You are on page 1of 9

Peraturan asrama dibahagikan kepada beberapa fasal dibawah:

FASAL A : Kebersihan Dan Kesihatan FASAL B : Keselamatan FASAL C : Perharian Asrama FASAL D : Waktu Prep. FASAL E : Makanan FASAL F : Surat-menyurat FASAL G : Rawatan FASAL H : Kegunaan Air dan Elektrik FASAL I : Lawatan Ibu Bapa/Penjaga FASAL J : Harta Benda Kerajaan FASAL K : Solat Berjemaah dan Kelas Al-Quran. FASAL L : Langkah-langkah Kecemasan Waktu Kebakaran. FASAL M : Peraturan Pakaian FASAL N : Surat Pekeliling Ikhtisas No. 2/1197 FASAL O: Penempatan Ke Asrama FASAL P: Telefon FASAL Q : Roll Call FASAL R : Kebenaran Keluar Kawasan Asrama FASAL S: Pakaian Rasmi Asrama FASAL T : Barang Yang Di Tegah

FASAL A : Kebersihan Dan Kesihatan 1. Kebersihan Diri a. Kebersihan diri sendiri hendaklah sentiasa dijaga. b. Warden asrama akan menjalankan pemeriksaan kebersihan diri pelajar 2 kali seminggu c. Sebarang penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan kepada AJK pelajar, Warden atau Penyelia Asrama DENGAN SEGERA agar sebarang tindakan yang bersesuaian boleh dibuat. d. Setiap pelajar diwajibkan mempunyai keperluan sendiri seperti sabun, berus gigi, sikat, baldi, dan lain-lain lagi. Semua keperluan ini akan diperiksa sewaktu pelajar mula masuk ke asrama dan semasa pemeriksaan kamar. 2. Kebersihan Bilik Asrama a. Bilik asrama mestilah sentiasa bersih dan teratur sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak asrama. Pemeriksaan asrama akan dibuat pada setiap pagi oleh AJK pelajar sebelum 7.15 pagi setiap hari persekolahan.

b. Pemeriksaan umum akan diadakan 2 minggu sekali iaitu pada setiap hari Sabtu minggu tidak pulang. Pemeriksaan mengejut(spot-check) akan diadakan pada bila-bila masa. c. Hanya makanan kering sahaja yang dibenarkan disimpan di dalam kamar. d. Pakaian dan alat keperluan harian seperti tuala, sarung bantal, kain selimut hendaklah sentiasa bersih dan kemas serta ditanda atau ditulis nombor pendaftaran. e. Pakaian dan barang yang basah dan kotor tidak boleh disimpan dalam bilik asrama kecuali hujan. f. Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan kamar masing-masing. Pelajar mesti membuat Jadual Bertugas dan mematuhi giliran untuk membersihkan kamar. g. Setiap katil mesti mempunyai cadar sepanjang masa dan dipastikan terurus serta ceria sebelum ke sekolah. 3. Kebersihan Dewan Makan. a. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Dewan Makan. b. Sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dan tray disusun dengan baik c. Pinggan mangkuk, gelas dan lain-lain barang dari Dewan Makan TIDAK DIBENARKAN dibawa keluar dari Dewan Makan d. Pelajar hendaklah menanggalkan kasut atau selipar apabila masuk ke Dewan Makan. atas FASAL B : Keselamatan a. Para pelajar bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang mereka sendiri. b. Barang-barang kemas TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke kawasan asrama c. Pelajar dikehendaki menyimpan wang tidak melebihi RM10.00 setiap masa untuk mengelakkan daripada kes kecurian. Wang yang selebihnya boleh diserahkan kepada warden untuk disimpan. d. Alat-alat senjata yang berbahaya seperti pisau dan lain-lain TIDAK BOLEH dibawa masuk ke kawasan asrama. e. Pelajar mestilah mengetahui peraturan-peraturan keselamatan apai dan peraturan keselamatan jalan raya. Latihan FIRE DRILL akan diadakan untuk membiasakan diri pelajar dengan situasi cemas. f. Pelajar TIDAK DIBENARKAN membuat sambungan elektrik atau menggunakan lilin/ pelita/ ubat nyamuk. atas FASAL C : Perharian Asrama a. Semua pelajar DIWAJIBKAN mengikut jadual perharian yang telah ditetapkan agar semua penghuni dapat menggunakan masa dengan bijak. Warden dengan kerjasama AJK Pelajar akan menilai dari semasa ke semasa tentang bagaimana penghuni asrama mematuhi jadual perharian yang telah ditetapkan terutama sekali yang melibatkan waktu solat dan waktu belajar yang diwajibkan.

