You are on page 1of 32

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DIPLOMA PENDIDIKAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Bil 1 2 3 4 5 Nama Ahli Kumpulan Mohd Hanif Bin Jamal Mohd Hafiz Bin Ahmad Ching Chee Sin Hairie Azwan B. Sibariddin Mohamad Rizal B. Abdullah No. Matrik L20112007170 L20112007201 L20112007169 L20112007172 L20112007168
1

Isi Kandungan

Perkara

Muka Surat

Isi Kandungan

Pengenalan

Bibliografi

32

Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan objektif utamanya ialah Mengukuhkan Perpaduan Nasional bertemakan Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. RMK-9 dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran, merupakan rancangan pembangunan negara untuk tempoh 20062010. RMK-9 merupakan sebahagian daripada perancangan 15 tahun kerajaan bagi merealisasikan Misi Nasional iaitu Wawasan 2020.

Misi Nasional yang telah drangka dan dgubal oleh kerajaan merupakan satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun (2005 -2020). Misi Nasional akan menumpukan usaha negara kepada bidang-bidang utama yang akan membawa kepada pencapaian Wawasan 2020. Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama. Teras Pertama ialah meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih

tinggi. Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara. Teras Kedua ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama . Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Teras Ketiga ialah menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.

Teras keempat ialah meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup. Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber. Teras kelima dan terakhir ialah mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum. Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia mampu mencapai matlamat RMK-9. Teras kedua menyatakan tentang usaha Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, di kalangan rakyat negara ini. Untuk mencapai matlamat tersebut, empat strategi utama telah dikenal pasti iaitu,

meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk keupayaan sains, R&D dan inovasi, memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral, dan memperkasakan golongan belia dan wanita.

Strategi di atas menunjukkan bahawa penduduk negara ini disifatkan sebagai satu sumber yang bermanfaat atau dikenali modal insan. Untuk merealsasikan harapan negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Kerajaan mahu rakyat negara ini menjadi modal yang berkualiti dan menjadi aset berharga kepada negara yang boleh disandarkan harapan dan digembleng bagi melaksanakan strategi yang ditetapkan dalam RMK-9.

Istilah modal insan

sering dikaitkan dengan kebolehan dan kemahiran manusia,

buruh atau sumber manusia iaitu salah satu daripada faktor-faktor pengeluaran yang terdiri 4

daripada manusia (buruh), mesin dan modal. Kejayaan organisasi dimasa hadapan akan ditentukan oleh kekuatan modal insan.

Dalam teras kedua Misi Nasonal ini, usaha yang dijalankan adalah untuk melahirkan modal insan berkualiti seperti berpengetahuan, berinovasi serta memiliki nilai-nilai positif. Pembangunan modal insan ini dilaksanakan melalui pengukuhan program pendidikan dan latihan serta pembentukan masyarakat yang mempunya nilai-nilai yang baik.

Program dan projek yang dilaksanakan bagi memastikan pembangunan insan secara menyeluruh, secara langsung adalah berkaitan dengan dengan sistem pendidikan negara. Pendidikan secara formal diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal umur lima tahun iaitu peringkat prasekolah, diikuti oleh sekolah peringkat rendah, menengah dan seterusanya sehngga peringkat tertiari iaitu institut pengajian tinggi. Kerajaan mahu meningkatkan akses dan kualiti sistem pendidikan di semua peringkat ini. Ini membolehkan setiap rakyat di negara ini mendapat peluang untuk belajar serta mengurangkan kadar keciciran.

Keseragaman dan kualiti program pendidikan prasekolah ditingkatkan melalui pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Ini untuk memastikan semua kanak-kanak dapat membaca dan mengira sebelum memulakan pendidikan formal di sekolah rendah. Akses kepada pendidikan prasekolah telah diperluaskan dengan penyediaan banyak kelas prasekolah. Hasilnya, kadar penyertaan bagi kanak-kanak berumur empat hingga lima tahun telah meningkat daripada 63.0% pada tahun 2005 kepada 67.6% pada tahun 2009. Program pembangunan awal kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah (PERMATA) telah dimulakan dengan 15 projek perintis.

Untuk pendidikan peringkat rendah dan menengah, aktiviti kurikulum dan kokurikulum dikaji semula antaranya pengenalan kepada program 1 Murid 1 Sukan untuk memastikan perkembangan jasmani setiap murid sekolah turut diberi penekanan. Bilangan sekolah rendah telah menngkat daripada 7,601 pada tahun 2005 kepada 7,664 pada tahun 2009 manakala blangan sekolah menengah telah meningkat daripada 2,028 pada tahun 2005 kepada 2,219 pada tahun 2009.

Untuk merapatkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan bandar, kemudahan yang lebih baik telah disediakan di kawasan luar bandar serta di Sabah dan Sarawak. Bilangan kelas juga telah ditambah untuk menampung pertambahan murid di sesuatu kawasan. Pada tahun 2007, semua sekolah di kawasan luar bandar di Sarawak dan 72% di Sabah dibekalkan dengan bekalan elektrik yang mencukupi. 12 buah sekolah di kawasan pedalaman Sabah telah dipilih menjadi perintis bagi penggunaan tenaga solar. 300 buah sekolah di luar bandar juga telah dibekalkan dengan air bersih yang dapat memberi manfaat kepada 120,000 pelajar.

Diperingkat tertiari, kapasiti pendidikan universiti dan latihan kemahiran lanjutan telah diperluaskan. Program pembelajaran sepanjang hayat telah dipertingkat melalui perluasan pembelajaran jarak jauh, e-pembelajaran, latihan semula dan peningkatan kemahiran yang ditawarkan oleh pelbagai insititusi. Di peringkat tempatan, kolej komuniti telah memainkan peranan besar dalam melaksanakan program latihan semula dan peningkatan kemahiran yang telah memberi manfaat kepada 507,940 peserta. Di bawah dua pakej rangsangan ekonomi, seramai 76,940 orang graduan yang mengganggur, lepasan sekolah dan pekerja yang diberhenti telah diberi latihan.

