You are on page 1of 15

941225-06-5134 SINOPSIS

Sektor pertanian di negara ini sedang mengalami transformasi ke arah yang lebih dinamik dan kompetitif. Sektor ini amat penting kerana dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk mengkaji persepsi masyararakat mengenai Pasar Tani Mega di Bandar Kuantan. Untuk mengumpul data, satu set soal selidik, protokol temu bual dan senarai pemerhatian telah dibina berdasarkan objektif kajian iaitu implikasi Pasar Tani terhadap kebersihan alan sekitar,keaikan Pasar Tani kepada peniaga kecil dan masyarakat setempat dan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif Pasar Tani Mega.Sebanyak 30 set orang kaji selidik telah diberikan kepada 30 orang responden yang terpilih yang terdiri daripada peniaga Pasar Tani dan juga masyarakat setempat.Berdasarkan kajian yang dijalankan persepsi yang diberikan oleh responden adalah berbeza-beza berdasarkan objektif kajian.

941225-06-5134 PENGHARGAAN Penghargaan ini diberikan juga kepada Cikgu Pengajian Am saya iaitu Cikgu Marzuki di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini.Teguran dan nasihat beliau amat saya hargai dan akan sentiasa saya ingati. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota yang telah banyak membimbing dan memberi nasihat yang berguna sepanjang saya berada di sekolah ini. Penghargaan ini juga berikan kepada kedua ibu dan bapa saya yang sangat saya cintai iaitu Encik Mohd Nor Bakri Bin Ibrahim dan Puan Nor Azizah Binti Muhammad yang telah banyak membantu dan langsung tidak jemu memeberikan nasihat,tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan kewangan agar saya dapat menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.Tidak lupa juga buat adik- adik dan ahli keluarga yang dikasihi,terima kasih kerana memberikan semangat dan dorongan kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang saya sayangi,iaitu Emylia,Khadijah,Hanisah,Tuan Amirah dan rakan-rakan di tingkatan 6-Al-Ghazali serta rakan-rakan seperjuangan yang lain.Terima kasih kerana sudi membantu.Jasa anda semua amat dihargai. Sekian,Terima kasih kepada anda semua.

941225-06-5134

PETA STADIUM DARUL MAKMUR

941225-06-5134

Stigma industri pertanian yang dianggap sebagai sunset industry dan diusahakan oleh petani tua masih meluas dalam kalangan rakyat Malaysia kerana beberapa faktor. Sebagai contoh, produktiviti dalam sektor pertanian masih rendah dan statistik menunjukkan majoriti petani negara ini berusia 45 tahun ke atas (Abdul Malik 1998; Rancangan Malaysia Kesembilan 2006). Kekurangan tenaga buruh dan harga komoditi pertanian yang rendah serta tidak stabil merupakan antara faktor penguncupan sektor pertanian, terutama dalam kalangan pekebun kecil. Sektor pertanian juga dijangka memperlihatkan pengurangan jumlah mereka yang terbabit dalam guna tenaga sektor pertanian, dari 1.42 juta orang pada tahun 2000 kepada 1.32 juta tahun 2010 (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006). Penghijrahan golongan muda ke bandar juga telah mengakibatkan ramai petani terdiri daripada golongan yang lanjut usia. Kebanyakan belia terutama graduan universiti tidak berminat mencebur diri dalam bidang pertanian (Abdul Malik & Mohaini 1992; Aliasak et. al 1993; Ahmad 1993; Nurulhuda 2006).

Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kesedaran mengenai peranan dan sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) oleh pelbagai pihak mula meningkat. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kerajaan menekankan pengeluaran hasil pertanian secara komersial yang berintensifkan teknologi moden (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006). Ini selaras dengan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998-2010) untuk meningkatkan jaminan bahan makanan (food security) negara melalui transformasi modus operandi pertanian yang berorientasikan komersial, meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian melalui pemindahan teknologi, mewujudkan rantaian antara sektor pertanian dengan secara lestari (Malaysian Business 2004). Dasar Pertanian Negara ketiga (DPN3) yang dilancarkan pada 9 Jun 1999 menekankan kepada pembangunan mapan sektor pertanian, yang bukan hanya diceburi ketika kegawatan ekonomi, tetapi wajar diteruskan sebagai industri kukuh (Nik Yahya 2002). Peranan industri pertanian kecil dan sederhana (IKS) dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar (Nurulhuda 2006). Sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai program untuk meningkatkan pembangunan industri pertanian

941225-06-5134

kecil dan sederhana turut dirangka dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun swasta dalam memastikan perkembangan pesat industri pertanian kecil dan sederhana. Ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan import makanan negara tetapi juga untuk merealisasikan matlamat Dasar Pertanian Negara.

