You are on page 1of 8

Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita

BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA


Tema/Tajuk A. Pemerintahan Jepun i. Kedatangan Jepun Tujuan dan rancangan Jepun di Asia Tenggara Cara dan strategi serangan Jepun ke atas Tanah Melayu, Sarawak Sabah Hasil Pelajaran : Memahami zaman pemerintahan Jepun di negara kita Aras 1 Menyatakan sebab-sebab Jepun meluaskan kuasa Memerihalkan kedatangan Jepun Menyenaraikan faktor kejayaan Jepun menguasai Tanah Melayu Menceritakan tentang taktik Bumi Hangus yang dijalankan oleh British Menceritakan strategi pertahanan British Aras 2 Menghuraikan keberkesanan strategi Jepun dalam usaha menguasai Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah Aras3 Merumus tentang kejayaan Jepun Nilai dan tingkahlaku patriotisme Kebijaksanaan meny usun strategi. Bijak merancang strategi sebelumbertindak. 1.1 Pengenalan 1. Jepun memerintah negara kita selama kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945 2. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita adalah bercorak ketenteraan 3. Kesan utama sepanjang tempoh tersebut telah menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat. 1.2 Pemerintahan Tentera Jepun 1.2.1. Kedatangan Jepun 1. Pada zaman pemenintahan Maharaja Mikado Meiji Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa imperialis 2. Pemulihan Meiji a. Dilancarkan oleh Maharaja Meiji b. Menekankan pemodenan dan perindustrian c. Negara-negara barat dijadikan model 3. Perluasan kuasa Jepun ke Negara China kerana : a. banyak bahan mentah 4. b. berpotensi menjadi pasaran barangan Jepun Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun telah menyebabkan Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar. Faktor perluasan kuasa Jepun a. masalah ekonomi di Negara. b. Pertambahan penduduk Jepun c. Kekurangan kawasan pertanian . d. Sebagai sebuah negara industri pula, Jepun memerlukan : i. bekalan bahan mentah ii kawasan pasaran baru e. Sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dan negara China oleh Amerika. Isi jadual berikut dengan maklumat tepat Tahun Maklumat 1895 Jepun memenangi Perang Cina Jepun Pertama 1905 Jepun memenangi perang Rusia-Jepun 1910 Jepun menguasai Korea 1932 Jepun menakluki Mancuhria 1937 Jepun memenangi Perang China Jepun Kedua 1941 Jepun menduduki Indo China 1941 Jepun menyerang Asia Tenggara Tentera telah memerintah negara Jepun sejak bulan Februari 1936 Sekatan ekonomi Amerika Syarikat menyebabkan pimpinan Jepun iaitu Jeneral Tojo menyerang Asia Tenggara. Propaganda Jepun untuk mempengaruhi penduduk tempatan di negara kita ialah a. Asia Untuk Orang Asia b. Semangat Asia Slogan-slogan ini berunsur anti penjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara Timur. Rancangan Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya diperkenalkan Rancangan ini bertujuan mewujudkan zon ekonomi yang makmur yang diketuai oleh Jepun Strategi Jepun ini berkesan sehingga kehadiran Jepun tidak dianggap sebagai penjajah baru

5.

6.

7. 8.

9.

10.

11. 12.

13.

Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3

Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita

14. Iktibar daripada peristiwa ini ialah : a. Perlu ada slogan yang baik untuk melaksanakan sesuatu. misi. b. berhati-hati terhadap propaganda dari luar. 1.2.2 1. Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu 8 Disember 1941 mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bharu Tentera Jepun yang mendarat di Thailand terus mara ke Jitra, Kedah Kumpulan ini berpecah dua, iaitu a. sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke selatan melalui pesisiran pantai Barat menggunakan bot-bot yang dirampas b. Sepasukan lagi, mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat menggunakan kereta kebal dan basikal Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bahru mara ke selatan mengikut jalan darat melalui pantai timur. Pada 10 Disember 1941 , Jepun berjaya menenggelamkan kapal Repulse dan Prince of Wales oleh tentera berani mati. 1.2.3 1. 2. 3. 4. Kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah. Tentera Jepun berpengkalan di Cam Ranh ,Viatnam Pada 16 Disember 1941 mendarat di Miri Tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan . Arah mara aasukan pertama ialah a. Pada 21 Disember 1941 ke Kuching b. Pada 27 Disember 1941 ke Sibu. Arah mara pasukan yang kedua ialah c. Pada 1 Januari 1942 ke Labuan d. Pada 19 Januari 1942 ke Sandakan. Kemaraan Jepun tidak mendapat tentangan sengit di Sabah dan Sarawak 1.2.4 1. 2. 3. Cara kemaraan dan kelengkapan tentera Jepun Sebanyak 450 buah kapal terbang perang digunakan untuk memberi perlindungan kepada tentera darat. Sebanyak 80 buah kereta kebal pengempur digunakan 100 buah kereta kebal kecil digunakan kerana mudah dikendalikan