Pengambilan dalam institusi latihan teknikal dan vokasional awam meningkat sebanyak 1.5% setahun. Pembinaan 10 buah institusi latihan kemahiran dan naik taraf 16 buah lagi institusi sedia ada telah meningkatkan pengambilan pelatih kepada 88,050 orang. Pengambilan di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tahap 4 atau diploma dalam pusat latihan lanjutan awam meningkat daripada 7,110 pada tahun 2005 kepada 29,840 pada tahun 2009.Sistem Latihan Dual Kebangsaan (NDTS) dan skim perantis telah dipertingkat melalui kerjasama lebih rapat dengan industri. Pada tahun 2007, sasaran awal yang ditetapkan untuk penyertaan di bawah NDTS hanyalah 400 syarikat dan 2000 pelatih, tetapi penyertaan yang diterima pada tahun 2007 adalah sebanyak 574 syarikat yang melibatkan 3,060 pelatih. Pada tahun 2009, sejumlah 20,460 pelatih telah diberi latihan di bawah NDTS dan sebanyak 90% daripada pelatih telah mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat latihan.Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan telah diwartakan pada tahun 2006 untuk membolehkan penguatkuasaan prosedur akreditasi.

Tumpuan seterusnya kerajaan adalah untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan sebagai salah satu cara untuk memupuk perpaduan di kalangan murid dari awal persekolahan. Untuk menarik minat kaum Cina dan India supaya memasuki sekolah kebangsaan, kualiti pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipertingkatkan melalui penempatan guru yang lebih berkualiti dan mahir dalam subjek tersebut.

Untuk meningkatkan kualiti pengajaran semua subjek, kerajaan menyasarkan 100% guru di sekolah menengah dan 25% guru di sekolah rendah mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010. Sasaran kerajaan untuk sekolah rendah tercapai di mana peratusan guru yang memiliki ijazah meningkat daripada 6% pada 2005 kepada 28% pada tahun 2009. Sasaran kerajaan untuk sekolah menengah tidak tercapai sepenuhnya di mana peratusan guru berijazah hanya meningkat kepada 89% pada tahun 2010 daripada 82% pada tahun 2005.

Usaha kerajaan untuk menjadikan semua sekolah kebangsaan sebagai sekolah bestari melalui Program Pembestarian Sekolah memperlihatkan 3,025 buah sekolah rendah, merangkumi sebanyak 40% sekolah rendah telah ditubuhkan pusat akses internet.

Sasaran kerajaan seterusnya ialah melahirkan institusi tertiari bertaraf antarabangsa dengan tahun 2006-2010 sebagai fasa peletakan asas diikuti fasa pemerkasaan dan peningkatan (2011-2015) dan fasa kecemerlangan (2016-2020). Untuk sasaran tahun 2010, bilangan ahli akademik yang mempunyai kelayakan Doktor Falsafah di unversiti awam akan ditingkatkan daripada 26.6% pada tahun 2005 kepada 60%. Walaupun seramai 4,156 pensyarah di universiti awam telah melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah , bilangan ahli akademik yang mempunyai kelayakan Doktor Falsafah di unversiti awam hanya meningkat kepada 35.9% sahaja pada tahun 2009.

Institut pengajian tinggi perlu mematuhi piawai antarabangsa dan satu sistem jaminan kualiti yang telah ditetapkan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia. Pada 3 September 2008,Universiti Sains Malaysia (USM) telah terpilih sebagai universiti APEX (Accelerated Programme for Excellence) yang pertama di Malaysia. Program ini bertujuan meningkatkan prestasi daya saing universiti awam. Untuk itu, USM mesti membuktikan untuk mampu tersenarai antara 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 5 tahun akan datang. 7

Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menjelang 2020 pula, USM perlu mencapai kedudukan yang lebih baik iaitu antara 50 universiti terbaik dunia.

Untuk menggiatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi, lima universiti telah diberi status Universiti Penyelidikan. Selain USM, universiti lain yang terlbat ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Sistem Penarafan Institusi Pengajan Tinggi Malaysia (SETARA) telah diperkenalkan pada 2007 bagi meningkatkan kualiti di kalangan universiti awam.

Tiga kampus baru yang telah siap dibina iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia membolehkan enrolmen dalam pengajian tinggi meningkat darpada 649,000 pada tahun 2005 kepada 949,000 pada tahun 2009.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga melaksanakan program untuk menerapkan penampilan progresif serta nilai moral dan beretika ke dalam diri setiap rakyat. Di peringkat persekolahan, program j-QAF bagi pelajar Islam akan diperluas ke semua sekolah rendah. Pendididikan Moral akan di ajar kepada semua pelajar. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan diperluaskan kepada murid Tahun 4 hingga tahun 6 dan semua peringkat pendidikan menengah. Golongan belia juga akan diperkasakan jati diri menerusi programprogram tertentu.

