You are on page 1of 2

Kajian Kerja Lapangan Definasi kerja lapangan ,kerja lapangan adalah proses mengumpul data mentah secara saintifik

dan dilakukan secara insitu. Berbanding dengan kajian makmal yang mana proses mengumpulan data dilakukan secara terkawal dalam makmal. Kerja lapangan melibatkan hubungan secara langsung (face-to-face) dengan bahan atau objek yang dikaji dalam keadaan semula jadi. temubual, pemerhatian terhadap manusia, bahasa, budaya rakyat dan struktur sosial juga termasuk dalam katogari kerja lapangan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 pula,kajian lapangan bermaksud kawasan atau tempat yang luas, gelangang, medan, padang. Kerja lapangan sebagai sumber terpenting untuk mendapatkan maklumat baru tentang masyarakat dan budaya. Kerja lapangan boleh berlangsung untuk jangka waktu dari beberapa bulan hingga dua tahun atau lebih. Tujuannya ialah untuk membolehkan penyelidik memahami fenomena yang dikaji itu dengan sedalam mungkin. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kerja lapangan, dan pada dasarnya tidak ada satupun formula yang jelas berkenaan perkara ini. Alat terpenting dalam menjalankan kerja lapangan, tidak lain dan tidak bukan, ialah penyelidik itu sendiri, dialah alat saintifik yang sebenarnya. Terpulang kepada setiap orang penyelidik untuk menggunakan kebolehan dan kebijaksanaannya, dari segi watak dan personaliti, untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Satu lagi perkara yang menyebabkan terdapat variasi dalam menjalankan kerja lapangan ialah persekitaran berlainan dan tajuk berbeza-beza yang dikaji oleh penyelidikan. Metod yang dipilih itu mestilah sesuai dengan keadaan dan persekitaran subjek yang dikaji, tetapi agak sukar sekali untuk menyatakan dengan tepat metod yang manakah yang terbaik. Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. Dr. Prof.et al(2001) Pengantar Sains sosial, dalam kaedah kerja lapangan(fiel work/study), terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan oleh penyelidik untuk memperolehi data dan maklumat dengan cara turut serta dalam kehidupan atau sosial yang berlaku. Contohnya penyelidik ingin mengkaji proses strategi pilihan raya oleh parti politik, beliau akan turut serta dalam mesyuarat parti tersebut yang berkaitan dengan pilihan raya. Dengan ini data dan maklumat dapat diperolehi. Teknik kedua dalam kaedah kerja lapangan ialah temu bual insentif (indepth interview), dalam teknik ini data dan maklumat diperolehi dengan cara temu bual yang dibuat barkaitan dengan isu-isu semasa kehidupan dan kemudiannya menjurus kepada topik yang sebenar. Contohnya dalam satu penempatan yang dikaji, penyelidik akan berkumpul dengan dengan penduduk yang berbual dikedai kopi sambil bercakap-cakap tentang isu-isu harian seperti bola sepak dimalaysia. Misalnya sebelum mulai menjurus kepada topik yang sebenar.

Teknik terakhir dalam kaedah kerja lapangan ialah Etnografi(pemerhatian). Teknik ini biasanya berkaitan dengan disiplin antropologi. Dalam teknik ini data dan maklumat diperolehi dengan merujuk kepada kajian pemahaman dan pemerhatian terhadap budaya dan sub-budaya. Pengkaji akan terlibat sama dalam masyarakat yang dikaji dan akan bercampur dengan mereka. Contohnya kajian amalan pemujaan oleh satu golongan etnik disesuatu kawasan penempatan. Kajian yang dibuat oleh pengkaji atau penyelidik biasanya berkisarkan kepada memahami budaya masyarakat tersebut dan membezakan ciri-ciri budaya itu dan melihat persamaan dengan budaya lain. Etika kerja lapangan sebelum melakukan kajian lapangan, seseorang penyelidik itu tidak melakukan pembohongan data saintifik (plagiat atau penipuan), sentiasa mematuhi hak cipta, perlu menghormati individu, komuniti dan budaya masyarakat setempat dan dapatkan kebenaran, permit dan patuhi segala syarat yang ditetapkan untuk persampelan. Jika kajian melibatkan manusia (sosial, budaya, bahasa dll), individu atau komuniti tersebut perlu diberitahu untuk apa dan bagaimana maklumat yang diperolehi akan guna atau disebar. Dalam mencari data mentah untuk penyelidikan, beberapa etika sangat-sangat perlu untuk dipatuhi. Selain itu pemberi maklumat dan nama-nama yang ada dalam cerita mesti di lindungi jika mereta tak mahu dikenali. menjaga kebersihan. Tiada paksaan dalam memperolehi data dan penyelidik juga harus minimumkan kerosakan atau gangguan terhadap alam sekitar serta

You might also like