You are on page 1of 15

PRAKTIKAL 1: BAHAN API Tujuan: Menyiasat penyulingan berperingkat petroleum Bahan-bahan/alat radas: Petroleum, serpihan porselin, kertas turas,

kaki retot, kondenser Liebig, kelalang penyulingan, kelalang kon, kasa dawai, tungku kaki tiga tripod, piring penyejat, dan penunu Bunsen. Prosedur: A. Penyulingan berperingkat petroleum 1. Pasangkan alat radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. 2. Panaskan dengan perlahan minyak petroleum dalam kelalang penyulingan. 3. Kumpulkan pecahan pertama yang didapati pada suhu 30-80C. 4. Teruskan pemanasan dan kumpulkan pecahan yang telah disuling ke dalam kelalang yang berasingan pada suhu yang berbeza iaitu 80-120C, 120-160C, dan 160-200C.

Rajah 1: Penyulingan Berperingkat Petroleum

B.

Ciri-ciri pecahan penyulingan berperingkat 1. Perhatikan warna setiap pecahan. 2. Perhatikan kelikatan setiap pecahan dengan mencodongkan kelalang kon. 3. Untuk setiap pecahan, tuangkan sedikit cecair ke dalam piring penyejat dan panaskannya. Perhatikan warna api dan jelaga yang terhasil. 4. Rekodkan pemerhatian anda.

Keputusan (Jadual):

Soalan: 1. Bincangkan kebolehnyalaan pecahan petroleum. 2. Bincangkan hubungan di antara tahap didih pecahan dengan: a. Warna pecahan b. Kelikatan pecahan c. Penghasilan jelaga 2. Pecahan X mempunyai formula C6H14. Ramalkan warna, kelikatan dan jelaga yang dihasilkan oleh X. 3. Tulis persamaan seimbang untuk mewakilkan pembakaran gasolin (C8H18). 4. Pembakaran tidak lengkap gasolin menyebabkan pembuangan gas beracun seperti karbon monoksida dan nitrik oksida. Tuliskan persamaan seimbang untuk mewakilkan pembakaran gasolin yang tidak lengkap ini (C8H18). 5. Apakah biodiesel? 6. Apakah kelebihan menggunakan biodiesel berbanding dengan bahan api petroleum?

PRACTICAL 2: ALOI Tujuan: Untuk membanding kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nirkarat. Bahan-bahan/alat radas: Paku besi, paku keluli, paku nirkarat, larutan jeli, larutan kalium heksasianoferat(III), air, kertas pasir, tabung uji, rak tabung uji. Prosedur: 1. Geserkan permukaan paku-paku yang diberi.

2. Letakkan paku besi dalam tabung uji A, paku besi keluli dalam tabung uji B dan paku besi nirkarat dalam paku keluli nirkarat dalam tabung uji C. 3. Tambah beberapa titik larutan kalium heksasianoferat(III) kedalam larutan jeli yang telah disediakan 4. Tuangkan larutan jeli itu ke dalam ketiga-tiga tabung A, B dan C sehingga paku-paku itu terendam sepenuhnya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. 5. Letakkan tabung uji itu di atas rak tabung uji selama lima hari. Perhatikan keamatan warna biru selepas lima hari. 6. Rekodkan pemerhatian anda dalam satu jadual. Pemerhatian(Jadual):

Rajah 1: Perbandingan antara kadar pengaratan paku besi, paku keluli dan paku nirkarat

Soalan: 1. Jelaskan peranan larutan kalium heksasianoferat(III). 2. Apakah perhubungan antara keamatan warna biru dan kadar pengaratan? 3. Jelaskan peranan kegunaan larutan jeli dalam eksperimen ini. . 4. Namakan juzuk yang terkandung dalam keluli dan keluli nirkarat. 5. Berdasarkan pemerhatian anda, banding dan jelaskan kadar pengaratan antara ketigatiga jenis bahan yang telah digunakan. 6. Bagaimana susunan atom dalam sesuatu logam mempengaruhi kemuluran dan ketempaannya? 7. Jelaskan perbezaan antara aloi pengantian (substitution alloy) and aloi antara ruang (interstitial alloy).

