You are on page 1of 6

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000, SUNGAI PETANI,KEDAH.

TUGASAN ELEKTIF 1 PENDIDIKAN JASMANI PBS3103 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

NAMA NO KAD PENGENALAN KUMPULAN KOD KURSUS TAJUK KURSUS NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: AMRI BIN ALI : 920311-13-5167 : PISMP MATEMATIK (P3D) : PBS 3103 : PEMERHATIAN TERHADAP KELAS PENDIDIKAN JASMANI : EN. ROSLI BIN HAMID : 03 APRIL 2013

Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 18 hingga 22 Mac 2013 di Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak. Dalam pada itu, saya perlu melakukan pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod maklumat. Untuk perbincangan mengenai kelas pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani , saya telah menemuramah Cikgu Ray sebagai guru Pendidikan Jasmani SKBL. Kemudian saya telah mendapat peluang untuk melakukan pemerhatian terhadap kelas tahun 4D semasa sesi pendidikan jasmani di padang dan turut mendapatkan sedikit maklumat daripada Cikgu Ray. Aktiviti memanaskan badan dijalankan di sekolah semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijalankan. Menurut guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Cikgu Ray, memanaskan badan merupakan aktiviti persediaan yang dilakukan oleh seseorang pemain yang menjalani latihan sukan atau latihan kecergasan. Dengan memanaskan badan, suhu darah dan otot meningkat serta otot akan menguncup dan mengendur dengan lebih pantas. Rintangan dalam otot juga akan menurun dan seterusnya meningkatkan kemampuan melakukan sesuatu aktiviti. Antara aktiviti memanaskan badan yang diterangkan oleh Cikgu Ray adalah, memanaskan badan secara aktif iaitu aktiviti yang dilakukan dengan sendiri dan memanaskan badan secara pasif iaitu aktiviti yang dijalankan dengan bantuan alat atau pihak lain. Contoh aktiviti memanaskan badan adalah lari anak, lari setempat dan sebagainya. Ringkasnya, aktiviti memanaskan badan boleh mencegah kelesuan dan kecederaan otot semasa bermain. Penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar-pelajar semasa mereka mempelajari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di kelas. Menurut guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, memanaskan badan memberi kesan yang positif terhadap lakuan motor. Biasanya pelajar-pelajar digalakkan melakukan pelbagai cara memanaskan badan seperti aktiviti regangan dan kalistenik sebelum mereka melibatkan diri dalam permainan atau aktiviti sukan masingmasing. Antara kepentingan yang diterangkan oleh Cikgu Ray kepada muridmuridnya adalah, memanaskan badan meninggikan suhu otot-otot dalaman. Pengaliran darah dalam tisu-tisu otot bertambah. Ini meningkatkan lagi

pengaliran atau pengedaran oksigen ke otot dan seterusnya akan memperbaiki keadaan fungsi otot. Untuk tahap usia kanak-kanak sekolah rendah terutamanya tahap dua, aktiviti yang diberikan tidak membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan. Ini adalah kerana guru yang mengajar seperti Cikgu Ray sentiasa mengikut sukatan pelajaran dan silibus dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran yang telah disediakan biasanya menepati kehendak dan kesesuaian tahap murid mengikut tahun. Pada pemerhatian saya sendiri juga pada kelas 4D di padang, aktiviti yang diberikan oleh guru mereka adalah tidak merbahayakan mereka dan guru mereka sentiasa mengawasi mereka semasa melakukan semua aktiviti di padang. Otot-otot seperti trapezius, gastrocnemius, biceps, triceps, quadricep, latissimus dorsi dan sebagainya pula diberikan tumpuan dan penekanan semasa aktiviti seperti berlari, melompat, menunduk, dan sebagainya. Cikgu Ray juga mengatakan bahawa beliau sentiasa mengikut modul Pendidikan Jasmani yang telah disediakan, maka aktiviti yang dilakukan sentiasa dirancang dan menggunakan keseluruhan anggota badan. Keperluan warm down dijalankan di sekolah semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berlangsung. Cikgu Ray, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, telah menjelaskan kepentingan warm down kepada muridmuridnya. Sebelum 10 minit waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tamat, Cikgu Ray meminta murid-muridnya untuk melakukan warm down. Inilah hari pertama, dia mengajar murid-muridnya untuk melakukan warm down. Oleh sebab itu dia memberikan penjelasan awal tentang aktiviti gerakendur. Menurutnya, latihan gerakendur (warm down) ialah latihan yang dijalankan selepas seseorang pemain menjalani sesuatu latihan atau permainan. Latihan gerakendur adalah bertujuan untuk menghindarkan darah dari terkumpul di bahagian-bahagian anggota yang tertentu. Selepas menerangkan tentang maksud warm down, dia mengajar beberapa aktiviti-aktiviti gerakendur, kepada murid-murid. Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Cikgu Ray telah menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani yang sesuai dengan aktiviti

