You are on page 1of 12

a)

Interpretasi temuan Berdasarkan dapatan kajian, kaedah pengajaran dengan multimedia interakif memberi

kesan terhadap pencapaian pelajar kerana sistem multimedia berasaskan komputer bukan sahaja membenarkan integrasi berbagai jenis maklumat pada komputer, malah pencapaian maklumat yang bersesuaian mudah dilaksanakan melalui perhubungan maklumat. Dapatan juga sejajar dengan pendapat Fisher (1994) iaitu melalui multimedia interaktif satu konsep yang lebih menarik berbanding dengan sistem pengajaran tradisi ialah membawa dimensi baru dalam pembelajaran yang dipanggil pembelajaran terbuka. Kebaikan menggunakan multimedia dalam pembelajaran ialah 1. Dokumen dalam perisian multimedia menuntut kepada interaksi pengguna. 2. Kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik. 3. Dokumen dapat digunakan dan dikolerasikan dengan mana-mana applikasi dalam komputer. Peningkatan pencapaian pada ujian pasca oleh kumpulan eksperimen % telah menunjukkan pengajaran multimedia interaktif memberi keseronokan kepada pelajar dan memudahkan proses pemahaman. Johnston (1990) mengatakan bahawa penggabungan pelbagai media seperti teks, data, imej , grafik, animasi dapat memberi kesan positif kepada pelajar. Rumusan dari kenyataan ini menguatkan bahawa multimedia merupakan elemen yang sangat sesuai dalam pembelajaran pendidikan seni kerana keseluruhan media merangkum dalam perisian multimedia. Hasil dapatan kajian dalam peningkatan pencapaian akedamik turut menyokong kajian yang dilakukan oleh Cox (1997) mengenai penggunaan multimedia dikalangan pelajar-pelajar, didapati dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa 50 peratus menyatakan teknologi

a)

Interpretasi temuan Berdasarkan dapatan kajian, kaedah pengajaran dengan multimedia interakif memberi

kesan terhadap pencapaian pelajar kerana sistem multimedia berasaskan komputer bukan sahaja membenarkan integrasi berbagai jenis maklumat pada komputer, malah pencapaian maklumat yang bersesuaian mudah dilaksanakan melalui perhubungan maklumat. Dapatan juga sejajar dengan pendapat Fisher (1994) iaitu melalui multimedia interaktif satu konsep yang lebih menarik berbanding dengan sistem pengajaran tradisi ialah membawa dimensi baru dalam pembelajaran yang dipanggil pembelajaran terbuka. Kebaikan menggunakan multimedia dalam pembelajaran ialah 1. Dokumen dalam perisian multimedia menuntut kepada interaksi pengguna. 2. Kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik. 3. Dokumen dapat digunakan dan dikolerasikan dengan mana-mana applikasi dalam komputer. Peningkatan pencapaian pada ujian pasca oleh kumpulan eksperimen % telah menunjukkan pengajaran multimedia interaktif memberi keseronokan kepada pelajar dan memudahkan proses pemahaman. Johnston (1990) mengatakan bahawa penggabungan pelbagai media seperti teks, data, imej , grafik, animasi dapat memberi kesan positif kepada pelajar. Rumusan dari kenyataan ini menguatkan bahawa multimedia merupakan elemen yang sangat sesuai dalam pembelajaran pendidikan seni kerana keseluruhan media merangkum dalam perisian multimedia. Hasil dapatan kajian dalam peningkatan pencapaian akedamik turut menyokong kajian yang dilakukan oleh Cox (1997) mengenai penggunaan multimedia dikalangan pelajar-pelajar, didapati dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa 50 peratus menyatakan teknologi

multimedia telah menjadikan sesuatu subjek itu penting. 75 peratus pelajar mengatakan multimedia telah membantu meningkatkan minat mereka belajar dan 50 peratus mengatakan multimedia telah membantu mereka memahami lebih baik dalam pelbagai mata pelajaran yang mereka pelajari.

b) 1.