Dalam kerajaan ingin merealisasikan Misi Nasional, iaitu mencapai negara maju menjelang tahun 2020, Pendidikan telah dijadikan sebagai satu cara untuk membangunkan modal insan, untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berinovatif serta mempunyai nilai-nilai murni . Modal insan berkualiti dapat meningkatkan sistem tadbir urus menjadi lebih baik seterusnya menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Semua usaha ini dapat membantu Malaysia menghadapi cabaran dalam globalisasi dan peningkatan persaingan dalam pasaran dunia.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) merupakan pelan pertama daripada tiga rancangan lima tahun bagi Misi Nasional. Pelan ini penting bagi negara untuk meletakkan asas kukuh ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Teras strategik 8

dalam Misi Nasional jelas menunjukkan pendidikan sebagai elemen utama bagi kejayaan usaha ini. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sebagai agensi yang bertanggungjawab bersedia memikul tugas dan amanah ini, demi menyokong dan mendukung agenda baru negara. Rancangan Malaysia Ke-9 ini dimurnikan lagi dengan terhasilnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dalam jangka masa 2006- 2010. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri demi mencapai WAWASAN 2020. Kini, Malaysia berada pada peringkat pertengahan dan memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai WAWASAN 2020. Banyak kemajuan telah dicapai dalam pelbagai bidang oleh negara kita pada fasa 15 tahun yang pertama Selaras dengan itu, salah satu agenda penting untuk pihak kerajaan ialah membangunkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Dengan itu, Kememterian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Kita kini memulakan langkah selanjutnya, langkah fasa kedua ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020. Kita mahu negara menjadi negara maju, dengan ciri-ciri tersendiri. Kita mahu kemajuan yang bersifat holistik, merangkumi kesemua sembilan cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020. Kita mahu kemajuan yang dapat dinikmati semua, secara saksama tanpa mengira agama atau kaum. Kita mahu membina tamadun negara, seiring dengan kecemerlangan tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain, selaras dengan pendekatan Islam Hadhari. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2006 (Ucapan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010) Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilainilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan (YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Melangkah ke Hadapan, 1991) 9

Misi Nasional memberikan penekanan tinggi dalam pembangunana modal insan Minda Kelas Pertama sebagai satu pendekatan yang utama bagi melonjak ke status negara maju. Peranan pendidikan adalah begitu penting dalam menjayakan teras Misi Nasional terutamanya bagi Teras 2 dan 3 iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dan menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Dengan itu, jurang prestasi akademik antara bandar dan luar bandar perlu dikurangkan. Selain itu, akses pendidikan berkualiti harus disediakan dengan lengkap. Pendidikan membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi (S&T) yang kukuh. Pendidikan memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif dan sistem nilai yang boleh diteladani selain memperluas forum perbincangan antara sektor kerajaan, swasta, ibubapa, dan juga masyarakat dalam pembangunan modal insan. Untuk menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi, pendidikan

memainkan peranan dalam meningkatkan pendapatan kumpulan isi rumah 40 peratus terendah dengan meningkatkan produktiviti menerusi pembangunan modal insan. Jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar, antara negeri dan antara wilayah melalui penjanaan pendapatan yang mampan dan penambahbaikan akses terhadap keperluan asas serta pendidikan harus dilaksanankan. Pendidkan merapatkan jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar serta memperluas akses kepada program pendidikan dan latihan bagi meningkatkan bilangan pengurus dan profesional Bumiputera, terutama dalam sektor swasta. Kini, Pendidikan kebangsaan dijadikan sebagai perletakan asas. Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisas, liberalisasi,

pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telahpun menyediakan pelbagai program pembangunan pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan warganegara yang berilmu, berpengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama iaitu akses kepada pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti dalam pendidikan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. 10

Berdasarkan

teras

utama

tersebut,

maka

KPM

telahpun

merancang

dan

melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Antaranya memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani mahupun intelek (JERI). Selain itu, adalah penting untuk mempertingkatkan kreativiti, inovasi dan juga budaya pelajar serta membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran. KPM menyediakan satu sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia supaya menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. PIPP merupakan satu pelan tindakan yang merangkumi tiga aspek yang utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Tindakan pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Dua pendekatan utama dikenalpasti sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-9 iaitu menyelesaikan tugas yang masih belum diselesaikan dan kesamarataan peluang pendidikan. Ia adalah memastikan semua rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira kaum, bangsa, tahap pendapatan keluarga dan sebagainya. Sementara itu, ia juga memastikan semua pelajar dapat menguasai 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Tiada sesiapa yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan.

Selain itu, kecemerlangan institusi pendidikan. KPM memberi perhatian ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang supaya dapat mengekalkan kecemerlangan yang dicapai atau mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi. Untuk itu, enam teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara. Untuk seterusnya, 6 teras strategik yang dikatakan di atas akan dibincangkan dengan lebih teliti. Teras Pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah Membina Negara Bangsa. PIPP memberi fokus dalam pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. Ini disebabkan Malaysia terdiri daripada berbilangkaum dan agama. Kamakmuran dan kemuafakatan bergantung kepada perkongsian nilai dan semangat patriotisme. Ia semakin mencabar lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang menjadikan pengaliran lebih bebas dan 11

pantas bukan sahaja maklumat, modal danmanusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan antara negara. Beberapa faktor pemangkin dalam pembinaan negara bangsa termasuklah lingua franca iaitu satu bahasa yang dikongsi bersama dalam perhubungan rasmi dan juga kehidupan bermasyarakat. Di Malaysia, Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan memainkan peranan penting. Ia menjadi alat perpaduan dan sebagai bahasa perhubungan utama masyarakat Malaysia. Perkara kedua yang diberi perhatian ialah pengukuhan integrasi. Integrasi merupakan satu proses mewujudkan satu identiti nasional antara kumpulan-kumpulan dari segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik. Selain itu,

kewarganegaraan membentuk identiti rakyat dalam sesebuah negara. Semangat bersatu padu dan rasa kesepunyaan dalam budaya, bahasa dan politik adalah penting untuk menyatupadukan rakyat. Oleh demikian, perasaan cintakan tanah air yang mendalam berasaskan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan teragung iaitu semangat patriotisme adalah penting. Bangsa kita akan menjadi lebih kuat, berani dan mempunyai ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional dan menghadapi cabaran. Akhir sekali, demokrasi yang merupakan pemberian hak kepada semua warganegara dalam memilih pemerintahan negara menjadi salah satu faktor pemangkin bagi pembinaan negara bangsa. Ia penting dalam mewujudkan keutuhan pentadbiran. Negara Bangsa hanya akan ketara dengan bentuknya kefahaman yang mendalam tentang demokrasi. Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan antara pelbagai kaum. Aktiviti pendidikan hendaklah memberi keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan

mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat. Dengan itu, KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, semangat patriotik dan mencintai negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina negara bangsa akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melaysia, meningkatkan disiplin pelajar, menggaitkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan 12

menggiatkan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri . Penerapan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar membina negara bangsa. Fokus ketiga ialah memupuk kecintaan terhadap seni. KPM telah melaksanakan strategi membina Kurikulum Kesenian,membina Sekolah Seni, menignkatkan kerjasama dengan KeKKWA dan membudayakan penggunaan tulisan Jawi. Selain itu, KPM memfokuskan dalam membina warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari. KPM melaksanakan kepelbagaian aktiviti untuk membimbing pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran dan kehidupan. Ini dapat dilaksanakan dengan mengadakan seminar, ceramah dan kursus serta perbanyakkan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari.

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini juga telah menggariskan teras kedua iaitu Membangunkan Modal Insan. Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan 13

masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Tugas KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat KPM adalah untuk memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar. Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu pelajar-pelajar ini akan dilengkapi dengan kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional; mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insan KPM sepanjang tempoh RMKe-9 adalah mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar, meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran, membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar melalui pemantapan kurikulum, kokurikulum,program sukan, memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian pelajar, pembudayaan adab dan budi bahasa, pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) serta pengukuhan disiplin pelajar.

Sistem pentaksiran dan penilaian merupakan salah satu aspek yang perlu diberi penekanan dalam menentukan kualiti pendidikan dan pencapaian pelajar. Sistem pentaksiran dan penilaian yang baik mampu mencungkil potensi dan bakat pelajar. Pentaksiran dan penilaian adalah salah satu komponen utama proses pembelajaran dan merangsang pembelajaran bagi memotivasikan pelajar untuk memperbaiki mutu prestasi dan pencapaian akademik. Pada masa ini penekanan banyak diberi kepada pentaksiran 14

sumatif yang hanya mampu memberi maklumat tentang pencapaian pelajar dalam pembelajaran tetapi tidak berupaya mengenal pasti kelemahan dan masalah pelajar dalam pembelajaran.

Cabaran KPM adalah untuk memantapkan sistem pentaksiran berasaskan sekolah. Kaedah ini akan memastikan pencapaian pelajar diukur bersandarkan ujian rujukan kriteria yang memberi penekanan kepada task-based assessment. Dengan pentaksiran berasaskan sekolah, semua bentuk pentaksiran yang lebih bersifat holistik boleh dilaksanakan. Sistem pentaksiran dan penilaian akan dikaji semula untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasi peperiksaan. Antara lain, KPM akan mengurangkan bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam dan hanya menguji mata pelajaran tertentu pada peringkat sekolah. KPM juga akan mengkaji semula sistem penggal dan menggantikannya dengan sistem semester.

Dalam tempoh PIPP ini, KPM membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan strategi pelaksanaan termasuklah mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Diantara strategi yang dilaksanakan oleh KPM ialah meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan serta meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara. Untuk membangunkan modal insan ini juga, keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dipertingkatkan dengan

melipatgandakan program pembangunan insan bagi menangani gejala sosial melalui penerapan nilai-nilai murni serta program 3K dimantapkan. Selain itu, fokus kepada pembanguna modal insan ini juga ialah untuk memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan, memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik, memantapkan program kokurikulum dan sukan, memperkukuh disiplin pelajar, mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dan memantapkan kurikulum dan

meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi.

Teras ketiga didalam PIPP pula menggariskan matlamat untuk Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga 15

akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.

Sejak sebelum merdeka, hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan negara seperti yang dinyatakan dalam Ordinan Pelajaran 1952.

Dalam PIPP ini, SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolahsekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai prasarana kurang memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu, terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina. Masyarakat bukan Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.

Sehubungan itu, KPM telah pun memperkenalkan Dasar Memperkasakan SK supaya SK kekal sebagai sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Walaupun dasar ini memberi keutamaan kepada SK, namun KPM sentiasa memberi perhatian yang seimbang untuk Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) supaya pendidikan untuk anak bangsa Malaysia yang belajar di sekolah tersebut tidak dipinggirkan. KPM memperuntukkan belanja mengurus termasuk emolumen guru, LPBT dan geran per kapita yang sama kepada semua sekolah ini. Selain itu, untuk SK, SABK, SJKC dan SJKT yang berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan, KPM telah memperuntukkan RM100 juta di bawah peruntukan pembangunan dalam RMKe-9.

16

Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan SK akan diberikan kepada sekolah rendah kerana sekolah ini mempunyai peranan penting sebagai tapak untuk menyemai dan memupuk perpaduan di antara kaum daripada peringkat awal persekolahan. Dasar memperkasakan SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendah yang berbahasa pengantar Bahasa Melayu dan sekolah menengah kebangsaan menjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan dan memperkukuh perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum. Justeru, pelajar-pelajar ini dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta toleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional.

Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan

kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana. Sasaran jangka panjang KPM adalah untuk menjadikan SK pusat kecemerlangan pendidikan daripada semua segi seperti prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian kokurikulum dan sukan, penguasaan ICT, kualiti guru dan kepimpinan sekolah. Satu penanda aras akan ditetapkan bagi memastikan agenda memperkasakan SK akan terus berada pada landasan yang betul dan usaha akan dilaksanakan bagi mengenal pasti SK yang cemerlang untuk dijadikan model kepada SK lain. Walaupun KPM memberikan penekanan kepada usaha memperkasakan SK, namun SJK tidak akan diabaikan supaya pendidikan kepada anak bangsa Malaysia di sekolah-sekolah tersebut terjamin.