b. Penghuni yang merasakan sukar untuk mematuhi jadual perharian yang ditetapkan dengan sendirinya tidak layak untuk menginap di asrama. c. Sebarang perubahan Jadual Perharian Asrama akan dibuat oleh unit pengurusan asrama. atas FASAL D : Waktu Prep. Waktu prep untuk semua penghuni adalah DIWAJIBKAN dari jam 9.00 malam-11.00 malam dan jam 3.00-5.00 petang setiap hari persekolahan. Pada wakyu ini semua penghuni asrama dikehendaki menggunakan masa sebaik-baiknya untuk mentelaah pelajaran. Sebarang perlakuan yang boleh mengganggu pelajar lain akan dikenakan tindakan keras. Pelajar yang mengikuti kelas akademik atau pelajar yang sakit adalah dikecualikan prep. Pelajar yang ditangkap tidak mematuhi peraturan ini dianggap telah melakukan satu salah laku yang berat. atas FASAL E : Makanan a. Ibu bapa boleh menghantar bungkusan makanan kering dan dinasihatkan supaya jangan menghantar makanan yang mudah basi dan berbau busuk pada waktu yang dibenarkan. b. Makanan yang dibuat di kelas Sains Rumah Tangga hendaklah dibawa ke Dewan Makan. Makanan nin boleh dimakan sewaktu masa makan tengah hari ataupun masa minum teh petang(mengikut jenis makanan itu). c. Tidak dibenarkan membawa makanan keluar dari Dewan Makan. d. Makanan untuk pesakit akan diuruskan oleh AJK pelajar. atas FASAL F : Surat-menyurat a. Semua surat-menyurat yang dikirimkan dan diterima MESTILAH ADA NAMA PENGIRIM atau PENERIMA. b. Tidak dibenarkan menghantar surat-surat melainkan mengikut cara rasmi (Peti Surat Sekolah) c. Tidak dibenarkan menerima surat-surat melainkan surat-surat daripada keluarga, penjaga, dan saudara mara sendiri. d. Pihak sekolah berhak untuk menapis surat dan merampasnya jika perlu. atas FASAL G : Rawatan a. Para pelajar yang sakit hendaklah memberitahu Penyelia Asrama atau AJK Bertugas Bilik Sakit, Warden atau guru.