Implikasi Pembelajaran interaktif multimedia menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran

lebih hidup dan pelajar lebih tertarik serta berminat untuk belajar. 2. Pembelajaran konstrativisme dan aseks kendiri dapat dipupuk di kalangan pelajar. Pelajar

dapat belajar mengikut kadar kecepatan proses pembelajaran masing-masing di samping dapat menjimatkan masa pembelajaran. Ini dapat di sokong oleh Alessi dan Trollip (1991), pelajar dapat mengatasi masalah tanpa selalu berjumpa dengan guru. 3. Sejajar dengan Sandholtz (1997), penggunaan komputer dalam bilik darjah telah berjaya

meningkatkan mutu pendidikan. Peranan guru sebagai fasilitator. Pelajar akan kurang bergantung kepada orang lain setelah dapat menumpukan masa yang lebih pada papan kekunci komputer. 4. Keyakinan guru dalam menyampaikan pengajaran akan meningkat. Geisert dan Futrell

(1990) berpendapat komputer sebagai teman dalam mengendalikan pengajaran dan ia dapat meningkatkan profesyen perguruan. 5. Sebagai tenaga mengajar yang inovatif, amatlah wajar bagi guru bersikap positif dalam

meneroka, mempelbagaikan dan mengubahsuai teknik dan kaedah penyampaian pelajaran agar objektif pembelajaran tercapai sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

6.

Menyediakan dan memperkenalkan satu penerokaan pengalaman pelajar, sikap

melaksanakan penyelidikan meningkat secara aktif seperti yang dinyatakan dalam objektif ke-2 dalam sukatan pelajaran pendidikan seni visual. 7. Pelajar yang mengamalkan pembelajaran kendiri berpandukan multimedia akan

memperkembangkan minda yang kreatif dan kritis. 8. Kaedah interaksi pelajar dan bahan adalah lebih berkesan dan lebih sistematik, kerana

pengajaran merupakan bentuk komunikasi dua hala. Bukti kenyataan ini diperjelaskan oleh Romiszowski (1988) yang menyatakan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya pelajar menerima maklum balas segera apabila memberi respon kepada sesuatu soalan. 9. Multimedia interaktif yang dibangunkan seharusnya mesra pengguna dan penyusunan

grafik yang sistematik serta memberi motivasi kepada pelajar.

Prestasi akademik yang cemerlang merupakan penentuan pemahaman seseorang terhadap proses pembelajaran. Secara tidak langsung, pencapaian ini akan menentukan masa depan yang lebih gemilang. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat tersebut, suasana pembelajaran yang kondusif adalah amat penting. Masyarakat 4 sekarang begitu menitikberatkan pencapaian akademik kerana keputusan akademik yang cemerlang menjadi kayu pengukur kepada kerjaya masa depan seseorang pelajar (Amina Noor, 1999). Menurut Griggs (1991), penggunaan gaya pembelajaran yang betul adalah amat penting untuk meningkatkan keputusan akademik. Pencapaian ini yang akan membuktikan sejauhmana gaya pembelajaran seseorang pelajar berkesan atau tidak. Peningkatan dan penurunan pencapaian akademik pelajar sebenarnya sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Menurut Kamus Dewan (2005), pencapaian bererti apa yang telah dicapai atau prestasi. Akademik pula berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam). Dengan kata lain, pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sebaliknya. Rosati (1999) mendapati bahawa pelajar perempuan adalah bersifat kurang Active, kurang Sensing, kurang Visual serta lebih Sequential berbanding dengan pelajar lelaki. Pelajar perempuan dikatakan lebih berhati-hati daripada pelajar lelaki semasa pertama kali membaca arahan sebelum mencuba sesuatu perkara.

Sebaliknya, pelajar lelaki lebih suka untuk mencuba sesuatu daripada berfikir dahulu. Pelajar perempuan juga lebih fasih dalam kedua-dua percakapan dan penulisan. Tambahan pula, mereka lebih tersusun dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

