You are on page 1of 12

KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA Masyarakat majmuk di Malaysia telah mewujudkan kepelbagaian budaya yang terbentuk dalam Negara ini.

Ini menjadikan Malaysia mempunyai pelbagai sosio budaya yang unik dan tersendiri. Sosio budaya sesuatu masyarakat mempunyai nilai-nilai istiadat yang dijalankan dalam kehidupan seharian ataupun diilhamkan oleh sesebuah masyarakat bagi mendapatkan kemajuan (Pranadji,2005). Masyarakat di Malaysia mempunyai sosio budaya yang tersendiri dimana perkongsian budaya sering terjadi di dalam negara kita,sebagai contoh apabila tiba perayaan sesuatu bangsa,maka bangsa lain turut serta dalam meraikannya. Ini jelas menjadi satu keunikan yang ada dalam negara kita. Kepelbagaian sosio budaya ini bukan hanya dari segi aspek bangsa sahaja tetapi merangkumi berbagai aspek iaitu ,struktur masyarakat,bahasa,adat resam,jantina serta kelas sosial. Aspek-aspek ini perlu diambil kira bagi membolehkan perpaduan dapat dijalankan secara maksimum. Dalam konteks pendidikan di sekolah,para guru haruslah prihatin terhadap perbezaan sosio budaya di dalam bilik darjah dan juga sekolah. Ini bagi membolehkan nilai perpaduan antara masyarakat di Malaysia dapat diterapkan dalam diri murid ketika di bangku sekolah lagi. Perbezaan sosio budaya ini menjadikan jurang antara kaum semakin besar jika langkah mengatasinya tidak difikirkan. Malaysia mempunyai kepadatan penduduk yang lebih dari 27 juta penduduk pada tahun 2008 dan angka ini pasti akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Maka pertambahan bilangan penduduk ini akan mengakibatkan kepelbagaian sosiobudaya semakin bertambah. Di sini langkah menjalinkan perpaduan antara penduduk amat penting bagi menjamin kesejahteraan masyarakat serta negara Malaysia itu sendiri. Kepelbagaian sosio budaya dapat dijelaskan melalui aspek yang pertama iaitu bangsa. Menurut Kamus Dewan (1999),bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan,nilai-nilai serta aspirasi yang sama. Kamus Pelajar(1993),mengatakan bangsa merupakan sekelompok manusia yang sama usulnya serta serupa sifatnya. Jika dilihat dari segi konsep bangsa itu sendiri telah mempunyai pelbagai istilah serta maksud yang lebih luas.

Menurut John Stuart Mill,bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka. Disini dapat kita rangkumkan bahawa bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai rasa keterikatan dengan wilayah tersebut. Ini dapat kita merujuk pada negara Malaysia yang mempunyai kaum Melayu,Cina dan India yang telah hidup bersama seterusnya membentuk identiti Malaysia. Aspek yang kedua pula ialah struktur masyarakat. Masyarakat jika dilihat pada definisinya ialah sesuatu kelompok besar yang hidup saling berhubungan dan saling berkaitan berasaskan satu budaya serta bidang yang sama dan mempunyai maklumat yang sama. Konsep sesebuah masyarakat itu terbahagi kepada tiga iaitu

masyarakat,budaya dan juga perpaduan dalam masyarakat itu sendiri. Dalam konteks negara kita,masyarakat yang terdapat di Malaysia iaitu masyarakat Melayu,Cina dan India mempunyai perbezaan dari segi agama,budaya dan juga adat resam. Akan tetapi masyarakat di Malaysia tetap saling bantu membantu bagi membolehkan negara mendapatkan kejayaan dan kemakmuran. Ini menunjukkan konsep kemasyarakatan itu telah dipenuhi. Konsep ini harus difahami bagi menerapkan nilai ini di dalam bilik darjah untuk para murid,ini kerana struktur masyarakat ini dibina bertujuan untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ini bagi mengelakkan sebarang prejudis berlaku dalam pergaulan masyarakat. Sebagai contoh,murid India dan murid Melayu dapat bergaul dan berkomunikasi tanpa sebarang halangan walupun mereka dari dua bangsa,budaya dan juga adat resam yang berbeza. Ini seterusnya dapat menanam nilai perpaduan,tolong menolong,kerjasama dan toleransi di dalam bilik darjah kelak. Aspek yang seterusnya dalam kepelbagaian sosio budaya ini ialah kepercayaan. Kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu,(Kamus Dewan,1994). Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun temurun. Kepercayaan amat penting dalam sesebuah bangsa atau masyarakat.

