You are on page 1of 7

TEKNIK PENGAJARAN

KEMAHIRAN
MEMBACA

(TEKNIK KWLH)

APAKAH KWLH?
Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.

Teknik Membaca KWLH KWLH adalah singkatan bagi yang berikut: K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

BAGAIMANAKAH CARA PELAKSANAANNYA?


1) Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar. 2) Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanagan K ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk. 3) Guru meminta pelajar mengisi ruangan W ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi. 4) Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan L ( apa yang saya telah pelajari). 5) Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruanganH ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.

BORANG KWLH
Know (K) Apa yang sudah diketahui? Want (W) Apa yang hendak diketahui? Learned (L) Apa yang telah dipelajari? How (H) Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?

TUJUAN TEKNIK KWLH Murid dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang diberi untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah disediakan.

Murid dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang diberikan.

ATAS TUMPUAN ANDA.

TERIMA KASIH

You might also like