You are on page 1of 35

PSV 3106,PSV KBSR:

Menggambar Membuat corak dan Rekaan Membentuk dan Membuat Binaan Mengenal Kraf Tradisional
PENSYARAH>>EN. JOHAN KADIS NAMA AHLI KUMPULAN: MOHAMAD HAZIQ MARHAIMI NADZIRAH MOHAMAD SYUKUR NUR IZATI AHMAD FA-IZ NUR DIYANA BADARUSSAMIN NURUL JANNAH BT MAMAT

Membuat Corak dan Rekaan

KONSEP DAN PENGERTIAN

DEFINISI
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

PENGHASILAN CORAK Terdapat dua cara untuk a) Corak Terancang b) Corak Tidak Terancang mendapatkan corak iaitu:

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN


Susunan Ulang Sekata Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan. Susunan Berselang Seli Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur. Susunan Batu Bata Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan Bertimbal Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan. Susunan Bertindih Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik. Susunan Beralun Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza. Susunan Berpusat Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada: 1. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi 2. Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain. 3. Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia 4. Rupa atau bentuk angka dan huruf 5. Rupa atau bentuk kraf tradisional.

TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 1. Perlakuan


a)Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. b)Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas. c)Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.

d)Memilih&mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni.


e)Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.

f)Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.
g)Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan. h)Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.

i)Membezakan jenis corak tertentu. j)Mengatur corak. k) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak. l)Mencipta sesuatu karya seni yang digemari. m)Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. n)Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni. o)Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut.

2. Persepsi
a)Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak. b)Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.

c)Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.


d)Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.

e)Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.


f)Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.

g)Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.
h)Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan. i)Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak. j)Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.

k)Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.


l)Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka. m)Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna. n)Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

3. Pengetahuan Budaya a)Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. b)Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional. c)Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian. d)Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional.

e)Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek b) Corak sebagai elemen hiasan c) Corak sebagai nilai estetik

Kegiatan Membuat Corak dan Rekaan


Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
Corak terancang secara: 1 Lukisan 2 Catan 3 Cetakan 4 Capan 5 Lipatan dan guntingan 6 Resis 7 Kolaj 8 Kaligrafi

Corak tidak terancang secara: 1 Pualaman 2 Tiupan 3 Titisan 4 Ikatan dan celupan 5 Renjisan dan percikan

Corak terancang
Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid

TEMA
ALAM BENDA ALAM SEMULAJADI LANDSKAP NARATIF HURUF DAN ABJAD ABSTRAK

LUKISAN MAKSUD & KONSEP


Lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali. Manusia melukis sebelum menulis. Terdapat tiga asas teknik melukis iaitu teknik lorekan ton, melakar garisan, titikan dan gosokan. Corak dalam lukisan berkait dengan minda, emosi dan perwatakan. Leonardo da Vinci adalah pelukis terkenal zaman Renaissance di Itali. Teknik lukisan memberi kesan terhadap lukisan yang dihasilkan.

TEMA: Alam benda ALAT & BAHAN Kertas Lukisan Pensil Pembaris

TEKNIK Melukis bentuk-bentuk yang dikehendaki/ lingkaran untuk dijadikan asas (secara terancang). Mewarnakan lukisan / lakaran tersebut.

CATAN Maksud dan Konsep


Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar Hasil kerja estetik yang dipersembahkan secara 2D Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air.

TEMA

Alam semulajadi Flora(tumbuh-tumbuhan)

ALAT DAN BAHAN

Cat air Cat poster Cat tempura Cat minyak Kertas lukisan Berus lukisan

TEKNIK

Basah atas kering basah atas basah basah atas kering berus kering

CETAKAN Maksud dan Konsep Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta
melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.

Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.
Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat

Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata.


Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.

Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. Proses mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.

Kebanyakan pelukis memilih untuk mengukir atau mengguris kepingan logam ataupun menuris blok kayu mereka sendiri kerana ingin mengalami rasa intim serta kegembiraan yang tercetus menerusi proses fizikal seni cetakan itu.

Pengalaman serta kemahiran yang tinggi diperlukan bagi memastikan impresi yang optimum diperolehi menerusi plat cetakan.

Keupayaan ini akan membolehkan para pelukis menggunakan sepenuhnya potensi sesuatu media dalam mencipta karya-karya seni cetak yang bermutu, tidak tercacat akan kelemahan teknik.

Alam benda
TEMA

ALAT DAN BAHAN

Plat kayu Getah lino Sekuji Span Dakwat Cermin kertas; kertas majong, rice paper

Tahap pengenalan
Cetakan jari, tumbuh-tumbuhan, cetakan dari renyukan kertas, cetakan dakwat, cetakan span, cetakan krayon

Tahap pertengahan

TEKNIK

Cetakan tanah liat, cetakan tali, cetakan bok getah, cetakan duo, cetakan stensil, cetakan mono

Tahap lanjutan
litografi, seni cetak potongan kayu), cetak timbulan (contohnya gurisan asid), cetak stensil (contohnya sutera saring)dan cetakan lino.

CAPAN Maksud dan Konsep


Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut.

Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

TEMA

Alam semulajadi Bunga-bungaan

ALAT DAN BAHAN

Pelepah pisang Ubi kentang Bawang Bendi kertas

TEKNIK

Basah atas kering(mengecap permukaan yg mempunyai jalinan)

LIPATAN DAN GUNTINGAN


Maksud dan konsep Merujuk pada seni melipat kertas menjadi suatu bentuk atau gambaran tertentu. Bentuk yang dimaksud boleh berupa haiwan, tumbuhan, ataupun benda tertentu.

Tema

Flora dan fauna geometri

Alat dan bahan

Gunting,bekas gam, berus lukisanKertas warna, kertas lukisan,gam

teknik

Membentuk Lipatan Guntingan

Maksud dan konsep Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.

RESIS

Tema

Alam benda Corak alam semulajadi

Alat dan bahan

Span,berus lukisan,palet,pelbagai contoh barang yang diperbuat dari batik,warna air,kertas lukisan dan krayon.

teknik

Contengan Renyukan (resis batik kertas) Percikan Pistol semburan atau spray can Mencanting(batik)

KOLAJ
Maksud dan konsep Satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej dan gambar berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada pelbagai warna dan corak.

Tema

Figura Alam dan sains

Alat dan bahan

Lebihan kain perca, fabrik,tisu,tali,kertas lukisan,pensel,kadbod,gunting,gam,gambar dari majalah.

teknik

Koyakan Gunting dan tampal Memotong Menindih

Kaligrafi maksud dan konsep


dari bahasa Yunani "keindahan" Bahasa Jepun Nihongo ) adalah seni menulis dengan indah dengan pena sebagai hiasan. Tidak digunakan untuk tulisan bacaan kerana ia memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk membacanya

Di dalam seni rupa Islam, tulisan arab seringkali dibuat kaligrafi. Biasanya isinya disadur ayat-ayat Al-Quran .Bentuknya bermacam-macam, tidak selalu ditulis diatas kertas, tetapi seringkali juga ditatahkan di atas logam atau kulit.
Salah satu bentuk penerapan kaligrafi Islam sebagai seni hias adalah di Istana Al-Hamra , Sepanyol.

You might also like