2. PERBEZAAN INDIVIDU DIBENTANGKAN OLEH: NOR IFADAH ABDUL NASIR 3. Ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu. Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pula menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya) DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU 4. ASPEK ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenaga personaliti dan emosi .Faktor persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan dirumah, komuniti masyarakat . Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran .Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat 5. 6. JANTINA Masyarakat Asia: kanak-kanak lelaki berani, dianggap ketua keluarga, harapan yg tinggi. Sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran. Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik daripada lelaki, manakala murid lelaki lebih kepada kecerdasan ruang . 7. FIZIKAL Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3 kategori. Endomorf (bertubuh bulat) Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat) Bersifat asertif, bertenaga, kuat bersukan Ektomorf (kurus dan tinggi) Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit skizofrenia . 8. EMOSI Aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. CONTOH : Gembira Sedih Suka Marah Cinta Benci Takut 9. PERSONALITI Merupakan pola pemikiran,perasaan dan tindakan seseorang individu yangunik. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja). Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan ambivert. 10. 11. KOGNITIF Individu adalah berbeza dari segi kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logik, berbahasa, mengira dan berimaginasi). Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligece Test. Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet dan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient) . 12. 13. SOSIAL Perbezaan aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang,budaya, sejarah dan status ekonomi. 14. BANGSA/BAHASA Dalam sesebuah negara berlaku pencampuran pelbagai etnik dan bangsa akibat daripada migrasi termasuklah dengan negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang pelbagai bangsa dan etnik. Contohnya: Melayu Bahasa Melayu India - Bahasa Tamil Cina - Bahasa cina 15. KESIHATAN Sebahagian murid-murid dalam kelas terdiri ; Murid yang sihat sihat, cerdas,riang, normal. Pelajar yang tidak sihat lemah dalam aktiviti di luar bilik darjah. 16. LOKASI TEMPAT TINGGAL Lokasi tempat tinggal setiap individu berbeza antara satu sama lain. Lokasi tempat tinggal dibahagikan kepada dua : bandar dan luar bandar. Persekitaran antara keduanya tidak sama dan jauh berbeza antara satu sama lain berdasarkan kepada keadaanya. 17. TINGKAH LAKU Boleh diperhatikan dari aspek pergaulan ,perhubungan,tingkah laku berinteraksi (bahasa dan gaya), unsur-unsur kebudayaan seperti sikap dan ketegasan bertindak,kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama. 18. KESAN PERBEZAAN INDIVIDU a. KESEDIAAN BELAJAR Kesediaan belajar murid adalah berbeza-beza kerana perbezaan kecerdasan. Membantu pelajar yang lemah. b. OBJEKTIF P&P Guru perlu

merangka objektif P&P sesuai dengan kebolehan yang pelbagai murid di dalam kelas. c. TINGKAH LAKU MENGGANGU PEMBELAJARAN Pelajar bermasalah dalam P&P sering menggangu perhatian murid lain semasa pembelajaran. Ada juga murid tingkah laku yang proaktif dipanggil menggangu yang positif. 19. d. PERBEZAAN GAYA KOGNITIF DAN GAYA BELAJAR Setiap murid mempunyai gaya belajar yang besar seperti audio,visual. Proses maklumat secara global dan analitikal. e. PERBEZAAN PERSONALITI Perbezaan personaliti murid seperti: pintar:- pendiam , rajin , buat kerja dan mengikut arahan, kawan dalam kelompok aktif:- bising, banyak bertanya, ramai kawan, adakalanya kemahuan belajar bergantung mood. 20. 21. PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU KAEDAH KUMPULAN Aktiviti ini dijalankan kerana murid berbeza keupayaan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran. 2. PROGRAM PENGAYAAN DAN PEMULIHAN Aktiviti ini dijalankan selepas P&P 3. PENGAJARAN TERANCANG/MODUL/BAHAN MULTIMEDIA Perisian e-learning dalam komputer bersesuaian dengan kebolehan murid. 22. 4. PENGAJARAN KOPERATIF Dalam sesuatu kumpulan terdiri daripada hetrogenius supaya mereka bantu membantu. 5. PENEGUHAN POSITIF DAN NEGATIF Semasa P&P guru harus memberi peneguhan untuk membentuk tingkahlaku 6. PENGAGIHAN TUGAS MENGIKUT MINAT DAN KEUPAYAAN Tugasan ini diberi sesuai dengan tahap keupayaan murid. 23. 7. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU Bimbingan individu kepada pelajar yang lemah 8. MEMPELBAGAI BENTUK PENILAIAN Guru boleh menilai murid semasa aktiviti P&P 9. STRATEGI P&P HARUSLAH MENARIK Bahan bantu mengajar yang menarik boleh diransang minda pelajar untuk berfikir