SK yang telah diperkasa akan diterajui oleh Pengetua/Guru Besar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkesan, mempunyai kumpulan guru terdiri daripada pelbagai kaum yang cekap, terlatih, komited bagi menjamin budaya sekolah yang sihat dan kondusif serta dapat mengeratkan hubungan dan penglibatan masyarakat, ibu bapa dan warga sekolah. SK ini juga akan mempunyai infrastruktur yang lengkap dan berkualiti bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum serta sahsiah yang cemerlang.

Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi memperkasakan SK. Diantaranya ialah meningkatkan kecemerlangan SK. Hal ini dapat dilaksanakan dengan menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM, menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, memastikan murid berkeperluan khas mendapat 17

program prasekolah serta memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih. Malahan, fokus juga tertumpu kepada pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru. Ini dapat direalitikan dengan memantapkan kepimpinan Pengetua/ Guru Besar serta meningkatkan kualiti guru.

Fokus juga tertumpu kepada pengukuhan budaya sekolah untuk mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat. Pemantapan Kurikulum turut disenaraikan dalam fokus utama dalam memperkasakan sekolah kebangsaan termasuklah memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M, memperluas j-QAF, memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil dan Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas. Lain lain perkara yang termaktub dalam proses pengukuhan SK ialah pemantapan Aktiviti, kokurikulum dan Sukan dan penambahbaikan sistem sokongan, peningkatan prestasi akademik SK dan meningkatkan kualiti prasarana dan prestasi SK. Bagi proses penignkatan ini, kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan serta bilangan sekolah satu sesi sama ada rendah dan menengah ditambah bilangannya.

Terdapat beberapa ciri-ciri sekolah perkasa untuk SK yang menjadi tunjang kepada memperkasakan peringkat SK ini termasuklah infrastruktur lengkap dan berkualiti, pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, menawarkan bahasa cina dan bahasa tamil, pencapaian akademik cemerlang, sistem sokongan yang kuat dan mencukupi, iklim dan budaya sekolah sihat, penawaran pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan,

beraspirasi nasional dan lain-lain.

Teras keempat pula menyatakan berkenaan merapatkan Jurang Pendidikan. Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru KPM akan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. KPM juga akan memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman. 18

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolahsekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3). Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walau bagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9.

Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan, iaitu Jurang bandar dan luar bandar, Jurang digital, Jurang antara tahap pencapaian pelajar, Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas serta Jurang sosioekonomi.

KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi fokus kepada membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak, meningkatkan kadar penyertaan pelajar dan mengurangkan risiko keciciran, meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di 19

kawasan pedalaman, menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti dan membaikpulih dan meningkatkan infrastruktur SKM termasuk SK dan SJK yang terpilih.

Dalam tempoh PIPP, KPM merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar. Program menambah baik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak dijalankan bagi menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas serta menyediakan bekalan elektrik 24 jam termasuk membekal genset berkapasiti 30-35 KVa ke sekolah pedalaman, merintis penggunaan solar hybrid dan merintis penggunaan empangan mini. Kemudahan ini adalah untuk menyediakan bekalan air ke sekolah.Selain itu, KPM telah menjalankan penambahbaikan sekolah kurang murid dengan menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi tujuan peluasan, mewujudkan norma baru untuk guru di Sekolah Kurang Murid dan mengkaji pemberian geran per kapita.

Selain tu, jurang pencapaian akademik dirapatkan dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer,

kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja.Usaha ini juga dibawa bersama dengan merapatkan jurang digital melalui penyediaaan makmal komputer, pusat akses, penambahan bilangan komputer, merangkaikan semua sekolah dengan SchoolNet berjalur lebar, pembestarian sekolah luar bandar, menambah baik TV Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing.

KPM juga telah menggariskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran melalui penguasaan 3M dengan kaedah memperluas Program KIA2M untuk Tahun 1, menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap I, menggiatkan Program Gerak Gempur dan memperkenalkan program khusus Orang Asli dan suku minoriti. Kadar keciciran dikurangkan dengan menguatkuasakan Pendidikan Wajib, memperluas MPV di Sekolah Menengah Harian, memperbanyak program motivasi, menjalin pemuafakatan antara warga sekolah, keluarga dan komuniti dan menyediakan sistem penyampaian alternatif berorientasikan emotional quotient (EQ) dan kebolehan murid. Program pendidikan bagi pelajar kurang upaya juga digariskan dengan membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan, memantapkan program pendidikan khas 20

inklusif, menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu hari di pusat perkhidmatan, meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan dan sebagainya. KPM dengan usaha bersama telah meningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman dengan mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman, menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman, menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar dan menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Pemantapan sistem pengagihan bantuan dimaktubkan dalam strategi menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti melalui kaedah memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM), memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan, menilai impak program secara berkala, serta mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD).

Rancangan Malaysia Ke-9 ini diteruskan lagi dengan Rancangan Malaysia Ke-10 bagi meneruskan perjuangan rakyat Malaysia dalam mencapai status negara maju. Pada tanggal keramat 10 Jun 2010, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang menggariskan program pembangunan lima tahun negara sehingga 2015. Rancangan kali ini yang bertemakan Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial itu telah memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dalam tempoh masa lima tahun berkenaan. Banyak pihak menyifatkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Naijib Tun Razak baru-baru ini jelas menunjukkan keseriusan Kerajaan untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kita dapat melihat bahawa RMK-10 kali ini lebih banyak memberikan tumpuan kepada mengtransformasikan negara menjadi sebuah negara maju dengan mewujudkan persekitaran kondusif bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ia dirangka sedemikian rupa dengan pelbagai pendekatan baru dalam usaha mencapai Wawasan 2020 bukan sahaja menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi tetapi juga berproduktiviti tinggi.