b. Pelajar yang sakit mesti masuk ke Bilik Sakit(sick-Bay) dan AJK mencatatkan nama dalam Pendaftaran Bilik Sakit. Tunggu lawatan oleh warden bertugas dan patuhi nasihatnya. c. Pelajar yang sakit tidak boleh kekal di Bilik Sakit tanpa menerima sebarang rawatan melebihi 8 jam. d. Pelajar-pelajar yang sakit dan mendapat cuti dibenarkan pulang dengan dijemput oleh ibu bapa atau di hantar oleh warden atau guru. e. Pelajar yang hendak berjumpa DENGAN Doktor Pakar Mata dan Doktor Gigi hendaklah mendapatkan dahulu kebenaran daripada warden atau guru. f. Jika ada seseorang pelajar sakit teruk hendaklah dilaporkan kepada Penyelia Asrama, AJK Asrama, Warden dan guru-guru pada bila-bila masa untuk mendapat rawatan dengan segera. g. Pihak sekolah akan menghantar balik pelajar-pelajar yang menghidap penyakit berjangkit jika difikirkan perlu. atas FASAL H : Kegunaan Air dan Elektrik a. Setiap pelajar dikehendaki berjimat cermat dalam menggunakan air dan elektrik. Lampu hendaklah dipadamkan pada waktu yang ditetapkan dan pada waktu meninggalkan bilikbilik rehat, bacaan, darjah dan sebagainya. b. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk sebarang jenis alat yang menggunakan elektrik ke asrama. atas FASAL I : Lawatan Ibu Bapa/Penjaga a. Waktu melawat atau berjumpa dengan anak hanya DIBENARKAN pada hari Jumaat atau kelepasan am antara jam 10.00 pagi-6.00 petang. b. Ibu bapa atau penjaga TIDAK DIBENARKAN membawa masuk kenderaan ke kawasan asrama. Sila letakkan kenderaan di kawasan letak kereta yang telah di sediakan c. Sebarang penghantaran barang di luar waktu melawat hendaklah dibungkus dengan kemas, tulis nama dan dorm, kemudian serahkan kepada pengawal keselamatan atau warden bertugas atau AJK bertugas pada hari tersebut. d. Ibu bapa tidak dibenarkan sama sekali naik ke dorm untuk sebarang urusan. Sila tunggu anak anda di kafetaria e. Urusan mengambil atau membawa anak keluar dari asrama hendaklah dengan kebenaran warden bertugas atau menelefon warden lebih awal. f. Segala urusan membawa anak pulang hendaklah dibuat sebelum jam 6.00 petang(kecuali kes kecemasan seperti kematian) g. Waktu prep(belajar) di asrama setiap hari (Sabtu-Khamis) jam 3.00-5.00 petang dan 9.00-11.00 malam kecuali hari Jumaat. Ibu bapa TIDAK DIBENARKAN menemui anak sepanjang waktu ini kecuali kes kecemasan.

h. Para pelawat selain daripada ibu bapa atau penjaga pelajar boleh dibenarkan menziarahi pelajar hanya dengan kebenaran pengetua atau wakilnya. NOTA : Selain daripada hari Jumaat dan hari kelepasan am ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan melawat. atas FASAL J : Harta Benda Kerajaan Segala perkara dan alatan di sekolah dan asrama adalah kepunyaan KERAJAAN untuk kegunaan para pelajar-pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab para pelajar untuk menjaganya dengan baik. Perkakas seperti katil, tilam, kerusi meja TIDAK BOLEH diubah pindah, dicalar, diconteng atau dirosakkan. Perkakas dan alatan hendaklah jangan sekali-kali diubah dari tempat yang ditetapkan. Jika berlaku sebarang kerosakan, pelajar berkenaan hendaklah membayar ganti rugi atas FASAL K : Solat Berjemaah dan Kelas Al-Quran. a. Para pelajar Muslim DIWAJIBKAN solat secara berjemaah di Masjid Asrama b. Pada waktu waktu lain iaitu Zohor dan A`sar mesti ada sebahagian pelajar yang mendirikannya secara berjemaah untuk memenuhi kefardhuannya. c. Kelas-kelas mengaji Al-Quran akan mengikut waktu-waktu yang ditetapkan dan bawa bersama kad mengaji. Kelas Al-Quran ini juga wajib kepada semua penghuni Asrama. atas FASAL L : Langkah-langkah Kecemasan Waktu Kebakaran. a. Apabila berlaku kebakaran, pelajar yang mula-mula menyedarinya hendaklah segera memaklumkan kepada Ketua Pelajar / Warden / Guru atau memberikan isyarat dengan membunyikan wisel atau loceng dengan irama yang panjang sebanyak tiga kali berturutturut. b. Semua pelajar yang mendengar isyarat ini hendaklah serta-merta memberitahu pelajar yang lain yang terdekat dengannya. c. Semua pelajar hendaklah TENANG dan jangan kelam-kabut. d. Dalam keadaan yang tenang itu, semua pelajar hendaklah keluar dari semua bangunan dengan pantas, teratur dan terus menuju ke tempat perhimpunan. e. Jika kebakaran berlaku-tempat perhimpunannya ialah tanah lapang di hadapan Dewan Besar(B) bagi pelajar lelaki manakala bagi pelajar perempuan, ialah di hadapan Dewan Makan. f. sewaktu berhimpun, pelajar-pelajar hendaklah beratur / berbaris mengikut DORM jika berlaku waktu pelajar-pelajar asrama.

