You are on page 1of 6

Pada hari Rabu bertarikh 27 April 2013, kaunselor siswa telah menonton filem yang bertajuk Patch Adams

dan para mahasiswa telah diberi tugasan menulis laporan mengenai filem tersebut. Lima persoalan telah diketengahkan oleh En Zulfiqar(coordinator kaunselor siswa) tugasan laporan ini antaranya ialah: Siapakah Patch Adam? Bagaimanakah dia mendapat gelaran Patch? Apakah peristiwa yang telah menyebabkan Patch Adam berubah ? Apakah pendekatan yang telah digunakan oleh Adam@Patch untuk mengubati para pesakit? Dan persoalan yang terakhir ialah mengapakah filem ini dipilih untuk ditonton oleh para kaunselor siswa?

Laporan ini bakal menjawab segala persoalan yang telah dikemukakan dan mengutarakan beberapa pendapat mengenai filem ini. In the middle of the journey of my life, I found myself in a dark wood, for I had lost the right path Poet Dante. Ayat ini telah diucapkan oleh Hunter Adam yang digelar sebagai Patch Adam di dalam filem Patch Adams. Ayat daripada Dante ini menggambarkan bagaimana liku-liku cabaran dalam hidup beliau menyebabkan dia hampir putus asa di pertengahan jalan, sehingga beliau bercadang ingin membunuh diri sebelum beliau menemui keyakinan dan potensi diri dan tujuan hidupnya di dunia ketika berada di satu tempat yang boleh dikatakan terukiaitu di hospital psikiatri. Secara ringkas, filem ini mengisahkan seorang lelaki iaitu Hunter Adam yang telah mendaftar masuk secara rela ke Hospital Psikiatri(asylum insane), selepas dia cuba membunuh diri. Mungkin Hunter Adam mengalami tekanan hidup yang melampau. Berdasarkan apa yg telah diceritakannya pada doktor yang merawatnya di hospital tersebut, hidup beliau seperti kosong dan tidak gembira. Beliau telah beberapa kali bertukar pekerjaan kerana baginya tidak ada yang sesuai dengan dirinya, dan ayahnya telah meninggal ketika dia berumur 9 tahun. Pada pandangan saya, Hunter Adam merupakan seorang yang belum mengenali potensi diri dan mempunyai penyakit kurang keyakinan diri, disebabkan itulah dia merasakan tidak sesuai untuk meneruskan hidup.

Sehinggalah ketika beliau berada di hospital psikiatri itu, beliau berjaya menemukan tujuan hidupnya di dunia dan apa yang beliau ingin lakukan pada masa hadapan. Apa yang menarik ialah, beliau menemukan tujuan hidup bukan melalui rawatan atau sesi kaunseling yang telah diberikan oleh doktor di sana, tetapi daripada para pesakit pesakit lain di hospital itu seperti Rudy(rakan sebilik Adam di hospital tersebut) dan Arthur Mendelson( seorang jutawan yang genius tetapi berkelakuan gila). Kedua dua pesakit ini telah memberi impak yang positif kepada Adam. Contohnya seperti Rudy yang sangat takutkan tupai sehingga tidak mahu berganjak dari katilnya walaupun ingin membuang air, tetapi disebabkan kebijaksanaan Adam,beliau berjaya memanipulasi Rudy menggunakan pendekatannya yang tersendiri sehingga menyebabkan Rudy yang tidak pernah berganjak dari katil pergi membuang air di tandas. Hal ini demikian kerana, beliau merupakan seorang pendengar dan penganalisa watak yang baik. Kemudian beliau menemui Arthur dan bertanyakan beberapa soalan, dan semasa beliau bertanya soalan, beliau telah melekatkan pelekat pada paper cup Arthur sehingga Arthur berasa terharu dan berubah sikap terhadap Adam. Bermula dari sinilah Adam mendapat gelaran Patch. Arthur telah mengajar beberapa perkara yang sangat baik terhadap Adam, dan antaranya ialah If you focus on the problem, you cant see the solutions. Never focus on the problem! dan antara ayat lain ialah, See what no one else sees, see what everyone else chooses not to see, out of fear and conformity and laziness. See the whole world a new each day. The truth is, youre well on the way. If u didnt see something here, besides crazy, bitter old man, you wouldnt have come in the first place.. Bermula selepas itulah, Hunter Adam atau Patch telah sedar potensi diri dan apa tujuan atau goal untuk hidup dia pada masa hadapan. Jadi bukan doctor yang berjaya menyembuhkan beliau, tetapi para pesakit di hospital tersebut itu sendiri dan ketika itulah titik permulaan Patch Adam berubah menjadi lebih positif dan riang gembira dengan apa yang beliau lakukan. Hal ini demikian kerana, beliau begitu ghairah dan teruja mahu menjadi doctor dan menolong ramai orang.

Bermula selepas itu, beliau mula merangka apa pekerjaan yang beliau ingin lakukan dan apa tujuan utama hidup beliau yang boleh dilakukan dengan potensi diri beliau. Patch betul- betul ingin membantu manusia lain yang bermasalah terutama yang mempunyai masalah kesihatan melalui pendekatan atau teori beliau sendiri. Selepas 2 tahun berlalu semenjak keluar dari hospital psikiatri, beliau telah melanjutkan pelajaran di Virginia Medical University. Cita cita yang paling penting beliau pada ketika itu ialah ingin mendapat segulung ijazah, menjadi doctor dan membantu ramai orang.

Di Virginia Medical University Patch telah berjumpa dgn 2 org sahabat yang sangat penting dalam hidup beliau iaitu Truman dan juga Carin. Truman merupakan sahabat karib Patch, manakala Carin ialah wanita yang dicintai oleh Patch. Patch cuba membuktikan bahawa selain dari ubat ubatan hospital, ubat yang terbaik yang boleh menyembuhkan pesakit ialah listening, love, compassion, laughter, and play. Beliau cuba membuktikan teori ini dengan pergi ke hospital dan mengaplikasikan teori teori beliau pada pesakit di hospital tersebut, walaupun pada hakikatnya tindakan beliau salah di sisi peraturan university. Peraturan universiti tidak membenarkan para pelajar than satu dan tahun dua untuk mendekati pesakit, dan hanya pelajar tahun tiga yang layak. Pelajar tahun satu dan tahun dua hanya hanya perlu belajar teori. Tetapi tidak pada pandangan Patch Adam. Beliau percaya yang doctor dan pesakit perlu mempunyai hubungan yang baik natara satu sama lain. Beliau cuba menggembirakan pesakit-pesakit di hospital tersebut supaya mereka sembuh cepat, kerana beliau mengaplikasi nasihat yang diberi oleh Arthur Mendelson iaitu, If you focus on the problem, you will not see the solution. Never focus on the problem!. Samalah juga jika dia menggunakan kepakarannya mendengar rintihana dan cerita dari para pesakit, serta membuat lawak, beliau akan dapat membuat pesakit lupa terhadap kesakitan atau penyakit yang dialami, iaitu Patients will not concentrate on the pain as he make a lot of jokes as the patients will focus on the jokes he make.

Konsep yang digunakan oleh Patch untuk merawat para pesakit amat berbeza daripada Dean Walcott(seorang tipikal doctor dan dekan di university tersebut). Dean Walcott mengatakan bahawa patients dont need to be entertain and dont need a friend, dan amat berbeza sekali dengan prinsip Patch yang mengatakan bahawa pesakit dan doctor perlu mempunyai hubungan baik barulah objektif untuk menyembuhkan pesakit menjadi mudah dan pesakit itu sendiri akan cepat sembuh. Beliau merasakan bagaimana beliau ketika di hospital psikiatri dahulu, iaitu pesakit di hospital psikiatri menyedarkan Patch bahawa dengan membantu mereka, Patch dapat melupakan masalah diri sendiri.

Walaupun Patch bersikap sambil lewa dan nampak seperti kurang belajar, tetapi dia merupakan seorang yang bijak ketika itu, kerana berjaya memperoleh hampir markah penuh untuk peperiksaan iaitu 98 markah, iaitu markah kedua tertinggi bagi pelajar tahun satu. Hal ini mengejutkan ramai pihak dan pelajar lain. Perkara ini turut menimbulkan perasaan iri hati pelajar lain terutama rakan sebilik Patch iaitu Mitch Vroman. Mitch telah melaporkan pada