4. 5. 6.

menggunakan bot untuk mendarat dari kapal perang menggunakan basikal untuk melalui jalan sempit Angkatan tentera seramai 80,000 orang

2. 3.

1.2.5. Kelengkapan tentera British 1. Tentera British seramai 100,000 orang 2. British mempunyai 141 buah kapal terbang pejuang 3. British mempunyai 2 buah kapal perang untuk menyekat kemaraan tentera Jepun 1. 2. 1.2.6. Kesan Peperangan Antara kesan peperangan ini ialah kemusnahan infrastruktur, sumber ekonomi dan bangunan. Tentera British menggunakan taktik bumi hangus semasa berundur seperti : a. meletupkan jambatan Guillemard di Kuala Krai untuk meyekat kemaraan tentera Jepun b. Di Sarawak, British telah memusnahkan telaga minyak dan dokumen-dokumen kerajaan Tujuan British berbuat demikian ialah c. Melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun d. melumpuhkan ekonomi. Jepun gagal untuk menguasai bahan mentah akbiat kemusnahan ini Iktibar daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengelakkan sebarang peperangan daripada berlaku di negara kita. 1.2.7 Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun Kemaraan tentera Jepun gagal disekat oleh tentera British yang terdiri daripada askar-askar India Gurkha , Australia dan British Tentera British berundur ke selatan untuk mempertahankan Singapura. British tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu kerana mempertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah. Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan telah berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu. Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu dan Singapura dalam tempoh sepuluh minggu Pada 15 Februari 1942, Jeneral E.A.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura. Iktibar peristiwa ini ialah jangan mengharapkan kuasa asing untuk mempertahankan tanah air kita sendiri.

4.

5.

3.

4. 5.

1. 2. 3.

5.

6.

4. 5. 6. 7.

Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3

Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

1.2.8 Faktor-faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu Perancangan awal perang Jepun a. propaganda Jepun untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu. b. aktiviti perisikan di Tanah Melayu mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan. Kelemahan tentera British a. Tidak bersedia kerana menumpukan peperangan di Eropah. b. Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang c. Askar India yang berkhidmat dengan British telah berubah sikap menjadi anti British d. Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura Kelengkapan tentera Jepun a. banyak kapal terbang pejuang yang moden seperti Zero Fighter b. kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi di Tanah Melayu. Semangat tentera Jepun a. berjuang untuk kemegahan negara mereka b. rela mati demi Majaraja Jepun c. berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China Jepun Pakatan Jepun Thailand a. Thailand memberi laluan tentera Jepun untuk mendarat b. Jepun tidak menyerang Thailand c. Jepun menyerahkan Kelantan , Kedah , Perlis dan Terangganu kepada Thailand Taktik serangan Jepun a. memusnahkan Pearl Habour di Hawai, yang menjadi pangkalan utama tentera Amenka Syarikat di Asia Pasifik. b. memulakan serangan dari utara Tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura. Peranan Kesatuan Melayu Muda a. membantu menyebarkan propaganda Jepun b. memberi maklumat perisikan c. menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun

d. kebijakan tentera Jepun menggunakan kesempatan semasa kuasa barat sedang berperang di Eropah e. tiada tentangan daripada penduduk tempatan kerana terpengaruh dengan slogan-slogan Jepun Tema/Tajuk A. Pemerintahan Jepun ii. Dasar pemerintahan Jepun Pentadbiran Ekonomi Sosial iii. Reaksi penduduk tempatan terhadap pemerintahanJepun Hasil Pelajaran : Memahami zaman pemerintahan Jepun di negara kita Aras 1 Mererihalkan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu Menyatakan dasar ekonomi Jepun di Tanah Melayu Memerihalkan dasar penjepunan Menceritakan kesengsaraan hidup pada zaman Jepun Menyatakan reaksi penduduk tempatan terhadap pemerintahan Jepun Mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh tanah air yang berjuang menentang Jepun Menceritakan tentang kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua Aras 2 Membandingkan corak pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dengan di Sarawak dan Sabah Aras 3 Menjelaskan kesan pentadbiran Jepun yang mengubah corak pemikiran rakyat Tanah Melayu Nilai dan tingkahlaku patriotisme Jati diri bangsa Malaysia. Memperkasakan mental dan fizikal. 1.3 Dasar Pemerintahan Jepun 1. Jepun telah memperkenalkan pemerintahan secara tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. 2. Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru 3. Singapura pula dikenali sebagai Syonan dan pentadbirannya diasingkan daripada Tanah Melayu. 4. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dibahagikan kepada :

Rumusan Kejayaan Jepun 1. Memeranjatkan banyak pihak termasuk tentera British dan Amerika Syarikat 2. Kunci kejayaan Jepun ialah a. kegiatan perisikan Jepun yang berkesan b. semangat perjuangan yang tinggi c. kelemahan pertahanan British

Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3

Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita

a.

A. Pentadbiran Pusat i. Pejabat Perang di Tokyo ii. Di Singapura diketuai oleh Pengarah Agung yang mengetuai mahkamah, biro-biro pentadbiran dan majlis pusat Pentadbiran Wilayah i. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah ii. Wilayah terdiri daripada negeri-negeri iii. Gabenor dibantu oleh Datuk Bandar dan Pegawai Daerah iv. Pegawai Daerah dibantu oleh Penghulu 5. Pada mulanya, Jepun menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera 6. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Thailand sebagai menghargai kerjasama negara itu yang memberi laluan kepada tentera Jepun. 7. Sarawak, Sabah dan Brunei pula digabungkan dikenali sebagai pentadbiran Borneo Utara a. diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral b. beribu pejabat di Kuching c. Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu Kuching, Miri dan Sibu d. Sabah pula dibahagikan kepada dua wilayah iaitu Jesselton dan Sandakan. e. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah f. Gebenor Wilayah dibantu oleh Residen g. Terdapat 15 deerah dibentuk dan setiap diketuai oleh pegawai daerah h. Pegawai derah dibantu oleh Ketua Tempatan 8. Jepun memperkenalkan pelbagai dasar untuk mencapai matlamat pendudukan mereka di Tanah Melayu. 9. Dasar Jepun sering berubah-ubah mengikut kepentingan mereka. 10. Penduduk tidak berhak menyuarakan pendapat mereka. 11. Dasar Jepun mula berubah apabila mendapati mereka akan kalah dalam Perang Dunia Kedua 1.3.1 Dasar Politik 1. Kedudukan Sultan a. sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri b. hanya menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu c. Sultan diberi elaun seperti semasa British. 2. Status Tanah Melayu menjadi tanah jajahan Jepun 3. Majlis Agama Islam ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah 1.3.2 Dasar Ekonomi 1. dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan membiayai peperangan 2. Mata wang Jepun diperkenalkan.

3. Ekonomi kawalan diperkenalkan a. Ekonomi sara diri digiatkan untuk pengeluaran makanan harian b. Mengeluarkan Notis kerajaan No 41 pada 25 November i. memaksa penduduk menjalankan tanaman sara diri di tanah sendiri dalam masa sebulan dari tarikh notis dikeluarkan ii. Hadiah diberi kepada yang berjaya iii. Kegagalan mematuhi notis ini akan didenda c. Catuan makanan dilaksanakan d. Layanan istimewa diberikan kepada kaisha(syarikat Jepun ) 1.3.3 Dasar Penjepunan dan Sosial 1. Sekolah Inggeris dan Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh barat dan Cina 2. Rakyat dipaksa setia kepada Maharaja Jepun 3. Lagu Kimigayo(Kebangsan Jepun) dinyanyikan setiap pagi di sekolah. 4. Dasar Bahasa a. Bahasa Jepun (Nippon Go) menjadi bahasa pengantar di sekolah b. Ruangan khas belajar bahasa Jepun disiarkan dalam akhbar Fajar Asia c. Menukar nama Stesen Kereta Api Tanjung Pagar kepada Stesen Ketera Api Syonan d. Nama persatuan perdagangan menggunakan bahasa Jepun 5. Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar 6. Cuti hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan 7. Melayan baik orang Melayu untuk mendapatkankerjasama meneruskan pemerintahan 8. Melayan kasar orang Cina kerana menyokong negara China semasa perang China- Jepun 9. Melayan baik orang India bagi mendapatkan kerjasama mengusir British di India . 1.4 Reaksi Penduduk

1.4.1
1. 2. 3. 4.

