You are on page 1of 3

SLOT (30 minit)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (SLOT PENGAJARAN)

Kelas: Prasekolah Tunas Bestari. Tarikh: 20.1. 2010 Masa: 11.00 11.20 pagi Bilangan Pelajar 25 orang Modul: Asas Tema/Tajuk: Dengarkan rasa hatiku Tunjang Utama: Komunikasi- Bahasa Malaysia Standard Kandungan: BM1.1 Mendengar dengan penuh perhatian Standard Pembelajaran :BM 1.1.11 Membezakan jenis suara yang ada di persekitaran. Kesepaduan Tunjang: PSE 1.1.5 Mengenal pasti dan bercerita tentang jenis-jenis emosi gembira, sedih, takut dan marah. Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat: 1. Membezakan suara berbisik,ketawa, menangis dan menjerit. 2. Mengaitkan nada suara dengan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid sudah belajar tentang pelbagai jenis bunyi yang ada di persekitaran. Kemahiran Berfikir(KB): menjana idea, membanding beza, menghubung kait Penerapan Nilai: Bekerjasama, mengikut giliran, berhati-hati Bahan Bantu Mengajar(BBM): VCD, Video, Kad gambar dan Carta Roda Perasaan Fokus MI : Kecerdasan bahasa, intrapersonal dan interpersonal Kosa Kata: bisik, ketawa, jerit, emosi LANGKAH/ MASA Set Induksi ( 5 minit) ISI PELAJARAN Menonton video klip. Sekumpulan pelajar dewasa mentertawakan rakan yang tidak pandai membaca. Contoh soalan. 1. Kenapa peajar-pelajar itu ketawa? 2. Adakah boleh mentertawakan rakan yang tidak tahu KSPK Melaka 2009 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Murid menonton video klip cerita Pendekar Bujang Lapok. Guru bersoaljawab tentang video yang ditonton. Guru mengaitkan emosi murid-murid semasa menonton video klip itu.(Contoh ada yang ketawa dan ada yang tidak). CATATAN (BBM,Kesepaduan,KB, Nilai dll.) Video, VCD

SLOT (30 minit) membaca. Perkembangan P&P Langkah 1 (7 minit) Membuat perkaitan di antara suara dengan perasaan? Con: Suara ketawa Kad gambar orang ketawa. Murid diperdengarkan pita rakaman pelbagai jenis suara. Murid memilih kad gambar mimik muka yang mewakili perasaan berdasarkan suara yang didengar. BBM: radio, pita rakaman , kad gambar

Langkah 2 (15 minit)

Membuat aksi emosi berdasarkan kad gambar Contoh: Kad gambar bencana alam menangis Kad gambar yang melucukan ketawa

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Ketua kumpulan akan memutar Roda Perasaan Murid akan mengambil kad gambar yang berhenti pada tandul/anak panah. Dalam kumpulan murid akan berbisik bagaimana melahirkan perasaan berdasarkan gambar. Murid-murid kumpulan lain diminta meneka emosi kumpulan tersebut dan kenapa mereka menunjukkan emosi begitu. Guru berbincang tentang perasaan murid apabila mengalami kejadian yang sama

BBM: Carta Roda Perasaan, kad gambar

Penutup/ Refleksi (3 minit)

Contoh cara menangani perasaan negatif : beritahu ibu bapa/ keluarga/guru, berdoa dan solat.

Guru membuat rumusan dengan bertanya soalan dan mengingatkan murid bagaimana menangani perasaan negatif.

Nilai : empati, berkongsi perasaan

Refleksi Pelatih:

KSPK Melaka 2009

SLOT (30 minit) Penilaian Nama Murid : Bil 1 2 3 4 5 Indikator Dapat menzahirkan emosi mengikut keadaan. Dapat mengenali emosi orang lain. Dapat membezakan suara mengikut emosi Dapat mengurus emosi sendiri Ya Tidak

KSPK Melaka 2009

You might also like