5.0 ETIKET DAN SOSIAL 5.

1 Pengenalan Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu. 5.2 Laporan Program Kursus etiket dan sosial untuk program BIG ini dikendalikan oleh Puan Jauyah, Puan Nancy dan Puan Juliana. Terdapat tiga elemen penting dalam etiket dan sosial yang telah disampaikan oleh jurulatih-jurulatih ini iaitu, tatatertib di meja makan (Puan Jauyah), protokol majlis rasmi (Puan Nancy) dan etika berpakaian (Puan Juliana). Sebenarnya terdapat banyak lagi elemen-elemen penting yang terdapat dalam skop etiket dan sosial ini. Namun, disebabkan kekangan masa maka tiga elemen ini sahajalah yang telah sempat kami pelajari. Sememangnya, tiga elemen penting yang telah kami pelajari ini memberikan panduan dan pedoman kepada laluan kerjaya kami sebagai bakal pendidik pada masa hadapan. Umum kita mengetahui bahawa tatatertib di meja makan, pengetahuan protokol majlis rasmi dan etika berpakaian merupakan asas kepada keluhuran peribadi dan jiwa seorang pendidik yang unggul. Kami sedar bahawa sebagai insan yang yang akan menjadi ‘role model’ kepada murid-murid di sekolah kelak, maka kursus etiket ini teramatlah penting terutama sekali perkara berkaitan dengan etika berpakaian dan tatatertib di meja makan kerana hal ini akan memberikan gambaran secara langsung kepada murid berkenaan guru-guru mereka. Bagi segmen protokol majlis rasmi pula, pendedahan dalam kursus ini telah menambahkan lagi pengetahuan dan keyakinan kami untuk terlibat dengan lebih aktif dalam pengendalian majlis-majlis rasmi di sekolah mahupun di mana jua.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful