You are on page 1of 3

TEKNIK LARI PECUT.

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Di sini diterangkan bagaimana untuk mendapatkan kesan yang maksimum dalam melakukan pecutan dan larian. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan.

Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari.

Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

3.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS LARI PECUT

Acara-acara lari pecut yang dipertandingkan di sekolah rendah ialah 100 meter, 200 meter, 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter. Manakala di sekolah menengah pula,acara yang dipertandingkan ialah 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4X100 meter dan 4 X 400 meter.

3.1 PERMULAAN Teknik permulaan - permulaan berdekam ( "crouch start" )

Pengukuran untuk permulaan blok hadapan ialah dengan berpandukan kepada tapak kaki dari garisan permulaan. Condongan muka blok hadapan adalah antara 50 hingga 60 darjah. Condongan muka blok belakang pula ialah 80 darjah.

Jarak antara blok hadapan dan blok belakang ialah antara 1 hingga 1 1/2 tapak kaki bergantung pada panjangnya kaki dan keselesaan pelari. 3.2 KE GARISAN Keadaan badan agak relaks. Tangan diletakkan di belakang garisan permulaan. Kedudukan tangan adalah mendepa seluas bahu. Sementara itu, ibu jari dan jari telunjuk dibuka dan jari-jari yang lain dirapatkan.

3.3 'SEDIA' Berat badan dipindahkan ke hadapan supaya terletak di atas kedua- kedua belah tangan. Bahu lebih ke hadapan sedikit daripada kedua-dua belah tangan. Punggung diangkat sehingga lutut kaki hadapan adalah 90 darjah dan kedudukan punggung lebih tinggi sedikit daripada bahu

3.4 MULA BERLARI Tolak dari kaki hadapan sambil mengangkat tangan. Pada masa yang sama, bawa kaki belakang ke hadapan dari blok belakang. Lutut kanan hendaklah diluruskan dan pinggang untuk langkah pertama semasa permulaan larian. Badan dicondongkan sedikit ke hadapan semasa awal larian. Langkah pertama semasa mula berlari ialah kaki belakang iaitu kaki kiri mendarat terlebih dahulu. Kaki tolakan diangkat dan dibawa ke hadapan.Badan diangkat sedikit demi sedikit iaitu dengan mengurangkan condongan badan.

3.5 HAYUNAN TANGAN

i. Kedua-dua tangan bengkok - sudut lebih kurang 90 darjah. ii. Jari-jari tangan dalam keadaan separuh genggam atau terbuka - agak relaks, bukan genggam secara tegang. iii. Hayunan tangan - pantas .

3.6 PERTENGAHAN LARIAN

i. Badan tegak. ii. Lutut diangkat tinggi. iii. Tolakan dengan bebola/hujung kaki.

3.7 TAMAT LARIAN

i. Apabila sampai ke garisan penamat, lakukan "dip" kepala ditunduk sedikit dan bahagian atas badan ( "torso" ) dicondong sedikit ke hadapan atau 'mendada' garisan penamat dengan keadaan kepala sedikit mendongak. ii. Lari dengan pantas sehingga melepasi garisan penamat, bukan mengurangkan kepantasan beberapa langkah sebelum garisan penamat.

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.

You might also like