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka mendefinisikan Pasar Tani sebagai pasar yang khusus untuk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kepada orang ramai.Pasar Tani biasanya beroperasi seawal jam 6.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.Pasar Tani merupakan tempat menjalankan perniagaan runcit yag dikategorikan sebagai pasar yang bergerak,susunan gerai yang memanjang dan menggunakan tapak awam atau persendirian.Perniagaan pasar tani juga menjadi tempat kepada peniaga tempatan meluaskan lagi empayar perniagaan mereka di samping dapat meningkatkan lagi pendapatan perkapita mereka.Pasar ini menjalankan perniagaan komoditi pengguna yang luas dari makanan dan juga barang-barang bukan makanan yang beroperasi beberapa kali seminggu di tempat berlainan.Kewujudan pasar tani adalah disebabkan permintaan dan penawaran daripada peniaga pasar tani yang memberi peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan mereka dan bagi pembeli pula pasar tani dapat membantu mereka mendapatkan barangan keperluan mereka dengan harga yang murah dan berpatutan.Antara barangan keperluan harian yang terdapat di pasar tani yang diminati oleh semua lapisan masyarakat ialah barangbarang kering seperti rempah-ratus,barangan basah seperti ikan,ayam,udang dan ketam,buah-buahan, dan pokok dan beberapa barangan lain. Aktiviti peniaga pasar tani yang dianjurkan Lembaga Pemasaran Hasil Tani (FAMA) adalah penyumbang kepada Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) yang mempunyai matlamat ekonomi.Peranan yang dimainkan oleh peniaga-peniaga pasar tani amatlah besar dalam menjana ekonomi negara.Menurut Kamus Dewan menjana ekonomi bermaksud mengadakan, melahirkan, mengeluarkan dan menghasilkan kekayaan atau kebendaan sesebuah negara.Halvorson dan Raundi (1992) dalam kajiannya menyatakan perniagaan mikro mempunyai nilai ekonomi iaitu menjana pendapatan dan output,memberi peluang pekerjaan,menggunakan input domestik dan mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang murah.Industri Kecil Dan Sederhana

941225-06-5134

(IKS) di Malaysia dianggap industri yang berkembang pesat dan juga menyumbang ke arah pencapaian objektif pembangunun ekonomi negara. Kerajaan melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah mengiktiraf pasar tani sebagai salah satu kegiatan ekonomi yang penting yang dijalankan di seluruh Malaysia.Pasar Tani juga merupakan satu sektor yang terbukti mampu membekalkan perkhidmatan jualan runcit kepada golongan pengguna dan saluran pembekalan barang dan pekhidmatan pengeluar.Oleh itu,Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah menganjurkan MAHA International bagi membantu peniaga tempatan memasarkan barangan mereka dan secara tidak langsung memajukan industri pelancongan negara.Oleh itu,dalam kajian ini saya akan memfokuskan kepada persepsi masyarakat terhadap Pasar Tani Mega. Dalam sebuah hadis,Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamya terdapat sembilan persepuluh sumber rezeki (Al-Tirmizi). Setiap peniaga harus mengetahui bahawa tiada jalan pintas untuk memperoleh kejayaan dan kekayaan. Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pernah berpesan dengan mengatakan ..jangan fikir negatif dalam perniagaan, lakukan secara berperingkat walaupun perlahan-lahan asalkan ia tindakan tepat.. Peniaga harus tekun, sabar dan gigih dalam menjalankan perniagaan. Kesabaran merupakan satu aspek yang sangat penting. Berusahalah dengan sebaikbaiknya. Biarpun perniagaan yang dijalankan bermula dengan kecil-kecilan dan perlahan tetapi sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh, akan dapat membuahkan hasil yang mengagumkan. Rasulullah S.A.W juga telah menunjukkan satu contoh yang cukup baik dalam berniaga. Baginda begitu menekankan faktor kejujuran dan kesabaran dalam berniaga. Hasilnya, kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap Baginda S.A.W bertambah. Begitu juga dengan kita pada hari ini, sekiranya kita amalkan nilai-nilai murni dalam perniagaan pastinya perusahaan yang kita jalankan akan mendapat perhatian dan menarik lebih ramai pelanggan. Impaknya, perniagaan menjadi bertambah maju dan berjaya.