Kepelbagaian Pelajar Posted on 09/10/2011, in Uncategorized, with 0 Comments 1. Pengenalan Setiap manusia yang dilahirkan adalah unik dan dilahirkan dengan ciri-ciri tersendiri yang istimewa. Malahan setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Oleh hal demikian, kajian terhadap perbezaan individu memainkan peranan penting terutamanya kepada guru, pensyarah dan kaunselor. Hal ini memudahkan perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berkesan dan menyeluruh. Perbezaan individu dapat dilihat dengan jelas melalui kajian personaliti. Menurut Borich (2002) didalam buku Psikologi Pendidikan menyatakan bahawa terdapat dua jenis perbezaan individu yang boleh dikenal pasti iaitu melalui interindividu dan intraindividu. Beliau mengulas ciri-ciri interindividu merupakan perbezaan yang wujud didalam diri individu yang dipengaruhi oleh masa,tempat dan keadaan. Manakala intraindividu pula merujuk kepada perbezaan yang jelas dipamerkan dan boleh dibezakan antara satu individu dengan individu yang lain. Carl Jung (1961) turut memperjelaskan bahawa perbezaan individu boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis kumpulan besar iaitu ekstrovert,introvert dan ambivert. Beliau turut menjelaskan bahawa faktor sahsiah turut mampu mempengaruhi gaya pembelajaran individu.Atan Long(1978) menjelaskan bahawa perbezaan individu mampu memberi kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dan gaya pembelajaran didalam kelas. 1. Kepelbagaian pelajar menerusi gaya pembelajaran Pada asasnya guru harus sedar bahawa terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang wujud dikalangan pelajar iaitu: 1. Visual suka belajar dengan melihat 2. Audio suka belajar dengan mendengar atau bercakap 3. Kinestetik suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu Sebaliknya, Dunn & Dunn (1978) telah mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsurunsur asas yang kemudiannya diklasifikasikan kepada lima perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu: 1)Alam sekitar (cerah -gelap; muzik sunyi; formal tidak formal; panas sejuk) 2)Emosi (berstruktur tidak berstruktur; bermotivasi tinggi tidak bermotivasi) 3)Sosiologi ( Ingin belajar bersendirian dalam pasangan/kumpulan) 4)Fizikal (auditori; visual; taktual mobiliti tinggi kurang bermobiliti) 5)Psikologi (impulsif reflektif; global -analitik) Carl Jung turut menjelaskan bahawa terdapat empat gaya pembelajaran umum yang berkait rapat dengan faktor personaliti pelajar iaitu : o Aktivis : Gemar mencari pengalaman baru, berfikiran terbuka dan mempunyai daya inkuiri yang tinggi, aktif dan gemar memberi idea

