You are on page 1of 11

AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Pengenalan
AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan performers yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidangbidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Visi
Menjadi sebuah institusi induk pengajian dan latihan seni, budaya dan warisan yang terulung di rantau ini dan di peringkat antarabangsa.

Misi
Menyediakan peluang dan ruang pembelajaran dalam bidang seni, budaya dan warisan yang releven dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara; Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir, profesional ke arah membangunkan nilai keusahawanan industri kesenian negara; Menjadi pusat sumber dan khidmat nasihat seni, budaya dan warisan; Menjadi pusat penyelidikan dan eksperimentasi seni, budaya dan warisan; Menjadi badan pengiktiraf pengamal profesional seni, budaya dan warisan.

Fungsi
Menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.

Objektif
Menyediakan peluang dan ruang kepada penggiat dan pencinta seni untuk mengikuti latihan secara formal dalam bidang kesenian ke arah melahirkan karyawan dan seniman yang mantap, berilmu dan profesional.

Matlamat
Melahirkan golongan karyawan dan artis yang berilmu dan profesional yang berupaya memantapkan warisan seni persembahan negara. Menambah bilangan penggiat seni yang mampu menjadi pemimpin dan penggerak yang berkesan dalam usaha membangunkan warisan dan industri kesenian negara. Menjadi sumber rujukan dan pusat etnologi (warisan) kesenian negara. Menjadi pusat kajian, penyelidikan dan eksperimentasi seni

Piagam Pelanggan
ASWARA akan berusaha memenuhi kehendak " stake holder", pelajar, ibu bapa, pembekal, industry, penggiat dan pihak media. ASWARA berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti : Menyediakan program pendidikan dan latihan seni budaya dan warisan secara formal yang terbaik dan memenuhi kehendak negara. Menyediakan kurikulum dan kaedah pembelajaran dalam pendidikan Muzik, Penulisan, Tari, Teater, Filem dan Video, Seni Halus dan Warisan berteraskan kesenian tradisional tanpa mengabaikan keperluan semasa.

Menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan memenuhi dasar pendidikan negara. Menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan peralatan pembelajaran yang terbaik. Menyediakan bahan-bahan rujukan pembelajaran dan khidmat nasihat mesra. Menyediakan khidmat nasihat yang memenuhi keperluan pelanggan.

You might also like