You are on page 1of 1

Cegah Sebelum Parah

Kepada mereka di luar sana, Bacalah catatan yang kubawa ke mana-mana ini. Jika ditakdirkan aku tidak bernyawa lagi, aku mohon uruskanlah jenazahku ini. Aku sebatang kara. Dahulu aku mempunyai banyak kenalan tetapi apabila keadaanku begini, aku disisihkan. Lebih-lebih lagi keadan kesihatanku bertambah teruk sejak akhir-akhir ini. Keadaanku kini berpunca daripada ketagihan dadah. Aku semakin kurus. Daya ketahanan badanku sudah tiada lagi. Aku sering demam berpanjangan dan batuk-batuk. Aku ibarat bangkai bernyawa. Penyakit AIDS yang kuhidapi ini adalah kerana kebodohanku sendiri. Aku terikut-ikut pengaruh rakan sebaya. Mula-mula aku merokok, kemudian aku menagih dadah. Lantaran berkongsi jarum dengan penagih yang lain, aku kini menerima padahnya. Kini aku merempat di lorong yang kotor ini. Aku hanya menanti hari-hari terakhir bagi diriku. Pada bila-bila masa sahaja aku akan meninggalkan dunia yang penuh ranjau ini. Kepada anak muda, jauhilah najis dadah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Teruskan kehidupan kalian dengan amalan gaya hidup sihat dan bebas tanpa dadah.

You might also like