PRAKTIKAL 3: ALKOHOL, ETER DAN AMINA

Tujuan: Untuk menyediakan sampel etanol dan menyiasat sifat-sifat kimia etanol Bahan-bahan/ alat radas: Glukosa, kentang masak, nenas hancur (mashed pineapple), beras, ubi kayu, pisang hancur, yis, air kapur, air suling, air pili, larutan kalium manganat(VII) berasid, asid sulfurik pekat, kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat, kelalang penyuling, salur penghantar dengan penutup, termometer, kondenser Liebig, kolum penyulingan berperingkat, kaki retort dengan penyepit, tungku kaki tiga, kasa dawai, penunu Bunsen, salur getah, corong turas, tabung didih, kertas litmus biru, piring penyejat, pemegang tabung uji, penitis. Prosedur: A. Untuk menyediakan sampel etanol 1. Larutkan kira-kira 20 g glukosa dengan 150 cm3 air suling dalam sebuah kelalang kon bersih. 2. Tambahkan lebih kurang 10g yis kepada campuran tersebut dan goncangkannya dengan baik. 3. Tutup kelalang kon dengan penutup yang dihubungkan ke salur penghantar. Celupkan penghujung salur penghantar ke dalam air kapur dalam tabung didih seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1(a). 4. Radas itu kemudian diletakkan di tempat hangat (35 C) selama 4-5 hari. 5. Perhatikan perubahan yang berlaku dari masa ke semasa. 6. Selepas 4-5 hari, turaskan kandungan dalam kelalang kon. Tuangkan hasil turasan ke dalam kelalang penyulingan. 7. Sediakan radas untuk proses penyulingan seperti yang ditunjukkan pada Rajah1(b). 8. Panaskan hasil turasan dalam kukusan air dan kumpulkan etanol yang mendidih pada 78-80C. 9. Perhatikan warna dan bau hasil penyulingan yang dikumpul. 10. Ulangi langkah 1 hingga 9 dengan menggunakan kentang masak, nenas hancur, beras, Ubi kayu atau pisang hancur untuk menggantikan glukosa. B. Untuk menyiasat sifat-sifat kimia etanol B-1 Untuk menyiasat pembakaran etanol Prosedur: 1. Tuangkan kira-kira 2 cm3 etanol tersedia ke dalam piring penyejat. 2. Nyalakan etanol dengan kayu uji menyala. (Rajah 2). 3. Perhatikan kemudahan pembakaran etanol. Pemerhatian:(Jadual)

B-2 Untuk menyiasat pengoksidaan etanol 1. Tuangkan kira-kira 10 cm3 larutan kalium manganat(VII) berasid ke dalam sebuah tabung didih. 2. Tambahkan kira-kira 10 titis asid sulfurik pekat ke dalam tabung didih tersebut. 3. Tambahkan kira-kira 3 cm3 etanol ke dalam campuran tersebut. 4. Sediakan radas seperti dalam Rajah 3. 5. Panaskan campuran dalam kukusan air dengan api sederhana sehingga campuran tersebut mendidih. 6. Perhatikan bau produk terhasil. Soalan: 1. Namakan enzim yang hadir dalam yis yang menguraikan glukosa kepada etanol. 2. Tulis satu persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan penguraian glukosa kepada etanol. 3. Terangkan penggunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini. 4. Tulis satu persamaan seimbang untuk mewakili pembakaran etanol. 5. Apakah fungsi larutan kalium manganat(VII) berasid dalam eksperimen ini? 6. Tulis satu persamaan seimbang untuk mewakili pengoksidaan etanol. 7. Ramalkan pemerhatian yang mungkin diperhatikan sekiranya radas dalam Gambarajah 1 dibiarkan lebih daripada seminggu. Terangkan jawapan anda. 8. Bolehkah etanol digunakan sebagai bahan bakar kenderaan? Terangkan jawapan anda.

Rajah 1(a): Penyediaan etanol

Rajah 1(b): Penyulingan etanol

Rajah 2: Pembakaran etanol

Kukusan air

Rajah 3: Pengoksidaan etanol

PRAKTIKAL 4: ASID KARBOSILIK, ESTER DAN AMIDA Tujaun: Untuk mengkaji sifat-sifat fizikal ester dan menyedia sejenis ester Bahan-bahan/alat radas: minyak masak, propanon, metanol, air suling, etanol mutlak, asid ethanoik glasier, asid sulfurik pekat, larutan natrium bikarbonat 5%, larutan kalsium klorida tepu, tabung uji, kelalang dasar bulat 250 cm3 berseta dengan penutup dan kondenser Liebig yang sesuai, bikar 1 liter, corong pemisah dengan penutup, silinder penyukat, penunu Bunsen, kaki retot dan pengapit, tungku kaki tiga. Prosedur: A. Mengkaji sifat-sifat fizikal ester 1. Lebih kurang 2 cm3 minyak masak dituang ke dalam tabung uji. Baunya dikesan. 2. Lebih kurang 5 cm3 air suling ditambah ke dalam minyak dan digoncang dengan sempurna. Keterlarutan minyak masak dalam air diperhatikan. 3. Langkah 1 dan 2 diulang dengan menggantikan air suling dengan propanon. 4. Langkah 1 dan 2 diulang sekali lagi dengan menggantikan air suling dengan metanol. Keputusan (Jadual):

B. Menyedia sejenis ester 1. Campurkan lebih kurang 50 cm3 etanol mutlak dan 50 cm3 asid etanoik glasier ke dalam kelalang dasar bulat 250 cm3. 2. Tambah dengan cermat lebih kurang 10 cm3 asid sulfurik pekat ke dalam kelalang dasar bulat itu. Kemudian tambah beberapa ketul cebisan pendidhan (boiling chips) ke dalam kelalang itu . 3. Susun alat radas seperti di Rajah1. 4. Didihkan campuran itu di bawah refluks selama 1 jam. 5. Alihkan sumber api selepas 1 jam dan biarkan campuran itu sejuk pada suhu bilik (Awas: Pastikan air masih mengalir semasa penyejukan berlaku) 6. Tuangkan campuran yang telah sejuk itu ke dalam corong pemisah. Tambah 25 cm3 air suling yang sejuk. 7. Goncangkan corong pemisah itu dengan sempurna dan kemudian biarkannya mencapai keseimbangan. 8. Apabila keseimbangan telah dicapai, buangkan lapisan akues yang berada di lapisan bawah. 9. Tambah lebih kurang 25 cm3 larutan natrium bikarbonat 5% .

10

10.

Goncangkan corong pemisah itu dengan sempurna dan kemudian biarkannya mencapai keseimbangan. 11. Apabila keseimbangan telah dicapai, buangkan lapisan akues yang berada di lapisan bawah.(Awas: buka penutupnya dengan perlahan-lahan. Mengapa?) 12 . Ulang langkah 9. 13. Tambah 25 cm3 air. Goncangkan corong pemisah itu dengan sempurna dan kemudian biarkannya mencapai keseimbangan. 14. Apabila keseimbangan telah dicapai, buangkan lapisan akues yang berada di lapisan bawah. 15. Tambah 5 cm3 larutan tepu kalsium klorida. Kacau campuran itu dengan perlahan dan kemudian buangkan lapisan akues yang berada di lapisan bawah. 16. Perhatikan lapisan organik dan baukannya.

Rajah 1: Penyediaan ester

11

Soalan: 1. Jelaskan proses pengesteran. 2. Tulis satu persamaan kimia yang seimbang untuk tindak balas di antara asid etanoik dan etanol. 3. Apakah peranan asid sulfurik pekat dalam eksperimen ini? 4. Jelaskan satu kaedah lagi untuk menyediakan ester. 5. Apakah peranan larutan natriun bikarbonat 5% dalam eksperimen ini? 6. Jelaskan peranan larutan tepu kalsium klorida dalam eksperimen ini. 7. Bandingkan keterlarutan minyak masak dalam air, propanon dan metanol. Jelaskan jawapan anda. 8. Namakan ester yang dihasilkan apabila asid butanoik bertindakbalas dengan propanol. 9. Tulis satu persamaan kimia yang seimbang untuk tindak balas di soalan 8.