Kepercayaan sesuatu bangsa harus dihormati dan difahami supaya tidak timbul anggapan yang salah terhadap sesuatu kepercayaan oleh sesebuah bangsa. Dalam konteks di bilik darjah,guru harus mendedahkan kepada murid tentang kepercayaan pelbagai bangsa di Malaysia bagi membolehkan pemahaman yang lebih optimum dapat diterapkan dalam pemikiran murid. Penerapan ini boleh dilakukan melalui aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh guru. Aspek yang seterusnya pula ialah bahasa,bahasa adalah medium bagi komunikasi danmenyalurkan idea. Selain daripada itu,bahasa juga dapat membentuk sesuatu identiti sesebuah masyarakat dan juga penyatuan dalam masyarakat. Sebagai contoh,jika seseorang itu mentuturkan bahasa kantonis atau mandarin,maka seseorang itu akan dilabelkan sebagai seorang cina. Ini secara langsung menunjukkan bahawa dengan penggunaan bahasa ia dapat menunjukkan identiti seseorang itu. Menurut Cole(1998),bahasa adalah satu set simbolsimbol dan aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks. Oleh yang demikian,bahasa mempunyai pelbagai fungsi dalam masyarakat sama ada ntuk komunikasi,menunjukkan sesuatu bangsa ataupun untuk menyalurkan idea. Disini langkah kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan haruslah disokong bagi membolehkan jurang antara kaum dapat dikurangkan. Ini disebabkan apabila seseorang atau murid di sekolah memahami atau fasih menggunakan bahasa kebangsaan maka ia dapat bergaul dengan rapat dengan kaumkaum yang lain serta memahami perbezaan antara mereka dan mengambil perbezaan itu sebgai sesuatu yang positif. Penubuhan sekolah wawasan juga merupakan kaedah kerajaan bagi mengurangkan jurang perbezaan antara kaum ini,disebabkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Murid di srjk mempunyai masalah untuk bertutur dengan baik dalam bahasa kebangsaan,maka dengan pengwujudan sekolah wawasan ini,ia dapat membolehkan murid-murid SRJK ini menguasai bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu. Ini seterusnya dapat meningkatkan perpaduan di antara para pelajar disebabkan interaksi antara pelbagai kaum dapat dijalankan.

Kesimpulannya ,kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat kita jika tidak diatasi dengan bijak dan baik akan menimbulkan pelbagai masalah seperti jurang sosial dalam masyarakat,pengekalan identiti bangsa, sikap prasangka terhadap ahli masyarakat dan juga perbezaan pencapaian murid. Selain daripada itu,kepelbagaian sosio budaya ini juga akan menimbulkan masalah dalam institusi sekolah apabila tidak diatasi juran perbezaan sosio budaya ini. Sebagai contoh,murid melayu akan bergaul dengan rakan melayu sahaja,murid kaya akan bergaul dengan murid kaya sahaja. Ini menjadikan iklim di sekolah tidak sihat dan menimbulkan pelbagai maslah nanti dalam disipklin mahupun pencapaian akademik. Oleh yang demikian,para guru harus memhami kepelbagaian sosio budaya ini bagi mengelakkan berlakunya masalah-masalah ini. Dengan ini,jurang perbezaan antara murid yang mempunyai bangsa,taraf ekonomi,latar belakang dan juga bahasa yang berbeza dapat dikurangkan seterusnya mewujudkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. a) Pengurusan persekitaran fizikal Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan,kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan dalam satu gerakerja. Ini menunjukan bahawa pengurusan persekitaran ini amat berkait rapat dengan pengawalan bilik darjah. Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan ia merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Melalui pengurusan fizikal bilik darjah yang maksimum,ia akan dapat mencapai objektif ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek. Persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan,konteks sosial, identifikasi simbolik,penyempurnaan tugas,keseronokan dan pertumbuhan dan

perkembangan(Steele,1973). Ini menunjukkan bahawa pengurusan fizikal bilik darjah amat penting bagi mewujudkan suasanan mesra budaya dan kondusif dalam bilik darjah.

Menurut Lemlech(1988),menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orchestra dalam kehidupan. Ini jelas menunjukkan bahawa pengurusan fizikal bilik darjah memerlukan perancangan dan susunan yang optimum bagi meninggalkan kesan yang positif kepada murid,ini menyebabkan Lemlech mengatakan pengurusan fizikal bilik darjah adalah seperti orchestra. Pengurusan fizikal bilik darjah amat penting kerana ia memberi kesan pada peningkatan akademik pelajar.Pernyataan ini disokong oleh Savage(1999) yang mengatakan persekitaran fizikal bilik darjah dapat mempengaruhi ke arah peningkatan akademik pelajar serta dalam memperelokkan lagi tingkah laku mereka. Aspek yang ada dalam pengurusan fizikal bilik darjah ialah keselamatan. Keselamatan ini termasuklah menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah. Peraturan yang diwujudkan dalam bilik darjahbukan untuk menyekat kebebasan murid tetapi adalah untuk mengawal dan juga mencorakkan tingkah laku yang positif serta mencegah perlakuan yang tidak diingini. Selalunya keberkesanan peraturan ini disertakan dengan pengukuhan. Menurut ahli behavioris,pengukuhan amat berkesan untuk mengajar tingkah laku yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang tidak diingini. Dalam aspek ini,guru harus menerangkan kepada murid apa tingkah laku yang diingini dan apa itu tingkah laku yang tidak diingini. Melalui penerangan ini,guru secara langsung dapat mengawal tingkah laku murid dalam bilik darjah. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.Penerangan yang diberikan oleh guru ini juga merangkumi amalan menepati masa,tolong menolong,amanah,rasa

tanggungjawab,menjaga kebersihan dan juga hormat menghormati.

Apabila pelajar tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan,maka hukuman akan dikenakan. Akan tetapi,guru harus ingat bahawa hukuman yang diberikan kepada murid haruslah bersifat mendidik bukan bertujuan untuk menghukum. Melalui aspek ini,bilik darjah akan menjadi kondusif dan bersuasana mesra budaya. Ini akan menjadikan murid berasa selesa dan seterusnya berasa seronok untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Apabila murid seronok untuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran,maka pencapaian akademik murid akan meningkat dan cemerlang. Aspek yang kedua dalam pengurusan fizikal bilik darjah ialah susun atur meja serta sudut dalam bilik darjah dalam erti kata lain adalah ruang dan pergerakan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Kedudukan pelajar mempunyai pengaruh yang kuat dalam suasana pembelajaran. Guru haruslah bijak dalam pengaturan kerusi dan mja dalam bilik darjah. Susunan yang dilakukan haruslah membolehkan interaksi antara pelajar dengan guru serta pelajar dengan pelajar tidak terbatas. Selain daripada itu,susunan ini juga memberi kemudahan kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid serta aktiviti berkumpulan. Susunan kedudukan pelajar banyak bergantung kepada keperluan serta fahaman guru tentang apa yang ingin dicapai di akhir pengajaran (MacAullay,1990). Pengaturan susunan kerusi dan meja yang betul dapat memberi keselesaan pada pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran yang dijalankan. Aspek kebersihan dan keindahan bilik darjah juga banyak memberi kesan terhadap penumpuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,aspek ini juga merupakan elemen yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan fizikal bilik darjah. Untuk memastikan keindahan dan kebersihan bilik darjah,guru boleh menggunakan kreativiti mereka untuk menjayakan matlamat ini.

Guru haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam aspek ini seperti tolong menolong,hormat-menghormati dan juga kerjasama dalam diri pelajar bagi memastikan kelas sentiasa bersih dan ceria. Kelas yang bersih dan ceria ini akan mewujudkan semangat dan motivasi untuk pelajar untuk belajar. Pengurusan persekitaran sosio emosi Dalam membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan kondusif,guru bukan hanya perlu melakukan pengurusan fizikal bilik darjah sahaja tetapi juga sosioemosi. Pengurusan sosio emosi yang baik dan berkesan akan dapat menjadi perangsang kepada murid untuk mengikuti pembelajaran dan tingkah laku murid yang positif. Menurut Woolfolk(1990),motivasi atau kuasa dalaman akan bangkit lalu mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku murid. Jelas disini bahawa emosi murid perlu diuruskan dengan sebaik-baiknya oleh guru bagi membolehkan guru mencapai objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran. Untuk menguruskan emosi murid,guru perlulah membina hubungan baik dengan murid terlebih dahulu. Hubungan baik antara guru dengan murid menjadi elemen penting dalam mencapai matlamat bilik darjah yang mesra budaya dan kondusif. Bagi membina hubungan baik ini,guru haruslah mengambil berat kebajikan murid,prihatin terhadap muridnya dan mudah didampingi. Apabila guru mengamalkan sikap dan nilai seperti ini,maka suasana yang positif dan menyeronokkan akan timbul dalam bilik darjah. Selain daripada itu,kepimpinan guru juga haruslah bercirikan

demokratik,bukannya autokratik. Kepimpinan bercirikan demokratik akan membolehkan semua murid mendapat peluang yang sama rata dan berasa puas serta bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Melalui demokratik,setiap keputusan dilakukan dengan mengambil kira persetujuan semua pihak dalam bilik darjah. Namun demikian,guru perlu asertif dan tidak memberi kebebasan sepenuhnya kepada murid. Dengan sifat serta kepimpinan seperti ini,murid akan berasa selesa dengan persekitaran sosial bilik darjah yang harmoni. Apabila murid berasa selesa dengan bilik darjah dan guru maka pembelajaran

dalam bilik darjah akan berjalan dengan lancar dan optimum seterusnya menjadikan iklim bilik darjah kondusif dan mesra budaya. Selain daripada dua aspek ini,guru juga boleh memberikan peneguhan kepada murid bagi membolehkan emosi murid sentiasa positif. Peneguhan mampu membina motivasi,mengekalkan minat yang seterusnya membina persekitaran emosi yang harmoni. Menurut teori B.F Skinner mengatakan tingkah laku yang memuaskan dari murid harus diberi peneguhan agar murid mengulangi tingkah laku memuaskan itu. Oleh itu,peneguhan yang positif dapat merangsang murid untuk melakukan tingkah laku yang positif dan seterusnya dapat menjadikan iklim bilik darjah menjadi kondusif dan matlamat serta objektif pembelajaran dapat dicapai secara optimum. Peneguhan negative yang diberi boelh membawa kesan yang tidak disukai. Oleh yang demikian,diskriminasi penting dalam pembelajaran bagi kejayaan dapat dicapai. Guru juga perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Ini penting bagi meningkatkan keyakinan murid ketika mengikuti pembelajaran dalam kelas. Murid harus menerima kekuatan dan kelemahan orang lain. Ini secara langsung akan membawa emosi murid ke arah lebih positif seterusnya disenangi oleh rakan-rakan sebaya. Selain itu,ia juga dapat meningkat minat serta potensi murid dalam satu-satu bidang. Melalui ini,murid dapat menimbulkan hubungan sosial yang positif. Hubungan sosial yang positif ini akan menjadikan komunikasi di dalam kalangan murid serta murud dan guru menjadi optimum dan positif. Ini semua akan menjadikan bilik darjah bersuasana mesra budaya dan beriklim kondusif bagi pembelajaran berlaku. Perhubungan antara kelompok etnik Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya turut melibatkan aspek

perhubungan antara kelompok etnik. Etnik merujuk kepada kelompok manusia yang ditentukan dari segi perbezaan ciri budaya seperti adat resam,pakaian,bahasa,kegitan ekonomi dan sebagainya. Menurut Ralp Linton(1945),kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat.

Disebabkan itu,guru harus prihatin dalam melihat perbezaan kelompok etnik dalam kalangan murid ketika di bilik darjah. Ini amat penting dilakukan bagi mewujudkan suasana mesra budaya dalam bilik darjah. Mesra budaya ini merupakan suatu budaya yang dimana semua halinya bersetuju dengan perlakuan tersebut lalu mengiktirafkannnya sebagai amalan murni dan ini membolehkan masyarakat menjalinkan hubungan erat sesama mereka. Di dalam situasi bilik darjah,perhubungan antara kelompok etnik ini harus dijalankan oleh guru sendiri mengikut kreativitinya tersendiri. Murid harus digalakkan untuk berfikir secara terfokus dan mendalam mengenai hubungan etnik di Malaysia. Murid perlu mengkaji tentang sejarah,latar belakang,politik dan aspek-aspek penting yang lain. Ini harus dilakukan bagi mengelakkan berlakunya salah tanggapan terhadap kaum yang lain dan membolehkan murid bebas dari sifat prejudis terhadap kaum etnik yang lain. Kefahaman tentang etnik lain boleh dilakukan oleh guru melalui penerapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus menunjukkan kepelbagaian masyarakat di Malaysia dengan memilih tajuk pembelajaran yang sesuai. Sebagai contoh,guru boleh memilih tajuk perayaan di Malaysia bagi tajuk kajian tempatan,ini membolehkan murid mengetahui tentang kepelbagaian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung,ia akan menjadikan murid mendapatkan kefahaman terhadap kepelbagaian masyrakat lalu menjadikan murid akan berkomunikasi dengan lebih baik dengan kaum lain ketika di dalam kelas. Selain daripada itu,guru juga tidak harus memburuk-burukkan serta merendahkan latar belakang sesuatu kelompok etnik seseorang murid terutamanya di hadapan murid lain. Guru juga boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama,perpaduan,bertolak ansur dan mengekalkan keamanan tanpa mengira etnik. Kesimpulannya ,perhubungan antara kelompok etnik amat penting diterapkan dalam jiwa murid bagi mendapatkan sistem atau persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Kesimpulannya,bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya,guru perlu memenuhi ketiga-tiga aspek yang telah diterangkan iaitu persekitaran fizikal,perselitaran sosio emosi dan juga perhubungan antara kelompok etnik. Jika dilihat kembali kepada ketiga-tiga aspek ini,ianya berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran guru. Guru yang prihatin dan efektif akan dapat menyelesaikan kehendak murid mengikut ketiga-tiga aspek ini. Dalam persekitaran fizikal,guru perlu bijak dalam susun atur bilik darjah bagi membolehkan pembelajaran dijalankan secara optimum. Di sini kita dapat melihat guru bukan hanya perlu prihatin tetapi perlu kreatif dalam menyelesaikan perkara ini. Persekitaran fizikal amat penting dalam bilik darjah bagi memastikan murid berasa selesa,selamat dan seronok. Ini bagi membolehkan matlamat pengajaran dan pembelajaran oleh guru dapat dicapai. Selain daripada itu,pengurusan sosio emosi juga perlu dalam menjadikan bilik darjah yang mesra budaya. Pengurusan sosio emosi ini lebih bersifat dalaman,dimana ia melibatkan kepuasan dalaman murid bagi membuatkan murid bersemangat dan bermotivasi dalam meneruskan pembelajaran. Keperluan guru untuk memenuhi sosioemosi murid amat penting bagi membolehkan guru menguruskan kelas dengan lebih baik. Ini disebabkan apabila keperluan sosio emosi murid dipenuhi maka tingkah laku yang positif akan ditunjukkan oleh murid itu sendiri. Maka ini menjadi kunci bagi mewujudkan suasana mesra budaya dalam bilik darjah dan iklim bilik darjah yang kondusif. Aspek yang ketiga iaitu perhubungan antara kelompok etnik juga merupakan elemen penting dalam menghasilkan bilik darjah mesra budaya. Disini kepakaran guru untuk melakukan penggabungjalinan tentang masyrakat majmuk di Malaysia dengan matapelajaran yang diajari oleh mereka. Kefahaman tentang ciri-ciri serta aspek-aspek penting tentang masyarakat berbilang kaum di Malaysia harus didedahkan oleh guru bagi menimbulkan kefahaman pada murid. Ini seterusnya akan menjadikan murid lebih menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan warna kulit,bangsa dan bahasa.

10

Oleh yang demikian,ketiga-tiga aspek yang dibincangkan amat penting bagi menimbulkan suasana bilik darjah yang mesra budaya. Kesepaduan antara tiga aspek ini harus dimainkan peranannya oelh guru serta institusi sekolah itu sendiri bagi merealisasikan matlamat ini. Dengan adanya iklim bilik darjah yang kondusif dan suasana yang mesra budaya,ini secara langsungnya akan meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

11

BIBLIOGRAFI
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon, 2010. Budaya dan Pembelajaran.Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.

Mok Soon Sang 2008, Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.

Choong Lean Keow 2008, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

Sumber internet
http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htm http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/07/cikgu-umi-pengurusan-bilikdarjah-pbd.html

12

You might also like