You are on page 1of 2

SEKOLAH BERSIH DAN INDAH Pada cuti yang lalu, sekolah telah mengadakan program gotong-royong.

Pada hari tersebut, semua murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 berkumpul di padang sekolah tepat pada pukul 8.15 pagi. Masing-masing berpakaian sukan. Guru Penolong Kanan, Cikgu Razli menuju ke depan perhimpunan. Beliau memberikan sedikit ucapan. Kemudian, beliau mengundang penyelia program, iaitu Cikgu Tan untuk memberikan taklimat tentang gerak kerja gotong-royong kepada murid. Murid dibahagi kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lapan orang murid. Cikgu Tan juga membahagikan-membahagikan kerja. Ada lima kategori kerja yang ditetapkan, iaitu memungut sampah-sarap, mencabut rumput di pasu bunga, mencuci longkang, membersihkan tandas, dan mengelap kaca tingkap kelas. Murid bekerja dengan tekun. Cikgu Razli dan Cikgu Tan turut melakukan kerja bersama-sama. Mereka cukup bangga akan semangat rajin yang dipamerkan oleh murid. Dua jam kemudian, Cikgu Tan meminta murid ke kantin. Murid berbaris panjang untuk mengambil mi goreng dan air sirap yang disediakan. Sejurus mengambil makanan, mereka duduk di bawah pokok yang redup. Mereka makan sambil ketawa dan bergurau senda. Selepas makan, mereka pun kembali menyambung kerja. Tepat pukul 12.30 tengah hari, tugas pembersihan pun sudah selesai. Murid berasa gembira walaupun mereka kepenatan. Cikgu Tan berasa lapang hati apabila melihat sekolah semakin bersih dan cantik. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid.

SOALAN PEMAHAMAN 1. Siapakah yang terlibat dalam gotong-royong tersebut? a. Semua murid sekolah b. Semua murid lelaki c. Semua murid tahun 4, 5 dan 6 d. Sesetengah murid dan guru 2. Jumlah murid yang terlibat dalam aktiviti tersebut ialah a. 20 orang c. 40 orang b. 30 orang d. 50 orang 3. Siapakah penyelia program gotong-royong itu? a. Cikgu Razli b. Cikgu Tan c. Murid-murid d. Guru Penolong Kanan

4. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. a. Semua murid berpakaian sukan pada hari tersebut b. Cikgu Razli ialah Guru Besar sekolah. c. Gotong-royong itu berlangsung hingga lewat petang. d. Murid berehat untuk makan pada pukul 9.00 pagi.

SEKOLAH BERSIH DAN INDAH Pada cuti yang lalu, sekolah telah mengadakan program gotong-royong. Pada hari tersebut, semua murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 berkumpul di padang sekolah tepat pada pukul 8.15 pagi. Masing-masing berpakaian sukan. Guru Penolong Kanan, Cikgu Razli menuju ke depan perhimpunan. Beliau memberikan sedikit ucapan. Kemudian, beliau mengundang penyelia program, iaitu Cikgu Tan untuk memberikan taklimat tentang gerak kerja gotong-royong kepada murid. Murid dibahagi kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lapan orang murid. Cikgu Tan juga membahagikan-membahagikan kerja. Ada lima kategori kerja yang ditetapkan, iaitu memungut sampah-sarap, mencabut rumput di pasu bunga, mencuci longkang, membersihkan tandas, dan mengelap kaca tingkap kelas. Murid bekerja dengan tekun. Cikgu Razli dan Cikgu Tan turut melakukan kerja bersama-sama. Mereka cukup bangga akan semangat rajin yang dipamerkan oleh murid. Dua jam kemudian, Cikgu Tan meminta murid ke kantin. Murid berbaris panjang untuk mengambil mi goreng dan air sirap yang disediakan. Sejurus mengambil makanan, mereka duduk di bawah pokok yang redup. Mereka makan sambil ketawa dan bergurau senda. Selepas makan, mereka pun kembali menyambung kerja. Tepat pukul 12.30 tengah hari, tugas pembersihan pun sudah selesai. Murid berasa gembira walaupun mereka kepenatan. Cikgu Tan berasa lapang hati apabila melihat sekolah semakin bersih dan cantik. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid.

SOALAN PEMAHAMAN 1. Siapakah yang terlibat dalam gotong-royong tersebut? a. Semua murid sekolah b. Semua murid lelaki c. Semua murid tahun 4, 5 dan 6 d. Sesetengah murid dan guru 2. Jumlah murid yang terlibat dalam aktiviti tersebut ialah a. 20 orang c. 40 orang b. 30 orang d. 50 orang 3. Siapakah penyelia program gotong-royong itu? a. Cikgu Razli b. Cikgu Tan c. Murid-murid d. Guru Penolong Kanan

4. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. a. Semua murid berpakaian sukan pada hari tersebut b. Cikgu Razli ialah Guru Besar sekolah. c. Gotong-royong itu berlangsung hingga lewat petang. d. Murid berehat untuk makan pada pukul 9.00 pagi.

You might also like