You are on page 1of 32

SELAMAT DATANG KE PROGRAM KEPIMPINAN & PEMANTAPAN PENGAWAS SEK. MEN. KEB.

SYED ALWI 2013

TAKLIMAT DISIPLIN DISAMPAIKAN OLEH

EN. MOHD SHUBANTHIRIO BIN MOHD SUHAIMI & EN. ASRI

OBJEKTIF TAKLIMAT
Meningkatkan kualiti perkhidmatan & kesedaran tanggungjawab utama selaku seorang pengawas sekolah.

PERATURAN SEKOLAH
Perawakan Pelajar Masa Persekolahan Kawasan Larangan dan Barang Larangan Kategori Kesalahan dan Penyelarasan Hukuman

PERAWAKAN PELAJAR

Pakaian dan Rambut


1. Pakaian seragam yang BUKAN fesyen, bersih, lengkap dengan lencana sekolah di atas kocek baju (l) / tudung (p) dan memakai tag nama (ikut warna tingkatan).

2. Pelajar lelaki : Baju kemeja warna putih, lengan pendek, dimasukkan dalam seluar, butang dikenakan dengan lengkap. Seluar warna hijau. (Bukan jeans) 3. Pelajar Perempuan : Baju kurung warna putih (kain jenis cotton tetron), lengan panjang bercekak, tudung warna putih (tepi tidak berbunga), kain warna biru

Pakaian dan Rambut


4. Untuk kegiatan sukan dan P.J.K. Baju T sekolah lengan pendek (L), lengan panjang (P), seluar track sekolah warna hitam atau biru dengan logo SMKSA.

5. Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing pada hari Rabu 6. Semua pelajar dilarang memakai / membawa barang-barang kemas / perhiasan ke sekolah.

Pakaian dan Rambut


7. Stail seluar yang tidak dibenarkan : kaki labuh melebihi tumit kaki lebar (bell bottom) koyak di tepi

hujung kaki tidak berjahit


ada buckle di pinggang

Pakaian dan Rambut


8. Stail kasut yang tidak dibenarkan : tanpa tali

. kasut fame (kasut kungfu)


sarung kaki berwarna / berbelang 9. Stail tali pinggang yang tidak dibenarkan : berkepala besar

berwarna warni

Pakaian dan Rambut


.
10. Pelajar lelaki mesti berambut pendek (tidak berfesyen dan tidak diwarnakan) dan tidak menyimpan janggut dan misai.

11. Pelajar perempuan boleh berambut panjang (pastikan didandan dengan kemas) tetapi tidak berfesyen dan tidak diwarnakan.

Pakaian dan Rambut


12. Stail rambut yang tidak dibenarkan : botak ditepi keseluruhannya ala mohican / mohawk. botak ditepi sebelum pelipis tanpa pelipis botak ditepi tapi panjang di atas dan menutup bahagian botak square head rata di atas, tepi dan belakang - maxheadroom. bertingkat di belakang / di tepi. rambut belah tengah (centre parting) bertanduk. disikat lurus ke belakang ala highlander menggunakan gel. panjang melebihi had. berekor. diwarnakan.

MASA PERSEKOLAHAN

Masa
1. Masa persekolahan bermula pada 7.40 pagi dan pelajar perlu berada di kawasan sekolah selewat lewatnya 7.30 pagi

2. Masa rehat adalah 10.20 pagi hingga 10.50 pagi bagi kelas menengah rendah manakala 11.00 pagi hingga 11.30 pagi bagi kelas menengah atas 3. Masa persekolahan berakhir pada pukul 2.50 petang kecuali pada hari Jumaat 12.10 tengah hari 4. Hari perhimpunan akan diadakan pada setiap hari Isnin bermula tepat 7.30 pagi

Kehadiran
1. Hadirkan diri 10 minit lebih awal untuk sebarang aktiviti. 2. Jangan keluar dari kawasan sekolah ketika waktu persekolahan kecuali dengan IZIN pengetua, penolong kanan atau guru bertugas mingguan 3. Hanya surat doktor (MC) atau surat yang ditandatangani oleh waris yang menyatakan sebab tidak hadir diterima sebagai bukti.

4. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang maklumat, akan diberi surat peringatan pertama, kedua dan ketiga.

Kehadiran
5. Surat peringatan terakhir dihantar untuk memaklumkan pelajar berkenaan diberhentikan persekolahan / dibuang sekolah.

KAWASAN LARANGAN DAN BARANGAN LARANGAN

Kawasan Larangan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Pejabat Pengetua Pejabat Penolong Kanan/HEM Bilik Guru Bilik percetakan sekolah Bilik peperiksaan Stor sukan dan stor-stor lain milik sekolah Stor makmal sains Bilik air guru dan kakitangan Asrama Bahagian dalam kantin sekolah Bilik rawatan Bilik komputer Bilik persatuan dan kelab Tempat letak kereta guru dan kakitangan

Barangan Larangan
1. Novel/komik/majalah yang bukan berbentuk ilmiah

2. Tape/kaset/VCD
3. Barang kemas atau perhiasan 4. Semua alatan permainan

5. Barangan lain yang dapat mengganggu pengajaran dan pembelajaran

KATEGORI KESALAHAN & PENYELARASAN HUKUMAN

Kesalahan Kategori C
1. Kesalahan yang berkaitan dengan perlanggaran undang undang dan peraturan persekolahan termasuklah disiplin dan tatatertib pelajar

2. Contoh kesalahan: Masalah berkaitan pakaian dan rambut pelajar Ponteng kelas, datang lewat dan pulang awal. Tidak menghormati Lagu Negeri/Lagu Kebangsaan/Lagu Sekolah Menunggang kenderaan di dalam kawasan sekolah

Hukuman Bagi Kesalahan Kategori C


1. Kesalahan pertama Amaran Lisan (dicatat) 2. Kesalahan kedua Amaran Bertulis 3. Kesalahan ketiga Makluman kepada ibu bapa dan budibicara Pengetua

Kesalahan Kategori B
1. Kesalahan-kesalahan yang dianggap agak berat 2. Contoh kesalahan: Melakukan kesalahan kategori C kali ketiga Memiliki senjata atau alat yang merbahaya Berjudi Vandalisma Kegiatan yang bertentangan dengan ajaran agama

Hukuman Bagi Kesalahan Kategori B


1. Kesalahan pertama : Denda gantirugi/rotan 1 kali, amaran, makluman kepada penjaga/ibu bapa 2. Kesalahan kedua : Rotan 2 kali, amaran keras, makluman kepada penjaga/ibu bapa 3. Kesalahan ketiga : Digantung persekolahan (max 2 kali), penjaga/ibu bapa dipanggil, murid dihantar balik

* Sebarang tindakan di atas adalah mengikut budibicara Pengetua

Kesalahan Kategori A
1. Kesalahan berkaitan dengan penyalahgunaan DADAH, ARAK dan mana-mana kesalahan yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

2. Contoh kesalahan: terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan arak biadap terhadap guru menceroboh dan mencemarkan nama sekolah terlibat dengan aktiviti politik gangguan seksual

Hukuman Bagi Kesalahan Kategori A


1. Penyalahgunaan Dadah : kes akan dilaporkan pada pihak berkuasa, digantung persekolahan selama 2 minggu (berdasarkan keputusan Lembaga Tatatertib Sekolah)

2. Kesalahan lain : dirotan 2 kali, digantung persekolahan selama 2 minggu


3. Bagi kesalahan yang berulang, kes akan dibawa kepada mesyuarat Lembaga Tatatertib dan segala keputusan pembuangan persekolahan akan ditetapkan berdasarkan budibicara Pengetua

Q&A

You might also like