g. Sesudah berbaris, ketua kelas atau dorm hendaklah memastikan semua ahlinya berada di situ. Sekiranya didapati ada ahli mana-man dorm yang tidak hadir Ketua Dormnya, hendaklah memberitahu serta-merta kepada Warden / Guru. h. Tunggu arahan daripada Warden/ Guru yang bertugas tentang langkah-langkah selanjutnya. Persediaan : Alat-alat dan keperluan kecemasan api hendaklah semuanya dalam keadaan yang baik dan sempurna sepanjang masa, sama ada di asrama atau di blok-blok sekolah. Para pengawas / ketua Pelajar dikehendaki memberitahu pihak Warden / Guru-guru bertugas. Jika alat-alat tersebut rosak dan tidak berfungsi lagi. atas FASAL M : Peraturan Pakaian a. Setiap pelajar mestilah memakai pakaian Rasmi Asrama setiap kali keluar dari kawasan Asrama, sama ada untuk pulang/ datang ke asrama, ke kelas-kelas tambahan atau outing ke bandar. b. Pakaian Rasmi tersebut seperti dinyatakan dalam Fasal S. c. Semua penghuni asrama mesti berpakaian dengan sopan dan terurus sepanjang masa. Pakaian yang tidak sopan adalah ditegah dan akan dirampas. d. Untuk aktiviti sukan/ kokurikulum , pelajar hendaklah memakai pakaian kokurikulum. e. Untuk tujuan solat Jumaat, pelajar lelaki hendaklah memakai Sut Melayu berwarna putih yang lengkap, bersamping Merah Darah (maroon) dan bersongkok/ berkopiah. f. Untuk tujuan aktiviti sekolah pada waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan, pelajar hendaklah memakai unifom sekolah dengan lengkap. g. Semua pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan sopan semasa ke bilik air/ mandi. h. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang kemas semasa di Dewan Makan dan tanggalkan kasu/ selipar di luar dewan. i. Untuk tujuan ke kafetaria, koperasi dan pejabat Urusetia, pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan. atas FASAL N : Surat Pekeliling Ikhtisas No. 2/1197 Lampiran 1 PERKARA-PERKARA TATATERTIB YANG BERAT Di bawah ini diperturunkan perkara-perkara tatatertib yang berat seperti yang disiarkan oleh tatatertib yang berat seperti yang disiarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1968 dan siarannya Bilangan KP. 8543 02(12).

