You are on page 1of 5

Makanan tradisional 3: Ambuyat Ambuyat merupakan makanan alternatif kepada beberapa suku atau bangsa di Borneo selain daripada

nasi. Ianya bersifat melekit atau gummy. Ada juga mengatakan ambuyat ini berkebolehan membuat kulit para pengemarnya akan lebih lembut atau cerah. Ambuyat berasal daripada pokok rumbia. Selalunya ambuyat dimasak mengunakan air yang sangat panas atau air yang mengelegak. Ada beberapa cara untuk memasak Ambuyat, ada yang masak di kuali, ada juga yang masak air panas tuang terus keatas Ambulung. Cara yang paling selamat adalah masak di dalam kuali.Jika terkurang air ambuyat akan keras, dan jika terlebih air pula ia akan menjadi lembik. Jika lambat untuk mengaul air dengan rata juga akan menyebabkan ambuyat berketul putih. Ambuyat selalunya akan dimakan dengan kuah atau juga dipanggil cicah. Ambuyat hanya sedap apabila panas, jika sejuk ia akan menjadi keras. Ambuyat ini menyebabkan kita akan berasa sangat kenyang ketika memakanya, tetapi cepat juga berasa lapar semula. Ini kerana ambuyat lebih kepada sumber karbohirat berair.

CARA MENYEDIAKAN KUAH AMBUYAT.

LANGKAH 1 Ikan direbus bersama kunyit, serai, halia dan bawang. Air rebusan jangan dibuang.

LANGKAH 2 Isi ikan ditumbuk dan tulang-tulang ikan dibuang. Elakkan daripada mengisar kerana ini boleh menyebabkan isi ikan terlalu hancur.

LANGKAH 3 Korek isi timun mengikut kesukaan anda.

LANGKAH 4 Masukkan isi ikan, sedikit belacan, cili padi,garam, limau kasturi, bawang merah.

CARA MENUMPAH AMBUYAT

LANGKAH 1 Ambulung atau sagu direndam terlebih dahulu.

LANGKAH 2 Masukkan sedikit air kemudian kacau dengan sebati

LANGKAH 3 Masukkan air panas yang baru mendidih. Tuang air panas sambil menggaul. Anda juga mesti mengacau dengan cepat agar tidak ada ketulan putih terhasil.

Sumber gambar: http://resipirasia.blogspot.com/2011/07/ambuyat.html

LANGKAH 4 Untuk mengetahui sama ada ia masak sempurna atau tidak, jika anda mengangkat menggunakan sudu ia akan melekat dan tidak akan terputus.

You might also like