You are on page 1of 4

2.

0 BENTUK-BENTUK TENAGA

Mata Pelajaran Kelas Bidang Topik Sub Topik

: Sains : Tahun 5 : Menyiasat Alam Fizikal : Tenaga : Bentuk Tenaga

Objektif Objektif Spesifik

: Mengetahui tenaga wujud dalam pelbagai bentuk : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat: Menyatakan dengan tepat sekurang-kurangnya 5 bentuk tenaga. Kepentingan perubahan tenaga kepada manusia.

Isi Pelajaran:

Bentuk-Bentuk Tenaga

1. Terdapat pelbagai bentuk tenaga, iaitu: tenaga solar, tenaga keupayaan, tenaga bunyi, tenaga haba, tenaga elektrik, tenaga cahaya, tenaga kimia dan tenaga kinetik. 2. Matahari mempunyai tenaga solar. 3. Sebarang objek yang bergerak mempunyai tenaga kinetik. 4. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan oleh objek-objek yang berada di atas tanah, yang dimampatkan, diregang atau dibengkokkan.

Lantunan bola

tin dikemekkan

http://kulanzsalleh.com/edidik

Gelang getah diregangkan besi dibengkokkan Rajah 2.1 objek yang memiliki tenaga keupayaan

5. Tenaga kimia ialah tenaga yang tersimpan di dalam makanan, bahan api dan bahan kimia.

bahan api

makanan Rajah 2.2 sumber tenaga kimia

6. Tenaga cahaya ialah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang mengeluarkan cahaya. 7. Objek yang panas mempunyai tenaga haba. 8. Objek yang mengeluarkan bunyi mempunyai tenaga bunyi. 9. Tenaga elektrik ialah tenaga yang membolehkan peralatan elektrik seperti lampu, televisyen, kipas dan peti sejuk berfungsi.

lampu picit

televisyen

peti sejuk http://kulanzsalleh.com/edidik

10. Terdapat juga peralatan yang menggunakan perubahan tenaga, contohnya:

Peralatan Cerek elektrik

Perubahan Tenaga Tenaga elektrik tenaga haba

Dapur gas

Tenaga kimia tenaga cahaya tenaga haba

11. Perubahan bentuk tenaga adalah penting kepada manusia. 12. Ia membantu dalam menghasilkan benda yang berguna. Contohnya perubahan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya membolehkan lampu dihasilkan. 13. Dengan itu membolehkan kerja dilakukan dengan lebih mudah dan cepat.

http://kulanzsalleh.com/edidik

Praktis 2.1

1. Rajah di bawah menunjukkan tiga peralatan

seterika

kalkulator

kipas

(a) Tulis perubahan tenaga yang berlaku apabila setiap peralatan tersebut berfungsi. i. Seterika : ______________________________________________________________ ______________________________________________________________________

ii. Kalkulator : _____________________________________________________________ ______________________________________________________________________

iii. Kipas : ________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

(b) Mengapakah perubahan tenaga penting kepada kita? __________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

(c) Berikan satu contoh peralatan yang mempunyai perubahan tenaga yang sama seperti seterika. (d) __________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

http://kulanzsalleh.com/edidik

You might also like