21

Seperti yang kita sedia maklum, di bawah RMK-10 yang akan berjalan bagi tempoh 2011 2015 ini sebanyak RM230 bilion akan dibelanjakan untuk pembangunan. Di mana sebanyak 55 peratus akan diperuntukkan bagi sektor ekonomi, 10 peratus bagi keselamatan dan 5.0 peratus bagi pentadbiran am. Dalam tempoh lima tahun akan datang ini, Kerajaan juga telah menetapkan satu sasaran untuk meletakkan negara pada kedudukan 10 buah negara teratas di dunia dalam urusan melakukan perniagaan. Sasaran tersebut bukan sahaja untuk meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global tetapi juga menjadikan negara sebagai destinasi terbaik atau pilihan utama pelabur asing di rantau Asia.

Untuk mencapai atau merealisasikan sasaran tersebut, Kerajaan turut meletakkan sasaran untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara berada pada kadar enam peratus setahun sepanjang tempoh RMK-10. Ia penting untuk memastikan setiap agenda dan aspirasi Kerajaan mampu direalisasikan.

Oleh itu satu tranformasi besar-besaran perlu dilakukan bagi membolehkan peningkatan dinamisme dan produktiviti negara. Kebelakangan ini cabarannya begitu hebat dan cabaran utama yang perlu ditanggani oleh Malaysia adalah untuk beralih daripada ekonomi bedasarkan kos dan sumber asli kepada ekonomi yang dipacu oleh produktiviti, inovasi dan berupaya memupuk, menarik serta mengekalkan modal insan berbakat, syarikat dan modal. Sukar untuk kita menafikan bahawa Malaysia kini berada dalam farsa yang cukup kritikal untuk mengtransformasikan ekonomi bagi mencapai aspirasi negara maju berpendapatan tinggi. Selain perlu mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi pada kadar enam peratus setahun sepanjang tempoh RMK-10. Aspirasi tersebut tidak akan mampu dicapai tanpa melakukan transformasi ekonomi yang menyeluruh. Tanpa keduaduanya, negara akan jauh ketinggalan dan tidak mampu mencapai Wawasan 2020.

Seperti mana negara-negara membangun lain, baik di rantau Asia, Afrika mahu pun di Amerika Latin, Malaysia juga berada di persimpangan yang cukup kritikal untuk meneruskan agenda pembangunan negara. Semua ini ada hubung kaitnya dengan prospek ekonomi global yang tidak menentu. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi negara membangun, tidak terkecuali Malaysia. Tambahan pula persaingan untuk menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) juga semakin sengit terutama di rantau Asia.

22

Ini kerana, krisis kewangan global yang masih belum pulih sepenuhnya. Bagaimana pun, faedahnya dapat dilihat apabila tumpuan ekonomi kini mula beralih kepada rantau Asia. Namun begitu ia tidak semestinya memberikan keuntungan kepada Malaysia kerana negara perlu berdepan dengan persaingan daripada negara seperti China, India, Indonesia dan Vietnam yang jauh menawarkan kos yang lebih rendah, saiz pasaran domestik yang lebih besar dan pelbagai kelebihan lain.

Secara tidak langsung negara-negara ini menjadi tumpuan utama pelabur asing dan untuk mengelakkan Malaysia ketinggalan dalam persaingan ini, Malaysia perlu mengubah strategi dan perlu mengambil tindakan segera untuk melonjakkan negara keluar daripada perangkap negara berpendapatan sederhana kepada negara maju berpendapatan tinggi. Untuk merealisasikannya, Kerajaan turut menetapkan sasaran bagi meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (KNK) perkapita kepada RM38,850 (AS$12,140) menjelang 2015. Usaha tersebut perlu disokong dengan penglibatan dan peranan lebih besar sektor swasta untuk mengumpul pelaburan sekitar RM115 bilion setahun bagi memastikan kejayaan rancangan lima tahun ini memandangkan negara ketika ini berdepan dengan cabaran getir untuk mencapai aspirasi negara maju dalam keadaan ekonomi global yang dijangka berkembang sebanyak 4.5 peratus dalam tempoh tersebut.

Dalam RMKe10 ini, Datuk Seri Najib Razak telah menggariskan lima teras strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10). Perdana Menteri berkata Malaysia perlu merangka pendekatan baru yang mengutamakan modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti serta kerajaan bertindak umpama sebuah syarikat yang berdaya saing. 5 teras tersebut ialah menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI). Kedua,mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Ketiga, menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.Keempat,membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia dan yang terakhir mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup. Berdasarkan 5 teras yang diberikan, salah satu teras yang menjadi tonggak dalam merealisasikan hasrat RMKe 10 ini adalah membangun modal insan bertaraf dunia. Dengan itu, kerajaan akan mengguna pakai rangka kerja pembangunan modal insan secara 23