Reflektor : Gemar menganalisis data sebelum bertindak, banyak berfikir dan jarang bertindak spontan, sangat berhati-hati sehinggakan kelihatan pasif o Teoris : Golongan yang bersifat objektif, merumus sesuatu berdasarkan hujah,fakta,bukti, analisis data dan logik o Pragmatis : Gemar melakukan eksperimen dan mencuba idea, teori dan teknik serta memastikan kebolehgunaannya dalam kehidupan sebenar. Golongan ini berpendapat bahawa jika sesuatu itu berguna dan bermanfaat maka ia adalah baik. 1. Peranan Guru Menghadapi Kepelbagaian Pelajar Guru merupakan perantara atau penghubung antara ilmu dan pelajar. Oleh hal demikian guru merupakan elemen terpenting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, guru perlu mengetahui dan bijak dalam menghadapi perbezaan individu dan kepelbagaian pelajar. Antara peranan yang harus guru-guru laksanakan ialah: o Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran o Dalam konteks ini, guru harus bijak memilih strategi pengajaran bergantung kepada situasi pelajar o Memberi peneguhan positif dan peneguhan negatif o Peneguhan positif bermaksud guru memberi pujian atau hadiah kepada suatu tingkah laku positif. Sebaliknya, peneguhan negatif dilaksanakan apabila tingkahlaku pelajar menunjukkan sesuatu yang tidak dikehendaki guru. o Teknik motivasi o Memandu tingkah laku pelajar ke arah yang lebih dinamik. Harus diingat bahawa guru merupakan individu yang paling berpengaruh dan mampu mempengaruhi pelajar. o Mempelbagaikan kaedah mengajar o Guru harus berusaha untuk mempelbagaikan kaedah mengajar dan meletakkan persepsi terhadap pelajar secara generalisasi o Merancang variasi penyampaian o Guru harus berusaha menjadikan sesi P&P sebagai satu sesi yang cukup bermakna dan berkesan. Intonasi,kebolehan dan bakat guru diperlukan semasa berhadapan dengan pelajar. o Nasihat dan kaunseling pembelajaran o Setiap individu mempunyai teknik pendekatan yang berbeza-beza. Justeru itu guru harus tahu pendekatan yang bersesuaian serta etika kaunseling dengan pelajar o Hubungan yang baik dengan keluarga pelajar o Pelajar disekolah kadangkala mempunyai perwatakan berbeza di rumah. Oleh hal demikian guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga pelajar. 1. Rancangan Pengajaran Harian dan Jadual Penentu Kandungan Sebelum memulakan sesuatu sesi P&P, guru perlu sedar bahawa tujuan utama pengajaran ialah mewujudkan aktiviti pembelajaran. Guru perlu menggunakan segala kemahiran dan kebolehan mengajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran berlansung dan berkesan. Setiap aktiviti yang direncanakan perlu mempunyai objektif dan matlamat pembelajaran yang ingin dicapai dan tidak hanya aktiviti semata-mata. Semua aktiviti haruslah dirancang dengan sebaik-baiknya bagi tujuan meransang pelajar untuk belajar dan mengekalkan minat untuk terus belajar. Oleh hal demikian, objektif utama pengajaran ialah membawa hasil pembelajaran dengan membentuk perubahan tingkahlaku daripada satu tahap yang rendah ke suatu tahap yang lebih tinggi. Oleh hal demikian guru harus bijak merangka rancangan pengajaran harian yang mengambil kira setiap aspek kepelbagaian pelajar yang wujud didalam sesebuah kelas. Contoh rancangan pengajaran harian adalah seperti berikut : Lesson Plan 1 Class : Form 3 A (35 students) Level of proficiency : Intermediate to Advanced Time : 40 minutes (single period) Theme : Health Topic : Live Smart Have a healthy diet Skills involved : 1. Speaking 1.2 Take part in social interaction by b. Participating in conversations and discussions. 2. Writing 2.3 present information to different audiences by c- Responding to question and comment spontaneously orally. Learning outcomes : At the end of the lesson, students will be able to:

1. Determine 3 healthy habits based on survey 2. Compare and contrast between healthy and unhealthy habits based on survey 3. Give advice on basic foods and health problem according to the situation given Previous knowledge : Students are familiar with health issues, getting information from various sources (newspaper, internet etc) Grammar aspects : Adjectives and Irregular forms Thinking skills : 1.Categorizing information 2. Giving opinion on facts Moral values : 1. co-operation 2. Tolerancy 3. Instill friendship and make friendship Teaching Aids : 1. Survey and Questions 2. Worksheets Set induction (3minutes): Teacher prepares two boxes and play guessing games. Next, shows a picture of food category based on pyramid of food and explain why we need healthy food? Lesson development: Stage 1: explanation (10 minutes) Teacher: Asks students to seat in pair and distributes a survey paper(AVA1) to each group. Teacher asks students to take turn to question and answer the survey. Students: Seat in pair and receive (AVA1). Students take turn to question and answer the survey o Teacher : Asks students to study the result and answer the following questions Students: Study their result and answer questions Stage 2: Practice (5 minutes) Teacher: Instructs students to seat in group of 5 people. Write suitable advices base on their result in (AVA 1) and discuss their script. Student: In group, study their result. Write suitable advices based on their surveys result. Stage 3: Production (20minutes) Teacher: After students done their work, students are require to present their work by choosing an icecream sticks (act, forum or talk show) Students: Present their work as their chosen (act, forum or talk show) 2. Teacher : Give exercise (Worksheet1 ) and discuss answers in class Student : Answer the entire question and discuss answers in class Closure (2minutes): 1. Teacher : goes through the days lesson and stress once again advantages of having healthy food Extended activity: 1. Search for healthy recipe for teenager (Google, article, newspaper etc) AVA 1 : Getting to Know Yourself Number Who Answered YES NO 1. Do you have breakfast everyday? 2. 3. 4. Do you eat fast food often? DO you eat a lot of fresh vegetavles and fruits? Do you have snacks between meal? 1. 1. 1.