941225-06-5134

RUJUKAN Abdul Malik Ismail. 1998. Transformasi ekonomi: Masalah dan kesan terhadap sektorpertanian. Dlm Reformasi Pertanian Malaysia ke Arah Wawasan 2020. ChamhurirrSiwar, Abdul Malik Ismail & Abdul Hamid Jaafar. Bangi: Penerbit UniversitiKebangsaan Malaysia. Abdul Malik Ismail & Mohaini Tajuddin. 1992. Tanah terbiar: Masalah dan penyelesaian. Dalam Ekonomi Malaysia: Beberapa Isu Utama. Mohd. Yusof Kassim & Md. Zyadi Md. Tahir (peny.). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Zukni Johari. 2000. Ke arah mempertingkatkan latihan dan kemahiran Bumiputera dalam perniagaan agihan. Kertas Kerja Konvensyen Penyertaan Bumiputera dalam Industri Perdagangan Pengedaran, 19-20 September, Kuala Lumpur. Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh. 1998. Peluang Perniagaan. Petaling Jaya Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Berita Minggu 2007. Malaysia keluar jentera pertanian. 9 September 2007. Bucar, B. & Hisrich, R.D. 2001. Ethics of business managers vs. entrepreneurs. Journalof Developmental Entrepreneurship 6(1): 59-8 WWW.efka.utm,my/thesis/IMAGES/SPSM/2007/JKAS/PARTS2/mohdkhairulakuba 030057d07ttt.pdf Prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=%0Apasar + tani Mohamed Roselan Abdul Malik. Negeri Pahang Darul Makmur.Petaling Jaya: Oscar Book International,1998 Http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Negeri_Pahang Frikhomestay.com/2011/07/17/pasar-tani-mega-kuantan/ Jurnal Pendidikan Malaysia (34) (2) (2009) : 143165,www.ukm.my/jurpend/journal/vol %2034- 2%202009/pdf/

941225-06-5134

Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am Tajuk: Satu Kajian: Persepsi Masyarakat Tentang Pasar Tani mega Di Bandar Kuantan,Pahang Darul Makmur.

MAKLUMAT AM Nama Penyelidik Nama Responden Tarikh Temu Bual Tempat Temu Bual : NUR FARHANA BINTI MOHD NOR BAKRI : NUR AKMA ASYIKIN BINTI MOHD PAISA : 10/2/2013 : PASAR TANI MEGA,KUANTAN

SOALAN TEMU BUAL

1.Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kebersihan di pasar tani ini ? NUR AKMA ASYIKIN : Kebersihan di pasar ini berada dalam keadaan memuaskan apabila diperhatikan.

2.Adakah anda berpuas hati dengan harga barangan yang dijual di sini ? NUR AKMA ASYIKIN : Ya,saya sangat berpuas hati dengan harga barangan yang ditawarkan oleh peniaga di pasar tani ini.

3.Adakah Pasar Tani ini dapat memenuhi cita rasa yang diperlukan ? NUR AKMA ASYIKIN : Pasar tani ini dapat memenuhi setiap keperluan dancita rasa yang diperlukan oleh saya.

4.Adakah anda rasa bilangan tapak gerai di Pasar Tani ini perlu ditambah ? NUR AKMA ASYIKIN : Saya rasa bilangan gerai tidak perlu ditambah kerana gerai di sini sudah terlalu banyak.

5.Adakah anda rasa Pasar Tani ini secara tidak langsung dapat memajukan industri pelancongan negara ? NUR AKMA ASYIKIN : Ya,perniaggan pasar tani yang dijalankan dapat meningkatkan lagi industri pelancongan di negara ini.

941225-06-5134

Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am Tajuk: Satu Kajian: Persepsi Masyarakat Tentang Pasar Tani mega Di Bandar Kuantan,Pahang Darul Makmur.

MAKLUMAT AM Nama Penyelidik Nama Responden Tarikh Temu Bual Tempat Temu Bual : NUR FARHANA BINTI MOHD NOR BAKRI : NUR AZIELA BINTI ROSAIMY : 10/2/2013 : PASAR TANI MEGA,KUANTAN

SOALAN TEMU BUAL

1.Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kebersihan di pasar tani ini ? NUR AZIELA : Keadaan kebersihan di pasar tani agak memuaskan kerana pengguna mahupun peniaga menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata.