yang dirancang. Sehari sebelum dia mula mengajar, dia telah merancang apa yang hendak diajar pada hari berikutnya. Pada hari Rabu, dia merancang untuk mengajar murid-murid tentang permainan bola jaring. Sebelum menerangkan tentang peralatan yang digunakan semasa bermain, dia telah memberikan penerangan yang ringkas tentang permainan itu. Walaupun permainan ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar perempuan, tetapi dia telah mengajar untuk semua murid termasuk lelaki. Permainan bola jaring ialah permainan berpasukan dimana pemain memakai bib berhuruf yang menunjukkan posisi mereka. Semasa bermain, pemain-pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu di gelanggang mengikut posisi mereka. Seterusnya, dia menyediakan peralatan-peralatan yang sesuai dengan permainan bola jaring. Antaranya ialah bola, tiang gol, skital, gelung rotan, baju bib dan wisel. Kesemua peralatan yang disediakan adalah sesuai dengan permainan itu. Cikgu Ray memilih bola yang sangat sesuai dengan permainan bola jaring. Dia memastikan bahawa angin dalam bola itu mencukupi dan bola yang dipilih adalah bola khas yang digunakan untuk pemainan bola jaring (bukannya bola yang digunakan untuk permainan lain seperti bola baling dan bola keranjang). Ringkasnya, bola hendaklah bola jaring bersaiz 5 dan diperbuat daripada kulit, getah atau bahan yang serupa dengannya. Cikgu Ray juga menyediakan tiang gol bagi permainan ini. Tinggi tiang gol untuk murid di bawah umur 12 tahun ialah 2.43 meter (8 kaki). Dia memastikan bahawa, tiang gol adalah tegak dan diletakkan di tengah setiap garisan gol dengan bahagian belakangnya berada di luar garisan gol. Pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti adalah sesuai seperti yang dirancang. Pada pagi hari RABU matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 9.30 pagi. Cikgu Ray, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pandai menguruskan masanya semasa aktiviti-aktiviti padang berlangsung. Kesemua murid-murid Tahun 4D, berkumpul di padang tepat pada waktunya dengan berpakaian sukan. Guru mengarahkan murid-murid untuk berlari mengelilingi padang sebanyak dua pusingan. Selepas 10 minit, mereka berkumpul di tengah padang untuk menjalankan aktiviti memanaskan badan. Murid-murid membuat satu bulatan besar di mana seorang murid

berdiri di tengah-tengah bulatan untuk mengendalikan aktiviti tersebut. Mereka menjalankan aktiviti memanaskan badan selama 10 minit. Selepas itu, dia membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 10 orang murid. Pada hari itu, Cikgu Ray bercadang untuk mengajar murid-murid tentang permainan bola jaring. Murid-murid kumpulan satu diajar tentang kemahiran-kemahiran menghantar bola, kumpulan dua diajar tentang kemahiran-kemahiran menerima bola manakala kumpulan tiga diajar tentang kemahiran-kemahiran menjaringkan bola. Dia meluangkan masa selama 10 minit bagi setiap kumpulan. Selepas lebih kurang 30 minit, dia telah selesai mengajar kemahiran-kemahiran yang perlu diketahui semasa bermain permainan bola jaring. Pada 10 minit yang terakhir, Cikgu Ray meminta murid-murid untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan. Selepas itu, dia meminta anak-anak muridnya untuk mengingati kesemua kemahirankemahiran yang telah diajar dan pada kelas yang akan datang murid-murid dikehendaki membentangkan apa yang diajar olehnya. Dia mengatakan bahawa setiap kumpulan akan diberikan masa selama 10 minit untuk membentangkankemahiran-kemahiran yang diajar olehnya. Pada hari itu, kelas tamat pada pukul 9.30 pagi. Saranan saya untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani adalah guru tidak hanya tumpukan perhatian terhadap aktiviti padang malahan harus memberi penekanan terhadap kebersihan diri, kekeluargaan, kebersihan dan keselamatan persekitaran serta sebagainya. Penjagaan kebersihan diri perlu dijadikan amalan dalam kehidupan dan untuk kesejahteraan yang berterusan. Pengetahuan tentang sistem pencernaan memupuk kesedaran tentang pemilihan makanan yang seimbang dan berkualiti. Guru seharusnya menyatakan tentang amalan asas kesihatan harian dari segi penjagaan kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan diri. Dari segi kekeluargaan, guru sepatutnya menekankan bahawa setiap ahli keluarga mempunyai peranan tertentu untuk mengeratkan perhubungan keluarga dan mencegah berlakunya gejala sosial. Perhubungan erat antara ahli keluarga menentukan keharmonian sesebuah keluarga itu. Oleh itu, guru haruslah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Selain itu, dari segi kebersihan dan keselamatan persekitaran, guru haruslah menerangkan kepada murid-murid tentang cara-cara merawat kecederaan ringan. Murid-murid harus menghubungi pihak Bomba dan polis sekiranya berlaku kecemasan dan kebakaran. Guru juga haruslah menyatakan tindakan yang perlu diambil semasa berlakunya kemalangan jalan raya.

Penerangan tentang otot-otot yang terlibat semasa melakukan aktiviti memanaskan badan dan warm down di dalam kelas

You might also like