You are on page 1of 3

KISAH NABI YUSUF DAN ZULAIKHA Assalamualaikum wrhkth.

Yang dihormati pengacara majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, hadirin hadirat dan teman-teman semua. Berdirinya pokok kerana akarnya, Berdirinya rumah kerana tiangnya, Berdirinya saya kerana ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Yusufyusuf Alaihissalam. Pasti kawan-kawan pernah mendengar kisah Nabi Yusuf kan? Hari ini saya mahu ingatkan semula kisah ini agar menjadi teladan pada kita semua dan semoga kisah ini menambahkan rasa sayang pada nabi kita.

Surah yusuf ayat 8 Maksudnya: (Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata."

Kehidupan Nabi Yusuf sangat dibenci oleh adik-beradiknya kerana Nabi Yusuf sangat disayangi oleh ayahnya iaitu Nabi Yaqub a.s.... Suatu hari mereka telah membuat satu rancangan untuk menghapuskan Nabi Yusuf. Dicampak Yusuf ke dalam perigi, Agar tidak lagi berjumpa, Dibilang ayah Yusuf telah mati, Di mamah serigala di hutan sana

Nabi Yaakub tetap tidak percaya dan mengatakan anak-anaknya berdusta kerana cerita mereka itu tidak masuk akal. Meskipun demikian Nabi Yaakub hanya bersabar sahaja sambil memohon pertolongan dari Allah semata-mata. Sementara itu, baginda Nabi Yusuf telah ditemui oleh rombongan pedagang yang berhenti untuk mengambil air di perigi. lalu rombongan pedagang tersebut mengeluarkan Yusuf dari perigi dan membawa baginda ke Mesir. Di sana, baginda dijual dengan harga beberapa dirham sahaja. Baginda dibeli oleh seorang bangsawan digelar al-Aziz - diceritakan bahawa beliau adalah Ketua Polis Mesir. Hiduplah Nabi Yusuf dengan tenang dan tenteram di rumah itu sehinggalah dewasa. Nabi Yusuf yang telah dewasa mempunyai rupa yang menawan. Kalau nak dibandingkan dengan artis zaman sekarang seorang pun tiada tandingannya. Lebih handsome dari Fahrin Ahmad, Aaron Aziz tau. Rupa paras Nabi Yusof ini menarik minat ramai perempuan Mesir dan salah satu daripadanya ialah isteri kepada tuannya iaitu Zulaikha. Zulaikha selalu berdandan dan berhias malah menggoda Yusuf apabila baginda berada di rumah. Sikap dingin dan acuh tak acuh baginda terhadap rayuan dan ajakan Zulaikha membuat Zulaikha terdesak. Pada suatu hari...... Zulaikha menggunakan helah untuk memikat Yusuf, lalu dibawanya Yusuf ke tempat yang sunyi, iaitu di sebuah bilik.. Kamu sungguh tampan. melayanimu...kata Zulaikha Sudikah kamu bersama-sama denganku? Aku bersedia

Astaghfirullahal Azim... Sesungguhnya ini merupakan musibah bagiku. Jika aku dipenjarakan sekalipun, lebih aku sukai daripada aku bermaksiat kepada-Mu, Nabi Yusuf kemudian berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri. Zulaikha mengejarnya dari belakang dan menarik baju yusuf dan terkoyaklah baju Yusuf dari belakang. Tiba-tiba pintu bilik dibuka, dan hal ini telah terbongkar dihadapan suami zulaikha. Dia mahu berbuat sesuatu yang tidak baik padaku! Adalah lebih bagus jika dia dpenjarakan atau diseksa...teriak Zulaikha. Suaminya tercengang mendengarnya, dan seorang dari ahli keluarga keluarga Zulaikha tampil memberi pendapatnya dengan berkata: Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan Zulaikha, tetapi jika baju Yusuf koyak di belakang maka Yusuf seorang yang benar dan Zulaikah adalah pembohong. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia pun berkata: Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan, sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.

Dia pun menyuruh isterinya meminta ampun dan mengarahkan Yusuf supaya melupakan hal itu, untuk menjaga aibnya dan isterinya. Namun berita itu cepat tersebar ke seluruh Mesir. Cacian dan cemuhan yang diterima Zulaikha membuatkan Zulaikha malu. Lalu diadakan satu jamuan di kalangan wanita dan para jemputan diberikan pisau untuk memotong makanan dalam jamuan tersebut. Kemudian, Yusuf disuruh untuk keluar di hadapan para jemputan.

Surah yusuf ayat 31 Ertinya: Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan
parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"

Dengan mengambil kesempatan tentang apa yang terjadi, Zulaikha menerangkan dia tidak bersalah dalam hal ini dengan mengatakan pasti dia takkan jatuh hati kepadanya kalau bukan kerana paras rupanya Yusuf. Maka, ramai undangan bersetuju. Yusuf yang tidak rela dengan gesaan itu berdoa agar dia lebih rela dimasukkan ke dalam penjara. Maka. Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara. ianya bukan disebabkan baginda telah melakukan kesalahan, tetapi kerana tuannya ingin meletakkan kesalahan pada diri baginda. Walau bagaimanapun, bagi baginda, penjara adalah tempat yang aman untuk menghindari segala godaan dan tipu daya yang akan menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan dan perbuatan mungkar. Ingatlah kawan-kawan, sesungguhnya pengajaran yang kita dapat dari kisah Nabi Yusuf ini adalah, biarlah kita dipandang hina di sisi makhluk, tetapi jangan kita hina di sisi Allah. Nabi Yusuf sanggup masuk ke penjara mengasingkan dirinya, agar terhindar dari godaan dunia ini. Kisah ini sudah tamat, Moga jumpa lagi, Jaga diri hias peribadi, Moga hidup diberkati.. Sekian assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. selamat beramal

You might also like