12

PRAKTIKAL 5: AMMONIA, ASID SULFURIK DAN ASID NITRIK Tujuan: Untuk menyediakan garam ammonium. Bahan-bahan/ alat radas: Larutan ammonia (2M), asid sulfurik cair (1M), bikar, rod kaca, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, corong turas dan kertas turas. Prosedur: 1. Tuangkan 30 cm3 larutan asid sulfurik cair ke dalam bikar. 2. Tambah larutan ammonia sedikit demi sedikit ke dalam bikar, pada masa yang sama kacau larutan tersebut. 3. Berhenti menambah larutan ammonia apabila larutan berbau ammonia. 4. Panaskan larutan terhasil sehingga menjadi 1/3 daripada isipadu asal. 5. Sejukkan larutan tersebut dalam air sejuk yang terdiri daripada campuran air batu dan air.Turaskan hablur garam terhasil. Soalan: 1. Tulis satu persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan pembentukan ammonium sulfat dalam eksperimen ini. 2. Bagaimana penambahan ammonium sulfat dapat mempengaruhi pH tanah? 3. Selain daripada baja, ammonium sulfat juga digunakan dalam semburan pertanian ajuvan (agriculture spray adjuvant) untuk racun perosak yang boleh larut dalam air. Terangkan fungsi ammonium sulfat dalam bidang ini. 4. Namakan tiga contoh baja semulajadi yang digunakan dalam penanaman. 5. Namakan tiga contoh baja buatan/sintetik yang digunakan dalam pertanian. 6. Tulis persamaan-persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan pembentukan: a. ammonium fosfat b. ammonium nitrat c. urea 7. Kira peratusan nitrogen dalam 1 mol baja tersebut di atas. [ Jisim atom relatif: H, 1; C,12; N,14; O, 16; P, 31; S, 32 ] 8. Yang manakah antara baja tersebut di atas adalah paling sesuai untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan? Jelaskan jawapan anda.

13

Rajah 1: Penyediaan garam ammonium

14

PRAKTIKAL 6: SABUN DAN DETERGEN Tujuan : Untuk menyediakan sabun dengan menggunakan proses saponifikasi . Bahan-bahan/alat radas: minyak masak, larutan natrium hidroksida, pepejal natrium klorida, kertas turas, air suling, bikar, silinder penyukat, spatula, rod kaca, corong turas, kasa dawai, tungku kakai tiga, penunu Bunsen, tabung uji. Prosedur: 1. Tuangkan 10 cm3 minyak masak dalam sebuah bikar. 2. Tambah 50 cm3 5 mol dm-3 larutan natriun hidroksida ke dalam minyak masak itu. 3. Panaskan campuran itu sehingga ia didih. 4. Kacau campuran itu dengan satu rod kaca. 5. Biarkan campuran mendidih selama 10 minit sambil mengacau dengan rod kaca itu. 6. Padamkan api selepasa 10 minit. Tambah 50 cm3 air suling diikuti dengan 3 spatula pepejal natrium klorida kepada campuran itu. 7. Panaskan campuran sekali lagin selama 5 minit. 8. Biarkan campuran itu sejuk. 9. Turas sabun yang terbentuk. Cuci pepejal sabun itu dengan sedikit air sejuk. 10. Tekan pepejal sabun di antara dua keping kertas turas sehingga kering. 11. Rasa sabun itu dengan jari anda. Letak sedikit pepejal sabun dalam tabung uji. Campurkan air paiup dan goncang. 12. Rekodkan semua pemerhatian anda. Soalan: 1. Nyatakan sifat-sifat sabun yang terhasil. 2. Apakah peranan pepejal natrium klorida dalam eksperimen ini? 3. Tulis satu persamaan perkataan yang terlibat dalam tindak balas ini. 4. Ramalkan pemerhatian anda jika air paip di langkah 11 diganti dengan air suling. Jelaskan jawapan anda. 5. Bolehkah sabun dihasilkan dengan menghidrolisiskan minyak dengan asid.Jelaskan jawapan anda. 6. Nyatakan dua teknik yang digunakan dalam penghasilan sabun. 7. Apakah kelemahan yang ada pada sabun yang dijual di pasaran sekarang? 8. Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan detergen?

15

You might also like