1. Membawa senjata-senta yang berbahaya dengan tujuan jahat. 2. Menyerang dan mengancam penuntut-penuntut yang lain. 3. Menyalahgunakan dadah, menghisap rokok, menyimpan rokok dan meminum minuman yang memabukkan. 4. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pendidikan. 5. Merosakkan atau membinasakan harta benda sekolah. 6. Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan haram. 7. Mencuri 8. Melawan pihak pentadbir Asrama dan Sekolah. 9. Bergaduh bertumbuk atas FASAL O: Penempatan Ke Asrama a. Pemohon yang ingin tinggal di Asrama mestilah memohon melalui suatu boring Permohonan Asrama dan mendapat sokongan Guru Tingkatan dan Guru Disiplin. Borang ini diserahkan kepada Pihak Pengurusan Asrama untuk di proses. Setelah berjaya terpilih dan menepati syarat-syarat lain yang ditetapkan . b. Permohonan untuk tahun sekolah berikutnya juga perlu di buat. Kelulusan ini akan di buat oleh AJK Pengurusan Asrama berdasarkan prestasi disiplin yang ditunjukkan. c. Taraf penginapan hanya terhad pada tahun yang diluluskan sahaja. Jkia pelajar memilih untuk tinggal di rumah, taraf penginapan pada tahun itu akan sendirinya lucut. atas FASAL P: Telefon a. Telefon asrama hanya boleh digunakan untuk urusan yang perlu sahajadan dengan tempoh perbualan yang terhad. b. Pelajar hanya dibenarkan membuat panggilan selepas waktu persekolahan sehingga 6.30 petang tidak termasuk waktu prep petang. c. Pelajar dilarang keras membuat panggilan pada waktu malam kecuali mendapat kebenaran wardenbertugas atau keperluan mustahak. d. Pelajar tidak dibenarkan membuat penyambungan talian telefon secara haram. atas FASAL Q : Roll Call a. Roll Call akan dibuat setiap hari Sabtu jam 6.30 petang pada hari pelajardatang balik ke asrama. b. Roll Call juga akan dibuat setiap kali spot-check atau pada bila-bila masa.

c. Roll Call akan dibuat setiap pagi sebelum ke perhimpunan sekolah. atas FASAL R : Kebenaran Keluar Kawasan Asrama a. Semua urusan keluar dari asrama mesti mendapat kebenaran. Kebenaran untuk pulang ke rumah akan diberi 2 minggu sekali dan pada tarikh yang telah ditetapkan. Pas asrama akan dicop oleh warden yang bertugas/AJK asrama dan dibawa pulang ke rumah untuk ditandatangani oleh penjaga bagi mengesahkan kepulangannya.Kad matrik ke asrama hendaklah ditinggalkan di pondok asrama bagi memastikan pelajar ke kampung. b. Sekiranya pelajar sakit atau kecemasan, pelajar boleh terus berjumpa dengan warden bertugas/AJK asrama untuk direkodkan butir-butir dalam pass asrama dan SLIP kebenaran keluar. Kebenaran hanya akan diberikan sekiranya penjaga yang datang sendiri berurusan. Dalam kes-kes sperti ini, pelajar tidak dibenarkan balik sendiri. c. Penyelewemgan dari peraturan keluar yang ditetapkan ini dianggap suatu salah laku berat dan boleh dibuang asrama. atas FASAL S: Pakaian Rasmi Asrama a. Pakaian Rasmi Asrama adalah : PUTERA : Kemeja Batik berwarna merah darah.Seluar Panjang putih PUTERI : Baju kurung batik berwarna merah darah.Kain susun putih. b. Pakaian rasmi ini mesti dipakai ketika :

Keluar ke Bandar Balik bermalam dan kembali semula ke asrama. Makan rasmi Sembahyang Jumaat (lelaki sahaja- sepasang baju melayu putih) atas

FASAL T : Barang Yang Ditegah 1. Senarai barang yang ditegah 1. 2. 3. 4. 5. Makanan basah yang mudah basi / busuk,tidak dibenarkan dibawa ke dalam dorm. Sebarang jenis makanan / minuman yang memabukkan Makanan yang bersalahan dengan undang-undang Negara Sebarang jenis senjata atau alat tajam kecuali pisau cukur. Alat elektrik / muzik (radio) serta bahan pembakaran.

6. Sebarang alat pertukangan seperti skru driver, tukul dan lain-lain. PERINGATAN Ibu bapa / penjaga diingatkan agar tidak menyediakan perkara-perkara berikut kepada anak jagaanya untuk kegunaan di asrama 1. Pakaian yang berjenama mahal yang menimbulkan tarikan penghuni yang lain 2. Kasut atau alas kaki yang berjenama mahal 3. Alat perakam / radio / permainan yang tidak dibenarkan / majalah yang melekakan Pihak pentadbiran berhak merampas barang-barang yang tersebut di atas untuk menjamin keselamatan di asrama serta pembentukkan budaya asrama yang memberansangkan.

You might also like