1. 2.

Do you exercise at least three times a week? Do you play outdoor games often?

1.

Do you sleep for about eight hours at night?

2. Do you sleep in the afternoon? AVA 1 (ii) Question 1. What healthy habits do teenagers have? 2. What unhealthy habits do they have? 3. Do most of the teenagers have healthy or unhealthy habits? 4. What advice would you give to the teenagers with unhealthy habits?

Presentation Draw Green : The first presenter Purple : The second presenter Yellow : The last presenter Worksheet 1 1. Fill in the blanks with the correct form of the adjectives in the brackets 1. It is ______ to lose weight. It is ______ to lose weight if you do not exercise. It is _________ to lose weight if you eat a lot and donot exercise as well. (difficult) 2. My sisters dessert is ______. My mothers dessert is _______ but my grandmothers dessert is _______.(delicious) 3. Loose clothes are _______for exercise. Loose, cotton clothes are _________. Loose, cotton clothes in light colours are the _______. (comfortable) 4. Zaki is _______. He goes for badminton practice twice a week. Nazri is ______. He goes for practice four times a week. Azman is the ________. He practises everyday.(hardworking) 1. Use the correct form of the adjectives in the brackets to complete these sentences 2. I cannot walk any _____(far). I am too tired. 3. I try to eat as ______(little) as possible just before I go to bed. 4. The _____(good) person to consult about a diet is a dietician. 5. His condition has improved. He looked a lot _______(good) today. 6. I think this is the _______(bad) mistake I have ever made in my life. 7. _______(many) of my friends believe that they lead healthy lifestyles. 8. It is unhealthy to smoke. It is ______(bad) to smoke in an air-conditioned place. 9. The person who eats ______(much) fruit is likely to be healthier than the person who eats_______(little) Selain daripada itu juga, jadual penentu kandungan diperlukan bagi membolehkan guru-guru mengetahui isi pengajaran yang ingin disampaikan. Hal ini penting kerana melalui jadual penentu kandungan guru sedia maklum objektif dan fokus utama pengajaran yang ingin disampaikan bagi sesuatu subjek. Contohnya: Sub-topic Knowledge Understanding Application Analisis Synthesis Evaluation RM 1

Health You are what you eat - Explain healthy & unhealthy food - List types of healthy & unhealthy food

RM2

Causes and effect - Explain causes and effects of unhealthy food Explain causes and effects of unhealthy food - Identify causes and effects of having unhealthy food

RM 3 Smart healthy diet - Explain - Interprete smart healthy diet in life - Create a healthy menu for the whole day - Reasoning their menu - Justify other groups menu RM 4 a) Live Smart: - Exlpain healthy diet and lfe style - Interprete data and give respons - Create suitable advices based on surveys data - Identify healthy and living styles problem from the survey - Present the data in different sitautions (act-out, forum and talk-show)

1.

Jadual Banding-Beza aktiviti berdasarkan Rancangan Mengajar Harian Aktiviti 1:Getz Challenge Aktiviti 2 Popcorn pop-out Aktiviti 3:Finding Nemo