Dean Walcott bahawa Patch Adam mungkin menipu dalam peperiksaan sehingga mendapat markah yang sangat baik sehingga Patch dicurigai oleh Dean Walcott. Dalam proses belajar dan cuba membuktikan teori merawat pesakit menggunakan pendekatan tersendiri, lama kelamaan, sehingga sampai tahun ketiga Patch di universiti, ramai pesakit dan para jururawat yang menyukai teknik yang digunakan oleh Patch untuk berkomunikasi dengan pesakit. Kelebihan terbesar yang ada pada Patch ialah beliau mampu berkomunikasi dengan sangat baik, cepat memahami perasaan pesakit dan sangat lucu. Disebabkan sikap-sikap inilah para pesakit suka dan gemar berborak dengan beliau sehingga para pesakit lupa akan kesakitan atau penyakit pada diri. Patch Adam tetap berpegang pada kaedah rawatan nya iaitu, selain dari ubat ubatan, gelak ketawa akan menyembuhkan kesakitan dan penderitaan sesuataau penyakit, dan doctor dan pesakit perlu bekerjasama antara satu sama lain sebagai sahabat atau rakan. Kaedah sebeginilah yang menyebabkan Patch sudah beberapa kali mendapat amaran daipada Dean Walcott.

Sehingga pada suatu masa, satu senario yang berlaku di hadapannya telah menyebabkan Patch merasakan ketidak adilan dalam pihak hospital membantu orang ramai yang memerlukan. Polisi insuran kesihatan yang diguna pakai pada ketika itu yang hanya membenarkan orang yang mempunyai kad insuran untuk mendapat rawatan adalah tidak adil dan keji sama sekali. Beliau mula merangka plan dan strategi untuk membuka klinik kesihatan sendiri yang memberi perkhidmatan percuma pada pesakit yang memerlukan walaupun beliau pada ketika itu belum mempunyai lesen doctor perubatan. Dengan bantuan Truman, Carin, Arthur Mendelson( jutawan ini telah menyediakan tapak klinik dan kawasan yang luas untuk membantu Patch), serta beberapa kawan dari unit jururawat dan dari hospital psikiatri, beliau berjaya membuka sebuah klinik kesihatannya sendiri.

Terdapat juga masalah peribadi ketika teman wanitanya( Carin) meninggal kerana dibunuh. Terdapat babak yang menunjukkan Patch yang beragama kristian menyalahkan tuhan setelah kekasihnya mati dibunuh. Beliau mengatakan bahawa tuhan mencipta manusia hanya untuk menderita sepanjang hayat dan kemudiannya mati. Pada ketika inilah, Patch cuba untuk membunuh diri buat kali kedua, tetapi tidak jadi, disebabkan dia merasakan kematiannya tidak berbaloi. Kemudian ditunjukkan bagaimana Patch mendapat semula semangat setelah rama-rama yang hinggap di bagnya terbang ke arah Patch dan kemudian terbang ke langit. Patch merasakan bahawa kemarahannya tadi dijawab oleh tuhan dan dia merasakan semangatnya untuk membantu orang ramai kembali semula.

Tidak lama selepas itu, klinik kesihatan Patch Adam telah diketahui oelh pihak hospital dan university, dan hal ini menyebabkan beliau akan dibicarakan di mahkamah universiti yang diadili oleh panel panel khas yang terdiri daripada kalangan doctor doctor. Ketika perbicaraan itulah, Patch menunjukkan dan memberitahu dewan bahawa betapa dia ingin menjadi doctor dan membantu orang ramai yang memerlukan. Beliau telah berdebat dengan para panel mengenai kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh beliau untuk merawat pesakit. Hal ini menjadi satu isu yang amat dibenci oleh Dean Walcott. Dean Walcott amat berharap Patch Adam akan dibuang dari universiti. Keputusan akhir panel ialah membenarkan Patch meneruskan pengajian dan memuji tindakkan beliau yang cuba menggunakan pendekatan berbeza atau baru dalam merawat pesakit-pesakit di hospital.

Filem ini dipilih untuk ditonton oleh mahasiswa kerana jelas menggambarkan banyak nilainilai murni yang boleh diamalkan. Setiap manusia tidak boleh putus asa dalam mengejar cita cita, dan hidup ini perlu gembira seperti kata Patch Adam "The most revolutionary act one can commit in our world is to be happy." Setiap benda yang kita lakukan, kita perlu lah bembira dan selesa melakukannya, barulah setiap pekerjaan yang kita buat akan berjaya. Di samping itu, golongan msikin dan kaya perlu dilayan sama raata dalam usaha untuk mendapat rawatan di hospital dan bukan mendiskriminasi.

KAUSELOR SISWA UKQP1031 - 15 Assignment 1 Report of Film : Patch Adams

MOHAMAD NURHAKIM BIN RAJAIE A12MJ0020 1SMJE

You might also like