Reaksi Orang Melayu Sebahagian besar orang Melayu tidak menentang Mereka terpengaruh dengan slogan Jepun Orang Melayu diberikan layanan yang baik oleh tentera Jepun. Usaha mendapatan kemerdekaan dijalankan oleh Kesatuan Melayu Muda di bawah pimpinan Ibrahiin Haji Yaacob dengan mengadakan pakatan sulit dengan pihak Jepun

Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3

Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita

5.

Sokongan orang Melayu tidak kekal lama kerana : a. Jepun mewujudkan pemerintahan baru secara tentera. b. Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan kehidupan rakyat. c. Slogan Jepun hanya muslihat untuk kepentingan mereka. d. Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti yang dijanjikan. e. Status Tanah Melayu menjadi tanah jajahan . f. Negeri-negeri Melayu Utara pula diserahkan kepada Thailand g. Pada mulanya pihak Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu. h. KMM dibubarkan oleh Jepun. i. Tentera Jepun melakukan kekejaman terhadap sesiapa sahaja yang dianggap bersalah. 6. Iktibar pemerintahan Jepun ialah kita hendaklah lebih berwaspada dalam menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa asing.

3. 4.

Ada yang berkerjasama dengan tentera Bersekutu khususnya British Antara gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu ialah Pertubuhan MPAJA Maklumat Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya Dapat bantuan daripada British Menggunakan taktik perang gerila Ditubuhkan oleh tentera Bersekutu di Pahang , Johor dan Kedah Mendapat latihan di Sri Langka Dianggotai oleh pegawai-pegawai tadbir Melayu Melancarkan perang gerila Dapat bantuan daripada Force 136

Force 136

1.4.2 Reaksi Orang Cina 1. Orang Cina menentang Jepun kerana dipengaruhi oleh Perang China Jepun pada tahun 1937. 2. Kebanyakan terlibat dengan gerakan anti-Jepun 3. Mereka memulaukan barangan Jepun 4. Mereka memungut derma untuk membantu negara China. 5. Ada pemuda Cina yang balik ke negara China untuk menyertai perang menentang Jepun. 6. Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu , mereka dilayan secara kasar dan ada juga dibunuh oleh tentera Jepun 7. Ada orang Cina yang menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan dan keselamatan nyawa mereka.
1.4.3 Reaksi Orang India 1. Orang India mendapat layanan yang baik kerana Jepun memerlukan kerjasama mereka untuk mengusir British di India. 2. Jepun mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya bekerjasama dengan mereka. 3. Sebahagian besar orang India dalam tentera British telah berpaling tadah kepada pihak Jepun. 4. Sebahagian besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India . 5. Jepun menjadi pendorong penubuhan Liga Kemerdekaan India. 1. 2. 1.5. Gerakan antiJepun Gerakan ini muncul di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana dasar kejam yang dijalankan oleh pihak Jepun Mereka bergerak secara gerila

Askar Melayu Setia Pasukan Wataniah Pahang

5.

Pemerintah Kehormatnya ialah Sultan Pahang Diketuai oleh Yeop Maidin Dianggotai oleh pemuda-pemuda Melayu antaranya Kapten Abdul Razak bin Hussin Hubungan baik dengan Force 136 Antara gerakan anti-Jepun di Sabah dan Sarawak ialah Maklumat Pimpinan Albert Kwok Melancarkan pemberontakan Double Tenth tetapi gagal Penentangan di Kudat Penentangan di Sandakan Membantu tentera Bersekutu mengusir Jepun

Pertubuhan Gerila Kinabalu

Pasukan Gerila Datu Mustapha Pasukan gerila di Sandakan Penentangan di pesisir pantai Sarawak