2.Adakah anda berpuas hati dengan harga barangan yang dijual di sini ? NUR AZIELA : Saya sangat berpuas hati dengan harga barangan jualan di pasar ini.

3.Adakah Pasar Tani ini dapat memenuhi cita rasa yang diperlukan ? NUR AZIELA : Pasar tani ini dapat memenuhi cita rasa pengguna kerana terdapatnya kepelbagaian penjulan barangan di sini.

4.Adakah anda rasa bilangan tapak gerai di Pasar Tani ini perlu ditambah ? NUR AZIELA : Pada pendapat saya, bilangan gerai disini sudah cukup banyak dan rasanya tidak perlu ditambah lagi.

5.Adakah anda rasa Pasar Tani ini secara tidak langsung dapat memajukan industri pelancongan negara ? NUR AZIELA : Ya,saya rasa industri pelancongan negara dapat dimajukan kerana perniagaan pasar tani ini dapat memperkenalakn barangan keluaran tempatan terutama barangan hasil pertanian kepada pelancong.

941225-06-5134

Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am Tajuk: Satu Kajian: Persepsi Masyarakat Tentang Pasar Tani mega Di Bandar Kuantan,Pahang Darul Makmur.

MAKLUMAT AM Nama Penyelidik Nama Responden Tarikh Temu Bual Tempat Temu Bual : NUR FARHANA BINTI MOHD NOR BAKRI : MUHAMMAD BIN AWANG : 10/2/2013 : PASAR TANI MEGA,KUANTAN

SOALAN TEMU BUAL

1.Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kebersihan di pasar tani ini ? MUHAMMAD : Pada pandangan saya, kebersihan di sini berada dalam keadaan memuaskan dengan penyediaan lebih banyak tong sampah di sini.

2.Adakah anda berpuas hati dengan harga barangan yang dijual di sini ? MUHAMMAD : Saya sangat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan kerana berpatutan dan mematuhi pengawalan harga yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

3.Adakah Pasar Tani ini dapat memenuhi cita rasa yang diperlukan ? MUHAMMAD : Saya dapat membeli setiap barangan yang diperlukan dan saya rasa pasar tani ini dapat memenuhi cita rasa setiap pelanggan yang berkunjung di sini.

4.Adakah anda rasa bilangan tapak gerai di Pasar Tani ini perlu ditambah ? MUHAMMAD : Tidak, sebagai peniaga di sini saya merasakan jumlah tapak gerai di sini sudah terlalu banyak.

5.Adakah anda rasa Pasar Tani ini secara tidak langsung dapat memajukan industri pelancongan negara ? MUHAMMAD : Ya,saya rasa pasar tani ini dapat memajukan industri pelancongan negara kerana sebagai peniagan saya dapat memperkenalkan barangan jualan saya kepada pelancong.

941225-06-5134

Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am Tajuk: Satu Kajian: Persepsi Masyarakat Tentang Pasar Tani mega Di Bandar Kuantan,Pahang Darul Makmur.

MAKLUMAT AM Nama Penyelidik Nama Responden Tarikh Temu Bual Tempat Temu Bual : NUR FARHANA BINTI MOHD NOR BAKRI : ZERIAH BINTI SEMAN : 10/2/2013 : PASAR TANI MEGA,KUANTAN

SOALAN TEMU BUAL

1.Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kebersihan di pasar tani ini ? ZERIAH : Pada pendapat saya,keadaan kebersihan di sini berada dalam tahap memuaskan kebersihannya.

2.Adakah anda berpuas hati dengan harga barangan yang dijual di sini ? ZERIAH : Saya sangat berpuas hati kerana harga sangat berpatutan berdasarkan barangan yang dijual.

3.Adakah Pasar Tani ini dapat memenuhi cita rasa yang diperlukan ? ZERIAH : Ya,pasar tani ini dapat memenuhi setiap cita rasa yang diperlukan oleh pengguna termasuklah saya sendiri.

4.Adakah anda rasa bilangan tapak gerai di Pasar Tani ini perlu ditambah ? ZERIAH : Tidak,saya rasa bilangan gerai sudah terlalu banyak dan akan menamahkan kepadatan di kawasan ini jika bilangan gerai ditambah.

5.Adakah anda rasa Pasar Tani ini secara tidak langsung dapat memajukan industri pelancongan negara ? ZERIAH : Selain dapat membantu peniaga memasarkan barangan,Pasar Tani ini juga dapat memajukan lagi industri pelancongan negara kerana golongan pelancong juga berminat untuk berkunjung ke pasar ini.

You might also like