bersepadu. Dalam rangka kerja ini, kerajaan merancang untuk merombak sistem pendidikan yang sedia ada bagi meningkatkanprestasi pelajar secara signifikan. Pelajar akan diberikan pendidikan Pra Sekolah kepada setiap kanak- kanak di Malaysia seawal usia 4 tahun berbanding apa yang berlaku pada masa kini dimana pelajar hanya mampu mendaftarkan diri secara rasmi pada usia 6 tahun. Ini bagi memastikan setiap kanak- kanak berhak untuk mencapai kejayaan yang mereka impikan. Seperti yang kita sedia maklum, pendidikan merupakan salah satu daripada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). NKRA pendidikan merupakan landasan dan titik permulaan dalam usaha menambah baik prestasi pelajar dalam sistem pendidikan peringkat sekolah secara menyeluruh, serta membolehkan mereka mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Ini selaras dengan dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir b. Mohamad. Kita mengambil contoh dari pembangunan dan kemajuan yang pesat tang dialami oleh Republik Korea. Pada awalnya, Republik Korea merupakan sebuah negara yang dahulunya musnah akibat peperangan. Namun kini, republic Korea mampu Berdiri Sama Tinggi Dan Duduk Sama Rendah dengan negaranegara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat negara maju ,Republik Korea telah memberi tumpuan pengukuhan pendidikan diseluruh peringkat. Dari sekolah rengah sehingga ke peringkat universiti dan pusat- pusat latihan kemahiran. Lantas dari itu, Kerajaan Makaysia ingin mengambil pendekatan yang sama dalam menuju kearah negara maju dengan memperkasakan lagi sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu beberapa perancagan dan strategi telah dilakukan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Langkah awal yang ingin dilaksanakan ialah memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Status sekolah kebangsaan akan terus diperkukuhkan bagi menjadikannya sekolah pilihan kepada semua rakyat Malaysia. Untuk mempercepat penambahbaikan prestasi pelajar secara berkesan, berterusan dan menyeluruh, Kerajaan tidak akan hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal tetapi akan lebih menumpukan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi pelajar seperti kualiti guru dan kepimpinan di sekolah. Selaras dengan pengalaman pelaksanaan sistem pendidikan terbaik dunia dan keperluan untuk menghasilkan peningkatan prestasi pelajar yang signifikan. Empat strategi akan diguna

pakai dalam tempoh Rancangan ini. Antara strategi yang digunakan adalah memastikan setiap kanak-kanak boleh Berjaya, menetapkan harapan yang tinggi kepada semua 24

pelajar tanpa

mengira latar belakang, menyediakan bantuan dan sokongan yang

sistematik terutama kepada mereka yang ketinggalan dalam pembelajaran dan yang terakhir menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar. Sesungguhna kerajaan akan terus memainkan peranan yang besar dalam menyerlahkan potensi diri setiap kanak-kanak di Malaysia.Oleh itu, pendidikan awal memainkan peranan penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dan dapat membantu mengurangkan masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan. Peringkat awal pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada perkembangan minda individu dan bersifat kumulatif. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak- kanak supaya mereka boleh berjaya. Ini telah dibuktikan dengan penubuhan program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA) pada tahun 2011. Program ini berperanan melahir dan mendidik permata masa hadapan negara. PERMATA diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan PERMATA adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,500. Selepas kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun 2007, sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam tempoh Rancangan. Kerajaan juga amat komited dalam Program Pembangunan Pra Sekolah. Lantas itu, kerajaan merancang untuk meningkatan kadar enrolmen dan kualiti prasekolah. Pada masa ini, kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah NKRA Pendidikan. Dalam tempoh 20102012, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk program ini. Dengan pelaksanaan program ini, lebih ramai kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah berbanding amalan sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6 tahun kepada 5 tahun. Langkah ini adalah selaras dengan amalan di negara maju. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari 25

kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal. Kerajaan juga akan memanfaatkan penyediaan pendidikan prasekolah oleh sektor swasta untuk menampung kemudahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan. Insentif RM 10 000 akan disediakan kepada pengusaha swasta bagi mempercepatkan penyediaan prasekolah untuk mencapai objektif meningkatkan enrolmen pelajar di peringkat ini. Insentif ini akan membolehkan pihak swasta mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah di kawasan yang kurang membangun di luar bandar. Sektor swasta dijangka akan membina 488 buah prasekolah pada tahun 2010, sebanyak 1,000 buah pada tahun 2011 dan 1,145 buah pada tahun 2012. Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk pendidikan kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun di prasekolah swasta bagi isi rumah berpendapatan rendah. Seterusnya, kerajaan ingin memastikan penguasaan literasi dan numerasi terhadap semua pelajar.Peningkatan kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar keciciran pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pembelajaran. Dengan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuh pada peringkat awal persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran pelajar daripada sistem persekolahan dapat dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi di peringkat awal sangat penting kerana tanpa kemahiran ini mereka akan menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya. Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah bertujuan untuk memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah. Bagi melaksanakan program ini, peruntukan sebanyak RM400 juta disediakan dalam tempoh tiga tahun. Program LINUS di seluruh negara bertujuan meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi murid sekolah rendah. Sasaran Pencapaian Program Literasi dan Numerasi selepas 3 tahun di sekolah rendah. Kerajaan juga akan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Program ini bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Program MBMMBI akan memperkukuh pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang utama kemahiran 26

iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa, dan seni bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa Inggeris ditambah daripada 4 jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dan daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) di peringkat sekolah rendah. Sebanyak empat daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru. Kerajaan akan menilai dan memantau keberkesanan program secara berterusan dan melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Rancangan seterusnya adalah Sekolah Berprestasi Tinggi. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik yang boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui rangkaian bimbingan dan latihan.Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang 2012 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sekolah ini diberi status SBT berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh. Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai penjana perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, dan seterusnya memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan. Rancangan seterusnya adalah Sekolah Berprestasi Tinggi. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik yang boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui rangkaian bimbingan dan latihan.Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang 2012 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sekolah ini diberi status SBT berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh. Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai penjana perubahan melalui proses 27

pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, dan seterusnya memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan. Pendekatan baru dalam pengurusan turut diperkenalkan. Tawaran Baru untuk guru besar dan pengetua yang dimulakan pada 2010 akan memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan bagi mereka yang berprestasi cemerlang. Tawaran Baru ini adalah terpakai kepada semua guru besar dan pengetua di semua sekolah awam di Malaysia. Pencapaian semua sekolah akan dinilai dan ditaraf mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada markah komposit. Program ini memberi peluang kepada guru besar dan pengetua untuk menerima ganjaran tanpa mengambil kira prestasi awal sekolah mereka, asalkan sekolah berkenaan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam senarai penarafan prestasi. Kerajaan juga akan menjadikan profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara. Pertama,ganjaran kewangan dimana profesion ini sebenarnya merupakan antara profesion awam yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi. Kedua dari segi pembangunan kerjaya. Melalui Tawaran Baru untuk guru, prospek kerjaya guru akan menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan profesionalisme yang lebih luas selain daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada guru yang cemerlang. Ketiga kerjaya perguruan merupakan kerjaya yang berprestij. Sebagai kerjaya elit, profesion keguruan akan menggunakan kriteria pemilihan dan proses penilaian yang ketat. Hanya calon cemerlang akan diterima dalam profesion ini dan yang terakhir adalah kerjaya perguruan merupakan kerjaya pembangunan nusa bangsa. Ini kerana, profesion keguruan bertanggungjawab membentuk generasi pemimpin masa depan dan penting dalam membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Seterusnya kerajaan akan merombak sistem praktikum bagi guru- guru pelatih. Pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih.Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan melalui 4 langkah. Pertama, Kursus Perguruan 28

Lepasan Ijazah akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih. Kedua, Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing. Ketiga, guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing mereka, dan keempat program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing. Pihak kerajaan juga akan mengambil pendekatan penghapusan jaminan penempatan guru pelatih. Dalam tempoh RMK10 ini, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan meningkatkan guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen. Elemen yang pertama, peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi. Elemen yang kedua, meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru dan elemen yang terakhir kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap. Tiga elemen diperkenalkan kerana sebelum ini kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan. Seterusnya dalam tempoh RMK10 ini, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang dapat menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum ini juga akan menekankan kreativiti,inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran.Penerapan nilai dan etika di peringkat awal amat penting dalam pembinaan sahsiah individu. Kurikulum yang bakal diperkenalkan akan menerapkan prinsip 1Malaysia bagi pendekatan pedagogi dalam penyampaian pendidikan. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akan menjadikan Sukan sebagai satu subjek mata pelajaran 29

bermula tahun 2011. Dasar 1Murid, 1Sukan mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurangkurangnya satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Peruntukan untuk geran sukan bagi setiap pelajar akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi sekolah rendah dan daripada RM4 kepada RM6 bagi sekolah menengah. Kerajaan juga akan memperkenalkan Sekolah Amanah dalam RMK10 ini. Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia Kementerian Pelajaran. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar. Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik. Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar). Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkatkan prestasi di semua peringkat. Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan dalam melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan. Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsif terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi, dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru. Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak Kementerian akan mengambil alih pengurusan dari penaja sekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan. Konklusinya, dalam kerajaan ingin merealisasikan Misi Nasional, iaitu mencapai negara maju menjelang tahun 2020, Pendidikan telah dijadikan sebagai satu cara untuk membangunkan modal insan, untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berinovatif serta mempunyai nilai-nilai murni . Ini selaras dengan cara pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohammad yang ingin rakyat malaysia mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur. Ini dapat dilihat dari kemajuan dan pembangunan yang telah dicapai oleh Republik Korea. 30

Dalam masa yang singkat Republik Korea telah mencapai status negara maju setanding dengan negara barat. Hasrat ini dicapai apabila Republik Korea menjadikan bidang pendidikan sebagai teras utama negara dimana Republik Korea telah merombak sistem pendidikannya bermula dari pendidikan awal persekolahan sehinggalah ke peringkat universiti dan pusat-pusat latihan kemahiran. Modal insan berkualiti dapat meningkatkan sistem tadbir urus menjadi lebih baik seterusnya menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Semua usaha ini dapat membantu Malaysia menghadapi cabaran dalam globalisasi dan peningkatan persaingan dalam pasaran dunia.Selain itu, semua rakyat Malaysia haruslah bersatu padu tanpa mengira kaum, agama, dan warna kulit dalam kita bersama mengembeling tenaga, kemahiran dan kepakaran yang dimiliki bagi memacu negara yang kita cintai ini ke tahap yang lebih tinggi yang mampu membuatkan kita Berdiri Sama Tinggi Dan Duduk Sama Rendah dengan negara- negara maju yang lain dengan berasaskan Semangat 1 Malaysia

31

Bibliografi

Jabatan Penerangan Malaysia. 2008. Rancangan Malaysia Kesembilan. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/284-rancanganmalaysia/1354-rancangan-malaysia-kesembilan.html (akses 14 Mac 2012). Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia. 2012. UNIVERSITI APEX USM TERPILIH. http://www.kck.usm.my/index.php/Berita/universiti-apex-usm-terpilih.html (akses 14 Mac 2012). Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010.http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=pipp&unit=kementerian&bhs=my (akses 10 Mac 2012). Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. 2012. Rancangan Malaysia (1-9). http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/pencapaian/ekonomi/121-rancangan-malaysia1-9 (akses 14 Mac 2012 ) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. 2012. Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan. http://www.kpkk.gov.my/pdf/tahukah_anda/ETP_bm/bab14.pdf (akses 14 Mac 2012). Kementerian Pengajian Tinggi. 2007. Bab 10 Kesimpulan. http://jpt.mohe.gov.my/DASAR/bab-psptn/Bab10.pdf (akses 14 Mac 2012). Unit Perancang Ekonomi. 2008. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Putrajaya: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Unit Perancang Ekonomi. 2008. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Putrajaya: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Unit Perancang Ekonomi. 2008. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Putrajaya: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Unit Perancang Ekonomi. 2009. KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010. http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/images/common/pdf/MidTerm%20Review%20Talk%20YM%20Minister160708.pdf(akses 14 Mac 2012).

32

You might also like