Sanskrit, Malaya atau...Tamil, Malai yang bererti bukit atau tanah tinggi...Portugis pula menyebut Malayu. Omar Amir Husin : perkataan Melayu berasal daripada satu daerah di negeri Parsia yang bernama Mahaluyah. Penduduk Mahaluyah mengembara ke Asia Tenggara dan menetap di Sumatera dan kepulauan sekitarnya.
Kebudayaan Melayu dan Kebangsaan LS 3

ZAM/JPM/MPPP/05

Konsep Kebudayaan Melayu

Zainal Ariff bin Mat

I-Tsing : nama suku bangsa yang terbesar di Tanah Melayu dan Sumatera...Mo-lo-yeu atau Mo-lo-you.

Aspek Budaya : Perkataan Melayu meliputi penduduk dari kawasan yang lebih luas.
Terdiri daripada gugusan kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Selatan Thailand, Selatan Filipinan, Kampuchea/Kemboja, Papua New Guinea dan lain-lain.

Aspek Undang-Undang : Menurut Perlembagaan Malaysia, Fasal 160, iaitu :


...seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat, dan :(a) lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di
Kebudayaan Melayu dan Kebangsaan LS 4

ZAM/JPM/MPPP/05

Konsep Kebudayaan Melayu

Zainal Ariff bin Mat

Singapura atau pada Hari Merdeka ini adalah berdomsil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) 3. ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

KONSEP KEBUDAYAAN :

Satu

cara

hidup

yang

dikaitkan

dengan

peradaban/tamadun (madani) atau peradaban manusia yang menggambarkan kemajuan akal, budi dan daya masyarakat yang mendokong budaya tersebut;

Bertujuan untuk memenuhi kehendak-kehendak biologi, kemasyarakatan serta alam sekeliling yang sesuai dengan keperluan jasmani dan rohani untuk terus hidup, meneruskan zuriat, dan mengatur pengalaman sosial.

Dapat dilihat dari segala hasil pemikiran atau perkara-perkara yang berbentuk bukan kebendaan ( nonmaterial/spritual ) dan segala hasil ciptaan manusia atau perkara-perkara material/physical ). yang berbentuk kebendaan (

ZAM/JPM/MPPP/05

Kebudayaan Melayu dan Kebangsaan LS 5

Konsep Kebudayaan Melayu

Zainal Ariff bin Mat

Antara bidang kebudayaan yang boleh dilihat ialah : Fikiran / Idea (Bukan Material):

seperti bahasa, ilmu pengetahuan, falsafah, persuratan, metos (myth), legenda, kesusasteraan, kepercayaan, dan cerita-cerita lisan.

Kebendaan (Material):

seperti pakaian, makanan, ukiran, seni bina, perabot, bangunan, object de art, alat-alat mesin dan seumpamanya.

Kesenian (Art):

seni gerak seperti nyanyian, tarian, peralatan muzik, seni lakon/teater, seni silat.seni kraf.
Kebudayaan Melayu dan Kebangsaan LS 6

ZAM/JPM/MPPP/05

Konsep Kebudayaan Melayu

Zainal Ariff bin Mat

seni visual/tampak seperti ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, anyaman, batik, songket dan tekad.

Norma :

seperti peraturan dan undang-undang, pantang larang, adat resam, gaya dan perlakuan dan nilai-nilai keagamaan.

4.

KONSEP KEBUDAYAAN MELAYU :

Ditakrifkan sebagai cara hidup (way of life) (Paddington) sekumpulan manusia atau masyarakat Melayu yang menjadi kepunyaan bersama antara masyarakat tersebut (orang Melayu).

Budaya yang ditonjolkan dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan dan identiti masyarakat Melayu

ZAM/JPM/MPPP/05

Kebudayaan Melayu dan Kebangsaan LS 7

Konsep Kebudayaan Melayu

Zainal Ariff bin Mat

dan budaya Melayu yang meliputi pegangan agama, bahasa, adat resam, pantang larang, undang-undang dan peraturan, kesenian dan sebagainya.

ZAM/JPM/MPPP/05

Kebudayaan Melayu dan Kebangsaan LS 8

You might also like