You are on page 1of 1

MENYUSUKAN BAYI Sekiranya anda menyususkan anak anda, anda peru mengambil berat tentang apa yang dimakan.

Hal ini kerana kebanyakkan nutrien yang terkandung di dalam makanan yang diambil akan membentuk susu. Jadi, aspek pemakanan yang betul dapat menjamin pertumbuhan bayi yang sihat selain membolehkan anda menyusu dengan baik. Tenaga Semasa menyusukan bayi, sudah semestinya anda memerlukan tenaga tambahan. Oleh kerana itulah anda memerlukan tenaga tambahan sebanyak 50 kcal pada enam bulan pertama dan 400kcal untuk enam bulan selanjutnya. Antara jenis makanan yang membekalkan tenaga ialah makanan berupa bijirin, kekacang, susu dan produk tenusu. Protein Semasa menyusus, keperluan protein meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protein, hal ini akan menjejaskan penghasilan susu. Protein tambahan boleh didapati daripada susu, produk tenusu, telur, dagin, ikan, ayam, kacang, bijirin dan kekacang. Kalsium Kalsium bukan sahaja penting ketika anda hamil malah sangat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan pertama, bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibunya. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi , anda perlu meminum 500ml susu atau produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium harian. Vitamin Di samping zat makanan yang lain, pengambilan vitamin perlu diawasi. Vitamin A, B kompleks, C, K, niasin dan asid folik merupakan antara vitamin utama yang perlu ditingkatkan pengambilannya semasa penyusuan bayi. Air Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyususkan bayi. Cecair yang diperlukan untuk penghasilan susu yang mencukupi. Jadi anda digalakkan meminum lebih banyak air. Seperti yang disarankan minumlah 2 liter sehari atau lebih. Akan tetapi, jangan minum berlebihan. Minum sekadar untuk menghilangkan dahaga.

You might also like