You are on page 1of 1

Aspek Fizikal

Author: Aiman_Sensei | Posted at: 3:27 PM | Filed Under: Murid Dan Alam Belajar, PISMP Semester 2

(nota Murid dan Alam Belajar PISMP Sem 2)

Persekitaran pembelajaran amat mempengaruhi persekitaran pembelajaran kanak-kanak secara langsung. Persekitaran lah yang membantu membentuk pelbagai jenis peribadi kanakkanak. Prasarana tempat tinggal, persekitaran rumah, kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka untuk berkembang secara positif atau sebaliknya. Kanak-kanak belajar untuk berkawan, berfikir, membentuk peraturan, mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui persekitran fizikal yang dihadapinya.Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan sesuai berkembang dengan lebih baik. Latar belakang pembelajaran kanak-kanak yang memasuki persekolah adalah berbeza. Oleh itu, minat dan kecenderungan mereka terhadap pembelajaran juga berbeza. Persekitaran fizikal bilik darjah dan sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja kerusi, paparan termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan yang seumpanya. Bilik darjah yang terletak dekat dengan bilik guru akan memberi pengaruh yang berbeza berbanding bilik darjah yang tersorok kedudukannya. Susun atur meja dan kerusi dalam bilik darjah juga akam memberi pengaruh yang berbeza. Jadi, persekitaran fizikal yang terancang dan selamat memberikan perngaruh yang optimum kepada pembelajaran kanak-kanak.

You might also like