Topik : Sasaran: Lingual, visual a) Live Smart

- Kad mengikut kategori pemakanan(karbohidrat,protein,mineral, dan air) - 4 org satu pusingan. Perlu meminta kad yg diperlukan dari rakan di sebelah kiri co: Can I have Carbohydrate please?. - Permainan diteruskan hingga kehabisan kad. - Pelajar yang lengkap harus menyebut One complete meal dan terbanyak dikira pemenang - seperti One Happy Family gameSasaran : Lingual,visual dan kinestetik - Bola dibaling ke arah pelajar (seperti permainan musical chair) dan pelajar yang memulakan permainan harus memberi soalan co: Why do we eat? - Pelajar yang menangkap bola harus menjawab - Pelajar yang tidak dapat menjawab akan terkeluar. -Permainan diteruskan sehingga ada pemenang iaitu pelajar yang paling lama kekal dalam permainan Sasaran :Lingual,visual dan kinestetik - 5 kumpulan mengikut warna. Setiap seorang mendapat kad bertulis (breakfast,lunch,dinner,jogging, exercise and sleep well) mengikut warna kumpulan. - perlu mencari ahli kumpulan mereka dengan bertanya soalan seperti Do you take your breakfast today? How do you feel today? Sekiranya pelajar tersebut memegang kad breakfast, akan menjawab Yes I did. Its hot(Red) - Permainan diteruskan sehingga ahli genap dan dikira sebagai pemenang Jangkaan Hasil - mengenali kelas makanan

- meningkatkan kemahiran bertutur - mengkategorikan kelas makanan dan gaya hidup yang sihat - meningkatkan kemahiran bertutur - memberi respon dengan pantas - menggabungkan kelas makanan dan gaya hidup yang sihat. - meningkatkan kemahiran bertutur Aras Kesukaran - Mudah dan bercorak individu - Perlu ingat kelas makanan - Sederhana sukar, boleh dilakukan secara kumpulan atau individu

- Perlu peka dan mahir menjawab - Sukar dan bercorak kumpulan - Perlu mahir mengutarakan soalan & menterjemahkan maksud tersirat. Bagi Jadual Banding-Beza, ketiga-tiga aktiviti dibezakan melalui tahap kesukaran dan kemahiran yang ingin diuji. Sebagai contoh bagi aktiviti 1: Getz Challenge, para pelajar diuji kemahiran mengutara soalan dan menjawab soalan secara individu. Fokus utama aktiviti ini ialah ke atas pelajar-pelajar yang ambivert (tidak pasif dan tidak

aktif), lingual dan visual (mengenal pasti gambarajah). Sebaliknya bagi aktiviti 2: Popcorn pop-out menguji kemahiran 5WH-Question pelajar secara spontan dan menumpukan kesemua jenis pelajar. Selain itu juga para pelajar diuji tahap kepekaan dan kinestetik (berusaha menangkap bola) disamping perlu mahir mengolah jawapan kepada persoalan. Aktiviti 3: Finding Nemo merupakan aktiviti yang paling mencabar dan sukar kerana pelajarpelajar perlu menggabungkan tiga jenis gaya pembelajaran iaitu aktivis,reflektor dan teoris. Hal ini kerana pelajar perlu memahami maksud tersirat disebalik setiap butir percakapan rakan mereka seterusnya menyelesaikan permainan. Para pelajar akan diuji kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kumpulan besar. 1. Kesimpulan Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran pelajar sedikit sebanyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke atas setiap pelajarnya. Hal ini kerana sebagai seorang guru perlulah peka terhadap para pelajar dalam memahami kepelbagaian yang ada di dalam diri setiap pelajar. Tidak semua pelajar itu mudah untuk menerima pengajaran kerana latar belakang pendidikan yang berbeza serta sosio budaya yang berbeza. Sebagai seorang guru, hendaklah sentiasa sabar dan mempelbagaikan pengajaran agar para pelajar dapat memahami proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu meningkatkan kemahiran-kemahiran yang berkesan dan pengajaran secara kreatif dan kritis untuk menarik perhatian para pelajar untuk belajar. Guru juga perlu menunjukkan sikap dan nilai yang baik di dalam pengajaran untuk bimbingan hidup mereka. Sebagai seorang guru tugasnya bukan sahaja mendidik dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi juga mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Tambahan pula suasana kini pelajar yang wujud adalah datang dari pelbagai latar budaya antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi keluarga,kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial. Justeru, menerusi Jadual Penentu Kandungan dan juga Jadual Banding Beza, para guru dapat membezakan satu-satu aktiviti dalam menentukan corak pengajaran. Guru juga dapat melihat dengan jelas apa yang perlu dirancangkan di dalam aktiviti bagi menghasilkan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan.

You might also like