1. 6 Jepun Menyerah Kalah 1. Menjelang 1945, Jepun enggan menyerah diri walaupun telah didesak oleh tentera Bersekutu 2. Kemudiannya ,Tentera Bersekutu telah menggugurkan bom atom di a. Hiroshima pada 6 Ogos 1945 b. Nagasaki pada 9 Ogos1945 3. Hal ini menyebabkan Jepun menyerah kalah tanpa syarat pada 15 Ogos 1945. 4. Jeneral Seishiro Itagaki, menyerah diri secara rasmi kepada Laksamana Louis Mountbatten , pada 12 September 1945 tentera Bersekutu di Singapura

Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3

Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita

5. Di Borneo pula, pemerintah tertinggi tentera tentera Jepun ke-37, Masao Baba menyerah kalah di Surrender Point, Labuan pada 10 September 1945. Tema/Tajuk B) Kesan pemerintahan Jepun i. Politik Menyemarakkan perjuangan kebangsaan Memberi pengalaman pentadbiran kepada penduduk tempatan Peluasan pengaruh komunis ii. Ekonomi Kemerosotan ekonomi iii. Sosial Kesengsaraan hidup

Hasil Pelajaran : Memahami zaman pemerintahan Jepun di negara kita Aras 1 Menyenaraikan kesan pemerintahan Jepun di negara kita Aras 2 Menjelaskan usaha-usaha rakyat untuk mengatasi kesengsaraan hidup pada zaman pendudukan Jepun Aras 3 Menjelaskan kesan pentadbiran Jepun yang mengubahcorak pemikiran rakyat Tanah Melayu Menghubungkaitkan pendudukan Jepun dengan kebangkitan semangat nasionalisme Nilai dan tingkahlaku patriotisme Keberanian dan kecekalan mendaulatkan negara Malaysia Kegigihan dan kecekalan menghadapai dugaan

1.7 Kesan Pemerintahan Tentera Jepun 1.7.1 Politik 1.7.1.1 Menyemarak semangat kebangsaan 1. Kejayaan Jepun rnenewaskan kuasa barat memberi keyakinan kepada orang Asia untuk merdeka 2. Jepun telah menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu. 3. Wujud penulisan seperti sajak Kekuatan Asia yang bertemakan kebangkitan orang Asia

1.7.1.2 Memberi pengalaman pentadbiran 1. Terdapat orang tempatan diberi peluang menjawat jawatan dalam pentadbiran seperti berikut : Tokoh Jawatan Ibrahim Haji Yaacob Mengetuai PETA sebagai Leftenan Kolonel Abang Haji Openg Pegawai Daerah di Kuching Dr Burhanuddin Al- Penasihat Kebudayaan dan Helmy Adat Istiadat Melayu Dato Onn bin Jaafar Pengawal Makanan Negeri Johor Dilantik semula menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor Kapten Mohd Salleh Pegawai Daerah di Hulu Haji Sulaiman Perak 2. Oleh itu , Jepun telah menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) untuk melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran 3. Kua Kunrenjo ditubuhkan di Singapura , Pulau Pinang dan Melaka 4. 75% pelatihnya terdiri daripada orang Melayu 5. Jepun menubuhkan Pembela Tanah Air (PETA) 6. PETA ialah pertubuhan separa ketenteraan yang diberi latihan ketenteraan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutu. 7. Peluang menjawat jawatan tinggi memberi pemgalaman kepada orang Melayu dalam bidang pentadbiran 8. Walau bagaimanapun Jepun tidak menunaikan janjinya membela negara-negara Asia 9. Antara dasar politik Jepun ialah : a. Kegiatan politik diawasi oleh Jepun b. Menyekat kebebasan bersuara c. Akhbar mencurigakan diharamkan d. Hanya pertubuhan pro-Jepun yang dibenarkan aktif e. Mengharamkan KMM pada 1942. 10. Pertubuhan politik dibenarkan bergiat semula apabila Jepun menerima tekanan daripada pihak Bersekutu 11. Tanah Melayu dijanjikan kemerdekaan bersama Indonesia 12. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan bersama-sama 13. KMM telah memperjuangkan konsep Melayu Raya 1.7.1.3 Perluasan Pengaruh Komunis

Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3

Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita

1. Semasa Jepun, semangat kebangsaan berbeza mengikut kaum kerana berpaksi kepada negara asal masing-masing a. orang India berusaha untuk memerdekakan negara India b. orang Cina pula lebih bersikap anti- Jepun 2. PKM mendapat bantuan daripada pasukan Force 136 3. Parti Komunis Malaya menubuhkan MPAJA dikenali dengan nama tentera Bintang Tiga yang melambangkan 3 kaum . 4. Sebahagian besar ahlinya terdiri orang Cina 1.7.1.4 Iktibar daripada pendudukan Jepun 1. Jangan tidak mudah mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing kerana . i. Jepun mungkir janji untuk memberikan kemerdekaan kepada negara kita. ii. Jepun menyerahkan empat negeri Melayu utara kepada Thailand iii. Kekejaman tentera Jepun semakin terserlah. iv. Dasar-dasar Jepun telah mengongkong dan menyusahkan rakyat. 2. Untuk mencapai kemerdekaan kita tidak sepatutnya hanya bergantung pada negara lain. 1.7.2 . Ekonomi 1. Rancangan Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya ternyata gagal 2. Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot 3. Gaji pegawai kerajaan pula dikurangkan 4. Kadar pengangguran semakin meningkat. 5. Perdagangan antarabangsa terhenti kerana sekatan ekonomi oleh kuasa Bersekutu 6. Bijih timah dan getah tidak dapat dieksport ke Barat. 7. Beras tidak dapat lagi diimport dari Thailand dan Burma. 8. Bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun kerana kawalan kawasan perairan oleh kapal selam tentera Bersekutu 9. Ekonomi kawalan tidak memberi kebaikan kepada penduduk 10. Amalan rasuah , menyorok barang dan pasaran gelap berlaku di merata tempat. 11. Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan. 12. Hal ini menyebabkan berlakunya inflasi 13. Bekalan dan barang keperluan harian sukar diperolehi 14. Jika ada, harganya melambung tinggi. 15. Catuan bekalan makanan dikenakan 16. Kad catuan diberikan supaya tiada keluarga mendapat bekalan melebihi kadar yang ditetapkan 17. Ubi kayu dan keledek menjadi makanan utama 18. Ada penduduk bandar berpindah ke luar bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik

19. Keperitan hidup menjadikan penduduk lebih kreatif seperti : a. Kasut getah dibuat daripada getah keping b. Kain daripada benang nanas dihasilkan c. Perusahaan menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa dan rokok daun digiatkan semula d. Ubat-ubat tradisional menjadi semakin penting. e. munculnya industri baru berasaskan sumber tempatan seperti i. lori dan kereta berkuasa wap menggunakan arang ii. bahan api dari susu getah iii. getah padat dijadikan tayar tanpa tiub iv. Kertas daripada buluh, daun getah dan lalang v. Peralatan daripada kulit haiwan dan logam vi. Kelambu dan kain daripada benang nanas 20. Industri yang tidak ekonomik dan mengalami kekurangan bahan mentah lenyap 1.7.3. Sosial 1. Penduduk sentisa berada dalam kesengsaraan dan ketakutan 2. Penduduk dikenakan perintah berkurung dan sekatan perjalanan 3. Mereka saling mencurigai antara satu sama lain kerana bimbang dianggap anti Jepun. 4. Ada yang menjadi tali barut pihak Jepun. 5. Ramai menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun. 6. Kempitai ditubuhkan oleh Jepun a. Merupakan pasukan polis tentera b. Menjaga kepentingan pentadbiran Jepun c. Mengamalkan amalan seksa dulu kemudian siasat d. Ada yang bertindak ganas dan kejam e. menjalankan tugas pemgintipan 7. Jepun juga menjalankan hukuman dera dan hukuman dijalankan di khalayak ramai. 8. Ada rakyat yang menjadi buruh paksa 9. Buruh paksa ini a. Tidak diberi gaji b. Hanya diberi makanan sekadar menanpung hidup c. Diberi surat tunjuk sebab jika tidak hadir d. Ada yang bekerja membina jalan kereta api maut i. Terletak di sempadan Thailand -Burma ii. Sejauh 742 km dari Thailand melalui Burma ke India iii. Seramai 70,000 penduduk terlibat iv. Satu pertiga telah terkorban 10. Kemudahan kesihatan teruk akibat peperangan 11. Wabak penyakit semakin merebak kerana kekurangan zat makanan.

Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3

Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita

12. Kebuluran berlaku di mana-mana. 13. Bekalan ubat sukar didapati 14. Tentera Jepun merampas ubat-ubatan di pasaran untuk kegunaan mereka sendiri

Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3

You might also like